Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 35: Demilitarized Zone (DMZ)
DMZ TOUR 1 (Joint Security Area & Third Tunnel 1)
HARI KELAPAN (4)
Part 86: Meal Panier @ Imjingak Peace Park
DMZ Tour kami bermula pada pukul 1.30 tengahari. Oleh yang demikian, pada pukul 12.30 tengahari kami masuk ke bangunan Korea Peninsula Ecological Tourism Center untuk lunch di sebuah restoran di sana.
|
Masuk ke bangunan Korea Peninsula Ecological Tourism Information Center untuk lunch |
|
Pengunjung yang menikmati pemandangan dari atas bangunan Korea Peninsula Ecological Tourism Information Center |
|
Suasana di dalam bangunan |
Ada beberapa restoran di dalam bangunan ini yang kebanyakannya menjual makanan Korean. Kami memilih makan di sebuah kafe makanan Western bernama Meal Panier yang ada menjual Vegetarian Pizza di dalamnya.
|
Pilih makan di kafe ini kerana ada Vegetarian Pizza dijual di dalamnya |
|
Suasana di dalam Meal Panier |
|
Satu lagi suasana di dalam Meal Panier |
|
Kaunter pesanan makanan |
|
Kos 3 pizza untuk lunch kami hari ini adalah KRW 54,700 (RM 170) |
|
Keluar dari Meal Panier selepas lunch |
|
Mengikut Clara menuju ke tempat DMZ Tour akan dimulakan |
|
Restoran Makanan Korean |
Part 87: DMZ Tour
Dekat pukul 1.30 tengahari, kami menaiki bas DMZ Tour yang parking di depan Visitor Center.
|
Bas DMZ Tour yang parking di depan Visitor Center |
|
Beratur naik bas |
Kebanyakan penumpang bas ini adalah rakyat Korea sendiri. Ada juga beberapa pelancong asing bersama kami yang ditemani Tour Guide masing-masing. Setiap penumpang diberi nombor tempat duduk pada tiket.
|
Naik ke dalam bas |
|
Suasana di dalam bas |
Sebelum tour bermula, ada penerangan peraturan lawatan yang diberi oleh pemandu bas dalam Bahasa Korea. Mujurlah ada Clara bersama kami. Dialah yang menterjemahkan semua peraturan yang diberi.
DMZ Tour ini akan membawa kami masuk ke Joint Security Area (JSA) yang dikawal oleh tentera dari kedua-dua negara. Oleh yang demikian, antara peraturan yang ditegaskan kepada semua penumpang bas ialah kita tidak boleh mengambil apa-apa gambar sewaktu bas sedang bergerak. Nasiblah begitu sebab kami datang melawat ke DMZ pada ketika ini di mana hubungan Korea Utara dengan Korea Selatan sedang sangat tegang.
Kalau kita datang melawat pada masa dahulu semasa hubungan Korea Selatan dengan Korea Utara baik dan tidak tegang, memang banyak gambar yang boleh diambil semasa DMZ Tour. Oleh itu, Myself gunakan gambar-gambar yang Myself kumpul dari internet untuk menunjukkan pemandangan yang kami lihat sepanjang DMZ Tour ini.
|
Bergerak masuk ke kawasan Joint Security Area (JSA). [Gambar dari internet] |
Passport adalah keperluan wajib untuk masuk melawat JSA. Passport diperlukan sewaktu mendaftar untuk mengikut DMZ Tour dan juga sewaktu masuk ke kawasan JSA. Passport kita akan diperiksa oleh Tentera Korea Selatan yang muda-muda belaka sewaktu masuk ke JSA. Di sinilah kebanyakan pemuda Korea yang menjalani khidmat ketenteraan wajib ditempatkan. Masalahnya kita bukan peminat BTS. Kalau tidak mungkin kita boleh cam anggota BTS yang sedang menjalani kerahan tentera wajib di sini, kan?!
|
Sekatan jalan di pintu masuk ke JSA [Gambar dari internet] |
Menurut Clara, dari semasa ke semasa memang ada kejadian yang menggemparkan berlaku di JSA. Pada bulan lepas misalnya, ada seorang lelaki warga Korea Utara merempuh sekatan jalan di sini untuk masuk kembali ke Korea Utara. Lelaki Korea Utara ini pada mulanya melarikan diri untuk berpaling tadah ke Korea Selatan. Namun demikian selepas sekian lama, dia gagal menyesuaikan diri dengan cara hidup baru di Korea Selatan lalu memutuskan untuk kembali ke Korea Utara. Dia telah merampas sebuah lori barang lalu memandu merempuh sekatan jalan di sini untuk kembali ke kampung halamannya. Lelaki itu walau bagaimanapun berjaya ditahan dan ditangkap oleh tentera Korea Selatan.
|
Lagi pemandangan sekatan jalan sewaktu masuk ke kawasan JSA . [Gambar dari internet] |
Jalan raya di kawasan JSA memang sunyi sepi. Sesekali ada juga kenderaan persendirian yang lalu. Kenderaan ini adalah milik penghuni-penghuni khas di DMZ. Seperti mana penghuni di kawasan ini memerlukan kad pengenalan khas yang dikeluarkan oleh tentera, kenderaan mereka juga perlu memiliki permit khas untuk dipandu di kawasan ini.
|
Jalan raya yang sunyi di kawasan JSA [Gambar dari internet] |
Untuk masuk ke kawasan JSA, kita perlu melalui sebuah jambatan yang dinamakan Unification Bridge yang dibina oleh seorang tycoon Korea Selatan bernama Chung Ju-yung yang juga merupakan pengasas Syarikat Hyundai. Jambatan ini juga dinamakan sebagai Cow Bridge disebabkan satu peristiwa yang melibatkan beliau.
|
Unification Bridge yang menghubungkan Korea Utara dengan Korea Selatan [Gambar dari internet] |
|
Satu lagi pemandangan Unification Bridge [Gambar dari internet] |
|
Pemandangan sewaktu melintas Unification Bridge [Gambar dari internet] |
Walaupun beliau seorang tycoon yang mencipta kekayaan di Korea Selatan, Chung Ju-yung sebenarnya berasal dari Korea Utara. Dia telah mencuri seekor lembu milik bapanya sewaktu melarikan diri ke Korea Selatan untuk dijadikan modal bagi memulakan penghidupan baru. Walaupun dia telah berjaya, Chung Ju-yung sentiasa diselubungi rasa bersalah yang mendalam atas perbuatan mencuri lembu bapanya itu.
Didorong oleh rasa bersalah ini, beliau telah membina Unification Bridge dan pada tahun 1998, membawa 1,001 ekor lembu dari Korea Selatan ke Korea Utara sebagai menebus lembu bapanya yang telah beliau curi dahulu. Lembu-lembu ini telah diserah kepada Kerajaan Korea Utara, namun tak siapa tahu nasib mereka sama ada dijadikan makanan atau haiwan beban untuk bertugas di sawah padi. Chung Ju-yung telah meninggal dunia pada tahun 2001. Disebabkan jasa beliau, Chung Ju-yung menjadi satu-satunya orang yang diberi kebenaran untuk bergerak sesuka hati di antara kedua Korea sepanjang hayatnya.
|
Gambar bersejarah konvoi 1,001 lembu yang dihantar ke Korea Utara pada tahun 1998 [Gambar dari internet] |
|
Gambar bersejarah sewaktu Chung Ju-yung menyerahkan lembu kepada Korea Utara [Gambar dari internet] |
|
Pemandangan sewaktu melintas Unification Bridge [Gambar dari internet] |
Seperti yang pernah Myself ceritakan sebelum ini, JSA adalah kawasan sempadan Korea Utara dengan Korea Selatan selebar kira-kira 4 km yang dikawal oleh tentera. Kawasan ini adalah secara umumnya No Man's Land dan dipenuhi dengan periuk api sehingga sekarang. Disebabkan faktor inilah lawatan individu tidak dibenarkan di dalam kawasan JSA.
|
JSA yang kami masuki sekarang adalah kawasan di antara garis putus-putus yang berwarna biru dan merah di sebelah kiri gambar ini. |
|
Pos tentera begini banyak dilihat di JSA [Gambar dari internet] |
Memang seram sewaktu bas berhenti sebentar untuk menunjukkan garisan biru pada jalan yang menandakan sempadan JSA. Kita walau bagaimanapun cuma boleh melihat garisan ini dari atas bas dan of course cuma boleh pandang saja, jangan cuba-cuba mencuri ambil gambar.
|
Garisan biru pada jalan raya yang menandakan sempadan JSA bermula [Gambar dari internet] |
|
Tanda amaran periuk api yang dilihat di sepanjang kawasan JSA [Gambar dari internet] |
Part 87: Third Tunnel (1)
Persinggahan pertama dalam DMZ ini adalah Third Tunnel. Bila turun dari bas, barulah kita dibenarkan untuk mengambil-ambil gambar.
|
Tiba di Third Tunnel |
|
Patung tentera Korea Selatan yang berkhidmat di JSA |
Third Tunnel adalah sebuah terowong rahsia yang dibina oleh Korea Utara dalam usaha untuk menakluk Korea Selatan. Ia ditemui oleh tentera Korea Selatan pada tahun 1978 setelah seorang warga Korea Utara menggunakan laluan ini untuk berpaling tadah ke Korea Selatan.
Sehingga kini ada 4 buah terowong sebegini yang telah ditemui oleh tentera Korea Selatan. Namun terowong ini sahaja yang dibuka untuk kunjungan pelawat. Terowong ini dipercayai dibina menghala ke Seoul untuk membolehkan pihak Korea Utara menghantar tentera dan bekalan dengan cepat bagi melancarkan serangan mengejut ke atas Korea Selatan.
Sebaik tiba di Third Tunnel ini, kita dihidangkan dengan sebuah tayangan video pendek mengenai sejarah terowong ini. Selepas itu, Clara membawa kami melihat pameran yang disediakan.
|
Ruang pameran Third Tunnel |
Pelbagai kisah ketegangan di antara Korea Utara dengan Korea Selatan di kawasan JSA dipamerkan di sini.
|
Pameran mengenai pemisahan Korea Utara dengan Korea Selatan selepas Perang Korea. |
Salah sebuah kawasan di DMZ yang sangat menarik untuk dilawati adalah Panmunjom. Di sinilah sebenarnya tempat di mana tentera Korea Utara dan Korea Selatan berkawal dengan bertentang mata antara satu sama lain seperti yang sering kita lihat di dalam gambar.
|
Imej popular dari Panmunjom di mana tentera Korea Utara dengan Korea Selatan berkawal sangat dekat antara satu sama lain. Bangunan biru adalah milik Tentera UN (Korea Selatan) manakala bangunan kelabu yang besar di sana adalah milik Korea Utara. |
Sewaktu hubungan Korea Utara dengan Korea Selatan tidak setegang sekarang, pelawat ke DMZ akan dibawa melawat ke Panmunjom. Namun dengan ketegangan yang berlaku sekarang, kawasan ini tidak lagi dibuka untuk lawatan orang awam.
|
Model Panmunjom di ruang pameran Third Tunnel |
Sewaktu di pameran ini kami telah diceritakan tentang peristiwa yang dinamakan Panmunjom Axe Murder Incident yang hampir mencetuskan semula Perang Korea pada tahun 1976. Pada ketika itu, sekumpulan tentera USA yang berkhidmat di bawah panji UN telah dihantar untuk memotong sebatang pokok poplar di JSA yang menghalang pandangan tentera UN. Sewaktu mereka sedang mencantas pokok dengan menggunakan kapak, dengan semena-mena muncul 15 orang tentera Korea Utara yang mengarahkan mereka supaya berhenti dari memotong pokok tersebut.
Bila tentera UN tidak mengendahkan arahan tersebut, mereka telah diserang oleh 50 orang tentera Korea Utara. Dua tentera Amerika terbunuh dan beberapa yang lain cedera setelah diserang dengan kapak oleh Tentera Korea Utara. Insiden ini telah menimbulkan ketegangan yang menggugat kestabilan di JSA ketika itu.
Sebagai tindakbalas, 800 tentera UN kembali ke kawasan pokok tersebut dan terus menebangnya menggunakan gergaji elektrik. Mujurlah lewat petang itu, pemimpin Korea Utara yang bernama Kim Il-Sung menghantar nota permohonan maaf ke atas peristiwa yang berlaku. Ekoran dari peristiwa itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk membahagikan JSA kepada 2 bahagian untuk mengelakkan peristiwa sedemikian dari berulang.
|
Lokasi pokok Poplar di mana berlakunya Panmunjom Axe Murder Incident |
|
Tunggul pokok yang menjadi sumber kontroversi masih dibiarkan di sini sehingga sekarang |
|
Peralatan yang diguna semasa Perang Korea |
|
Koleksi sejarah ketegangan yang berlaku di antara Korea Utara dengan Korea Selatan bermula dari Perang Korea 1950 sehingga sekarang |
|
Pameran mengenai sejarah penemuan First - Fourth Tunnel yang dibina oleh Korea Utara |
|
Gambaran pembinaan Third Tunnel yang dibina betul-betul selari dengan Military Demarcation Line (MDL) di DMZ |
|
Letupan dinamit digunakan dalam pembinaan terowong |
|
Dinding terowong ini adalah selari dengan Military Demarcation Line (MDL) |
|
Pagar MDL yang membahagikan JSA kepada kawasan Utara dan Selatan di DMZ |
|
Lokasi terowong di bawah pagar. Infiltration Tunnel di sebelah kanan dibina oleh Korea Selatan untuk masuk ke Third Tunnel setelah diketahui kewujudannya. |
|
Model kawasan DMZ |
|
Northern Boundary Line |
|
Husband berdiri di tengah-tengah di antara Northern Boundary Line dan Southern Boundary Line |
|
Southern Boundary Line |
|
Pameran mengenai Flora dan Fauna di DMZ |
|
Model tentera yang berkawal di Military Demarcation Line |
|
Sempadan yang paling sempit di DMZ |
|
Peluru yang digunakan dalam Perang Korea |
Bersambung ke Bahagian 36...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
No comments:
New comments are not allowed.