Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 33: Demilitarized Zone (DMZ)
IMJINGAK (Imjingak Peace Park 2)
HARI KELAPAN (2)
Part 84: Imjingak Peace Park (2)
Kita teruskan lagi lawatan ke Imjingak Peace Park yang menyimpan pelbagai kenangan Perang Korea 1950-1953.
|
Keterangan mengenai Perang Korea |
|
Suasana di Imjingak Peace Park |
|
Satu lagi suasana di Imjingak Peace Park |
|
Peta Imjingak, tapi sayang sebab semua ditulis dalam Bahasa Korea |
|
Tempat-tempat yang di seberang sungai hanya boleh dilawati dengan Guided Tours sahaja |
Satu masa dahulu ada laluan keretapi bernama Gyeongui Line yang menghubungkan Korea Utara dengan Korea Selatan. Sewaktu Perang Korea, laluan keretapi ini digunakan dengan aktif bagi mengangkut tentera, perisai dan peluru ke medan perang. Sebahagian kecil laluan keretapi ini dikekalkan pada masa sekarang di Imjingak Peace Park untuk tatapan generasi yang tidak berdepan dengan keperitan Perang Korea.
|
Pemandangan dari celah BEAT 131 |
|
Jangan terpedaya kerana pemandangan dari celah BEAT 131 masih Korea Selatan dan bukan Korea Utara |
Seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, ramai rakyat Korea Selatan yang masih menaruh harapan agar kedua-dua Korea akan kembali bersatu. Ramai juga rakyat Korea yang masih mempunyai keluarga yang terpisah di Korea Utara disebabkan Perang Korea. Semua pengharapan ini diabadikan dalam gambar-gambar yang dilekatkan pada dinding BEAT 131.
|
Gambar-gambar pengharapan untuk bersatu yang dilekatkan pada dinding BEAT 131 |
Kita lihat beberapa gambar yang diabadikan di sini...
|
Riben-riben pengharapan yang digantungkan pada pagar agar kedua Korea akan bersatu kembali |
Di belakang BEAT 131 ini ada sebuah kedai cenderamata. Selain cenderamata tipikal, satu cenderamata istimewa yang dijual kepada pengunjung ke sini adalah matawang Korea Utara. Kami turut membeli matawang Korea Utara ini untuk dijadikan kenangan lawatan kami ke DMZ.
|
Kedai cenderamata di belakang BEAT 131 |
|
Antara cenderamata popular yang boleh dibeli di kedai ini adalah matawang Korea Utara |
|
Matawang Korea Utara yang kami beli sebagai kenangan di DMZ. Set ini dijual pada harga KRW 60,000 (RM 186) |
|
Pemandangan pada satu muka matawang Korea Utara |
|
Pemandangan pada muka yang sebelah lagi |
|
Pemandangan menghala ke Visitor Center |
Sedang kita seronok-seronok melawat ke sini, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki Tour Guide Korea memarahi ahli kumpulannya. Rupa-rupanya ada seorang Mat Salleh yang suka-suka menerbangkan drone. Kita pun suspen melihat perbuatan Mat Salleh ini. DMZ memang sebuah kawasan tentera yang sensitif. Banyak tempat di sini di mana kita tak boleh mengambil gambar, apatah lagi menerbangkan drone begitu! Tetapi sesuatu yang Myself perhatikan dalam lawatan kami ke Korea ini ialah sikap pelancong-pelancong Mat Salleh yang datang melawat ke negara ini. Mereka memang sangat angkuh dan sering tidak menghormati peraturan dan budaya tempatan. Mujurlah geng-geng mereka yang datang melawat ke Malaysia tidak berperangai begitu.
|
Nampak tak drone yang diterbangkan di sana? |
Kita kemudiannya melawat ke tarikan yang paling popular di Imjingak Peace Park ini ~ sebuah lokomotif yang penuh dengan kesan tembakan peluru. Keretapi ini juga sangat penting dalam sejarah Korea kerana ia adalah keretapi terakhir yang membuat perjalanan di antara Korea Utara dengan Korea Selatan sehingga sekarang.
|
Keretapi terakhir yang membuat perjalanan di antara Korea Utara dengan Korea Selatan |
Menurut keterangan yang diberi, pada 31 Disember 1950 sewaktu tren ini sedang membuat perjalanan dari Gaeseong ke Pyeongyang (ibu negara Korea Utara) untuk menghantar bekalan perang, ia telah dihalang oleh tentera Komunis China di stesen Hanpo di Pyeongsan. Oleh yang demikian, ia terpaksa berpatah balik dan sewaktu dalam perjalanan ini diserang bertubi-tubi sehingga mengalami kerosakan yang teruk. Setibanya di Stesen Jangdan, ia tidak lagi mampu bergerak dan terpaksa ditinggalkan. Selepas perang tamat, ia telah dibawa ke sini oleh Kerajaan Wilayah Gyeonggi di Korea Selatan untuk dijadikan bahan sejarah.
|
Lokomotif ini rosak setelah diserang bertubi-tubi oleh Tentera Komunis China yang berperang di pihak Korea Utara sewaktu Perang Korea |
|
Keterangan tentang sejarah lokomotif |
|
Pandangan lokomotif dengan lebih dekat |
|
Enjin lokomotif |
|
Terdapat 1,020 kesan tembakan pada badan lokomotif ini |
|
Melihat kepada kesan tembakan pada lokomotif ini, memang satu keajaiban kerana pemandu dan krew lokomotif ini terselamat dalam serangan |
|
Roda lokomatif |
|
Pandangan tepi bahagian belakang lokomotif |
|
Pandangan lokomotif dari belakang |
|
Satu lagi pandangan lokomotif dari belakang |
|
Bergambar kenangan dengan lokomotif |
Selepas menyaksikan lokomotif yang menjadi mangsa kekejaman Perang Korea, kita saksikan pula jambatan yang turut menjadi mangsa kekejaman perang di belakangnya...
|
Imjin River Dokgae Bridge |
Bersambung ke Bahagian 34...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
No comments:
New comments are not allowed.