Sunday, 8 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 18 (Songeup Folk Village 2)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 18: Jeju Tour
EAST JEJU (Songeup Folk Village 2)

HARI KELIMA (3)

Part 49: Songeup Folk Village (2)

Kita sambung lagi kisah lawatan kami ke Songeup Folk Village di Jeju Island...

Pusat bandar Songeup Village
Restoran
Bersiar-siar di pusat bandar Songeup Village
Walaupun memiliki kemudahan moden sekarang, ciri tradisional di Songeup Folk Village masih dikekalkan

Tembok batu di Pulau Jeju memang sentiasa menarik perhatian kita. Tembok ini dibina dengan hanya menyusun batu-batu lava di atas satu sama lain. Batuan lava ini juga bersifat poros dan boleh ditembusi air hujan. Rekahan di celah-celah batu tembok juga sengaja dibuat untuk membolehkan angin taufan menembusinya. Dengan cara ini, tembok tidak akan rosak dan runtuh bila dibadai hujan dan angin.

Satu lagi pemandangan di pusat bandar Songeup Folk Village
Lucas seterusnya membawa kami melawat ke Peddler's Inn yang berfungsi seperti caravanserai di negara-negara Timur Tengah.

Melawat ke Peddler's Inn
Pelawat-pelawat ke Peddler's Inn
Pintu masuk ke Peddler's Inn
Keterangan mengenai Peddler's Inn
Peddler's Inn adalah rumah tumpangan bagi pedagang-pedagang ke Songeup Village. Layout rumah ini tidak banyak berbeza dengan Go Pyeong-o Historic House yang kami lawati tadi.

Hujan yang turun renyai-renyai sewaktu kami melawat ke Peddler's Inn
Suasana di dalam Peddler's Inn
Satu lagi suasana di Peddler's Inn
Bangsal kuda
Husband di depan bangsal kuda
Pemandangan di dalam bangsal kuda
Satu lagi pemandangan di dalam bangsal kuda
Lucas kemudian menunjukkan kepada kami bilik tempat tidur para pedagang. Mengikut amalan masyarakat Korea ketika itu, mereka akan tidur di atas lantai sahaja, macam juga orang Melayu kita di zaman dulu-dulu.

Bilik tempat tidur pedagang
Mengikut Lucas melawat ke bilik tempat tidur pedagang
Pemandangan ruang tempat tidur pedagang
Nampak gayanya pedagang akan tidur beramai-ramai di sini
Ada juga bangunan-bangunan lain di Peddler's Inn ini yang kami tidak pasti apa kegunaannya ketika itu.

Pada musim sejuk, lantai-lantai di rumah tradisional Korea akan dipanaskan menggunakan asap dari kayu api yang dibakar. Lucas turut membawa kami melihat tempat di mana asap ini dialirkan di bawah lantai bilik penginapan untuk memanaskannya.

Bilik pembakaran kayu api untuk memanaskan lantai rumah penginapan
Asap akan dialirkan ke dalam lubang ini untuk memanaskan lantai rumah
Setiap rumah di Songeup Folk Village ketika itu pasti akan mempunyai tempat untuk menternak Babi Hitam. Maklum sajalah kerana Babi Hitam bukan saja diternak untuk dimakan, tetapi juga untuk memakan najis kotoran dari tandas.

Di sebalik tembok ini adalah tempat ternakan Babi Hitam
Tandas di penghujung kandang Babi Hitam
Pemandangan di dalam tandas
Lubang tandas
Pemandangan tandas dan kandang Babi Hitam
Kandang Babi Hitam
Selepas itu, kita jenguk pula dapur yang digunakan untuk memasak makanan.

Menjenguk ke dalam dapur...
Suasana di dalam dapur
Lagi pemandangan di dalam dapur
Periuk belanga
Peralatan dapur
Tempayan Kimchi
Lubang untuk menyalurkan asap untuk memanaskan lantai rumah di musim sejuk
Di sebelah dapur ini juga ada sebuah lagi bilik tidur. Kita jenguk ke sana sekejap...

Mengintai ke bilik tidur di sebelah dapur
Pemandangan di dalam bilik tidur
Pemandangan ke luar tingkap...
Pemandangan kandang Babi Hitam rupanya... Hahaha!!
Perkarangan rumah tradisional Korea juga sering tergenang air sewaktu hujan lebat. Oleh itu laluan berbatu yang agak tinggi dibina sebagai titi untuk kemudahan pergerakan penghuni rumah sewaktu hujan lebat.

Laluan yang digunakan sebagai titi sewaktu hujan lebat
Husband sedang memeriksa laluan titi
Demonstrasi penggunaan titi sewaktu hujan lebat
Pelawat-pelawat lain di Peddler's Inn
Lawatan terakhir kami di Songeup Folk Village adalah ke Rumah Rehat Kerajaan yang dinamakan Gaeksa. Gaeksa dibina dengan dua fungsi: tempat penghormatan kepada simbol Kerajaan Joseon (Jeonpae) dan juga sebagai tempat penginapan pegawai tinggi kerajaan yang datang ke Jeju dari Seoul.

Laluan menuju ke Gaeksa
Pintu masuk ke Gaeksa (Guesthouse)
Keterangan mengenai Gaeksa
Mengikut keterangan dari Lucas, Gaeksa menyimpan sebuah lukisan lambang kebesaran Dinasti Joseon yang dinamakan Jeonpae pada masa dahulu. Dari semasa ke semasa, pegawai-pegawai Kerajaan akan datang memberi penghormatan dengan cara menunduk kepada Jeonpae ini sebagai mengganti adat menunduk hormat kepada Raja. Disebabkan kedudukan Jeju yang jauh dari Seoul, adat memberi hormat begini yang dinamakan Manggweollye ini dianggap sebagai pengganti untuk para pembesar datang menghadap Raja.

Pemandangan pintu masuk ke Gaeksa
Jeonpae ini masih disimpan di dalam Gaeksa dan sebenarnya boleh dilihat oleh pelawat. Malangnya, pintu masuk ke Gaeksa ini dikunci pula pada ketika kami melawat ke sana. 

Bumbung Gaeksa pula dibina dengan 2 level. Level yang lebih tinggi menandakan kedudukan di mana lambang kebesaran Dinasti Joseon disimpan.

Gaeksa yang menyimpan lambang kebesaran Dinasti Joseon di dalamnya
Mengikut Lucas melawat Gaeksa dengan lebih dekat
Pintu masuk ke Gaeksa dikunci pula pada hari ini
Kunci pada pintu masuk ke Gaeksa
Senibina tradisional Korea dinamakan dancheong. Sekali imbas, ia memang sangat mirip dengan senibina Cina
Senibina Korea yang dinamakan dancheong
Ciri senibina Korea memang sangat mirip dengan ciri senibina Cina
Pemandangan pintu keluar dari Gaeksa
Berjalan keluar dari Gaeksa
Tidak seperti penduduk di Semenanjung Korea yang rata-ratanya beragama Buddha pada masa dahulu, penduduk Jeju berpegang kepada kepercayaan animisme. Mereka sangat mempercayai kepada semangat yang dikatakan boleh memberi perlindungan dan keselamatan kepada manusia. Pokok-pokok Zelkova dan Hackberry yang ditanam di sekeliling Songeup Folk Village turut dikatakan boleh memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka.

Pokok-pokok zelkova dan hackberry di sekeliling Songeup Village dikatakan mempunyai semangat yang boleh memberi perlindungan dan keselamatan kepada penduduk kampung.
Berjalan lagi di Songeup Folk Village
Masih ada rakyat biasa yang mendiami Songeup Folk Village sehingga ke hari ini. Oleh itu, kita dapat melihat rumah-rumah kediaman dan kebun-kebun sayur yang masih diusahakan oleh mereka.

Kebun sayur penduduk tempatan
Tanaman sayuran
Berjalan di tepi kebun sayur
Lagi tanaman sayuran yang diusahakan oleh penduduk tempatan
Suasana yang tenang dan damai
Hujan masih turun renyai ketika ini
Banyak juga rumah yang telah dijadikan homestay
Farmasi tradisional yang menjual minyak kuda dan pil tulang kuda.
Rumah-rumah di Songeup Folk Village dibina dengan menggunakan konsep tradisional di mana laluan masuknya terbuka dan pintu rumah tidak dikunci. Satu ciri menarik ialah terdapat beberapa batang buluh yang akan diletakkan di depan setiap rumah. Batang buluh ini akan diselit pada tiang rendah di depan rumah untuk menyatakan status penghuninya.

Jika cuma sebatang buluh yang dipasang, itu bermakna tuan rumah sedang bekerja di ladang dan cuma anak-anak sahaja yang berada di rumah. Kalau ada sesuatu keperluan, anak-anak boleh pergi mendapatkan tuan rumah di ladang untuk bertemu dengan tetamu yang datang. Jika dua batang buluh dipasang, itu bermakna tuan rumah sedang bekerja di ladang dan tiada sesiapa menunggu di rumah dan jika tiga batang buluh pula dipasang, itu bermakna tuan rumah berpergian jauh selama beberapa hari. Rumah yang dipasang dengan 4 batang buluh bermakna tuan rumah adalah seorang janda manakala jika tiada sebarang buluh dipasang di depan rumah, itu bermakna tuan rumah sedang berada di dalam.

Pemandangan laluan masuk ke sebuah rumah. Perhatikan tiang yang mempunyai tiga lubang di sebelah kiri untuk meletakkan batang buluh.
Rumah yang dipasang dengan satu buluh begini bermakna tuan rumah tiada di dalam dan hanya anak-anak sahaja yang menunggu di rumah
Rumah yang dipasang dengan dua buluh bermakna tiada sesiapa berada di rumah ketika ini
Rumah yang dipasang dengan tiga buluh bermaksud tuan rumah sedang berpergian jauh selama beberapa hari
Rumah yang buluhnya cuma diletak di tepi begini bermaksud penghuninya sedang berada di dalam.
Rumah kediaman di Jeju
Sebuah rumah yang telah ditukar menjadi Bed & Breakfast (B&B)
Tahu tak ini bekas kandang siapa? Hehhehehhh!!
Pokok Persimmon
Dah tiba masa untuk kami meninggalkan Songeup Folk Village untuk ke destinasi yang seterusnya...

Meninggalkan Songeup Folk Village
Penutup sewer
Pemandangan tembok pertahanan lama Songeup Village dari sebelah dalam
Pemandangan tembok dari sebelah luar
Pemandangan tembok dengan lebih dekat
Bangunan-bangunan yang terletak di luar tembok pertahanan
Berjalan menuju ke tempat parking kereta
Kebun pertanian di luar tembok pertahanan
Restoran di Songeup Folk Village yang kesemuanya pasti mempunyai hidangan Black Pork
Kenangan di Songeup Folk Village
Pokok Persimmons di tepi tempat parking kereta
Bergambar dengan Pokok Persimmons
Menuju ke destinasi yang seterusnya
East Gate, kalau tak silap
Annyeonghi gaseyo (Goodbye), Stone Grandpa!


 Bersambung ke Bahagian 19...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:


No comments: