Monday, 13 January 2025

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 36 (Dora Observatory)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 36: Demilitarized Zone (DMZ)
DMZ TOUR 2 (Third Tunnel 2, Dora Observatory & Unification Village)

HARI KELAPAN (5)

Part 88: Third Tunnel (2)

Pintu masuk ke Third Tunnel berada di dalam sebuah bangunan di seberang sana...

Bangunan yang menempatkan pintu masuk ke Third Tunnel
Sejarah Third Tunnel
Untuk lebih memahami Third Tunnel yang akan kita lawati, tengok gambarajah ini...
 
Gambarajah Third Tunnel
Tunnel yang akan kita masuki sebentar lagi adalah Infiltration Tunnel di sebelah kanan yang dibina oleh Tentera Korea Selatan sebagai akses ke Third Tunnel sebenar yang dibina jauh ke bawah tanah. Ia adalah satu-satunya cara untuk masuk ke Third Tunnel pada masa sekarang dan memang memerlukan kekuatan fizikal untuk menurun dan mendakinya kerana tiada lif atau escalator disediakan untuk turun ke bawah sana.

Third Tunnel sebenar terletak 73 meter di bawah tanah. Tidak seperti Infiltration Tunnel yang sangat curam, laluannya memang flat setelah kita sampai ke dalam Third Tunnel. Namun demikian, penghujung Third Tunnel ini sekarang telah dibina 3 lapisan konkrit oleh tentera Korea Selatan bagi memastikan ia tidak akan dapat lagi digunakan oleh tentera Korea Utara pada masa akan datang.

Loker untuk menyimpan barangan sebelum masuk ke dalam Infiltration Tunnel
Kita tidak dibenarkan membawa apa-apa barangan sewaktu masuk ke Infiltration Tunnel yang juga adalah kawasan larangan untuk mengambil gambar. Semua barang peribadi perlu disimpan di loker yang disediakan secara percuma. Semua pengunjung yang masuk ke dalam terowong juga diwajibkan memakai hard hat bagi tujuan keselamatan.

Pintu masuk sebenar ke Infiltration Tunnel. Hard hat disediakan untuk kegunaan pengunjung di sini.
Pemakaian hard hat diwajibkan bagi semua pengunjung
Infiltration Tunnel adalah kawasan larangan mengambil gambar. Jadi kita gunakan gambar-gambar yang Myself jumpa di internet bagi menunjukkan suasana di dalamnya.

Pemandangan sebaik masuk ke dalam Infiltration Tunnel. Nampak tak betapa curam terowong ini di depan sana? [Gambar dari internet]
Infiltration Tunnel ini seriously sangat curam. Baru 10 langkah kami berjalan masuk, Husband dah give up bila melihat orang-orang yang balik dari bawah sana semua bermuka merah padam dan tercungap-cungap mengambil nafas. Husband decide untuk duduk sahaja di kerusi yang disediakan di situ dan menyuruh kita saja meneruskan perjalanan ke bawah...
 
Suasana di dalam Infiltration Tunnel [Gambar dari internet]
Myself sendiri pun hanya mampu mengambil 10 langkah saja lagi ke bawah. Bila melihat orang-orang yang pulang semua bagai nak pengsan, Myself membuat keputusan cukuplah sampai di sini. Kita kembali mendapatkan Husband dan terus berjalan keluar. Walaupun kami dikatakan baru mengambil 20 langkah saja menuruni Infiltration Tunnel ini, perjalanan mendaki semula 20 langkah ini memang sangat memeritkan. Kami sepakat memang kami membuat langkah yang tepat masuk ke Infiltration Tunnel ini hanya setakat itu.

Bila melihat orang yang mendaki balik semua macam nak pengsan, Myself berhenti hanya setakat 20 langkah [Gambar dari internet]
Clara tidak mengikut kami masuk ke Infiltration Tunnel. Terperanjat dia bila melihat kami dah keluar dari Tunnel selepas hanya 5 minit.

Bergambar dengan patung tentera yang berkawal di JSA
Husband pun nak bergambar juga
Satu pose lagi dengan Abang-Abang Askar
Disebabkan kami tak masuk jauh ke dalam Third Tunnel, kami mempunyai banyak masa yang terluang. Oleh itu, Clara membawa kami melawat ke taman di belakang bangunan Third Tunnel ini.

Mengikut Clara ke taman di belakang bangunan Third Tunnel
Autumn In My Heart
Keindahan musim luruh di Korea sangat terserlah di sini
Peta Korea Utara dan Korea Selatan yang dipisahkan oleh Garis Lintang 38'.
Keretapi yang pernah menghubungkan Korea Utara dengan Korea Selatan
Beginilah suasananya jika Korea Utara dan Korea Selatan saling berdamai
Memorial untuk flora dan fauna di DMZ
Model landasan keretapi yang menghubungkan Korea Utara dengan Korea Selatan. Landasan sebenarnya telah kita lihat sewaktu di Imjingak tadi.
Memulakan perjalanan pulang ke bas
Walaupun cantik dan damai, kawasan ini tetap menyeramkan kerana kita tahu yang kita berada di antara dua buah negara yang sedang berantakan
Tempayan tradisi Korea
Pandangan tempayan dengan lebih dekat
Kincir air tradisional
Pandangan kincir air dari depan
Kolam di depan kincir air
Pemandangan keseluruhan kolam
Ikan berenang di dalam kolam
Berjalan kembali untuk mendapatkan bas
Sajalah nak cerita kat sini... Dulu ada perkhidmatan monorail yang disediakan kepada pelawat untuk masuk ke Third Tunnel. Namun begitu, monorail ini telah 2 tahun rosak dan tidak diperbaiki, kata Clara. Adoii, kenapalah tak dibaiki monorail ini? Kalau ada, tidaklah penat kita nak turun masuk ke Third Tunnel. Patutlah orang yang dalam tayangan video tentang Third Tunnel tadi macam boleh ketawa ria bila masuk ke situ. Dia orang masuk pakai monorail, rupanya! Ciss!!
  
Perkhidmatan monorail untuk masuk ke Third Tunnel tidak lagi disediakan sekarang
Monorail yang membawa penumpang masuk ke Third Tunnel dulu
[Gambar dari internet]
Bila tiba masa yang ditetapkan, kami naik ke bas kembali. Namun begitu ada beberapa penumpang yang masih belum kembali. Pakcik pemandu bas menunggu dengan sabar penumpang-penumpang yang belum kembali. Rupa-rupanya dia memang tidak mahu mendesak supaya penumpang naik ke bas segera. Ini adalah kerana pada musim bunga yang lalu, ada kes seorang pelancong British yang sangat memaksa diri sewaktu berjalan balik selepas melawat Third Tunnel diserang sakit jantung lalu meninggal dunia sebaik masuk ke dalam bas. Berdasarkan pengalaman kami sendiri juga, Myself nak nasihatkan kepada sesiapa yang berhasrat untuk masuk ke Third Tunnel... jangan ambil ringan kecuraman Infiltration Tunnel yang perlu dilalui. Memang seriously curam!

Part 88: Dora Observatory

Persinggahan DMZ Tour kami yang seterusnya adalah ke Dora Observatory. Bas berhenti di tepi Dora Observatory yang lama, tetapi pelawat tidak lagi dibenarkan masuk ke situ. Kami diarahkan pergi ke Dora Observatory yang baru.

Dora Observatory yang lama
Tempat bas berhenti berhampiran Dora Observatory yang lama
Kami berjalan beramai-ramai menuju ke Dora Observatory yang baru. Dalam perjalanan, kita akan mendengar lagu-lagu K-Pop yang dipasang dengan sekuat hati pada pembesar suara di tepi jalan yang menghala ke Korea Utara. Kami diberitahu ini adalah strategi Perang Propaganda yang dilancarkan oleh Korea Selatan kepada Korea Utara. Lagu-lagu K-Pop ini sengaja dihalakan untuk mengacau jiwa tentera-tentera Korea Utara yang sedang berkawal. Ia bertujuan untuk memberi gambaran kepada tentera Korea Utara yang Korea Selatan adalah tempat yang lebih baik dan seronok didiami berbanding negara mereka.

Berjalan menuju ke Dora Observatory yang baru
Sambil berjalan, kita dapat mendengar lagu K-Pop yang dipasang sekuat hati menghala ke Korea Utara yang terletak di sebelah kiri gambar ini.
Hampir tiba ke Dora Observatory
Tiba di Dora Observatory
Pemandangan sekitar Dora Observatory
Pintu masuk ke Dora Observatory
Memang berdebar-debar sewaktu kita tiba di Dora Observatory. Ini adalah kerana dalam banyak-banyak tempat yang kita lawati di DMZ, di sini sajalah kita boleh melihat dengan mata kita sendiri secara langsung negara Korea Utara. Faktor ini jugalah yang menjadikan lawatan ke Dora Observatory sangat dinanti-nanti oleh setiap pelawat.

Berjalan menuju ke Dewan Utama
Ada sebuah dewan berbentuk auditorium dan bertingkap kaca besar di Dora Observatory. Dari sini kita dapat melihat pemandangan Korea Utara dengan jelas tetapi ada larangan keras supaya kita tidak mengambil gambar di sini. Jadi kita gunakan gambar dari internet untuk mengabadikan kenangan di sini.

Pemandangan dewan utama Dora Observatory [Gambar dari internet]
Tingkap berkaca yang besar untuk membolehkan kita melihat pemandangan Korea Utara di luar sana [Gambar dari internet]
Melihat pemandangan Korea Utara dari Dora Observatory [Gambar dari internet]
Dalam banyak-banyak tempat yang kami kunjungi di DMZ juga, di sinilah tempat yang paling ketat dikawal oleh Tentera Korea Selatan supaya tidak mengambil gambar. Tetapi macam di tempat-tempat yang lain juga, memang ada pengunjung Mat Salleh yang degil dan tidak menghormati arahan. Terjerit-jerit askar Korea Selatan yang berkawal memarahi dan memaksa mereka memadamkan gambar yang diambil.

Gambar-gambar Korea Utara yang Myself tunjukkan di sini diambil dari internet. Tetapi memang begitulah keadaan sebenar yang kami lihat dari Dora Observatory.

Pemandangan dari Dora Observatory. Kawasan yang ditumbuhi banyak pohon di luar sana adalah Korea Selatan manakala kawasan yang gondol pula adalah Korea Utara.
Kedua-dua Korea Utara dan Korea Selatan mempunyai tiang bendera yang sangat tinggi di kawasan ini. Kata Clara kepada kami, bendera Korea Utara dibuat dari material linen biasa yang berat manakala bendera Korea Selatan pula dibuat dari material linen khas yang ringan. Kerana itulah bendera Korea Utara sentiasa kelihatan kuncup manakala bendera Korea Selatan pula sentiasa kelihatan berkibar-kibar.
 
Bendera Korea Utara
Bendera Korea Selatan
Bandar yang kelihatan di kejauhan sana adalah Gaeseong. Satu ketika dulu, ia adalah sebuah bandar perindustrian yang makmur dengan pelaburan dari Korea Selatan. Walau bagaimanapun pelaburan ini telah diberhentikan selepas hubungan kedua negara menjadi tegang dan bandar ini juga dikatakan telah ditinggalkan. Tapi tak tahulah apa yang sebenarnya berlaku di bandar tersebut sekarang kerana Korea Utara boleh dikatakan memang tidak berhubung langsung dengan dunia luar.
 
Bandar Gaeseong di Korea Utara yang satu ketika dulu makmur dengan suntikan pelaburan dari Korea Selatan [Gambar dari internet]
Ada juga sebuah kampung yang dibina oleh Korea Utara betul-betul dalam pandangan pengunjung yang datang ke Dora Observatory. Menurut maklumat yang diberi, kampung ini adalah show village semata-mata yang dibina untuk kononnya menunjukkan kemakmuran Korea Utara tetapi sebenarnya tidak didiami. Bila kami bertanya bagaimana pihak Korea Selatan tahu yang itu adalah show village semata-mata, Clara memberitahu pada setiap malam rumah yang dibuka lampu adalah rumah yang sama dan pada waktu yang sama. Pemandangan yang dilihat juga pada setiap hari adalah aktiviti pencucian. Tidak pernah kelihatan kanak-kanak atau aktiviti keluarga di show village ini.

Show village di Korea Utara yang diperhatikan dari Dora Observatory
[Gambar dari internet]
Clara seterusnya bercerita kepada kami tentang peristiwa-peristiwa provokasi yang berlaku di antara kedua Korea kebelakangan ini. Korea Utara sering mengeluarkan kenyataan yang mereka telah berjaya membina senjata-senjata canggih yang sedia digunakan ke atas Korea Selatan. Namun begitu Korea Selatan sangsi dengan keupayaan Korea Utara mencipta senjata begitu. Korea Selatan berpandangan, jika Korea Utara melancarkan serangan kepada Korea Selatan sekali pun, mereka cuma mampu mara hanya selama 3 hari dengan keupayaan yang mereka miliki.

Kedua-dua Korea juga sedang terlibat secara tidak langsung dalam Perang Ukraine di Eropah. Bila Korea Utara menghantar tentera untuk menyertai pasukan Russia dalam perang tersebut, Korea Selatan bertindakbalas dengan menghantar bantuan kepada Ukraine untuk membeli senjata.

Terdapat juga satu insiden provakasi yang menggemparkan baru-baru ini di mana Korea Selatan telah menghantar sebuah belon yang berisi CD lagu-lagu K-pop dan K-Drama ke wilayah Korea Utara. Belon ini sengaja dibuat supaya meletup di wilayah Korea Utara untuk membolehkan CD tersebut dikutip oleh penduduk di wilayah itu. Korea Utara telah bertindak balas dengan menghantar belon yang serupa ke Korea Selatan namun ia diisi dengan sampah yang bertaburan bila meletup di wilayah Korea Selatan.

Dengan rupabumi Korea Utara yang sangat gondol, memang senang nak melihat sebarang pergerakan tentera dari negara itu. [Gambar dari internet]
Bila masa lawatan tamat, kami berjalan kembali mendapatkan bas yang parking berhampiran Dora Observatory yang lama. Suasana ketika itu hujan renyai tetapi lagu-lagu K-pop tetap berkumandang kuat menghala ke Korea Utara.

Suasana di perkarangan Dora Observatory
Tempat rehat di perkarangan Dora Observatory
Lega juga perasaan kita sewaktu berjalan pulang menuju ke bas. Maklum sajalah, Dora Observatory tadi memang sangat hampir dengan Korea Utara. Kalau kita boleh melihat Korea Utara dengan jelas dari situ, dah pasti tentera Korea Utara juga boleh memerhatikan kita dengan jelas dari tempat mereka berada. Ngeri juga memikirkan kalau-kalau Korea Utara sengaja menembak ke arah Dora Observatory sewaktu kita berada di sana. Aduhh, na'uzubillah.

Pengunjung-pengunjung yang baru tiba di Dora Observatory
Berjalan pulang ke bas sambil mendengar lagu-lagu K-Pop yang dipasang dengan sangat kuat menghala ke Korea Utara

Part 89: Unification Village
 
Persinggahan terakhir dalam DMZ Tour kami adalah sebuah perkampungan di zon tentera ini yang dinamakan Unification Village.

Unification Village [Gambar dari internet]
Unification Village bukanlah sebuah show village seperti yang kita lihat di Korea Utara tadi kerana ada orang yang benar-benar tinggal di sini. Mereka adalah penduduk asal di kampung ini sejak sebelum zaman Perang Korea lagi. Bila perkampungan ini dimasukkan ke dalam DMZ, mereka terus diberi kebenaran untuk tinggal di sini dengan kebenaran khas dari Kerajaan Korea Selatan.

Membuat persinggahan di Unification Village
Ramai yang mengambil kesempatan membeli snack dan minuman ringan di sini. Clara juga membelanja kami makan ais kerim soybean yang sedap di sini.

Posing di Unification Village
Ais kerim soybean yang sangat sedap
Berehat-rehat di kafe kampung
Pemandangan dari kafe
Unification Village
Rumah kediaman penduduk di Unification Village


 Bersambung ke Bahagian 37...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: