Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]
Bahagian 24: Pulang
MUSCAT - DOHA - KUALA LUMPUR
HARI KELAPAN (5)
Part 70: Parrot Homing @ Sandhills, Muscat
Ingatkan dah habis semua program lawatan kami sewaktu Maher membawa kami pulang ke Muscat. Rupa-rupanya dia tetap nak membawa kami ke sebuah kawasan bukit pasir yang dinamakan Sandhills.
![]() |
Pulang ke Muscat |
![]() |
Mentari terbenam di bumi Muscat |
Kata Maher, semua bukit di sekeliling Muscat adalah gunung-gunung batu. Cuma ada sebuah saja bukit yang terbina dari pasir. Ke sanalah dia nak membawa kami.
![]() |
Gunung-gunung batu di sekitar Muscat |
![]() |
Mentari yang kini dah semakin terbenam |
![]() |
Menuju ke Bukit Pasir |
![]() |
Bukit pasir di Muscat |
![]() |
Bangunan berhampiran Bukit Pasir |
![]() |
Persinggahan kami di Bukit Pasir adalah di sebalik bangunan ini |
Satu pemandangan menarik yang dapat kita lihat dari bukit pasir yang dinamakan Sandhills ini adalah Mall of Oman yang merupakan shopping mall yang terbesar di negara ini. Selain kedai-kedai untuk shopping, Mall of Oman juga memiliki Snow World. Kami tidak tahu bagaimana suasana Snow World di dalam Mall of Oman ini kerana kami tidak masuk ke sana. Tertanya-tanya juga, adakah ia sehebat Ski Dubai yang pernah Myself dan Husband kunjungi dulu?
![]() |
Mall of Oman |
Terkesima kita bila mendapati ada ramai orang sedang bermain dengan Burung Kakak Tua di bukit ini. Tak sangka hobi Orang Oman adalah membela Burung Kakak Tua dan bukan Burung Falcon seperti yang kami lihat di Qatar. Kata Maher, memelihara Burung Falcon cuma popular di kalangan Orang Arab yang tinggal di Semenanjung Arab yang lain dan bukan di Oman. Myself rasa faktor ini mungkin disebabkan kedudukan Oman yang lebih dekat dengan benua Afrika berbanding negara-negara Arab yang lain. Tempat asal Burung-burung Kakak Tua ini adalah benua Afrika. Jadi dah pasti ia lebih mudah didapati di Oman berbanding negara Arab yang lain.
![]() |
Pemilik-pemilik Burung Kakak Tua dengan burung masing-masing di Sandhills |
![]() |
Nampak gaya setiap pemilik mempunyai banyak burung |
![]() |
Burung Kakak Tua yang berwarna-warni |
Seronok melihat Burung-burung Kakak Tua yang cantik dan berwarna-warni. Mereka juga kelihatan manja dan mesra dengan tuan mereka. Burung Kakak Tua juga pandai meniru suara manusia. Seronok mendengar mereka 'berbual-bual' dengan tuan-tuan mereka. Tetapi kita tak fahamlah apa yang diperkatakan sebab mereka berbual dalam Bahasa Arab. Hahaha!!
Burung-burung Kakak Tua ini juga telah dilatih membuat Parrot Homing. Bila diberi cue, mereka akan terbang beramai-ramai dalam satu bulatan besar sebelum kembali kepada tuan-tuan mereka. Memang seronok melihat mereka terbang beramai-ramai begitu.
![]() |
Bersedia untuk terbang |
![]() |
Berlepas untuk terbang |
![]() |
Mula terbang beramai-ramai |
Memang satu pemandangan yang menakjubkan melihat burung ini terbang beramai-ramai begitu. Terfikir juga di dalam hati, bagaimana mereka boleh melatih burung-burung ini terbang bersama-sama dalam satu bulatan besar begitu?
![]() |
Terbang beramai-ramai dalam satu bulatan besar |
![]() |
Terbang dengan berlatar belakangkan Mall of Oman |
![]() |
Terbang dengan berlatar belakangkan pergunungan |
![]() |
Terbang kembali ke pangkuan tuan masing-masing |
![]() |
Proud Parrot Master |
Part 71: Muscat International Airport
Kami kembali ke Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat untuk mengambil bagasi yang disimpan di sana. Dekat-dekat pukul 6.30 petang, bas yang diatur oleh Maher tiba untuk membawa kami ke Muscat International Airport.
![]() |
Dalam bas menuju ke airport |
![]() |
Goodbye, Oman! |
![]() |
Muscat International Airport |
![]() |
Tiba di Muscat International Airport |
Perjalanan dari Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat menuju ke Muscat International Airport memakan masa kira-kira 20 minit. Tibalah masa untuk kami berpisah dengan Tour Guide Maher yang setia menemani kami selama 4 hari di Oman.
![]() |
Abang dan Husband bergambar kenangan dengan Maher |
Sebelum berpisah, Maher mencadangkan supaya kami datang lagi ke Oman. Tinggal di Oman seminggu, kata Maher, barulah boleh melawat ke banyak tempat. Myself dan Husband memang berazam nak datang lagi ke Oman kalau ada rezeki dan kesempatan di masa hadapan. Kalau berpeluang datang lagi ke Oman, mungkin kami akan melawat ke Salalah yang terletak di selatan Oman pula. Satu tempat yang ingin kami lawati di sana adalah Makam Nabi Ayub AS.
![]() |
Muscat International Airport |
![]() |
Drop-off area di Muscat International Airport |
![]() |
Pintu masuk ke Muscat International Airport |
![]() |
Suasana di dalam Muscat International Airport |
![]() |
Satu lagi suasana di dalam Muscat International Airport |
Kami akan pulang ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan Qatar Airways dengan membuat persinggahan transit di Doha. Penerbangan ke Doha dari Muscat dijadualkan berlepas pada pukul 11.15 malam. Kami sengaja memilih untuk datang awal ke airport kerana nak dinner di sana.
![]() |
Pesawat kami Qatar Airways QR 1125 dijadualkan berlepas dari Muscat ke Doha pada pukul 11.15 malam. |
![]() |
I Love Oman |
Muscat International Airport bukanlah sebuah airport yang sibuk. Kemudahan pun tak banyak terdapat di sini. Cuma ada beberapa buah restoran sahaja yang dibuka di airport ini ketika itu. Kami memilih untuk makan malam di sebuah restoran bernama Plenty yang terletak tidak jauh dari kaunter check-in.
Restoran ini pun diberitahu kepada kami oleh seorang lelaki dari Myanmar yang pernah bekerja di Singapore. Ketika itu kami sedang duduk berbincang memikirkan di mana nak dinner memandangkan ketika itu tidak nampak sebuah pun restoran di dalam airport. Bila lelaki Myanmar ini mendengar kami berbual dalam Bahasa Melayu, terus dia mencelah memberitahu kami tentang Restoran Plenty. Kagum juga mendengar dia boleh bercakap dalam Bahasa Melayu walau pernah bekerja di Singapore, sekalipun sebutannya agak pelat.
![]() |
Restoran Plenty |
![]() |
Pilihan makanan di Restoran Plenty |
![]() |
Pilih Sandwich dan Roti Paratha untuk dinner malam ini |
![]() |
Husband happy minum Teh Karak untuk kali terakhir sebelum meninggalkan Oman |
Dekat-dekat pukul 8 malam, kami bergerak ke kaunter Qatar Airways untuk check-in. Sewaktu di sini sempat berbual dengan seorang warga Malaysia dari Johor yang nak pulang ke kampung. Dia bekerja dengan sebuah syarikat di Oman.
![]() |
Menunggu kaunter Qatar Airways dibuka |
![]() |
Kaunter untuk Bag Drop |
![]() |
Barisan untuk Bag Drop |
![]() |
Boarding Pass dari Muscat menuju ke Kuala Lumpur |
Selepas membuat check-in dan bag drop, kami terus masuk ke boarding gate. Suasana di dalam Boarding Gate juga tidak meriah. Hanya sekadar tempat menunggu pesawat untuk berlepas.
![]() |
Berjalan menuju ke Boarding Gate |
![]() |
Hanya ada beberapa kedai dan kemudahan sahaja di Departure Area |
![]() |
Suasana di kawasan Departure |
![]() |
Walkalator |
![]() |
Toilet di Muscat International Airport |
Part 72: Muscat - Doha
Pada pukul 10 malam, semua penumpang Qatar Airways QR 1125 menuju ke Doha dipanggil masuk ke dalam pesawat.
![]() |
Panggilan masuk ke dalam pesawat |
![]() |
Beratur masuk ke Boarding Gate |
![]() |
Pintu A8 |
![]() |
Pemandangan di Boarding Gate |
![]() |
Pesawat Qatar Airways yang bersedia nak menerbangkan kami ke Doha |
![]() |
Berjalan masuk ke dalam pesawat |
Tidak seperti sewaktu kedatangan ke Muscat dari Doha dulu di mana pesawat narrow body digunakan, kami mendapat pesawat wide body Boeing 777-300ER menuju ke Doha pada malam ini.
![]() |
Agak penuh juga pesawat pada malam ini |
Tepat pada pukul 11.15 malam mengikut jadual, pesawat Qatar Airways QR1125 berlepas dari Muscat menuju ke Doha. Penerbangan dari Muscat ke Doha memakan masa 1 jam 10 minit.
![]() |
Berlepas dari Muscat |
![]() |
Peta penerbangan dari Muscat ke Doha |
Sajian penerbangan diberikan kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang di UAE. Disebabkan tempoh penerbangan yang agak singkat, hanya hidangan ringan yang diberikan.
![]() |
Lampu pesawat yang dimalapkan sepanjang penerbangan malam menuju ke Doha |
![]() |
Tiba di UAE |
![]() |
Sajian penerbangan sedang diberi kepada penumpang |
![]() |
Sajian ringan sahaja yang diberi memandangkan penerbangan ini agak singkat |
HARI KESEMBILAN
Part 73: Hamad International Airport, Doha
Pesawat kami tiba di Hamad International Airport di Doha pada pukul 12 tengah malam waktu tempatan. Waktu di Doha adalah sejam lebih lewat berbanding Muscat.
![]() |
Turun dari pesawat |
Setibanya di Doha, pesawat kami parking di tengah airport. Semua penumpang dibawa ke bangunan terminal dengan bas.
![]() |
Pesawat parking di tengah airport |
![]() |
Bas yang menanti untuk membawa penumpang ke bangunan terminal |
Memang jauh pesawat kami parking di tengah airport kerana perjalanan dengan bas menuju ke bangunan terminal dirasakan sangat lama.
![]() |
Pemandangan dari dalam bas |
![]() |
Pesawat Oman Air di Hamad International Airport |
![]() |
Barisan pesawat Qatar Airways |
![]() |
Barisan ekor pesawat Qatar Airways |
![]() |
Menuju ke bangunan terminal |
![]() |
Tiba di bangunan terminal |
Alhamdulillah kerana bas membawa kami terus ke Boarding Gate. Tiada security check yang dikenakan lagi kepada penumpang-penumpang transit seperti kami. Teringat pengalaman sewaktu membuat transit di Dubai International Airport sewaktu pulang dari Spain dulu. Jauh sungguh kami kena berjalan sehingga ke penghujung bangunan terminal semata-mata untuk melalui security check semula. Haihh!!
![]() |
Penumpang-penumpang transit memeriksa pintu perlepasan masing-masing |
![]() |
Pesawat kami ke Kuala Lumpur, Qatar Airways QR 852 dijadual berlepas pada pukul 2.30 pagi melalui Pintu C10 |
Persinggahan transit kami di Doha hanya selama 2 jam 30 minit. Tak banyak benda yang dapat dibuat dalam tempoh tersebut selain mencari dan menunggu di pintu perlepasan. Tapi okeylah, sebab kami dah puas meronda Hamad International Airport ini sewaktu menunggu pesawat berlepas ke Muscat dulu.
![]() |
Escalator menuju ke pintu perlepasan |
![]() |
Tidak seperti airport di Muscat yang sunyi, airport di Doha sangat meriah dengan penumpang transit |
![]() |
Kafe berkonsep Arab di Hamad International Airport |
![]() |
Suasana di dalam kafe |
![]() |
Walkalator |
![]() |
Menuju ke Pintu C10 |
Part 74: Doha - Kuala Lumpur
Penerbangan pulang kami dijadual berlepas pada pukul 2.30 pagi. Seawal pukul 1.40 pagi, para penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat. Sesuatu yang kami perhatikan ialah tidak ramai rakyat Malaysia menaiki pesawat ini. Mungkin mereka lebih memilih pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (code share dengan Qatar Airways) yang berlepas lebih awal pada pukul 1.30 pagi.
![]() |
Panggilan masuk ke dalam pesawat |
![]() |
Buggy |
![]() |
Beratur masuk ke Boarding Gate |
![]() |
Maklumat pesawat kami Qatar Airways QR 852 |
![]() |
Berjalan ke dalam pesawat |
![]() |
Pesawat yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur |
![]() |
Tiba di pintu pesawat |
![]() |
Pemandangan di dalam pesawat |
![]() |
Maklumat penerbangan |
Seperti yang dijadualkan, pesawat Qatar Airways QR 852 berlepas dari Doha menuju ke Kuala Lumpur pada pukul 2.30 pagi. Seriously Myself tertidur dengan begitu lena dan tidak sedar langsung bila pesawat ini berlepas meninggalkan Doha. Sedar-sedar, Myself dikejutkan oleh Husband sewaktu sajian penerbangan pertama diberi kepada penumpang. Waktu itu kami sedang terbang menghampiri UAE.
![]() |
Lampu pesawat yang dimalapkan sepanjang penerbangan |
![]() |
Sedang terbang di Abu Dhabi ketika ini |
![]() |
Sandwich yang diberi dalam sajian penerbangan pertama |
![]() |
Perjalanan selepas meninggalkan Doha |
Penerbangan dari Doha menuju ke Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 7 jam. Pesawat yang digunakan adalah juga pesawat wide body Boeing 777-300ER seperti penerbangan dari Muscat ke Doha tadi. Pesawat ini kelihatan seperti sebuah pesawat baru. Seat di dalam pesawat memang selesa. Sedap je kita tidur sepanjang perjalanan dari Doha menuju ke KL.
![]() |
Terbang di Laut Arab |
![]() |
Tiba di India |
Alhamdulillah, penerbangan pulang dari Doha ke Kuala Lumpur sangat smooth. Sikit-sikit saja gegaran yang dialami.
![]() |
Melepasi India |
![]() |
Terbang menuju ke Teluk Bengal |
Sajian penerbangan kedua diberi sewaktu kami tiba di Teluk Bengal. Ada pilihan Chicken Gravy With Japanese Rice dan Cream Cheese Chive Fritters. Macam biasa, Myself pilih makan Nasi manakala Husband pulak mesti memilih makanan Orang Putih.
![]() |
Sajian penerbangan kedua sedang diberi kepada penumpang |
![]() |
Terbang di Teluk Bengal |
![]() |
Sajian penerbangan kedua |
![]() |
Cream Cheese Chive Fritters |
![]() |
Masih perkhidmatan sajian penerbangan |
![]() |
Menuju ke Nicobar Islands yang merupakan sebahagian dari negara India |
![]() |
Dua jam lagi nak sampai ke Kuala Lumpur |
Percutian kami ke Qatar dan Oman tamat bila kita tiba di Malaysia. Secara rasminya ini adalah percutian kedua Myself dan Huband ke negara Timur Tengah. Percutian pertama dulu adalah ke Kuwait dan UAE. Kami juga pernah berkunjung ke Jordan sebelum itu, tetapi itu bukanlah perjalanan percutian sebenarnya ~ hanya satu persinggahan sebelum menunaikan Umrah. Satu kesimpulan yang dapat kami buat ialah percutian ke Timur Tengah memang selalu istimewa kerana banyak pengalaman baru yang akan kita perolehi.
Timur Tengah bukanlah destinasi percutian yang menyeronokkan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ini adalah kerana kita cuma membayangkan Timur Tengah hanya penuh dengan padang pasir seperti yang kita lihat bila membuat Umrah ke Makkah dan Madinah di Arab Saudi. Tetapi bak kata pepatah Melayu ~ Tak kenal maka tak cinta. Kalau kita betul-betul explore negara Timur Tengah, memang banyak keistimewaan yang akan kita temui.
![]() |
Menuju kembali ke Tanah Air yang tercinta |
![]() |
Tiba di Malaysia |
![]() |
Terbang menuju ke Kuala Lumpur |
![]() |
Membuat persiapan untuk mendarat |
![]() |
Semburan aerosol sebelum mendarat |
![]() |
Anak-anak kapal membuat persiapan akhir sebelum mendarat |
Pesawat kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 2.45 petang mengikut jadual. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT mengizinkan kami membuat satu lagi perjalanan ke Eropah yang telah kami rancang selepas Hari Raya nanti. Insyaallah.
![]() |
Tiba di Kuala Lumpur |
![]() |
Peta perjalanan keseluruhan dari Doha ke Kuala Lumpur |
![]() |
Selamat mendarat di Kuala Lumpur |
![]() |
Berjalan keluar dari pesawat |
![]() |
Mengintai seat Business Class Qatar Airways |
![]() |
Business Class Qatar Airways |
![]() |
Thank you, Qatar Airways. |
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.