Friday, 22 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 10 (Gukje Market & Daegaksa Temple)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 10: Busan Tour
BUSAN (Gukje Market & Daegaksa Temple)

HARI KETIGA (5)

Part 22: Gukje Market

Kami kembali ke pusat bandar Busan untuk melawat ke Jagalchi Fish Market. Namun sebelum itu, Sarah akan membawa kami singgah di Gukje Market dan Old BIFF Square terlebih dahulu.

Kembali ke pusat bandar Busan
Bendera Korea Selatan
Menuju ke pusat bandar
Sarah meletakkan kereta di sebuah parking awam berdekatan dengan Busan Tower. Kemudian kami berjalan kaki menuju ke Gukje Market.

Tempat letak kereta berdekatan Busan Tower
Pemandangan Busan Tower dari tempat letak kereta
Pintu masuk ke Busan Tower
Memang seronok berjalan kaki dari tempat parking kereta kami ke Gukje Market kerana perjalanan adalah menurun bukit. Cuma siksanya dah pasti masa balik nanti kerana kita perlu berjalan mendaki bukit.
 
Kami juga banyak berjalan melalui lorong-lorong belakang menuju ke Gukje Market. Namun demikian, memang tak ada rasa seram melalui lorong-lorong begini kerana seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, Korea Selatan adalah sebuah negara yang sangat selamat.

Melalui lorong-lorong belakang menuju ke Gukje Market
Mentari dah mula nak terbenam di Busan ketika ini
Suasana lorong-lorong belakang di Busan
Gukje Market dah kelihatan di depan sana
Bergambar kenangan di Gukje Market
Walaupun Gwangbok-ro Road di mana letaknya Gukje Market kini merupakan kawasan yang famous untuk membeli-belah di Busan, ia adalah juga kawasan bersejarah. Kawasan ini yang terletak berdekatan dengan laut menyaksikan  banyak penentangan rakyat Korea terhadap pemerintahan Jepun pada masa dahulu. Maka selepas kemerdekaan, ia telah dinamakan sebagai Gwangbok yang bermaksud Kemerdekaan.

Suasana di Gukje Market
Disebabkan kami baru melawat ke Taiwan pada penghujung tahun lepas, suasana di Gukje Market banyak mengingatkan kami kepada suasana di shopping street di Taipei. Maklumlah, rupa fizikal penjualnya pun sama ~ semuanya bermata sepet ~ walaupun mereka berbangsa Korea.
 
Seperti juga di Taiwan dulu, penjual-penjual di sini tidak kisah kalau kita mengambil gambar barang-barang jualan mereka dengan dekat, walaupun kita tidak membeli apa-apa.

Selain makanan tradisional, ada banyak kedai menjual pakaian di Gukje Market ini. Kami perhatikan ada juga barangan tiruan yang dijual di pasar ini, macam di Petaling Street di Kuala Lumpur juga...


Part 23: Daegaksa Temple

Kami membuat persinggahan di Daegaksa Temple berhampiran untuk melihat sebuah local Buddhist temple.

Pintu masuk ke Daegaksa Temple
Sejarah Daegaksa Temple
Daegaksa Temple
Seperti Haedong Yonggung Temple yang dianggap istimewa kerana ia dibina di tepi laut, Daegaksa Temple ini juga dianggap istimewa kerana ia adalah satu-satunya temple yang dibina di tengah kawasan bandar. Ini adalah kerana pada kebiasaannya, temple-temple Buddha di Korea akan dibina di pinggir-pinggir gunung.

Daegaksa Temple juga bersejarah kerana ia dibina sewaktu pendudukan Jepun di Korea. Ia juga pada asalnya dibina untuk kegunaan pegawai tentera Jepun yang juga menganut agama Buddha seperti penduduk Korea.

Patung Reclining Buddha di luar pintu masuk ke Daegaksa Temple
Tangga naik ke Daegaksa Temple
Satu lagi pemandangan tangga naik ke Daegaksa Temple
Mari kita jenguk suasana di dalam Daegaksa Temple...
 
Prayer Hall
Patung Buddha berwarna emas
Satu lagi pemandangan di dalam Prayer Hall
Patung Buddha berwarna putih
Lantern yang menghias siling di dalam Prayer Hall
Pemandangan di luar Prayer Hall
Lukisan naga di luar pintu
Reclining Buddha
Lukisan pada pintu temple
Loceng di luar pintu temple
Sewaktu kami melawat Daegaksa Temple, ada juga sepasang couple Mat Salleh yang muda di sana. Mereka sesuka hati berseronok-seronok mengetuk loceng di luar temple ini. Apa lagi, menjeritlah seorang pakcik Korean penjaga temple ini. Kenapalah mereka nak berbuat begitu? Langsung tak hormat kepada budaya dan kepercayaan orang tempatan. Selepas berbuat begitu, selamba saja mereka berlalu tanpa merasa bersalah!

Loceng di luar temple yang seronok-seronok diketuk oleh pelancong Mat Salleh
Anjing putih penjaga temple
Pemandangan Busan Tower dari Daegaksa Temple

Part 24: Sugar Factory Cafe

Kami kembali ke Gwangbok-ro Road selepas melawat Daegaksa Temple. Sarah mengajak kami singgah di sebuah kafe yang bernama Sugar Factory kerana dia nak membelanja kami minum petang.

Kafe Sugar Factory di Gwangbok-ro
Kaunter pesanan
Suasana di dalam kafe
Menu yang ditulis dalam Bahasa Korea
Nasib baik ada juga translation dalam Bahasa Inggeris
Orang Korea cukup gemar meminum kopi. Walau kafe di mana juga, termasuk di restoran hotel sekalipun, hanya ada kopi sahaja dalam pilihan minuman panas mereka. Kalau ada teh sekalipun, pilihan yang ada hanyalah Green Tea. Disebabkan Myself dan Husband bukan penggemar kopi, kami cukup seronok bila melihat ada minuman Choco Latte ditawarkan di Sugar Factory ini.

Pesanan minuman kami. Sarah memilih minuman Lemon Sparkling.
Mesin untuk memesan minuman
Suasana di dalam kafe
Satu lagi suasana di dalam kafe
Wanita pemilik kafe ini juga cukup baik hati menjamu kami dengan kek pulut secara percuma. Dia sedang meraikan birthday anak saudara perempuannya, katanya.
 
Kek Pulut yang dijamu secara percuma oleh tuan kafe
Snacks yang dijual di kafe
Biskut yang turut dijual di kafe


Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: