Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]
Bahagian 19: Oman
MUSCAT (Oman Avenues Mall)
HARI KETUJUH (4)
Part 55: Kembali Ke Muscat
Selepas melawat Wadi Tiwi, Maher membawa kami kembali ke Muscat. Kami melalui laluan lebuhraya yang sama kami gunakan untuk pergi ke Tiwi dari Muscat pagi tadi.
 |
Meninggalkan Wadi Tiwi |
 |
Pemandangan sewaktu meninggalkan Wadi Tiwi |
 |
Teluk Oman |
 |
Pergunungan Hajar |
 |
Jambatan berhampiran Wadi Shab yang kami kunjungi pagi tadi |
 |
Lebuhraya kembali ke Muscat |
Dalam perjalanan pulang, Maher juga membawa kami membuat satu persinggahan untuk minum Teh Karak di tepi lebuhraya. Macam biasa, kita tak keluar pun dari kereta. Ada petugas dari kedai yang akan datang mengambil order dan menghantar minuman ke kereta bila dah sedia. Air yang diguna untuk membancuh Teh Karak ini memang selalu sangat panas. Dahlah Teh Karak dihidang dalam bekas minuman kertas. Memang mencabar nak meminum dan memegangnya panas-panas begitu. Haihh!!
 |
Singgah minum Teh Karak di tepi highway |
 |
Memang mencabar minum Teh Karak yang panas dalam bekas minuman kertas begini |
Perjalanan kembali ke Muscat dengan menggunakan lebuhraya memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Lebuhraya di Oman memang luas dan diselenggara dengan baik. Yang lebih best, tiada tol dikenakan. Maklumlah, Oman adalah sebuah negara yang kaya. Bolehlah mereka nak menyediakan fasiliti untuk rakyat sebegitu.
 |
Perjalanan kembali ke Muscat |
 |
Mentari terbenam di bumi Oman |
 |
Pemandangan kota Muscat dari kejauhan |
 |
Makkah Hypermarket |
 |
Bangunan-bangunan tipikal di Muscat |
 |
Satellite dish di Muscat |
 |
Muscat Grand Mall |
 |
Oman Avenues Mall |
Trafik sedikit sesak sewaktu kami tiba di Muscat kerana waktu pejabat baru berakhir dan para pekerja sedang memandu pulang ke rumah. Muscat tidak mempunyai perkhidmatan LRT atau MRT, jadi penduduknya memang memerlukan kereta untuk bergerak ke sana-sini. Malah kami diberitahu seluruh Oman juga tidak mempunyai perkhidmatan keretapi. Walaupun kereta agak banyak ketika itu, trafiknya smooth, tidaklah jam sampai berhenti tidak bergerak.
 |
Trafik di kota Muscat |
 |
Tiba di Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat |
Sewaktu naik lif nak balik ke bilik hotel, kami bertemu dengan sepasang couple Arab yang juga nak balik ke bilik mereka. Terus yang lelaki menyapa dan meneka kami datang dari Malaysia. "How do you know we are Malaysians?" tanya kami. "Because you are beautiful people," jawab beliau. Aduh, terasa bangga mendengar jawaban begitu. Couple yang lelaki ini berasal dari Iraq manakala isterinya pula berasal dari Palestine. Memang terharu dapat bertemu dengan orang dari Palestine pada malam itu.
Part 56: Dinner Di Indonesian Restaurant
Pada malam itu, kami memilih untuk dinner di Restoran Indonesia sekali lagi. Maher suka betul bila kami memilih makan di Restoran Indonesia sebab dia pun dah suka dengan makanan Indonesia. Sewaktu membawa kami ke sini pada hari pertama kami sampai dulu, itulah kali pertama dia mencuba makanan Indonesia dan terus jatuh cinta. Maher adalah seorang yang health concious. Makanan Indonesia lebih sihat berbanding makanan Arab, kata Maher.
 |
Indonesian Restaurant di Muscat |
 |
Suasana di dalam Indonesian Restaurant |
 |
Dinner yang sangat menyelerakan |
Selepas makan di Restoran Indonesia, kami singgah pula melawat ke kedai Indonesia di sebelah. Macam-macam produk makanan Indonesia dijual di sini.
 |
Kedai Products of Indonesia di sebelah Indonesian Restaurant |
Kami juga sempat berkenalan dengan pemilik Restoran Indonesia yang bernama Ibu Umriah. Dia memiliki Restoran Indonesia dan juga kedai Products of Indonesia ini bersama suaminya yang berasal dari Mesir. Kata Ibu Umriah, dia dah tinggal di Oman dan mengusahakan restoran ini bersama suaminya sejak dari tahun 2001 lagi.
 |
Berbual dengan pemilik Indonesian Restaurant yang bernama Ibu Umriah |
 |
Bergambar kenangan bersama Ibu Umriah |
Part 57: Oman Avenues Mall
Ada dua buah shopping mall yang terletak dalam walking distance dari hotel penginapan kami. Kedua-dua mall tersebut adalah Oman Avenues Mall dan Muscat Grand Mall. Disebabkan malam masih muda, kami meminta Maher meninggalkan kami di salah sebuah mall ini. Maher membawa kami ke Oman Avenues Mall kerana lebih mudah untuk kami berjalan pulang ke hotel dari sana nanti.
 |
Menuju ke Oman Avenues Mall |
Maher menurunkan kami di pintu masuk Oman Avenues Mall yang paling dekat dengan arah hotel kami. Selepas menunjukkan kepada kami arah untuk pulang ke hotel, dia meninggalkan kami di sana.
 |
Parking di Oman Avenues Mall. Tidak seperti di Doha yang serba percuma, parking di Muscat tidak percuma. |
 |
Pintu masuk ke Oman Avenues Mall |
Suasana di Oman Avenues Mall sama sahaja seperti shopping mall yang besar-besar di Kuala Lumpur ataupun Doha. Tetapi di sini ada sedikit kelainan dari suasana shopping mall di Doha kerana ramai pekerjanya terdiri dari rakyat Oman sendiri. Kalau di Doha dulu, boleh dikatakan seluruh pekerja di shopping mall terdiri dari warga asing.
 |
Suasana di Oman Avenues Mall |
 |
Ramai rakyat Oman yang dilihat bekerja di shopping mall ini termasuk kaum wanita. |
Abang dan Kakak Ipar mempunyai satu misi khas di sini. Mereka nak membeli perfume Amouage yang dikirim oleh kenalan mereka di Malaysia. Amouage adalah perfume berjenama dari Oman yang setanding dengan perfume dari Barat. Ia juga sebenarnya dicipta oleh sekumpulan pakar perfume dari Barat untuk Sultan Oman sebelum dijual secara komersil di peringkat antarabangsa. Walaupun di negara asalnya sendiri Oman, harga sebotol 100 ml perfume ini adalah RM 1,500. Kalau di Malaysia pula ia dijual pada harga RM 1,600.
 |
Kedai yang dimasuki oleh Abang dan Kakak Ipar untuk mencari perfume Amouage. |
 |
Perfume Amouage |
Kalau di Balkan dulu, kita merasa pening kerana penduduk Balkan gemar merokok dalam bangunan berhawa dingin, di Oman Avenues Mall pula kita merasa pening kerana mereka membakar kemenyan di dalamnya. Membakar kemenyan (dipanggil bukhor atau luban dalam Bahasa Arab) adalah budaya tradisional orang Arab. Oman pula adalah pengeluar kemenyan yang terbesar di dunia. Malah pengeluaran kemenyan di Oman juga telah mendapat pengiktirafan sebagai World Heritage dari UNESCO pada tahun 2000.
 |
Pening kepala dan berbau baju kita bila berjalan di Oman Avenues Mall kerana mereka membakar kemenyan secara terbuka di dalam bangunan |
Ada juga sebuah gedung Ikea di dalam Oman Avenues Mall ini. Seronok kita tengok harga barang-barang yang dijual di dalamnya sebab nampak macam murah. Contohnya ada organizer yang dijual pada harga OMR 3.900. Nampak macam beberapa Ringgit sahaja harganya tetapi harga sebenarnya adalah 11 kali ganda harga yang tertera kerana OMR 1 = RM 11.
 |
Gedung Ikea di Oman Avenues Mall |
 |
Jangan tertipu dengan harga barangan yang tertera kerana nilainya dalam Ringgit Malaysia adalah 11 kali ganda. |
Disebabkan kami tak bershopping apa-apa, Myself dan Husband cuma duduk-duduk dan makan ais kerim sahaja di sini.
No comments:
New comments are not allowed.