Tuesday, 26 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 12 (Busan - Jeju)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 12: Busan - Jeju
BUSAN (Gimhae International Airport) - JEJU (Air Busan)

HARI KEEMPAT (1)

Part 28: Dari Busan Menuju ke Jeju

Perjalanan kami di Hari Keempat adalah perjalanan menuju ke Jeju yang merupakan sebuah pulau peranginan terkenal di South Korea. Baki Nan dan Tandoori Chicken yang tidak terhabis sewaktu dinner malam tadi menjadi breakfast kami di bilik hotel pagi ini.

Breakfast yang menyelerakan pagi ini ~ Nan dan Tandoori Chicken dari Restoran Little India dan Teh Tarik Instant yang dibawa dari Malaysia
Check-out dari bilik
Registration Counter di Arban City Hotel, Busan
Kumpulan pelancong yang bersedia nak memulakan tour pagi ini
Seperti yang dijanjikan, Sarah datang mengambil kami di hotel pada pukul 7.30 pagi untuk membawa kami ke airport di Busan yang bernama Gimhae International Airport.

Pemandangan di pusat kota Busan di awal pagi
Trafik sedang mula nak sesak ketika ini kerana warga Busan telah mula keluar bekerja
Sewaktu dalam perjalanan menuju ke airport, kami terus berkenalan dengan Sarah yang menjadi Tour Guide kami. Walaupun dia memang seorang Ajumma (bermaksud Makcik dalam Bahasa Korea) yang telah berusia 64 tahun, Sarah masih aktif menunggang mountain bike. Di waktu lapangnya, dia akan menunggang mountain bike di kawasan pergunungan sekitar Busan. Sarah sebenarnya menjadi seorang Tour Guide selepas bersara dari pekerjaan sebagai Guru Bahasa Inggeris. Dia juga adalah seorang penganut agama Kristian dan juga aktif menyertai pasukan koir di gereja.

Kata Sarah, dia gemar menunggang mountain bike di kawasan pergunungan di sekitar Busan pada waktu lapang.
Busan sememangnya dikelilingi kawasan pergunungan yang tinggi
Terowong merentasi kawasan pergunungan
Pemandangan di dalam terowong
Construction di tengah jalan
Sebuah Gereja Kristian di Busan
Lebuhraya menuju ke lapangan terbang
Kami turut menyeberang Sungai Nakdong yang merupakan sungai yang terpanjang di Korea Selatan dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.
 
Nakdong River
Daedong Hwamyeong Bridge
Sesuatu yang kami perhatikan dalam perjalanan kami di Korea Selatan juga adalah jalan raya mereka ditanda dengan jaluran warna berbeza bila menghampiri simpang. Ia sangat membantu pemandu menukar lorong dengan selesa sebelum memasuki mana-mana simpang.

Jalur warna pada jalan yang menandakan ada simpang di hadapan
Jaluran warna ini benar-benar menjadi guide kepada pemandu untuk menukar lorong bila menghampiri persimpangan. Perhatikan pada signboard juga ada tertera jaluran berwarna ini untuk kemudahan pemandu.
Pemandangan menghampiri lebuhraya
Airport di Busan bernama Gimhae International Airport. Walaupun bertaraf international, destinasi antarabangsa yang dihubungi menerusi airport ini hanyalah negara-negara sekitar Korea seperti Jepun, China dan Taiwan serta juga Asia Tenggara. Dulu Air Asia pernah mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Busan tetapi kini tiada lagi. Walau bagaimanapun, beberapa syarikat penerbangan Korea seperti Air Busan dan Jeju Air masih mempunyai penerbangan terus dari Busan ke Kota Kinabalu di Sabah.

Stesen Keretapi
Pesawat yang terbang meninggalkan Busan
Tiba di Gimhae International Airport
International Cargo Terminal
Menuju ke Departures
Menara Radar
Monorail
Bendera Korea Selatan

Part 29: Gimhae  International Airport

Perjalanan dari Arban City Hotel menuju ke Gimhae International Airport memakan masa kira-kira 30 minit. Setibanya di Gimhae International Airport, Sarah terus menurunkan kami di Domestic Terminal.

Gimhae International Airport di Busan
International Terminal
Lalu di depan International Terminal
Domestic Terminal
Di Gimhae Airport inilah kami berpisah dengan Sarah. Dia ada menawarkan diri nak membantu kami check-in di airport tapi tak apalah kata kami, kami dah biasa buat sendiri.

Berposing dulu di depan Domestic Terminal, Gimhae International Airport
Pemandangan di Gimbae International Airport
Kesibukan di Gimhae International Airport
Penerbangan kami ke Jeju adalah menggunakan pesawat tambang murah Korea Air Busan. Sebelum membuat bag drop di kaunter, kita dikehendaki check-in sendiri di mesin terlebih dahulu.

Check-in di mesin Air Busan
Macam biasa, terkial-kial juga kita nak menggunakan mesin ini
Checking-in...
Boarding pass ke Jeju
Staff Air Busan yang sedia membantu jika kita mempunyai masalah menggunakan mesin check-in
Masih terlalu awal untuk membuat bag drop ketika itu. Oleh yang demikian, kita relax-relax dulu.

Relax dulu sambil menunggu masa kita dibenarkan untuk membuat bag drop
Kaunter check-in Air Busan
Disebabkan Air Busan adalah low cost airline macam Air Asia, ada had berat bagasi yang dikenakan. Kalau Air Asia X mengenakan had 20 kg berat bagasi, Air Busan pula mengenakan had 15 kg sahaja. Kami memang dah diberitahu sejak awal had bagasi ini sebelum datang ke Korea lagi. Tapi memang mustahil nak limit kan bagasi kami sehingga 15 kg sahaja bagi perjalanan 9 hari ini. Jadi bersedia sajalah nak membayar lebihan had bagasi ini.

Check-in di kaunter Air Busan
Boleh tersenyum sebab cuma terpaksa membayar KRW 6,000 (RM19) excess baggage
Selepas membuat bag drop, kami diminta menunggu 3 minit di tepi kaunter untuk memastikan bagasi kami melepasi security. Tiba-tiba nama Husband dipanggil. Rupa-rupanya ada bateri kamera yang Husband simpan di dalam bagasi itu. Dia diminta mengeluarkan bateri ini dari bagasi untuk dibawa secara hand carry.

Jadual perlepasan pesawat dari Gimhae Airport
Selepas itu kami terus masuk ke boarding gate. Kami perhatikan sebahagian besar pesawat yang berlepas dari airport ini adalah menuju ke Jeju.

Suasana di boarding gate
Panggilan untuk pesawat yang nak menuju ke Gimpo Airport di Seoul
Kaunter informasi Air Busan
Pesawat syarikat penerbangan nasional Korea, Korean Air
Masa ambil gambar ini tak perasan ada larangan fotografi ke arah luar sebab Gimhae Airport ini adalah sebenarnya sebuah lapangan terbang tentera. Sorry!!
Panggilan untuk pesawat Korean Air yang tak tahu nak menuju ke mana
Ada beberapa gerai menjual makanan juga di boarding area ini.
Cuma air mineral Evian sahaja yang dijual di sini. Tak ingat berapa harganya, tapi sekitar RM6 sebotol kalau tak salah.

Part 30: Terbang Ke Jeju

Pesawat yang membawa kami ke Jeju, Air Busan BX 8109 dijadualkan berlepas dari Busan pada pukul 11.45 pagi. Namun demikian, penumpang cuma dibenarkan masuk ke dalam pesawat pada pukul 11.30 pagi.

Air Busan
Panggilan masuk ke dalam pesawat kami
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Suasana di dalam pesawat Air Busan
Pesawat Air Busan lain di sebelah pesawat kami
Pesawat yang membawa kami ke Jeju ini adalah sebuah pesawat narrow body Airbus A321-200. Ia mula bergerak menuju ke runway mengikut jadual pada pukul 11.45 pagi.

Mula bergerak menuju ke Jeju
Penerbangan dari Busan menuju ke Jeju dijadualkan memakan masa selama sejam. Kita perhatikan pemandangan sekitar Busan dari udara sewaktu pesawat berlepas ke udara...

Mula meninggalkan Busan
Pertanian menggunakan greenhouse digunakan secara meluas di Korea
Sungai Nakdong
Pinggiran kota Busan
Lebuhraya
Terbang ke arah selatan
Pelabuhan Busan
Close-up Pelabuhan Busan
Jeju adalah sebuah pulau peranginan yang terletak di selatan South Korea. Ia dipisahkan dengan tanah besar Korea oleh Selat Korea (Korea Strait).

Peta kedudukan Jeju Island
Syukur Alhamdulillah kerana cuaca sangat baik pada hari ini. Disebabkan itu, dapatlah kita menikmati pemandangan indah dari atas pesawat sepanjang perjalanan menuju ke Jeju.

Teringat cerita Sarah kepada kami yang Jeju menjadi pusat peranginan popular kerana ia adalah satu-satunya pulau yang tidak dihubungi dengan jambatan ke Tanah Besar Korea sekarang.
Seperti penerangan Sarah kepada kami, memang ada banyak pulau di South Korea yang telah dihubungi dengan jambatan ke Tanah Besar.
Kelihatan seperti pelabuhan perikanan
Gugusan pulau-pulau kecil di Selat Korea
Ada hidangan makanan yang sebenarnya ditawarkan untuk jualan oleh Air Busan dalam penerbangan menuju ke Jeju ini. Tetapi pesanan perlu dibuat secara pre-order. Mungkin disebabkan penerbangan ini agak singkat, tak siapa pun penumpang yang nampaknya membuat pre-order makanan. Oleh yang demikian, peramugari Air Busan cuma mundar-mandir saja dalam pesawat untuk memastikan keselesaan penumpang.

Terbang di langit tinggi
Bayang-bayang awan di atas lautan
Pemandangan dari jendela pesawat
Peramugari Air Busan memeriksa penumpang sebagai persediaan untuk mendarat
Selepas terbang selama kira-kira sejam, pemandangan Pulau Jeju muncul dalam pandangan. Besar juga rupanya pulau ini! Selama ini kita sangka Pulau Jeju hanyalah sebuah pulau yang kecil. Salah sungguh sangkaan itu!
 
Pemandangan Pulau Jeju dari udara
Jeju City yang terletak di bahagian utara Pulau Jeju
Satu pemandangan menarik di Pulau Jeju yang dilihat dari kapalterbang adalah wind turbines yang dipasang di tengah laut. Jeju terkenal dengan tiupan angin kencang yang berterusan sepanjang tahun. Oleh yang demikian, ia menjadi lokasi yang sesuai bagi penjanaan tenaga elektrik menggunakan kuasa angin.

Pada masa kini terdapat 123 wind turbines yang dipasang di seluruh Jeju dan ia adalah sebahagian dari insiatif Carbon Free Island (CFI 2030) yang menyasarkan 100% penjanaan tenaga dari renewable energy.

Wind Turbines yang dipasang di tengah laut di Pulau Jeju
Pemandangan wind turbines dari pesawat
Close-up
Pemandangan wind turbines sewaktu pesawat sedang turun untuk membuat pendaratan
Angin kencang di Pulau Jeju memang menakutkan sewaktu pesawat membuat pendaratan turun ke Jeju International Airport. Pesawat kami bergoncang teruk melawan angin sehingga terjerit-jerit semua Ajumma  (panggilan untuk perempuan tua dalam Bahasa Korea) dan Agasshi (panggilan untuk perempuan muda dalam Bahasa Korea) di dalam pesawat. Kita pun cemas juga bersama mereka.

Pesawat sedang bergoncang teruk melawan angin ketika ini
Pemandangan di pinggir Jeju City
Membuat penerbangan turun menuju ke Jeju International Airport
Pemandangan di North Jeju
Kawasan pertanian. Jeju terkenal dengan penanaman limau tangerine.
Jimibong Volcanic Cone
Kawasan perumahan di Jeju City
Padang bola sepak
Hati semakin berbunga nak tiba di Jeju

Part 31: Tiba Di Jeju

Selepas melalui kegoncangan yang agak hebat juga, pesawat Air Busan kami selamat mendarat di Jeju International Airport pada pukul 12.45 tengah hari mengikut jadual. Syukur, Alhamdulillah.

Selamat mendarat di Jeju International Airport
Jeju International Airport terletak di tepi laut
Pesawat-pesawat di Jeju International Airport
Satu lagi pemandangan di Jeju International Airport
Welcome to Jeju
Biasalah kalau naik pesawat low cost airline begini, mereka memang tak akan berhenti rapat ke bangunan terminal airport. Pesawat Air Busan kami berhenti di tengah-tengah airport dan bas akan menunggu untuk membawa kita ke terminal.

Pesawat Air Busan kami berhenti di sini
Bas yang menunggu untuk membawa penumpang ke bangunan terminal
Penumpang sedang bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat
Peramugari Air Busan
Berjalan keluar dari pesawat
Turun tangga dari pesawat
Pesawat Air Busan yang membawa kami dengan selamat dari Busan ke Jeju
Pemandangan dari tangga sewaktu menunggu giliran masuk ke dalam bas
Menunggu bas lain datang untuk mengambil kami sebab bas yang tadi dah penuh
Pesawat China Eastern Airline
Bas baru dah tiba
Jomlah kita masuk ke dalam bas beramai-ramai...
Pemandangan dari dalam bas
Bergerak menuju ke bangunan terminal
Jauh jugalah pesawat kita parking di tengah airport sana. Jom kita lihat pemandangan dari dalam bas sewaktu bergerak menuju ke bangunan terminal...
 
Pemandangan dari dalam bas
Asiana Airlines
Korean Air
Bangunan terminal
Menara Kawalan
Welcome To Jeju
Hello, Jeju
Disebabkan penerbangan dari Busan ke Jeju adalah penerbangan domestik, tak adalah pemeriksaan passport yang perlu dilalui. 

Menunggu bagasi
Hello, Jeju again!
Lega bila melihat Tour Guide kami di Jeju yang bernama Lucas Jeong dah sedia menanti di Jeju Airport.

Tour Guide dah menanti di Jeju Airport
Bersama Tour Guide kami di Jeju ~ Lucas Jeong
Mengikut Lucas keluar dari airport
Pemandangan di luar Jeju International Airport
Traffic Warden di Jeju International Airport
Berjalan menuju ke tempat parking airport
Pemandangan bangunan Jeju Airport dari seberang terminal
Tempat parking kereta di Jeju Airport
Suasana di tempat parking
Pemandangan pergunungan di Pulau Jeju
Kereta Ssangyong yang membawa kami sepanjang percutian di Pulau Jeju


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: