Monday, 2 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 15 (Dongmun Market)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 15: Jeju Tour
NORTH JEJU (Jejumok Gwana, Dongmun Market & Sanjimul Restaurant)

HARI KEEMPAT (4)

Part 40: Jejumok Gwana

Itinerari seterusnya adalah melawat ke sebuah lagi tarikan popular di Jeju ~ Dongmun Market yang terletak di tengah-tengah Jeju City.

Kembali ke Jeju City
Disebabkan Myself dan Husband cukup berminat dengan sejarah Jeju sewaktu melihat runtuhan tembok pertahanan lama yang dibina di tepi pantai tadi, Lucas membawa kami terlebih dahulu melawat runtuhan Jejumok Gwana.
 
Tembok Jejumok Gwana
Jejumok Gwana adalah pusat pemerintahan Jeju di zaman Joseon Dynasty
Keseluruhan kompleks Jejumok Gwana musnah sewaktu pendudukan tentera Jepun di Korea
Tembok Jejumok Gwana yang masih tinggal
Korea diperintah oleh Joseon Dynasty bermula tahun 1392-1897. Wilayah pemerintahan Joseon terbahagi kepada 8 wilayah yang setiap satunya ditadbir oleh seorang gabenor yang digelar Gwanchalsa. Pada ketika itu, Jeju dikenali sebagai Jejumok dan merupakan sebahagian dari Wilayah Jeolla yang membentuk sebahagian besar bahagian barat daya Korea. Tembok yang kami lihat ini adalah sebahagian dari kompleks pemerintahan yang dinamakan sebagai Jejumok Gwana (Gwana bermaksud Village). Keseluruhan kompleks ini musnah sewaktu pendudukan Jepun 1910-1945. Namun sebahagiannya telah dibina semula oleh Kerajaan Korea pada tahun 2002. Kompleks Jejumok Gwana ini boleh dilawati tetapi kami hanya melihatnya dari luar.

Sebahagian bangunan Jejumok Gwana Government Office yang telah dibina semula pada tahun 2002
Pandangan lebih dekat tembok Jejumok Gwana
Tembok ini dibina dari batuan gunung berapi yang banyak terdapat di Jeju

Part 41: Dongmun Market

Dongmun Market adalah pasar yang terbesar di Jeju yang juga popular di kalangan pelancong. Ia terletak tidak jauh dari runtuhan Jejumok Gwana tadi.

Dongmun Market di Jeju City
Dongmun Market sangat besar dan ia mempunyai beberapa buah pintu masuk yang boleh diakses dari berbagai kawasan di Jeju City. Sedikit sebanyak, ia mengingatkan kami kepada Grand Bazaar di Istanbul.
 
Tempat parking berdekatan Pintu 11 Dongmun Market
Suasana di tempat parking
Mengikut Lucas ke salah sebuah pintu masuk ke Dongmun Market
Antara kemudahan awam yang terdapat di Dongmun Market
Seluruh Dongmun Market adalah pasar tertutup, jadi ia mudah untuk dilawati dalam sebarang keadaan cuaca. Ia juga menjual pelbagai barangan di dalamnya, bukan hanya disasarkan kepada pelancong, tetapi juga untuk kegunaan penduduk tempatan.

Masuk ke Dongmun Market menerusi Pintu 11
Jeju terkenal dengan penghasilan buah tangerine. Oleh yang demikian, antara panghasilan yang banyak dilihat untuk jualan adalah limau tangerine. Kata Lucas, limau tangerine dari Jeju hanya dijual di dalam Korea dan tidak dieksport ke luar negara kerana buahnya cepat busuk dan tidak tahan lama.

Limau tangerine untuk jualan
Lorong jualan buah tangerine
Penghasilan tangerine yang paling terkenal di Jeju adalah dari jenis Hallabong
Jus tangerine turut dijual bersama buah tangerine
Bahan makanan tempatan dan cenderamata turut dijual di Dongmun Market.

Makanan-makanan tempatan
Ikan Kering
Kraftangan tempatan yang dijual sebagai cenderamata
Suasana di Dongmun Market
Banyak juga gerai makanan panas yang dilihat di Dongmun Market. Tetapi bagi orang Islam seperti kita, segalanya hanya boleh dilihat kerana kebanyakannya tidak halal.

Makanan-makanan ringan
Daging Lembu
Kuih Kacang yang sangat popular di Jeju
Sayur-sayuran
Sebagai sebuah pulau, Jeju juga terkenal dengan hasil laut. Selain Abalone yang merupakan hasil laut tradisional Korea, Jeju turut terkenal dengan sejenis ikan yang dinamakan Hairtail Fish. Ia dipanggil Galchi dalam Bahasa Korea.

Section jualan seafood di Dongmun Market
Pelbagai jenis Abalone
Jualan ikan segar
Ikan untuk jualan
Ikan kering
Ikan segar
Pemandangan di seksyen jualan makanan laut
Ikan kering yang siap dibungkus
Lagi jualan ikan kering
Hairtail Fish yang dipanggil Galchi dalam Bahasa Korea
Hairtail Fish yang panjang dan pipih ini memang sangat menarik perhatian
Penghujung seksyen jualan seafood
Ada juga sebuah lorong yang kami lalui khusus untuk jualan makanan panas. Kita tengok apa yang dijual di sini...

Macam semua boleh dimakan, tetapi kami tak cuba sebab sekejap lagi dah nak dinner
Giant betul saiz sotong yang dijual
Selain seafood, makanan istimewa di Jeju adalah Black Pork. Kita akan belajar lebih banyak mengenai sejarah Black Pork ini di Pulau Jeju bila melawat ke Songeup Folk Village pada pagi esok.

Gerai Black Pork
Daging Black Pork mentah
Gerai Black Pork, tetapi ditulis sebagai Black Fork
Tak tahu apa ini sebenarnya
Bulgogi
Jeju Black Pig Teppanyaki
Grilled Black Pork & King Oyster Mushroom
Gerai Swine & Crab
Lucas kemudian mengajak kami keluar dari Dongmun Market untuk menikmati pemandangan di luar.

Pemandangan di dalam Dongmun Market
Kimchi
Gerai jualan Kimchi
Gerai jualan tangerine
Pelbagai limau tangerine yang dijual
Berjalan keluar dari Dongmun Market

Part 42: Sanjicheon Stream

Kami keluar dari Dongmun Market menerusi Pintu 4. 

Pintu 4 Dongmun Market
Suasana di luar Pintu 4 Dongmun Market
Lagi suasana di luar Pintu 4 Dongmun Market
Pemandangan Jeju City dari depan Pintu 4 Dongmun Market
Lucas seterusnya membawa kami menyeberang jalan menuju ke sebuah dataran di tepi sungai.

Menyeberang jalan menuju ke tepi sungai
Kawasan larangan merokok dan meminum minuman keras
Sungai kecil di depan Dongmun Market ini dinamakan Sanjicheon Stream. Alirannya berpunca dari kaki Gunung Hallasan dan mengalir sehingga ke pelabuhan Jejuhang. Kawasan di sepanjang sungai ini berhampiran Dongmun Market adalah tapak Sanjicheon Art Festival yang diadakan pada setiap musim panas dan musim dingin di Jeju.

Sanjicheon Stream
Persiaran pejalan kaki berhampiran Sanjicheon Stream
Pertunjukan Musical Fountain diadakan setiap malam di sini pada jam 20:00 - 20:30.
Laluan pelangi di tepi Sanjicheon Stream
Laluan pelangi ini tidak mempunyai perkaitan dengan LGBT seperti Rainbow Six Crossing di Taipei dulu.
Jambatan menyeberang Sanjicheon Stream
Berat sama dipikul ~ ukiran manusia yang bergotong royong memikul pemegang pada jambatan
Dataran di depan Sanjicheon Stream
Rombongan penuntut sekolah yang datang melawat Jeju sedang berkumpul di dataran
Selepas melawat ke dataran ini, kami masuk kembali ke Dongmun Market untuk menuju ke tempat parking kereta.

Menuju kembali ke Dongmun Market
Ukiran wanita mengangkut air secara tradisional di Dongmun Market
Merentas kembali Dongmun Market untuk menuju ke tempat parking
Cenderamata dari Jeju
Banyak juga cenderamata yang berasaskan buah tangerine di sini
Singgah membeli kuih kacang tradisional Jeju
Bergambar di Gerai Kacang
Tiba kembali ke tempat parking

Part 43: Sanjimul Restaurant

Disebabkan Jeju terkenal dengan seafood, Lucas membawa kami makan malam di sebuah restoran makanan laut tradisional Korea untuk dinner.

Pemandangan malam di Jeju City
Walau hari telah malam, kedai-kedai di Korea tidak ditutup awal seperti di Eropah
Satu lagi pemandangan malam di Jeju City
Pintu masuk ke Jejumok Gwana
Menuju ke restoran untuk makan malam
GPS pada kereta Lucas memang canggih
Restoran makan malam kami yang bernama Sanjimul Restaurant terletak berhampiran sebuah taman awam di pinggir bandar Jeju City.

Sanjimul Restaurant
Taman awam berhampiran Sanjimul Restaurant
Jam yang canggih di taman awam
Jom masuk ke dalam restoran
Seperti yang diberitahu kepada kami, Sanjimul Restaurant adalah sebuah restoran Korea. Hidangan yang disediakan cuma Kimchi dan Seafood. Disebabkan menunya cuma ditulis dalam Bahasa Korea, Lucas membantu kami membuat pesanan makanan.

Suasana di dalam Sanjimul Restaurant
Selain seafood, banyak sayuran termasuk Kimchi yang dihidangkan. Tidak seperti Husband yang memang sukakan makanan Korea, susah sikit tekak Myself nak menerima makanan Korea begini. Tapi kita telanlah juga, sekadar nak menghidupkan roh, kata orang. Hahaha!!

Our Korean Dinner
Ikan Ongdop Bakar untuk dinner malam ini.

Part 44: Benikea Hotel Jeju

Program hari pertama kami di Jeju tamat selepas makan malam. Lucas terus memandu ke hotel penginapan kami yang bernama Benikea Hotel Jeju yang terletak agak jauh dari Jeju City.

Memandu menuju ke hotel penginapan
Hotel Benikea Jeju adalah sebuah hotel 3 bintang di Jeju. Bilik hotelnya besar tetapi tidak begitu selesa bagi kami kerana terletak di sebuah kawasan terpencil dan staff di hotel ini tidak pandai bercakap English. Towel mandi yang disediakan pun cuma towel kecil mengikut cara orang Korea.

Aircond di bilik juga adalah central aircond yang hanya berfungsi sebagai heater pada masa ini sedangkan kami memerlukan aircond pada malam itu. Nak minta staff hotel untuk adjust aircond juga susah kerana mereka tidak faham Bahasa Inggeris. Mujurlah angin kencang bertiup 24/7 di Jeju. Jadi kita buka saja tingkap untuk membolehkan angin yang bertiup masuk ke dalam bilik. Memang nyaman dan selesa bila angin yang kencang ini bertiup masuk ke bilik. Namun demikian di awal-awal pagi, terpaksa pulak kita bangun menutup tingkap kerana angin yang bertiup ini menjadi sangat sejuk.

Benikea Hotel Jeju
Pemandangan di perkarangan Hotel Benikea Jeju
Reception counter di Hotel Benikea Jeju
Mendaftar masuk ke bilik. Mujurlah Lucas ada bersama sebagai translator.
Lobi di Hotel Benikea Jeju
Bilik penginapan kami
Tandas
Shower
TV dan meja tulis
Sesuatu yang kami perhatikan di hotel-hotel penginapan kami adalah kehadiran Descending Life Line ini...
 
Descending Life Line yang disediakan di setiap bilik penginapan hotel di Korea
Descending Life Line ini juga ada di bilik hotel penginapan kami di Busan, tetapi kami tidak begitu memperdulikannya ketika itu kerana menyangka ia cuma disediakan di Arban City Hotel sahaja. Bila melihat Descending Life Line ini ada juga disediakan di Hotel Benikea Jeju ini, barulah kami sedar yang ia adalah peralatan wajib di semua bilik hotel di Korea. Ia adalah sebenarnya tali yang boleh digunakan untuk keluar dari tingkap bangunan di waktu kecemasan.

Pandangan lebih dekat Descending Life Line untuk kegunaan di waktu kecemasan


 Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: