Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 6: Busan Tour
BUSAN (Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout)
HARI KETIGA (1)
Part 12: Sarapan Pagi Di Arban City Hotel
Program Hari Ketiga di Korea dimulakan dengan sarapan pagi di Hotel Arban City. Sebaik masuk ke restoran, kami disapa oleh seorang petugas di restoran yang memberitahu kami semua makanan yang disediakan pada pagi ini adalah Halal. Myself rasa hotel ini selalu menerima kunjungan dari tetamu Muslim, oleh yang demikian mereka tahu keperluan tentang makanan Halal.
Suasana di restoran sarapan pagi di Arban City Hotel |
Kami perhatikan memang makanan yang disediakan adalah Halal kerana hampir kesemuanya makanan vegetarian.
Kaunter buffet makanannya di sana hampir kesemuanya vegetarian |
Satu lagi suasana di dalam restoran |
Bilik kaca di belakang restoran sana juga berfungsi sebagai bilik mesyuarat |
Pilihan sarapan pagi kami |
Program lawatan kami hari ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Disebabkan masih ada masa yang terluang sebelum Sarah datang menjemput, kita bersiar-siar dulu di kawasan sekitar hotel untuk menikmati suasana di sekeliling.
Pelancong dari China yang sedang berkumpul untuk check-out dari hotel |
Pemandangan menghala ke pintu masuk ke hotel |
Arban City Hotel terletak di sebatang jalan utama di tengah kota Busan yang bernama Bansong-ro. Di depan hotel ini ada dikibarkan bendera negara-negara penginap. Bendera Malaysia turut dikibarkan menandakan ia sering menerima kunjungan penginap dari negara kita.
Bendera Malaysia turut dikibarkan di depan pintu masuk hotel bersama bendera negara Jepun, Thailand, Taiwan dan Korea sendiri. |
Bak kata Husband, memang selamat menginap di Hotel Arban City kerana ada sebuah balai polis yang terletak betul-betul di sebelahnya. Balai polis ini kecil dan comel. Kereta polis di depannya juga terpaksa parking betul-betul disebabkan ruangnya yang sempit.
Balai polis yang cute di sebelah Hotel Arban City |
Pintu masuk ke Hotel Arban City yang sebenar terletak di side lane ini |
Pemandangan di jalan utama Bansong-ro di depan hotel |
Restoran Starbucks di tepi hotel |
Part 13: Morning Walk Di Busan
Bansong-ro di depan Hotel Arban City adalah sebatang jalan yang sibuk. Di samping kenderaan darat yang lalu-lalang di atasnya, ada laluan subway di bawah tanah di sepanjang jalan ini juga.
Jalan Bansong-ro di depan Hotel Arban City |
Bansong-ro juga adalah sebuah laluan bas utama di Busan. Disebabkan hari ini adalah hari bekerja, ada saja bas yang lalu dan berhenti berdekatan dengan hotel kami. Kesemua bas awam di Busan menggunakan enjin elektrik yang senyap. Jadi tidak hairanlah jika suasana di Jalan Bangso-ro tidak bising dan udaranya juga segar walau berada di tengah-tengah pusat bandar.
Bas awam di Busan yang menggunakan enjin elektrik |
Sewaktu membawa kami membuat Tour di sekitar Busan semalam, Sarah ada memberitahu yang kereta kami membuat tour mesra alam sekitar kerana menggunakan LNG sebagai bahan bakar. Bila kami bertanya mengapa dia tidak menggunakan kereta EV, Sarah bercerita tentang stigma yang sedang dihadapi oleh pengguna kenderaan di Korea tentang kenderaan tersebut.
Baru-baru ini ada sebuah kejadian besar yang berlaku di Seoul di mana bateri sebuah kereta EV dari jenama Mercedes-Benz terbakar secara tiba-tiba di sebuah basement parking. Kebakaran tersebut turut memusnahkan 94 kenderaan lain yang parking bersamanya. Peristiwa ini telah menyebabkan rakyat Korea mula ragu untuk menggunakan kenderaan EV. Malah ada bangunan-bangunan di Korea kini yang melarang kenderaan EV dari parking di basement mereka.
Perhentian bas di depan Hotel Arban City |
Pengguna boleh menyemak status dan maklumat bas awam yang ingin digunakan di sini. |
Kami juga mengambil kesempatan melawat ke sebuah convenience store yang bernama Nice To CU di tepi hotel. Nice To CU (disingkatkan sebagai CU sahaja) adalah convenience store tempatan milik Korea. Ia dapat dilihat di mana-mana sahaja di seluruh Korea Selatan, termasuk juga di kawasan luar bandar. Konsepnya adalah seperti convenience store Jepun Family Mart yang juga dapat dilihat di Malaysia sekarang.
Nice To CU ini adalah convenience store milik tempatan di Korea Selatan |
Suasana di dalam kedai Nice To CU. Kedai ini lebih banyak menjual makanan segera berbanding barang keperluan lain di dalamnya. |
Tempat duduk untuk makan turut disediakan di dalam Nice To CU |
Selain menjual makanan segera, kedai Nice To CU turut mempunyai sebuah gerai makanan panas di bahagian depan. |
Pemandangan gerai menjual makanan panas di bahagian depan kedai Nice To CU. |
Part 14: Gwangalli Beach & Gwangan Bridge
Sebaik Sarah tiba, kami terus memulakan lawatan Hari Kedua kami di Busan (yang juga merupakan Hari Ketiga tour di Korea). Tempat pertama yang kami kunjungi adalah sebuah pantai di pinggir bandar yang bernama Gwangalli Beach.
Jalan Bangsong-ro di Busan |
Seperti juga kota-kota besar lain di dunia, ada banyak bangunan pencakar langit diperhatikan di Busan |
Sedikit kesesakan dirasai kerana warga Busan sedang keluar hendak pergi bekerja. |
Disebabkan kekurangan tanah, banyak ruang parking di seluruh negara Korea disediakan dengan cara begini |
Plat biru pada kereta di depan ini menandakan ia adalah sebuah kenderaan EV. |
Memandu menuju ke arah pantai |
Lalu di bawah sebuah jambatan |
Sebuah restoran yang menarik |
Tiba di tepi pantai |
Busan terletak di pinggir Laut Jepun yang lebih dikenali sebagai East Sea di Korea. Ia mempunyai 7 buah pantai dan Gwangalli Beach yang kami lawati ini adalah salah sebuah di antaranya.
Jalan Gwanghanhaebyeon-ro yang terletak di pinggir Gwangalli Beach |
Selain dari menjadi tempat warga Busan untuk beriadah, Gwangalli Beach yang sepanjang 1.4 km ini juga terkenal sebagai tempat untuk melihat pemandangan Jambatan Gwangan yang juga dikenali sebagai Diamond Bridge. Jambatan sepanjang 7.42 km ini adalah jambatan yang kedua terpanjang di Korea Selatan selepas Incheon Bridge di Seoul.
Gwangalli Beach |
Pemandangan Gwangan Bridge dari Gwangalli Beach |
Gwangan Bridge adalah jambatan yang kedua terpanjang di Korea Selatan selepas Incheon Bridge. |
Bersiar-siar di Gwangalli Beach dengan berlatar belakangkan Gwangan Bridge |
Mentari pagi yang mengintai di celah pohon di Gwangalli Beach |
Sarah memberikan sedikit masa kepada kami untuk menikmati keindahan pemandangan Gwangalli Beach. Kesempatan ini tidak kami sia-siakan dengan berjalan di sepanjang pantai.
Gwangalli Beach |
Pasir yang halus di Gwangalli Beach |
Pantai yang luas di pinggir bandar ini memang sesuai menjadi tempat untuk warga Busan beriadah |
Husband mengambil gambar keindahan Gwangalli Beach |
Pemandangan pagi Gwangalli Beach dengan berlatar belakangkan Gwangan Bridge |
Beriadah berbasikal di Gwangalli Beach |
Berjalan sambil menikmati pemandangan Gwangan Bridge |
Bangunan-bangunan moden yang dibina menghadap Gwangalli Beach |
Arca di tepi pantai |
Part 15: Moontan Road Lookout
Sarah membawa kami menyelusuri pantai di Busan menuju ke Haeundae Beach. Walaupun ejaan Haeundae kelihatan hampir sama dengan Hyundai, ia disebut sebagai Ha-eun-dae dan bukan Hyun-dai.
Menuju ke Haeundae Beach |
Kawasan tepi laut menuju ke Haeundae Beach ini adalah sebuah kawasan mewah dan elite di Busan. Oleh yang demikian, ia dipenuhi dengan bangunan-bangunan kediaman mewah.
Bangunan-bangunan mewah di laluan menuju ke Haeundae Beach |
Penghujung jambatan Gwangan Bridge |
Pemandangan di bawah jambatan |
Bangunan Haeundae Exordium |
Bangunan-bangunan pencakar langit |
Tengok dari jauh pun dah nampak kemewahannya |
Mengikut kata Sarah, Datuk Bandar Busan yang merupakan seorang wanita turut tinggal di kawasan ini. |
Destinasi kami yang seterusnya adalah sebuah viewpoint yang dinamakan sebagai Moontan Road Lookout.
Moontan Road Lookout |
Sun and Fun Haeundae ~ Cherish The Memories |
Pemandangan menghala ke Busan dari Moontan Road Lookout. Bangunan-bangunan tinggi di sebelah kanan dinamakan Haeundae LCT The Sharp. |
Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat dari Moontan Road Lookout adalah Haeundae Sky Capsule yang macam cable car tetapi bergerak di atas rail. Macam interesting kalau dapat naik Sky Capsule ini, tetapi kata Sarah dia telah mengatur supaya kami naik Beach Train dan bukan Sky Capsule. Sky Capsule bergerak sangat slow dan laluannya juga jauh lebih pendek berbanding Beach Train.
Sky Capsule |
Sky Capsule |
Pemandangan kota Busan juga sangat indah diperhatikan dari Moontan Road Lookout ini. Kita ambil gambar untuk mengabadikan kenangan kerana entah bila kita akan sampai ke sini lagi...
Kenangan di Moontan Road Lookout |
Kota Busan di kejauhan |
Close-up |
Gwangan Bridge |
Haeundae Beach yang merupakan sebuah lagi pantai yang terkenal di Busan dapat dilihat dari Moontan Road Lookout. Antara pemandangan yang menarik perhatian adalah 2 buah arca yang dibina di tengah laut dari pantai ini.
Pantai Haeundae sebenarnya terdedah kepada ancaman hakisan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa Busan telah membina sebuah pemecah ombak konkrit di dasar laut di tepi pantai untuk membantu mengurangkan hakisan ini. Disebabkan pemecah ombak ini dibina di dasar laut, ia menjadi merbahaya kepada kapal-kapal yang berlayar. Sehubungan itu, dua buah arca telah dibina sebagai tanda amaran untuk menandakan kedudukannya.
Pemandangan Haeundae Beach dari Moontan Lookout |
Close-up Haeundae Beach |
Pengunjung-pengunjung ke Haeundae Beach |
Di kejauhan juga kita dapat melihat gugusan pulau-pulau berbatu kecil yang dinamakan sebagai Oryukdo Islets. Kata Sarah, pulau-pulau ini boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari tanah besar sewaktu air surut.
Oryukdo Islets yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari tanah besar sewaktu air surut |
Rumah-rumah kediaman di sebalik tebing tinggi |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
- Bahagian 01 [Hari 1] - Departure: Perjalanan Ke Korea Selatan
- Bahagian 02 [Hari 2] - Arrival : Kuala Lumpur - Incheon - Seoul Station
- Bahagian 03 [Hari 2] - Busan : KTX Seoul - Busan & Songdo Skywalk
- Bahagian 04 [Hari 2] - Busan : Gamcheon Culture Village
- Bahagian 05 [Hari 2] - Busan : Bombay Brau Restaurant & Arban City Hotel
- Bahagian 06 [Hari 3] - Busan : Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout
- Bahagian 07 [Hari 3] - Busan : Haeundae Beach Train & Cheongsapo Daritdol Sky Walk
- Bahagian 08 [Hari 3] - Busan : Haedong Yonggul Temple
- Bahagian 09 [Hari 3] - Busan : Busan Cinema Center, Masjid Al Fatah & Capadoccia Restaurant
- Bahagian 10 [Hari 3] - Busan : Gukje Market & Daegaksa Temple
- Bahagian 11 [Hari 3] - Busan : BIFF Square & Jagalchi Fish Market
- Bahagian 12 [Hari 4] - Busan - Jeju : Gimhae International Airport & Air Busan
- Bahagian 13 [Hari 4] - North Jeju : Iho Tewoo Beach
- Bahagian 14 [Hari 4] - North Jeju : Rainbow Wall, Yongyeon Pond & Yongduam Rock
- Bahagian 15 [Hari 4] - North Jeju : Jejumok Gwana, Dongmun Market & Sanjimul Restaurant
- Bahagian 16 [Hari 5] - North Jeju : Gueom Stone Salt Flats
- Bahagian 17 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (1)
- Bahagian 18 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (2)
- Bahagian 19 [Hari 5] - East Jeju : Gwangchigi Beach & Seongsan Ilchulbong
- Bahagian 20 [Hari 5] - South Jeju : Seongsan-Ojo Geo Trail & Jeongbang Waterfall
- Bahagian 21 [Hari 5] - South Jeju : Cheonjiyeon Waterfall & Seogwipo Formation
- Bahagian 22 [Hari 5] - South Jeju : Saeyongyo Bridge & Cheonjeyeon Waterfall
- Bahagian 23 [Hari 6] - Jeju - Seoul : Jeju International - Seoul Gimpo
- Bahagian 24 [Hari 6] - Seoul : Seoul City
- Bahagian 25 [Hari 6] - Seoul : N Seoul Tower
- Bahagian 26 [Hari 6] - Seoul : Myeongdong & Cheonggyecheon Stream
- Bahagian 27 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace
- Bahagian 28 [Hari 7] - Seoul : National Folk Museum, Kkochnuli Deulbap Restaurant & Songhyeon Green Plaza
- Bahagian 29 [Hari 7] - Seoul : Bukchon Hanok Village, Nanta Show & Kampungku Restaurant
- Bahagian 30 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak
- Bahagian 31 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak Peace Park
- Bahagian 32 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjin Bridge & Bridge of No Return
- Bahagian 33 [Hari 8] - DMZ Tour : Third Tunnel, Dora Observatory & Unification Village
- Bahagian 34 [Hari 8] - Seoul : Itaewon
- Bahagian 35 [Hari 9] - Going Home : Incheon - Kuala Lumpur
No comments:
New comments are not allowed.