Thursday, 9 January 2025

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 34 (Imjingak Peace Park 3)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 34: Demilitarized Zone (DMZ)
IMJINGAK (Imjingak Peace Park 3)

HARI KELAPAN (3)

Part 85: Imjingak Peace Park (3)

Selepas melihat lokomotif yang menjadi mangsa kekejaman Perang Korea, kita melawat pula Imjin River Dokgae Bridge yang turut menjadi mangsa kekejaman perang. Jambatan ini terletak di belakang lokomotif tadi. Ada bayaran tambahan dikenakan untuk masuk ke jambatan ini tetapi dah lupa berapa harganya.

Pintu masuk ke Imjin River Dokgae Bridge
Imjin River Dokgae Bridge adalah sebuah jambatan keretapi yang menghubungkan Korea Utara dengan Korea Selatan satu masa dahulu. Oleh yang demikian, sebuah model gerabak keretapi dibina di pintu masuknya.

Model gerabak keretapi yang dibina di pintu masuk ke Imjin River Dokgae Bridge
Pada tingkap keretapi ini, ada tayangan video perjalanan keretapi yang memberi gambaran seolah-olah kita memang sedang menaiki keretapi menuju ke Korea Utara.

Tayangan video pada tingkap keretapi yang memberikan gambaran tentang perjalanan menuju ke Korea Utara
Bergambar dalam keretapi yang kononnya sedang menuju ke Korea Utara
Bagasi penumpang turut diletakkan di tempat barang untuk memberikan gambaran yang lebih realistik
Bagasi yang dianggap rekaan moden pada zaman itu
Bagasi serta pemandangan di luar tingkap menuju ke Korea Utara
Di penghujung gerabak, ada sebuah pelantar kayu yang sebahagiannya berlantai kaca. Sebelum masuk ke sini, kami telah diingatkan bahawa jambatan ini adalah sebuah kawasan sensitif yang mempunyai larangan untuk mengambil gambar. Kita cuma dibenarkan untuk mengambil gambar menghala ke hadapan, kamera tidak boleh langsung dihalakan ke kiri atau ke kanan untuk mengambil gambar. 
 
Pelantar pemerhatian selepas keluar dari gerabak keretapi
Disebabkan jambatan ini adalah kawasan sensitif, kamera hanya boleh dihala ke hadapan untuk mengambil gambar. Kita dinasihatkan untuk mematuhi arahan kerana ada CCTV yang memerhatikan gelagat pengunjung di sini.
Lantai kaca yang menunjukkan landasan keretapi sebenar di bawahnya
DMZ
Peluru yang pernah ditembak di kawasan ini dikumpulkan untuk tatapan pengunjung
Ada satu lagi lantai kaca di depan sana
Di bawah jambatan kaca ini adalah sebuah tiang jambatan yang musnah
Kesan tembakan peluru pada tiang ditanda untuk tatapan pengunjung
Landasan keretapi di bawah lantai kaca
Pyongyang (ibu negara Korea Utara) berada 208.4 km dari sini. Gaeseong yang merupakan bandar terhampir dengan Korea Selatan pula cuma 21.1 km.
Di penghujung platform ini, ada landasan keretapi yang disambung dengan begitu realistik dengan landasan sebenar di luar sana.
 
Landasan keretapi pada platform yang disambung dengan begitu realistik dengan jambatan sebenar
Laluan keretapi yang pernah ada di atas jambatan ini turut digambarkan dengan sangat realistik
Laluan keretapi menuju ke Pyongyang
Pemandangan di penghujung platform
Sebuah lagi tiang jambatan yang juga mempunyai kesan tembakan
Tak faham apa perkataan yang tertulis dalam tulisan Russia di sana
Kita naik ke tingkat atas pulak
Suasana di tingkat atas platform
Bergambar berdua pulak
Di tepi Imjin River Dokgae Bridge ini ada sebuah jambatan keretapi baru yang dibina oleh Kerajaan Korea Selatan menuju ke Gaeseong di Korea Utara. Menurut Clara, pada awal tahun 2000, Presiden Korea Selatan yang bernama Kim Dae-jung mengambil pendekatan mesra dengan Korea Utara. Di bawah pimpinannya, Korea Selatan telah menubuhkan Gaeseong Industrial Region di Korea Utara yang memberi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat negara tersebut dengan pelaburan dari Korea Selatan. Jambatan keretapi ini telah dibina untuk kemudahan membawa pekerja dan barangan dari Gaeseong ke Korea Selatan.

Pemandangan Sungai Imjin dari tingkat atas platform
Jambatan yang di sebelah kiri adalah Imjingang Bridge yang juga digunakan sebagai laluan keretapi ke Gaeseong Industrial Region pada satu masa dahulu.
Namun demikian, selepas pemerintahan Korea Selatan diambilalih oleh presiden yang lain, perhubungan kedua negara berubah menjadi tegang sehingga sekarang. Salah seorang presiden Korea Selatan telah menghentikan pelaburan dan kemudahan ke Gaeseong Industrial Region dengan tiba-tiba. Akibatnya landasan keretapi yang dibina di jambatan baru ini terbiar dan tidak digunakan sehingga sekarang.

Jambatan keretapi di sebelah kiri ini kini sepi tidak digunakan selepas Korea Selatan menghentikan opearasi di Gaeseong Industrial Region di Korea Utara.
Setiap tiang bekas jambatan ini pasti mempunyai kesan tembakan
Sungai Imjin yang menyaksikan banyak kekejaman sewaktu Perang Korea
Imjingang Bridge
Kamera cuma boleh dihalakan ke depan jika nak mengambil gambar
Harapan sekiranya kedua Korea dapat bersatu
Kenangan di Imjin River Dokgae Bridge
Turun kembali ke bawah
Menuju kembali ke pintu masuk
Kenangan dalam gerabak keretapi
Kembali ke pintu masuk Imjin River Dokgae Bridge
Kami berjalan kembali melintas lokomotif dan bunker BEAT 131 untuk melihat tarikan yang seterusnya.
 
Melintas lokomotif kembali. Perhatikan tayar lokomotif yang rosak terkena bedilan bom semasa perang.
Bunker Beat 131
Kami seterusnya dibawa melihat Freedom Bridge di mana pertukaran tawanan Korea Utara dengan Korea Selatan dibuat pada tahun 1953. Pertukaran ini melibatkan 12,773 tawanan dari kedua-dua pihak. Kebanyakan tawanan yang diserahkan oleh Korea Selatan adalah rakyat Korea Utara yang pulang secara sukarela untuk bersatu dengan keluarga mereka di sana. Tawanan yang diserahkan oleh Korea Utara pula adalah kebanyakannya rakyat Korea Selatan yang terperangkap di negara tersebut sewaktu perang meletus. Disebabkan sejarah ini, jambatan ini turut dikenali sebagai Bridge of No Return.
 
Freedom Bridge
Patung tentera wanita di pintu masuk ke Freedom Bridge
Freedom Bridge tidak dibenarkan untuk dimasuki pada hari ini
Freedom Bridge juga adalah sebenarnya sebuah jambatan keretapi yang musnah sewaktu Perang Korea. Namun demikian, ia telah dibina semula dengan kayu untuk dijadikan pedestrian bridge bila kata sepakat untuk pertukaran tawanan dicapai pada tahun 1953. Untuk membuktikan mereka adalah rakyat biasa dan bukan tentera dari kedua-dua negara, semua tawanan menyeberang jambatan ini ketika itu dengan hanya memakai pakaian dalam.
 
Tawanan yang dibebaskan di Freedom Bridge dulu hanya dibenarkan memakai pakaian dalam untuk membuktikan mereka bukan tentera dari kedua-dua negara
Pandangan lebih dekat Freedom Bridge
Keterangan mengenai Freedom Bridge
Di Imjingak Peace Park ini juga, kita dapat melihat patung dua orang wanita yang duduk bersebelahan di atas kerusi. Patung ini dinamakan Statue of Peace toward the Reunification of Korea. 
 
Statue of Peace toward the Reunification of Korea. 
Patung ini adalah sebenarnya melambangkan wanita yang dijadikan hamba seks sewaktu pemerintahan Jepun di Korea pada masa dahulu. Ia dibina sepasang untuk melambangkan wanita dari Korea Utara dan Korea Selatan yang terlibat. Sekiranya kedua-dua Korea dapat bersatu kembali pada masa hadapan, sebuah patung ini akan dihantar ke Korea Utara sebagai simbol kemerdekaan bagi wanita yang berasal dari negara tersebut.

Patung ini melambangkan wanita dari Korea Utara dan Korea Selatan yang dipaksa untuk menjadi hamba seks sewaktu pemerintahan Jepun dahulu.
Burung merpati yang diukir hinggap pada bahu wanita ini melambangkan simbol kebebasan
Pandangan ukiran burung merpati dari depan
Bayang patung wanita ini digambarkan sebagai wanita tua kerana kebanyakan mereka kini telah mencapai usia sebagai nenek tua. Dah terlalu lama mereka menunggu untuk kedua-dua Korea kembali bersatu.
Bayang nenek tua yang masih mengharap untuk pulang ke kampung halaman di Korea Utara
Bergambar bersama sebelum patung ini dihantar pulang ke Korea Utara
Kita terus berjalan kerana masih ada lagi tarikan yang harus kita lawati...

Peta Imjingak Peace Park yang juga dikenali sebagai Imjingak Pyeonghwa Nuri Park
Pemandangan indah musim luruh di Imjingak
Pemandangan yang indah dan damai
Kami seterusnya ditunjukkan sebuah tugu yang dinamakan sebagai 30 Years Lost. Perang Korea bukan sahaja memisahkan keluarga di Korea Selatan dengan Korea Utara. Malah di Korea Selatan sendiri juga, ramai keluarga yang terpisah dan tidak dapat dihubungi. Pada tahun 1983, sebuah stesen TV Korea yang bernama KBS World telah melancarkan sebuah program seperti Jejak Kasih yang berusaha untuk menyatukan keluarga-keluarga yang terpisah dan berjaya menyatukan 10,189 ahli keluarga melalui siaran selama 138 hari. Lagu tema program ini yang dinamakan 30 Years Lost menjadi simbol harapan penyatuan keluarga yang terpisah disebabkan peperangan sehingga sekarang. Ia turut dikatakan popular sehingga ke Korea Utara dan tugu 30 Years Lost ini didirikan untuk menggambarkan harapan tersebut.

Tugu 30 Years Lost yang menggambarkan harapan keluarga yang terpisah akibat peperangan untuk bersatu kembali
Keterangan mengenai tugu 30 Years Lost
Pemandangan tugu 30 Years Lost dari hadapan
Harapan untuk ahli keluarga yang ingin bersatu kembali
Butang yang disediakan untuk memainkan lagu 30 Years Lost
Lirik lagu 30 Years Lost
Tugu 30 Years Lost
Mangbaedan Memorial Altar dibina oleh Kerajaan Korea Selatan sebagai sebuah tempat rakyatnya berdoa untuk penyatuan dengan ahli keluarga yang terpisah di Korea Utara. Sebelum altar ini dibina, keluarga yang terpisah di Korea Utara dan Selatan akan membina altar masing-masing sewaktu perayaan Chuseok (Tahun Baru Korea). Dengan adanya altar ini, rakyat Korea yang terlibat boleh datang berdoa pada bila-bila masa untuk penyatuan dengan keluarga mereka.
 
Mangbaedan Memorial Altar
Keterangan mengenai Mangbaedan Memorial Altar
Pelawat yang berkunjung ke altar
Sewaktu di sini, kami dapat melihat seorang pakcik tua yang berdoa bersendirian sambil menangis di altar. Mungkin dia sedang mendoakan ahli keluarganya yang terpisah di Korea Utara. Walau kita melihat dari jauh, kita turut merasa sayu kerana keperitan pakcik ini sangat jelas terlihat.

Pakcik yang berdoa di Mangbaedan Memorial Altar
Melihat Mangbaedan Memorial Altar dengan lebih dekat
Tempat membakar colok untuk berdoa


Bersambung ke Bahagian 35...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: