Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 24: Seoul Tour
SEOUL CITY
HARI KEENAM (2)
Part 63: Seoul City
Dari Gimpo Airport, Clara membawa kami menaiki kereta menuju ke pusat bandar Seoul.
|
Clara membawa kami ke pusat bandar Seoul |
|
Selfie dalam kereta sewaktu menuju ke Seoul |
Seoul yang merupakan ibu negara Korea Selatan adalah juga sebuah mega city dengan penduduk seramai 25 juta. Jumlah ini adalah 1/5 jumlah keseluruhan penduduk Korea Selatan. Ia adalah juga salah sebuah bandaraya yang paling padat penduduk di dunia.
Seoul mempunyai sejarah yang panjang sebagai ibu negara Korea. Ia mula menjadi ibu kota sewaktu pemerintahan Bakjae Kingdom bermula tahun 18SM. Ia terus menjadi pusat pemerintahan di bawah Dinasti Goryeo dan Joseon seterusnya. Kejayaan Seoul sebagai ibu negara dikatakan berpunca dari Feng Shui yang baik kerana kedudukannya di antara gunung dan sungai.
|
Gimpo |
|
Keindahan pemandangan Musim Luruh di Seoul |
Seoul turut menjadi ibu kota di bawah pemerintahan Jepun 1910-1945. Perang Korea di antara Korea Utara dan Korea Selatan (1950-1953) turut memberi kesan dan kemusnahan kepada Seoul. Selepas tamat Perang Korea, Seoul mengalami pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat sehingga menjadi bandaraya yang dinamik dan maju dari segi teknologi seperti yang kita kenali kini.
|
Warna-warna musim luruh dah semakin menyerlah |
|
Dedaunan yang bertukar warna pada musim luruh |
|
Tower for the Motherland berhampiran Gimpo Airport |
Sewaktu di Seoul juga kami mempelajari yang usia orang Korea lebih tua 2 tahun berbanding orang lain di dunia. Ini adalah kerana mereka mempunyai sistem pengiraan umur yang tersendiri. Sewaktu dilahirkan, orang Korea telah pun dianggap berusia setahun. Usia juga akan ditambah setahun pada setiap Hari Tahun Baru. Kalau kita dilahirkan hari ini dan Hari Tahun Baru jatuh pada bulan hadapan, usia kita akan meningkat setahun dalam masa sebulan. Jadi bertuahlah kita yang tidak dilahirkan di Korea kerana usia kita memang sentiasa muda.
Disebabkan sistem umur tradisi ini menimbulkan kekeliruan dengan masyarakat lain di dunia, Kerajaan Korea telah membuat keputusan untuk menggunakan kaedah pengiraan umur mengikut standard dunia pada tahun 2023. Jadi bermula tahun tersebut, orang Korea tidak lagi berusia 2 tahun lebih tua dari rakan sebaya mereka di seluruh dunia.
Sebagai sebuah negara maju, Korea Selatan memang mempunyai internet yang sangat laju. Maka tidak hairanlah permainan komputer menjadi satu profesion tersendiri di negara ini. Ada ramai professional gamer di Korea yang menjadi kaya raya dengan memenangi liga permainan online. Ramai juga yang membunuh diri kerana kecewa tewas dalam permainan tersebut dan tidak kurang juga yang terlibat dalam jenayah yang berpunca dari permainan online.
|
Jambatan ke Seoul Botanic Park |
|
Seoul Welcomes You |
|
Menuju ke pusat bandar Seoul |
Clara membawa kami menyusuri Han River yang membelah kota Seoul dalam perjalanan menuju ke pusat bandar. Ada 32 jambatan yang dibina menyeberang Han River pada masa sekarang. Di antara kesemua jambatan tersebut, Banpo Bridge adalah yang paling terkenal kerana ia memiliki Moonlight Rainbow Fountain yang merupakan bridge fountain yang terpanjang di dunia. Pertunjukan bridge fountain ini diadakan pada setiap malam sepanjang bulan April-Oktober. Walaupun kami berada di Seoul pada bulan Oktober ketika itu, kami tidak berkesempatan menyaksikan pertunjukan ini.
|
Banpo Bridge yang terkenal dengan pertunjukan Moonlight Rainbow Fountain Show |
|
Sebuah bangunan ultra moden di Seoul |
|
Jambatan lain berhampiran Banpo Bridge |
|
Menyusuri Sungai Han menuju ke pusat bandar |
Tahukah anda yang Seoul terletak cuma 58 km dari sempadan Korea Utara? Namun begitu kita tak boleh nak melawat Korea Utara kerana negara itu tidak membuka sempadannya kepada orang luar. Malah warga Korea Selatan juga tidak bebas untuk memasuki Korea Utara. Walau bagaimanapun, kita masih boleh melihat Korea Utara dari kejauhan jika berkunjung ke kawasan sempadan yang dinamakan sebagai Demilitarized Zone (DMZ). Myself dan Husband berkesempatan berkunjung ke DMZ sewaktu kami melawat ke Seoul dan pengalaman ini akan diceritakan kemudian.
|
National Assembly Building |
Seoul adalah pusat kepada K-pop dan K-drama. Pengaruh K-pop dan K-drama ini sangat kuat bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Pengaruh K-pop dan K-drama ini membuatkan Korea Selatan menjadi destinasi percutian ramai peminat K-pop dan K-drama. Ini telah Myself dan Husband perhatikan sejak kami bertolak dari KLIA lagi. Ramai sungguh anak-anak muda Malaysia peminat K-pop (khususnya perempuan) yang naik flight nak berkunjung ke Korea bersama kami. Kumpulan makcik-makcik pun ramai juga yang datang ke Korea. Mereka dah pasti sebahagian besarnya adalah peminat K-drama. Hahaha!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berkunjung ke Seoul, anda juga pasti menyedari yang kota ini adalah sebuah kota batu yang dipenuhi banyak bangunan tinggi. Rumah-rumah kediaman di Seoul juga, tidak mengira kediaman mewah ataupun kediaman biasa, semuanya terdiri dari high-rise. Bangunan apartment di Seoul juga mempunyai ketinggian purata sehingga 30 tingkat. Kata Clara kepada kami, rakyat Korea lebih suka memilih untuk tinggal di apartment pada tingkat yang lebih tinggi. Ini adalah kerana suasana apartment yang berada pada tingkat yang lebih rendah sangat suram kerana terlindung dari cahaya matahari. Disebabkan pembangunan yang pesat ini juga, tidak banyak kelihatan kawasan hijau untuk kegunaan rekreasi di Seoul.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ekonomi Korea dikuasai oleh syarikat-syarikat gergasi mereka seperti Samsung, LG dan Hyundai. Maka tidak hairanlah jika kita melihat bangunan-bangunan yang besar dan hebat di Seoul banyak dimiliki oleh ahli-ahli keluarga mereka. Shinsaege Department Store yang mempunyai banyak cawangan di Seoul dan seluruh Korea misalnya dimiliki oleh anak perempuan pengasas Syarikat Samsung. Bangunan tertinggi di Korea yang masih dalam pembinaan di Seoul pula dimiliki oleh Syarikat Hyundai.
Disebabkan kedudukannya yang agak hampir dengan Jepun, budaya kerja di Korea hampir serupa dengan negara tersebut. Lazimnya waktu bekerja di Korea sangat panjang. Pekerja secara sukarela akan menghabiskan masa yang panjang di tempat kerja untuk menunjukkan komitmen dan kesetiaan mereka kepada syarikat. Untuk menjaga kebajikan pekerja, Kerajaan Korea telah memperkenalkan peraturan yang menghadkan masa bekerja kepada 52 jam seminggu berbanding 68 jam yang sebelumnya. Namun demikian, disebabkan budaya kerja keras yang telah berakar umbi sejak sekian lama, peraturan ini tidak diterima baik oleh banyak pihak.
|
Bangunan-bangunan ultra moden di pusat bandar Seoul |
Satu pemandangan yang sering kami perhatikan sewaktu di Seoul juga adalah jalan-jalan yang ditutup kerana demonstrasi penunjuk perasaan. Anggota polis dan bas-bas polis akan sentiasa kelihatan beratur di sepanjang jalan.
Kata Clara kepada kami, demonstrasi begini adalah perkara yang biasa di Seoul. Hampir setiap hari ada saja penunjuk perasaan begini. Namun yang pasti, tidak seperti di tempat-tempat lain di dunia, demonstrasi ini berlangsung secara aman dan jarang sekali berlaku keganasan. Kata Clara lagi, memang ada rakyat Korea yang menyara hidup dengan mengambil upah menyertai demonstrasi begini.
|
Bas-bas polis yang beratur di tepi jalan tempat demonstrasi sedang berlangsung |
|
Polis wanita yang sedang bertugas mengawal demonstrasi |
Kalau berjalan di tempat-tempat menarik di Seoul juga, ada kalanya kita akan bertemu dengan orang-orang yang berjalan dengan bertampal plaster di seluruh muka. Mereka sebenarnya sedang dalam pemulihan selepas membuat prosedur plastic surgery untuk kecantikan. Disebabkan masyarakat Korea sangat obsess dengan rupa paras yang cantik, banyak kedai kosmetik dilihat di Seoul dan bandar-bandar lain di Korea. Plastic surgery juga adalah sebahagian dari cara hidup mereka.
Seperti kebanyakan budaya negara Asia yang lain, kejayaan dalam peperiksaan sangat diutamakan oleh ibu bapa Korea dalam pendidikan anak-anak. Antara hadiah yang sering diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan adalah membiayai kos plastic surgery terutamanya bagi membesarkan mata yang sepet. Ini adalah kerana ada kepercayaan di kalangan masyarakat Korea yang mereka akan lebih mudah mendapat kerja jika wajah mereka tidak terlalu Korean yang tipikal. Faktor ini jugalah yang menyebabkan Seoul dianggap sebagai Plastic Surgery Capital of the World.
|
Seoul Station |
|
Dari Seoul Station inilah kami menaiki tren KTX ke Busan tempoh hari. |
|
Jambatan berhampiran Seoul Station ini pada mulanya dibina untuk kegunaan kenderaan. Namun setelah masa berlalu dan strukturnya didapati tidak lagi mampu menampung berat kenderaan yang lalu, ia ditukar menjadi jambatan pejalan kaki. |
|
Escalator untuk naik ke jambatan pejalan kaki |
|
Bangunan-bangunan pejabat berhampiran Seoul Station |
|
Jambatan ini sangat panjang kerana pada asalnya ia dibina untuk kegunaan kenderaan. |
Berdasarkan pengalaman kami mengembara selama 8 hari di Busan, Jeju dan Seoul, makanan Halal memang sesuatu yang sukar ditemui di Korea. Restoran makanan Halal sering bertumpu hanya di suatu kawasan tertentu dan kalau di luar dari kawasan tersebut memang tak ada restoran Halal.
Memilih makanan yang Halal juga bukan sesuatu yang mudah kerana orang Korea sangat gemarkan hidangan babi dan meminum alkohol. Arak tradisional yang juga menjadi minuman popular di Korea adalah Soju. Disebabkan fakta ini, memang sukar kita nak mencari restoran yang tiada hidangan babi di dalamnya. Restoran-restoran yang menjual makanan Halal juga sering menjual minuman alkohol secara terbuka kepada pelanggan mereka. Kalau terpaksa makan di restoran tradisional Korean, Myself dan Husband akan cuba memastikan tiada hidangan babi dihidangkan di restoran tersebut, walaupun ada daging lain seperti ayam dan daging lembu (yang pastinya tidak halal) dihidangkan dalam menu. Mujurlah ada juga restoran Korean, terutama restoran seafood dan vegetarian yang tidak menghidangkan babi dalam menu mereka.
|
Kawasan bandar lama Seoul yang tidak mempunyai bangunan-bangunan yang ultra moden |
Seoul kini mempunyai 3 buah central business district yang terdiri dari Downtown Seoul, Gangnam dan Yeouido. Downtown terkenal sebagai tempat letaknya ibu pejabat syarikat-syarikat gergasi, institusi-institusi kewangan antrarabangsa, agensi-agensi berita dan firma-firma guaman. Gangnam terkenal sebagai pusat teknologi, kediaman-kediaman mewah dan pusat pendidikan swasta manakala Yeouido adalah pusat pertukaran saham dan pengurusan aset. Lagu Gangnam Style yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Korea Psy adalah sebenarnya menceritakan tentang suasana di Gangnam.
|
Bangunan-bangunan mewah di Seoul |
|
Kawasan hijau berhampiran Namsan |
|
Kawasan berhampiran Namsan ini adalah antara kawasan hijau yang masih terpelihara di Seoul |
Part 64: Restoran Kampungku
Disebabkan hari telah pun tengah hari ketika itu, Clara terus membawa kami lunch di sebuah restoran Malaysia yang terletak di tengah pusat bandar Seoul yang bernama Restoran Kampungku.
|
Berjalan menuju ke Restoran Kampungku yang terletak di tengah bandar Seoul |
|
Suasana jalan di hadapan Restoran Kampungku |
|
Restoran Kampungku |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
Bila dah namanya restoran Malaysia, memang ramailah rakyat Malaysia yang berkunjung ke sini. Tetapi biasalah bila orang Malaysia travel ke oversea, masing-masing buat sombong tak mahu bertegur sapa, termasuklah kami berdua. Hahaha!!
|
Patung Buddha |
Dalam perjalanan, kami ditunjukkan beberapa landmark menarik di kota Seoul yang mana di antaranya adalah Namdaemun Gate (South Great Door) yang merupakan salah sebuah dari 8 pintu masuk ke Fortress Wall of Seoul pada masa dahulu.
|
Menunggu untuk menyeberang jalan |
|
Iklan sebuah siri TV popular di Korea yang bernama Jirisan
|
|
Bank of Korea Money Museum |
|
Bank of Korea Water Fountain |
|
Aktress popular di Korea yang bernama Kim Jin-ah |
|
Ada banyak skrin LED yang hebat dipasang pada bangunan-bangunan di Seoul |
Bersambung ke Bahagian 25...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
No comments:
New comments are not allowed.