Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]
Bahagian 21: Oman
MUSCAT (Sultan Qaboos Mosque)
HARI KELAPAN (2)
Part 62: Sultan Qaboos Mosque
Memandangkan ketika itu dah hampir masuk waktu Solat Zohor, Maher membawa kami ke Sultan Qaboos Mosque yang merupakan masjid terbesar di Oman. Sebelum masuk ke perkarangan masjid, dia membawa kami terlebih dahulu melihat taman masjid yang dipenuhi dengan pokok Bunga Kertas dari tepi jalan besar.
 |
Masjid Sultan Qaboos di Muscat |
 |
Kubah Masjid Sultan Qaboos |
 |
Satu lagi pemandangan Masjid Sultan Qaboos |
Taman Bunga Kertas di depan Masjid Sultan Qaboos ini sangat cantik tetapi macam tak ada cara nak akses ke taman ini dari perkarangan masjid sendiri. Kerana itulah Maher membawa kami melihatnya dari tepi jalan besar.
 |
Taman Bunga Kertas di depan Masjid Sultan Qaboos |
Selepas dah puas admire Taman Bunga Kertas ini barulah Maher membawa kami masuk ke perkarangan Masjid Sultan Qaboos. Masjid Sultan Qaboos mempunyai 5 buah menara yang melambangkan 5 Rukun Islam. Menara utamanya yang setinggi 90 meter adalah struktur yang tertinggi di seluruh negara Oman.
 |
Ruang Solat Utama di Masjid Sultan Qaboos |
 |
Chandelier di Masjid Sultan Qaboos ini pernah menjadi chandelier yang terbesar di dunia sebelum chandelier yang lebih besar dipasang di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi. |
 |
Secara keseluruhan, terdapat 34 chandelier pelbagai saiz yang dipasang di seluruh Masjid Sultan Qaboos. |
Kedua-dua Masjid Sultan Qaboos dan Masjid Sheikh Zayed dihiasi dengan chandelier yang besar dan mahal. Sebelum Masjid Sheikh Zayed dibina, chandelier di Masjid Sultan Qaboos inilah yang merupakan chandelier yang terbesar di dunia. Begitu juga dengan karpet yang dipasang di ruang solat utama. Karpet di kedua-dua masjid adalah terdiri dari sekeping karpet besar yang ditenun dengan tangan di Iran. Untuk kemudahan pemasangan, karpet ini dibawa dalam bentuk kepingan-kepingan besar dari Iran dan dijahit untuk dicantumkan di dalam masjid ini sendiri.
 |
Karpet yang dipasang di Masjid Sultan Qaboos ini juga adalah karpet yang kedua terbesar di dunia selepas di Masjid Sheikh Zayed. |
 |
Karpet di Masjid Sultan Qaboos |
 |
Bersolat di Masjid Sultan Qaboos |
 |
Pemandangan kubah utama di Masjid Sultan Qaboos |
Selepas dah melihat suasana di Ruang Solat Utama di Masjid Sultan Qaboos, kita lihat pula Ruang Solat Wanita. Tidak seperti Ruang Solat Utama yang boleh menampung 6,500 jemaah pada satu-satu masa, Ruang Solat Wanitanya hanya mampu menampung 750 jemaah sahaja. Biasalah di negara-negara Arab begini selain dari di Makkah dan Madinah ~ perempuan memang sangat jarang datang bersolat jemaah di masjid.
 |
Ruang Solat Wanita di Masjid Sultan Qaboos |
 |
Siling kayu di Ruang Solat Wanita |
 |
Ruang Solat Wanita sangat kecil jika dibanding dengan Ruang Solat Utama kerana ia hanya mampu menampung 750 jemaah. |
Lepas selesai bersolat, kita lawati lagi sekali taman masjid yang indah itu sebelum kita melangkah pergi...
 |
Melawat sekali lagi taman masjid yang indah |
 |
Bunga-bungaan yang berkembang mekar di taman masjid |
 |
Suasana yang tenang dan damai di taman masjid |
 |
Pekerja masjid bersedekah memberi makanan kepada burung-burung Merpati |
Selepas dah puas bersiar-siar dan menikmati suasana masjid, barulah kita benar-benar melangkah pergi...
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
Part 63: Bin Ateeq Restaurant
Agenda seterusnya selepas bersolat di Masjid Sultan Qaboos adalah makan tengah hari. Untuk lunch yang terakhir di Oman hari ini, kami dibawa menikmati makanan tradisional Omani di sebuah restoran yang bernama Bin Ateeq Restaurant For Omani Food.
 |
Bin Ateeq Restaurant For Omani Food |
 |
Berjalan menuju ke restoran |
 |
Suasana di dalam Restoran Bin Ateeq |
Hari ini, kami diperkenalkan dengan hidangan tradisional Oman yang dinamakan Shuwa. Shuwa adalah ayam, daging, biri-biri atau unta yang dimasak bersama bumbu secara slow cook di dalam bara api di bawah tanah. Kami diberi pilihan sama ada nak makan bersila dalam bilik makan tradisional atau menggunakan kerusi dan meja. Maklumlah disebabkan kami semua dah berusia 5 & 6 series, kenalah pilih duduk makan di meja.
 |
Shuwa yang dihidang bersama 3 jenis nasi di dalam sebuah dulang |
Kami memesan hidangan Shuwa Ayam dan Daging Lembu. Terperanjat melihat daging lembu ini dihidangkan kepada kami bersekali bersama tulangnya di dalam dulang.
 |
Shuwa Ayam dan Daging Lembu |
 |
Terkedu kita melihat rupa hidangan yang dihidangkan |
 |
Best!! |
Hidangan Shuwa dengan nasi ini memang sedap. Ayam dan Daging yang dihidangkan cukup lunak, macam melt in the mouth, kata Orang Putih. Maklum sajalah sebab Shuwa ini sebenarnya dimasak secara slow cook berjam-jam lamanya di dalam tanah. Mesti hidangan Shuwa ini dimasak di tempat lain dan dibawa ke restoran ini untuk dihidangkan.
 |
Jemput makan... |
 |
Disebabkan restoran ini adalah sebuah restoran Arab tradisional, ada juga bilik-bilik santapan keluarga yang disediakan seperti ini. |
 |
Rehat sekejap sambil menunggu Maher datang menjemput dengan kereta |
Part 64: Mutrah
Lawatan rasmi kami yang terakhir sewaktu berada di negara Oman adalah ke kota lama Muscat yang bernama Mutrah.
 |
Menuju ke Mutrah |
 |
Sebuah masjid di Muscat |
 |
Arah ke Mutrah (disebut Matrah dalam Bahasa Arab) |
 |
Membelah gunung menuju ke Mutrah |
Biasalah... Kalau kita nak keluar dari kawasan Muscat, pasti ada gunung batu yang perlu dilalui. Inilah juga suasananya sewaktu kami menuju ke Mutrah. Di sebalik gunung batu ini, terbentang keindahan kota Mutrah yang terletak di pinggir laut.
 |
Pemandangan pertama Mutrah |
 |
Kota Mutrah |
 |
Mutrah Gate |
Kalau di Doha dulu kita melihat kapal-kapal cruise yang berlabuh di Old Doha Port, di Muscat pula, kapal-kapal ini berlabuh di Mutrah. Pelabuhan persinggahan kapal-kapal cruise ini dinamakan Sultan Qaboos Port.
 |
Pergunungan di belakang kota Mutrah |
 |
Peninggalan kota Portugis yang jelas dilihat di Mutrah |
 |
Ada banyak kota-kota Portugis sebegini di sekitar Mutrah |
 |
Menara kota Portugis lama |
 |
Sebatang jalan utama di Mutrah |
 |
Pemandangan kota Mutrah |
Bersambung ke Bahagian 22...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
No comments:
New comments are not allowed.