Friday, 17 January 2025

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 38 (Going Home)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 38: Going Home
SEOUL INCHEON - KUALA LUMPUR

HARI KESEMBILAN

Part 92: Pagi Terakhir Di Hotel Bernoui Seoul

Time flies when we're having fun... Akhirnya tibalah masa untuk kami berangkat pulang ke Malaysia selepas perjalanan selama 9 Hari 8 Malam di Korea Selatan. Seperti hari yang sebelumnya, pada awal pagi lagi kami turun breakfast di restoran Hotel Bernoui Seoul.

Sarapan pagi di Hotel Bernoui Seoul
Breakfast Buffet
Seperti semalam, ada banyak juga pilihan makanan Halal yang boleh dimakan
Pilihan sarapan kita
Pilihan sarapan Husband. Dia memang suka makan cara Western
Sambil bersarapan kita nikmati pemandangan di luar tingkap restoran
Banyak bas pelancong sedang menunggu di luar hotel
Pagi ini kita bersarapan bersama Encik Donald & Family yang baru tiba dari Sabah malam tadi.
Memandangkan kami mempunyai banyak masa sebelum berlepas ke Incheon Airport, kami naik ke bumbung hotel untuk melihat pemandangan dari sana. Bumbung hotel ini adalah sebenarnya sebuah event area. Namun ia kelihatan sepi ketika itu kerana tiada event yang berlangsung.

Pintu keluar ke bumbung Hotel Bernoui Seoul
Suasana di bumbung hotel
Satu lagi suasana di bumbung hotel
Landskap di bumbung hotel
Bunga-bungaan
Pemandangan dari bumbung hotel
Satu lagi pemandangan dari bumbung hotel
Pergunungan yang mengelilingi kota Seoul
Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur adalah pada pukul 6.45 petang. Memandangkan waktu check-out dari hotel adalah pada pukul 12 tengah hari, kami meminta Clara menjemput kami pada pukul 11.30 pagi untuk terus ke Incheon Airport. Tak mengapalah kita duduk berlama-lama di airport sebab kami dah tak punya mana-mana tempat lagi yang nak dikunjungi di Seoul.

Check-out dari bilik
Lobi lif di Tingkat 19, Hotel Bernoui Seoul
Patung perhiasan di lobi hotel
Pandangan lebih dekat patung perhiasan
Bergambar kenangan di luar Hotel Bernoui Seoul

Part 92: Seoul Incheon Airport

Seperti yang dijanjikan, Clara datang menjemput kami pada pukul 11.30 pagi untuk dibawa ke Seoul Incheon Airport. Di sinilah kami berpisah selepas Clara menemani kami dengan begitu setia selama 3 hari kami berada di Seoul. Gamsahamnida (Thank you), Clara!

Tiba di Seoul Incheon Airport
Menuju ke bangunan terminal
Tiba di bangunan terminal
Thank you, Clara!
Perhentian bas di Incheon Airport
Kami diturunkan oleh Clara dekat pintu check-in Air Asia
Jom kita masuk...
Suasana di dalam airport
Kaunter check-in Air Asia nanti terletak di sebelah sana
Satu lagi suasana di dalam bangunan terminal
Sewaktu membooking flight dengan Air Asia, waktu sebenar kepulangan kami adalah pada pukul 3.45 petang. Dua hari sebelum kami terbang ke Seoul, kami mendapat notification dari Air Asia yang memberitahu waktu flight balik ini ditukar kepada pukul 6.45 petang. Jadi setibanya di Incheon Airport, kami terus memeriksa display board untuk memastikan yang flight time kami ke KL ini masih kekal tidak berubah.
 
Alhamdulillah, flight time balik ke KL masih sama ~ pada pukul 6.45 petang
Disebabkan kami mempunyai masa menunggu yang sangat panjang di Incheon Airport, kami mengambil perkhidmatan left luggage. Bila beg dah disimpan di sana, senanglah sikit kita nak bergerak merayau-rayau sekitar airport.
 
Khidmat Bag Storage di Incheon Airport
Kita tinggalkan dulu bagasi di sini
Selepas meninggalkan bagasi, kita mulalah merayau di sekitar airport.

Di tengah-tengah bangunan terminal ini ada disediakan sebuah pentas persembahan. Berbagai persembahan diadakan di sini secara percuma untuk dinikmati oleh semua pengunjung. Namun begitu, tiada sebarang kerusi disediakan untuk kita duduk menikmati persembahan ini. Seperti ramai pengunjung lain, kami hanya menikmati persembahan yang berlangsung dari tepi sebuah sebuah balkoni kaca di tingkat atas.
 
Pentas persembahan di tengah airport
Pelbagai persembahan percuma diadakan di sini sepanjang hari
Display LED yang menarik di belakang pentas
Persembahan boy band K-Pop
Di seluruh airport juga ada berbagai LED Display yang menarik.

Satu kepayahan yang kami alami sewaktu menunggu flight di Incheon Airport ialah tiada restoran makanan Halal di sini. Memang satu penyiksaan mencari makanan Halal di Incheon Airport.
 
Disebabkan dah lapar, Myself dan Husband berjalan ke arah ruang Restaurants yang terletak di Incheon Airport. Untuk masuk ke sana, kita perlu melalui sebuah binaan pintu gerbang Korea.

Pintu gerbang tradisional Korea di Incheon Airport
Bergambar di pintu gerbang tradisional
Di belakang pintu gerbang tradisional ini ada pula sebuah modern art installment yang boleh dilawati.

Galeri modern art
Modern art ini boleh dilawati oleh pengunjung
Ada banyak juga restoran yang kami temui di Incheon Airport tetapi kebanyakannya menjual makanan tradisional Korea. Seperti yang diceritakan tadi, tidak ada sebuah pun restoran yang menjual makanan Halal.

Ruangan restoran di Incheon Airport
Kebanyakan restoran di sini adalah restoran makanan Korea yang dah pasti ada menu pork dalam sajian utamanya
Setelah meninjau semua restoran yang ada, kami memilih untuk lunch di sebuah restoran Korea yang menyajikan seafood. Dengan beberapa pengalaman makan di restoran Korea bersama Tour Guide kami di Jeju dan Seoul sebelum ini, kami agak confident memilih makanan yang Insyaallah Halal di restoran ini.

Restoran Korean yang menjadi pilihan kami untuk lunch
Restoran ini dinamakan Korean Dining
Restoran ini ternyata sangat popular sehingga kita terpaksa beratur menunggu giliran untuk makan di sini
Suasana di Restoran Korean Dining
Satu lagi pemandangan di dalam restoran
Grilled Mackerel and Soybean Soup
Di samping makanan utama, side dish vegetarian yang disediakan juga menyelerakan
Selepas makan tengah hari, kita berehat sebentar di viewing area di sebelah restoran untuk menyaksikan pemandangan sekitar Incheon Airport.

Viewing Area di sebelah Restoran Korean Dining
Melihat pemandangan di luar
Satu lagi pemandangan di Viewing Area
Seoul Incheon Airport, South Korea
Pesawat-pesawat Asiana Airlines yang juga merupakan sebuah syarikat penerbangan milik Korea Selatan
Disebabkan waktu penerbangan pulang masih lama lagi, kita lepak-lepak pulak di sebuah kafe yang bernama Latte King. Kami memilih minum-minum di sini kerana ada minuman cokelat disediakan. Orang Korea sangat gemar minum kopi, jadi jarang sangat kita dapat berjumpa dengan kedai yang menjual minuman cokelat. Bila berjumpa dengan kedai menjual minuman cokelat di Korea begini, it feels like heaven, kata Orang Putih. Hahaha!!

Kafe Latte King di Incheon Airport
Kafe Latte King turut menjual minuman cokelat di samping pelbagai jenis kopi.
Pelbagai pilihan roti turut dijual di Latte King
Jemput minum bersama kami...
Suasana di Kafe Latte King
Pemandangan suasana di Incheon Airport dari Kafe Latte King
Sedang kita minum-minum di Restoran Latte King, tiba-tiba kedengaran bunyi gendang dipalu. Rupa-rupanya ada perarakan tradisional untuk memperkenalkan budaya Korea sedang berlangsung di bawah sana...

Perarakan tradisional di Incheon Airport
Sayangnya kami tak dapat nak melihat perarakan ini dari dekat
Memang terasa kesungguhan Kerajaan Korea nak memperkenalkan budaya mereka kepada para pengunjung di Incheon Airport
Bergambar kenangan di Incheon Airport
Dekat-dekat dengan waktu kaunter Air Asia akan dibuka untuk check-in, kami berjalan kembali ke Baggage Storage untuk mengambil bagasi yang disimpan di sana. Dalam perjalanan, sempat juga singgah sebentar di pentas persembahan di tengah airport untuk menyaksikan satu pertunjukan Taekwondo yang hebat. Taekwondo adalah seni pertahanan diri yang berasal dari Korea dan sangat popular di seluruh dunia termasuklah di negara kita.

Berhenti sebentar untuk menonton persembahan Taekwondo
Memang dahsyat dia boleh terbang begitu!
Ada juga anggota wanita dalam pasukan Taekwondo ini
 Ada kalanya memang merinding kita melihat aksi yang dipertontonkan...
Antara aksi yang sangat hebat dilihat dalam persembahan ini
Clap! Clap! Clap! Tepukan gemuruh diberi oleh semua penonton selepas persembahan tamat.
Selepas pertunjukan Taekwondo tamat, ada pula persembahan nyanyian dari anak-anak muda Korea. Sejak dari pagi tadi lagi kita dah melihat persembahan nyanyian seperti ini tetapi kami tak kenal siapa yang menyanyi. Namun demikian kami dapat merasakan anak-anak muda yang membuat persembahan ini sedang menjalani latihan untuk menjadi bintang K-pop popular di satu hari nanti.
 
Persembahan nyanyian
Walaupun kita tidak faham lagu Korea yang dinyanyikan, nyanyian mereka memang menghiburkan
Mungkin mereka adalah bakal bintang K-pop popular di suatu hari nanti

Part 93: Incheon - Kuala Lumpur (Air Asia)

Bila kaunter Air Asia dibuka, kami bergegas mengambil bagasi dari Baggage Storage. Sebelum masuk beratur, kita timbang dulu beg kita untuk memastikan tidak melebihi had 20 kg yang dibenarkan oleh Air Asia.

Berat bagasi Husband 15.9 kg
Berat bagasi kita pulak 18.5 kg
Jom masuk queue...
Panjang sungguh barisan penumpang Air Asia kami ini!
Kaunter check-in Air Asia
Kimchi tidak dibenarkan untuk dibawa masuk secara hand-carry dalam pesawat Air Asia. Sama standard dengan durian rupanya Kimchi ni. Hahaha!!
Macam juga airport di Busan dan Jeju, kita diminta menunggu kira-kira 10 minit di tepi kaunter selepas check-in untuk memastikan bagasi kita melepasi pemeriksaan sekuriti dengan jayanya.

Duduk sekejap dekat kaunter check-in untuk memastikan bagasi kita selamat melalui pemeriksaan sekuriti
Boarding Pass untuk pulang ke Kuala Lumpur
Selepas bagasi kita dah selamat melepasi pemeriksaan sekuriti barulah kita bergerak menuju ke pemeriksaan passport. Seperti pengalaman kita di Taiwan dulu, komputer yang memeriksa passport di Korea ini juga canggih dan laju. Arahan turut diberi dalam Bahasa Melayu bila dia mengesan passport kita berasal dari Malaysia.

Check dulu flight info kita di sini
Flight kita Air Asia X D7 507 masih berlepas mengikut jadual
Berjalan menuju ke Boarding Gate
Signboard
Jom kita terus berjalan menuju ke Gate 111...

Pheww, kena turun escalator pulak...

Kena turun escalator pulak...
Pemandangan dari escalator
Arah ke Pintu 111...
Pusing ke kanan pulak...
Berhenti bergambar sekejap...
Punyalah jauh kita berjalan, rupa-rupanya baru sampai ke train station. Hahaha!!
 
Kena naik train pulak untuk pergi ke Boarding Gate
Suasana di dalam train
Bersiap-sedia untuk turun dari train
Tiba di train station
Naik escalator lagi
Kena naik escalator lagi...
Pemandangan dari escalator
Matahari dah mula nak terbenam di Incheon Airport
Boarding Gate kami masih belum nampak bayang...
Sebuah lagi escalator yang perlu dinaiki
Akhirnya setelah jenuh berjalan, barulah kami sampai ke kawasan Boarding Gate kami. Alhamdulillah kerana Allah SWT memberikan kesihatan yang baik kepada kami hari ini. Kalau badan tidak sihat, silap-silap boleh pengsan berjalan menuju ke Boarding Gate di Incheon Airport ini.

Kedai-kedai di kawasan Boarding Gate
Teringin juga Husband nak bergambar dengan Pinkfong ni...
Walau dah sampai sini, Boarding Gate kita masih jauh lagi
Food Empire
Robot yang sedia berkhidmat untuk menunjuk arah kepada sesiapa yang memerlukan
Kesian kat dia... Tak siapa pun nak memakai khidmat Sang Robot hari ini.
Dah nampak Boarding Gate kat depan sana
Selamat tiba di Boarding Gate akhirnya
Kafe dekat Boarding Gate kita
Memang lega bila kita akhirnya tiba di Boarding Gate. Lebih seronok bila ternampak pesawat Air Asia yang nak membawa kita ke KL juga baru tiba di Boarding Gate. Alhamdulillah, dapatlah kita pulang ke KL on time mengikut jadual. Bukan apa, teringat kepada pengalaman pahit kami dengan Air Asia sewaktu delay yang panjang ketika berkunjung ke Kochi, India dulu.

Pesawat Air Asia X kita yang baru tiba dari KL
Bagasi krew pesawat bersedia menunggu di Boarding Gate
Pemandangan malam di Incheon Airport
Penumpang-penumpang Air Asia X yang menunggu pesawat bersama kami
Lagi suasana di Boarding Gate
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Pesawat Air Asia X menunggu di bawah sana
Airbridge
Tiba di pintu pesawat
Suasana di dalam pesawat
Pemandangan dari dalam pesawat
Safety demonstration dari anak-anak kapal
Seperti yang dijadualkan, pesawat Air Asia X D7 507 kami mula bergerak meninggalkan Incheon International Airport pada pukul 6.45 petang. Walaupun hari masih petang, cuaca di luar sana dah sangat gelap kerana siang kini semakin pendek disebabkan musim dingin yang semakin menjelang di Korea.

Bergerak meninggalkan Incheon Airport
Bersedia untuk berlepas pulang
Goodbye, Incheon
Menuju ke runway
Lampu pesawat dimalapkan untuk perlepasan malam
Goodbye, Korean Air!
Secara rasmi, percutian 9 hari 8 malam kami di Korea Selatan berakhir selepas Air Asia X terbang meninggalkan Incheon International Airport di Seoul. Percutian ini memang istimewa kerana ia memberikan peluang kepada kami untuk mengenali Korea Selatan dengan lebih dekat. Walau banyak mishaps yang berlaku sepanjang percutian ini, ia tidak langsung meninggalkan memori yang negatif kepada kami. Kami juga sangat berpuas hati dengan cara travel agent yang terlibat baik di Malaysia ataupun di Korea menangani masalah yang berlaku.

Meninggalkan Seoul
Meninggalkan Korea Selatan
Masih dalam penerbangan naik
Lampu pesawat dinyalakan selepas pesawat stabil di udara. Tidak lama kemudian, sajian penerbangan diberi kepada penumpang. Tidak seperti penerbangan datang ke Korea dulu di mana penumpang ditawarkan untuk memilih antara dua sesi sajian penerbangan, hanya satu sesi sajian sahaja yang disediakan dalam penerbangan ini.
 
Menunggu sajian penerbangan dihidangkan
Sajian penerbangan
Uncle Chin's Chicken Rice untuk Myself
Cheese Stuffed Omelette untuk Husband
Teh Tarik untuk kami berdua
Melalui kepekatan malam sepanjang penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
Penerbangan pulang dari Seoul ke Kuala Lumpur memakan masa 6 jam 30 minit. Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan pulang ini sangat baik sehingga kami tiba di Kuala Lumpur. Kita juga dapat tidur dengan nyenyak sepanjang perjalanan pulang ke tanah air malam ini.

Lampu pesawat dimalapkan sepanjang penerbangan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa
Persiapan untuk mendarat
Pesawat Air Asia X D7 507 dari Seoul Incheon Airport selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 12 tengah malam. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan segala kemudahan dan keselamatan sepanjang percutian kami ke South Korea ini. Alhamdulillah.

Tiba di Negaraku, Malaysia
Pemandangan malam menuju ke KLIA2
Masih menuju ke KLIA2
Membuat penerbangan turun di KLIA2
Selamat mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam
Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:


No comments: