Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 26: Seoul Tour
SEOUL (Myeongdong & Chonggyecheon Stream)
HARI KEENAM (4)
Part 66: Myeongdong
Myeongdong adalah kawasan membeli-belah yang paling terkenal di Korea. Berbagai kedai ada di sini, dari kedai yang high end sehinggalah ke gerai-gerai yang kecil.
|
North Face Store & Cafe |
|
Pemandangan jalan utama di Myeongdong |
|
Menunggu nak melintas jalan di Myeongdong |
|
Lagi pemandangan jalan utama di Myeongdong |
|
Signboard nama jalan di Myeongdong |
Satu pengalaman menarik di Myeongdong ialah apabila kami diperkenalkan dengan traffic light pada lantai di tempat melintas jalan. Kata Clara, traffic light pada lantai ini adalah usaha terbaru Seoul City Hall untuk memberi kemudahan kepada rakyatnya.
Pada zaman sekarang di mana semua orang memiliki smart phone, pasti menjadi kebiasaan kita akan sentiasa memandang handphone bila saja ada waktu yang terluang termasuk seperti ketika sedang menunggu melintas jalan. Disebabkan terlalu leka memandang handphone, ramai yang tidak sedar bila lampu merah bertukar menjadi hijau kerana mereka tidak langsung mengangkat muka dari handphone. Oleh yang demikian, lampu merah pada lantai ini dicipta supaya orang yang asyik memandang handphone sedar yang lampu dah pun bertukar hijau dan mereka dah boleh melintas jalan.
|
Lampu hijau di atas jalan |
|
Lampu merah di atas jalan |
|
Payung yang disediakan untuk pejalan kaki yang menunggu lampu merah berlindung di musim panas. |
Sebahagian besar jalan di Myeongdong adalah pedestrian zone dan ditutup kepada kenderaan. Di sebelah petang begini, memang ramai orang yang datang. Suasananya lebih kurang sama macam di Shibuya, Tokyo dan juga di Dotonburi, Osaka sana. Fikir-fikir balik, kita pun macam dah lama sangat tak pergi ke Jepun ni. Hihihi!
|
Kedai Almond |
|
Pengunjung-pengunjung yang datang ke Myeongdong |
|
Satu lagi suasana di Myeongdong |
Selain kedai yang menjual berbagai barangan, gerai menjual street food pun banyak di sini. Tapi sesuatu yang perlu diberi perhatian kalau nak makan makanan street food ini ialah tiada tong sampah disediakan untuk orang awam. Sisa bekas makanan perlu dipulangkan kepada penjual untuk dilupuskan.
|
Buah-buahan |
|
Kuih yang macam bahulu ini cukup popular di Korea |
|
Kita pun beli juga kuih yang macam Bahulu ini untuk dimakan. Namanya dalam Bahasa Korea adalah Bungeo-ppang |
Lepas makan kuih Bahulu ini, kita jalan-jalan lagi melihat-lihat pelbagai gerai makanan yang lain.
|
Jalan-jalan di Myeongdong |
|
Cheese Kimchi Roll Pork Belly |
|
Yaki Noodles |
|
Ada juga gerai menjual makanan Halal di sini |
|
Chicken & Deep Fried Shrimp |
|
Gerai Sim Card |
|
Seafood |
|
Buah-buahan |
Seperti yang Myself ceritakan sebelum ini, agama terbesar di Korea Selatan sekarang adalah agama Kristian dan negara ini mempunyai bilangan penganut Kristian yang kedua terbesar di Asia selepas Philippines. Namun demikian, tidak seperti Philippines yang penganut Kristiannya menganut sebahagian besarnya mazhab Roman Katholik, penganut Kristian di Korea Selatan terdiri dari berbagai-bagai mazhab.
Menurut Clara, mazhab Kristian tertua di Korea Selatan adalah Roman Katholik dan di Myeongdong ini ada sebuah gereja Roman Katholik yang dianggap sebagai sebuah monumen bersejarah. Oleh yang demikian, dia nak menunjukkan gereja ini kepada kami.
|
Olive Young adalah salah sebuah rangkaian kedai kosmetik yang terbesar di Korea |
|
Jalan-jalan di Myeongdong |
|
Kedai untuk peminat BTS |
|
Hotel mewah, Royal Hotel Seoul yang terletak di kawasan Myeongdong |
|
Lagi suasana petang di Myeongdong |
|
Pengunjung yang semakin ramai di Myeongdong |
|
Menghampiri Myeongdong Cathedral |
Part 67: Myeongdong Cathedral
Myeongdong Cathedral mula dibina pada tahun 1887 dan pembinaannya siap pada tahun 1982. Ia dibina dengan sokongan dari para mubaligh dan 1,000 penganut Roman Katholik tempatan pada ketika itu. Nama rasminya adalah Church of Our Lady of Immaculate Conception. Gereja ini juga telah diberi status sebagai sebuah Historic Site oleh Kerajaan Korea Selatan pada tahun 1977.
|
Pemandangan Myeongdong Cathedral yang dibina di atas sebuah bukit |
|
Myeongdong Cathedral |
|
Pemandangan di dataran gereja |
|
Pintu masuk ke gereja |
|
Keterangan mengenai Myeongdong Cathedral yang dibuat dalam bentuk buku |
Pelawat dibenarkan masuk melawat ke dalam gereja, tetapi fotografi tidak dibenarkan. Kebetulan pada ketika itu, ada persiapan sedang dibuat untuk memulakan upacara mass. Kami dapat melihat ramai wanita Katholik Korea yang datang ke gereja sambil memakai selendang untuk menutup kepala, sama seperti amalan tradisi penganut Katholik di mana-mana jua di dunia.
|
Suasana di dalam Myeongdong Cathedral sewaktu Mass hendak bermula [Ihsan dari Google] |
Kami cuma melawat sekejap sahaja ke dalam gereja kerana tidak mahu mengganggu upacara mass yang hendak dimulakan. Tidak lama selepas kami keluar, pintu gereja ditutup kerana pelawat tidak lagi dibenarkan masuk.
|
Pemandangan bangunan gereja dari sisi |
|
Pemandangan menghala ke depan dari sisi gereja |
|
Pemandangan bumbung gereja dari sisi |
|
Pintu masuk ke crypt |
|
Menara gereja |
Di tepi bangunan gereja, ada sebuah tugu yang dibina unuk memperingati St. Andrew Kim yang merupakan paderi Roman Katholik Korea yang pertama yang juga dianggap sebagai Patron Saint of Korean Clergy.
|
Tugu St. Andrew Kim |
|
Pandangan lebih dekat Tugu St. Andrew Kim |
St. Andrew Kim atau nama sebenarnya Andrew Kim Dae-gon dilahirkan pada 21 Ogos 1821 dalam sebuah keluarga Kristian Korea yang taat. Ayah, datuk dan bapa-bapa saudaranya telah dibunuh kerana mengamalkan ajaran Kristian di zaman Korea sedang berpegang kuat dengan ajaran Confucius.
Andrew Kim dibaptis pada usia 15 tahun lalu mempelajari agama Kristian di Macau dan Philippines. Dia diangkat menjadi paderi di Shanghai pada tahun 1844 dan kemudian kembali ke Korea untuk mengembangkan ajaran Kristian. Sewaktu pemerintahan Dinasti Joseon, terdapat penentangan terhadap ajaran Kristian dan pengikut ajaran tersebut terpaksa beramal secara rahsia. Ramai yang turut dibunuh pada ketika itu termasuklah Andrew Kim yang disiksa dan akhirnya dipancung kepala sewaktu beliau berusia 25 tahun pada tahun 1846. Andrew menerima pengiktirafan sebagai seorang Saint sewaktu lawatan Pope John Paul II ke Korea pada tahun 1984.
|
Berjalan kembali ke North Face Store di jalan utama Myeongdong |
|
Restoran Halal Korean Traditional terletak di dalam bangunan ini di sebelah North Face Store |
|
Suasana di dalam Halal Traditional Korean Restaurant |
|
Gong dan Gendang Tradisional |
|
Sekumpulan pelancong Malaysia yang sedang menikmati hidangan di sana |
|
Berbual dengan Clara sambil menunggu makanan tiba |
Makanan yang disediakan di restoran ini adalah secara set. Memang complete hidangan yang disediakan. Semuanya ada ~ ayam, daging, seafood dan juga sayur-sayuran. Yang paling penting, semuanya Halal belaka.
Clara juga mengajar kami adat memakan nasi tradisional. Mengikut cara Korea, nasi dihidang kepada semua individu dalam hotpot. Disebabkan nasi ini dihidang panas-panas, memang ada yang akan menjadi kerak terutama di bahagian bawah. Setelah nasi dipindahkan ke dalam mangkuk untuk dimakan, kerak nasi yang tinggal dalam hotpot akan direndam dengan air panas yang diberi bersama hidangan untuk dijadikan bubur nasi. Bubur nasi ini akan dimakan pada akhir hidangan. Amalan ini pada asalnya diperkenalkan oleh sami-sami Buddha yang tidak mahu membazirkan makanan yang diberi kepada mereka.
|
Pemandangan sewaktu keluar dari restoran |
|
Halal Korean Traditional Restaurant terletak di dalam bangunan di sebelah kiri di belakang ikon ini |
|
Maklumat mengenai Halal Korean Traditional Restaurant di Myeongdong |
|
Peta lokasi |
|
Saranghae |
Part 69: Cheonggyecheon Stream
Lawatan terakhir kami di Seoul pada hari ini adalah ke Cheonggyecheon Stream. Sungai ini mempunyai banyak pintu masuk dan Clara menurunkan kami berhampiran Pintu 7.
|
Pintu 7 Cheonggyecheon Stream |
Cheonggyecheon Stream adalah sebatang anak sungai di tengah kota Seoul yang wujud sewaktu pemerintahan Joseon Dynasty di Korea. Seiring dengan pembangunan, ia pernah menjadi saluran kumbahan kota Seoul dan seterusnya ditimbus untuk pembinaan sebuah lebuhraya bertingkat yang dinamakan Cheonggye Expressway.
|
Pemandangan Cheonggyecheon Stream dari Pintu 7. |
|
Tangga turun ke Cheonggyecheon Stream dari Pintu 7 |
|
Cheonggyecheon Stream |
Lebuhraya Cheonggye Expressway telah diruntuhkan oleh Datuk Bandar Seoul pada tahun 2003 dan aliran Sungai Cheonggyecheon dikembalikan seperti asal. Projek ini pada mulanya mendapat banyak kritikan dan tentangan namun semenjak pembukaannya pada tahun 2005, ia menjadi sangat popular di kalangan penduduk dan pengunjung ke kota Seoul.
Cheonggyecheon Stream adalah sepanjang hampir 11 km. Memang tak mampu dan tak punya masa kalau kita nak menikmati keindahannya dari hujung ke hujung. Oleh yang demikian, kami hanya menikmati keindahan sungai ini berdekatan kawasan Pintu 7 sahaja.
|
Air terjun buatan di Cheonggyecheon Stream |
|
Titian batu untuk menyeberang sungai yang ditutup pada malam ini |
Berdekatan kawasan ini juga ada sebuah lukisan tradisional Korea yang menggambarkan sebuah perarakan tradisional yang diketuai oleh Minister Seo Yeong-bo.
|
Lukisan mengenai sebuah perarakan tradisional yang menghias dinding di tepi Cheonggye Stream |
|
Lukisan ini sangat panjang kerana ia menggambarkan sebuah perarakan yang panjang |
|
Pandangan dekat lukisan perarakan |
|
Bangunan-bangunan tinggi berhampiran Cheonggyecheon Stream |
|
Pemandangan di bawah jambatan |
|
Bersiar-siar di sepanjang sungai |
Bersiar-siar di sepanjang Cheonggyecheon Stream memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Suasana yang tenang serta menyejukkan pandangan walau di waktu malam begini memang mendamaikan perasaan.
|
Bersantai di pinggir sungai |
|
Tangga yang perlu dinaiki semula untuk kembali ke Pintu 7 |
|
Menunggu Clara menjemput kami di Pintu 7 |
Part 70: Bernoui Hotel Seoul
Selepas tamat program lawatan hari pertama kami di Seoul, Clara membawa kami ke hotel penginapan kami yang bernama Bernoui Hotel Seoul.
|
Menuju ke Bernoui Hotel, Seoul |
Hotel Bernoui yang menjadi penginapan kami selama berada di Seoul terletak di sebuah kawasan bernama Guro District yang agak jauh dari pusat bandar Seoul.
No comments:
New comments are not allowed.