Thursday, 26 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 27 (Gyeongbokgung Palace 1)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 27: Seoul Tour
SEOUL (Gyeongbokgung Palace 1)

HARI KETUJUH (1)

Part 71: Suasana Pagi Di Bernoui Hotel

Breakfast bermula pada pukul 7.30 pagi di Bernoui Hotel. Maka dekat-dekat pukul 7.30 pagi, kami turun ke restoran hotel yang terletak di Aras 2. 
 
Suasana di retoran Hotel Bernoui Seoul
Sewaktu kami tiba, dah ramai orang berada di sana. Sebahagian besarnya adalah kumpulan pelancong dari negara China. Biasalah kalau pelancong dari China, mereka akan mengamalkan cara dan budaya mereka walau ke mana mereka pergi. Ada peraturan supaya pengunjung membersihkan sendiri meja selepas habis makan dengan membawa pinggan mangkuk terpakai ke tempat yang disediakan. Pelancong-pelancong China ini tidak menghiraukan peraturan tersebut, terus sahaja bangun meninggalkan pinggan mangkuk terpakai mereka atas meja. Haihhh!!

Ada ramai pelancong dari China sedang makan ketika ini
Biasalah kalau kita melancong ke negara-negara bukan Islam, kena berhati-hati memilih makanan takut-takut termakan makanan yang tidak halal. Sesuatu yang bagus dalam buffet breakfast di Hotel Bernoui ini ialah mereka mengasingkan makanan vegetarian dengan makanan berdaging. Jadi mudahlah kita nak memilih makanan yang boleh dimakan.

Sajian buffet breakfast terletak di sana
Banyak juga pilihan makanan yang boleh dimakan di sini
Stir-fried Vegetable Rice di depan ini memang sedap
Ada juga Pasta dan Noodle yang Halal di sini
Kita duduk makan breakfast di sini
Clara akan datang menjemput kami untuk memulakan lawatan pada pukul 10 pagi. Disebabkan ada waktu yang terluang, kami berjalan-jalan dulu di depan hotel untuk menikmati suasana.

Lobi Hotel Bernoui Seoul
Reception Counter
Bagasi pelancong yang sedang dikumpulkan di lobi hotel
Mesin penukaran wang Korean Won di lobi hotel
Ringgit Malaysia juga diterima untuk ditukar di mesin ini
Pemandangan Hotel Bernoui Seoul dari luar
Bendera Malaysia turut dikibarkan di depan hotel
Pintu masuk ke basement parking hotel
Kenderaan elektrik dilarang parking di basement Hotel Bernoui Seoul
Disebabkan hari ini adalah weekday, kita dapat melihat suasana kesibukan pagi penduduk sekitar keluar bekerja dan bersekolah.

Pemandangan jalan utama di depan Hotel Bernoui Seoul
Satu lagi pemandangan di jalan utama
Berjalan menuju ke sekolah
Kanak-kanak tadika sedang melintas jalan
Lampu isyarat yang dipasang pada lantai tempat melintas jalan
Lampu merah

Part 72: Gyeongbokgung Palace (1)

Seperti yang dijanjikan, Clara datang menjemput kami di Hotel Bernoui Seoul dekat-dekat pukul 10 pagi. Matlamat kami adalah nak sampai ke Gyeongbokgung Palace sebelum pukul 11 kerana ada perarakan Changing of the Guards setiap hari pada waktu tersebut.

Memulakan perjalanan
Husband bersiap-sedia dengan kamera nak menangkap gambar sepanjang perjalanan
Kompleks perumahan awam di Seoul
Terowong
Pemandangan di kota raya Seoul
Menuju ke pusat bandar
Penunjuk arah
Had laju pemanduan di pusat bandar Seoul adalah 50 km/jam
Sepanjang perjalanan kami di Korea, Myself dan Husband memerhatikan bahawa memandu di bandar-bandar besar seperti Seoul dan Busan bukanlah sesuatu yang mudah. Jalannya cukup banyak bersimpang-siur dan kedudukan simpangnya cukup dekat antara satu sama lain. Seringkali Tour Guide merangkap pemandu kami terlepas simpang walaupun dengan menggunakan GPS.

GPS di Korea bukan sekadar menunjuk arah, malah cukup bising berleter memberi amaran kalau pemandu melepasi had laju yang dibenarkan. Kerana itulah kata Clara ada pepatah popular di kalangan para pemandu di Korea: "We must listen to 3 ladies: The Mother, The Wife and The GPS Lady." Hahaha!!! 
 
GPS Lady adalah seorang wanita yang perlu dihormati di Korea. Hahaha!!!
Menuju ke arah Gyeongbokgung Palace
Bangunan yang berbentuk space ship ini adalah Seoul City Hall
Kompleks Seoul City Hall
Jalan besar di hadapan Gyeongbokgung Palace dinamakan sebagai Sejong-daero. Jalan ini pada masa dahulu adalah Royal Road yang merupakan laluan untuk Raja keluar-masuk ke kota. Ada patung beberapa tokoh bersejarah terkenal di Korea yang diabadikan pada jalan ini. Di antara mereka termasuklah Admiral Yi Sun-Sin dan King Sejong.

Admiral Yi Sun-sin
Pandangan lebih dekat Admiral Yi Sun-Sin
Admiral Yi adalah seorang laksamana tentera laut Korea yang hebat di zaman Joseon Dynasty. Dia sering menewaskan angkatan laut Jepun tetapi sangat mengambil berat kebajikan tenteranya sendiri bersama keluarga mereka. Sepanjang khidmatnya sebagai laksamana tentera laut, dia telah memenangi 23 peperangan dan memusnahkan lebih 780 kapal tentera laut Jepun tanpa memusnahkan walau sebuah pun kapal tentera laut di pihak Korea.

Kejayaan Admiral Yi walau bagaimanapun tidak disenangi oleh musuh-musuhnya. Selepas rundingan damai dengan Jepun, Admiral Yi telah difitnah tidak setia kepada Raja dan diturunkan pangkat menjadi tentera biasa. Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh tentera Jepun dengan melancar serangan ke atas Korea dan memusnahkan keseluruhan tentera laut Korea.

Patung King Sejong
Patung King Sejong turut diabadikan pada laluan ini. Beliau adalah raja Joseon yang paling terkenal dan paling dihormati dalam sejarah Korea. Antara jasa beliau yang terbesar adalah memperkenalkan sistem tulisan Korea yang dinamakan sebagai Hangul.

Pintu masuk utama ke Gyeongbokgung Palace
Setibanya di Gyeongbokgung Palace, kami terus berkeliling mencari tempat parking terlebih dahulu. Sambil itu dapat jugalah kita melihat suasana di sekitar.

Pintu Dongsipjagak yang pernah berfungsi sebagai salah sebuah pintu masuk ke tembok kota Seoul pada masa dahulu
Ramai yang memakai pakaian tradisional Korea yang disewa untuk masuk melawat ke Gyeongbokgung Palace
Sebuah lagi pintu masuk ke Gyeongbokgung Palace
Basement parking di Gyeongbokgung Palace
Selepas parking kereta, Clara terus membawa kami masuk ke perkarangan Gyeongbokgung Palace. Kami tiba just in time sebelum upacara Changing of the Guards bermula.
 
Mengikut Clara masuk ke perkarangan Gyeongbokgung Palace
Salah sebuah pintu kecil untuk masuk ke istana
Pengunjung-pengunjung sedang berkumpul untuk menyaksikan perarakan Changing of the Guards
Perarakan Changing of the Guards diadakan di hadapan pintu masuk besar istana yang dinamakan Gwanghwamun Gate.

Gwanghwamun Gate
Perarakan Changing of the Guards yang bermula di depan Gwanghwamun Gate
Kita tengok gambar-gambar yang sempat kami capture sewaktu Changing of the Guards ini sedang berlangsung.
 
Selepas tamat perarakan Changing of the Guards, pelawat dibenarkan bergambar dengan guard yang berkawal dekat pintu masuk. Dah kita juga adalah tourist, kita pun join sekaki bergambar dengan dia orang ni kat depan Gwanghwamun Gate.
 
Bergambar dengan Guard dari jauh di depan Gwanghwamun Gate
Guard yang bersedia untuk bergambar dengan pelancong di depan Gwanghwamun Gate
Gambar kita dengan Guard di depan Gwanghwamun Gate

SECTION 1: GWANGHAMUN GATE

Lepas sibuk bergambar dengan Guard di Gwanghwamun Gate, Clara membawa kami ke luar gate untuk melihat pemandangan istana dari luar.

Ramai orang yang datang melawat ke Gyeongbokgung Palace dengan memakai pakaian tradisional Korea (Hanbok) yang disewa. Kami tidaklah berbuat begitu sebab dah tua begini malaslah nak salin-salin baju. Sambil berjalan melihat orang-orang yang memakai Hanbok, Clara memberi penerangan kepada kami tentang Hanbok yang dilihat.

Topi jaring yang dipakai oleh lelaki rakyat biasa di zaman Korea purba
Sebahagian besar lelaki dilihat memakai topi tinggi yang berjaring halus. Kata Clara, ini adalah pakaian lelaki rakyat biasa di Korea zaman dulu-dulu. Seperti orang Sikh yang selalu kita lihat di Malaysia, orang lelaki Korea di zaman dulu juga menyimpan rambut panjang. Rambut ini akan disanggul bila mereka berjalan ke luar rumah dan disimpan di dalam topi yang berjaring ini.

Hanbok wanita yang bercorak-corak begini adalah rekaan moden. Pada zaman Korea tradisional, tak ada Hanbok dengan corak-corak begini.
Pemandangan Gwanghwamun Gate dari luar
Pelawat yang bergambar dengan pengawal istana
Dayang-dayang yang bergambar dengan pengawal istana
Pintu istana
Lukisan pada siling Gwanghwamun Gate
Mengintai ke perkarangan istana
Gyeongbokgung Palace secara umumnya terbahagi kepada 3 seksyen utama: Gwanghwamun Gate (Section 1), Kawasan Pentadbiran (Section 2) dan Kawasan Kediaman (Section 3). Kita mulakan dengan melawat ke Seksyen 1 di belakang Gwanghwamun Gate. Di sinilah perarakan Changing of the Guards tadi diadakan.

Puteri-puteri Melayu Korea
Gyeongbokgung Palace adalah istana diraja utama di zaman Joseon Dynasty yang dibina pada tahun 1395. Ia adalah istana terbesar di kalangan 5 istana yang dibina oleh Joseon Dynasty dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman keluarga diraja Korea.

Pada waktu pemerintahan Jepun, kegemilangan istana ini dimusnah secara perlahan-lahan oleh penakluk Jepun. Malah sebuah bangunan turut didirikan di tengah-tengah dataran di belakang Gwanghwamun Gate untuk menunjukkan kekuasaan Jepun. Bangunan ini walau bagaimanapun telah diruntuhkan oleh Kerajaan Korea selepas istana ini diisytiharkan sebagai sebuah warisan kebudayaan pada tahun 1963.  

Sebuah bangunan pernah didirikan oleh Kerajaan Jepun di dataran ini sewaktu mereka menakluk Korea dahulu.

SECTION 2: KAWASAN PENTADBIRAN

Sekarang kita masuk melawat ke bahagian istana yang digunakan sebagai pusat pentadbiran Raja. 
 
 Peta kawasan pentadbiran di Gyeongbukgung Palace
Pintu masuk rasmi ke kawasan ini dinamakan sebagai Heungnyemun Gate.

Pintu masuk sebenar ke kompleks pentadbiran istana yang dinamakan Heungnyemun Gate
Di sebalik Heungnyemun Gate, ada sebuah lagi dataran yang besar dan luas. Satu ciri menarik di dataran ini ialah lantainya yang sengaja dibina dari batu yang tidak rata.

Dataran yang luas di sebalik Heungnyemun Gate
Bangunan di sekeliling dataran
Menurut penerangan yang diberi oleh Clara, lantai di dataran ini sengaja dibina tidak rata untuk memastikan sesiapa yang masuk ke sini akan berjalan perlahan dan menunduk ke bawah. Maklum sajalah kerana Raja bersemayam di istana ini. Oleh itu perbuatan berlari dan berjalan laju di kawasan ini dianggap tidak menghormati raja. Seseorang yang berjalan di sini juga perlu sentiasa menunduk ke bawah sebagai tanda menghormati raja.

Lantai di dataran yang sengaja dibina tidak rata supaya sesiapa yang lalu di sini berjalan perlahan dan menunduk ke bawah untuk menghormati raja.
Cuma laluan di bahagian tengah sahaja yang dibina rata kerana ia adalah laluan yang digunakan oleh Raja.
Di tengah-tengah dataran ini juga ada sebuah jambatan yang dinamakan Yeongjegyo Bridge. Jambatan ini dibina menyeberang sebuah terusan yang pada masa dahulu memang berisi dengan air. 

Yeongjegyo Bridge
Melintas Yeongjegyo Bridge
Pemandangan ke belakang menghala ke Heungnyemun Gate
Di tepi terusan ini ada ukiran makhluk khayalan yang dinamakan Seosu yang dikatakan boleh menghalang evil spirit dari memasuki kawasan istana.

Pemandangan terusan yang kering dari Yeongjegyo Bridge
Ukiran Seosu yang dikatakan boleh menghalang kemasukan evil spirit ke istana
Pandangan Seosu dari sisi
Selepas Jambatan Yeongjegyo, kita akan bertemu dengan sebuah lagi pintu yang dinamakan Geunjeongmun Gate. Pintu ini menghala terus ke bangunan tempat Raja bersemayam yang dinamakan Geunjeongjeon Hall. Oleh yang demikian, laluan tengah pada pintu ini sentiasa ditutup kecuali untuk kegunaan Raja. Pegawai kerajaan dan petugas istana pada masa dahulu hanya dibenarkan masuk menerusi pintu di sisi yang dinamakan Ilhwamun Gate dan Wolhwamun Gate. Pelawat yang ingin melihat Geunjeongjeon Hall pada masa sekarang juga perlu masuk menerusi pintu sisi ini.
 
Geunjeongmun Gate
Bangunan tempat Raja bersemayam yang dinamakan Geunjeongjeon Hall dapat dilihat di sebalik Geunjeongmun Gate
Seperti amalan di masa lalu, pelawat juga hanya dibenarkan masuk menerusi pintu sisi Geunjeongmun Gate
Perhiasan pada bumbung Geunjeongmun Gate
Dataran di hadapan Geunjeongjeon Hall adalah lokasi di mana upacara-upacara rasmi yang melibatkan kehadiran Raja diadakan. Di dataran ini, kita dapat melihat lorong yang dibina khas untuk kegunaan raja dan tempat-tempat yang ditetapkan untuk pegawai-pegawai kerajaan berdiri dalam upacara tersebut.
 
Pemandangan bangunan Geunjeongjeon Hall (pusat pemerintahan Raja) di seberang dataran.
Laluan untuk raja di tengah-tengah dataran
Di kiri dan kanan laluan untuk raja ada didirikan batu-batu yang kelihatan sekali imbas macam batu nisan. Batu-batu ini dinamakan Ranking Stone. Di sinilah pegawai-pegawai kerajaan akan berdiri sewaktu upacara rasmi yang melibatkan Raja. Pegawai kerajaan yang paling senior akan berdiri paling dekat dengan bangunan Geunjeongjeon Hall dan yang paing junior akan berdiri paling jauh di belakang.
 
Ranking Stone yang menandakan tempat di mana pegawai kerajaan perlu berdiri dalam upacara rasmi yang melibatkan Raja
Pandangan lebih dekat Ranking Stone
Ranking Stone paling hadapan yang berdekatan dengan Geunjeongjeon Hall adalah dikhaskan untuk pegawai kerajaan yang paling senior.
Ranking Stone ditempatkan di kiri dan kanan laluan Raja
Ada kalanya cuaca tidak menyebelahi sewaktu upacara penting ini berlangsung. Pada saat-saat begitu, khemah akan dipasang sebagai perlindungan bagi orang kenamaan dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang hadir. Bagi tujuan tersebut, ada ring yang dipasang pada lantai untuk mengikat khemah yang didirikan.

Ring untuk mengikat khemah yang dipasang sewaktu cuaca buruk
Bangunan pentadbiran Raja yang memerintah dinamakan sebagai Geunjeongjeon Hall. Di sinilah Raja bersemayam, mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaan dan juga duta-duta asing yang datang melawat. Upacara pertabalan Raja turut diadakan di sini. Tujuh daripada 12 Raja yang memerintah Korea ditabalkan di sini. Mereka terdiri dari King  Jeongjong, Sejong, Danjong, Sejo, Seongjong, Jungjong dan Myeongjong.

Geunjeongjeon Hall pernah dibakar oleh tentera Jepun pada tahun 1592. Namun demikian, ia telah dibina semula pada tahun 1867 di bawah pemerintahan King Gojong.

Geunjeongjeon Hall
Pandangan dari dekat Geunjeongjeon Hall
Lambang kebesaran Raja Korea
Tangga naik ke Geunjeongjeon Hall
Patung singa penjaga tangga
Ukiran hiasan pada pemegang tangga
Geunjeongjeon Hall ini tidak boleh dimasuki sewaktu kami berada di sana.  Dah tak dapat melihat takhta Raja Korea di dalam bangunan ini, kita lihat sajalah bangunan ini dari luar...

Tulisan Cina yang tertera pada bumbung Geunjeongjeon Hall
Senibina bangunan di dalam Gyeongbokgung Palace termasuklah di Geunjeongjeon Hall ini dinamakan sebagai dancheong. Ia mempunyai banyak persamaan dengan senibina klasik Cina. Malah ada tulisan Cina yang tertera pada bumbung kerana bangunan ini dibina sebelum tulisan Korea yang dinamakan Hangul dicipta.

Bumbung Geunjeongjeon Hall juga dihias dengan patung-patung haiwan imaginary. Kami diberitahu banyak bangunan istana turut dihias dengan patung haiwan imaginary ini. Kalau lagi banyak haiwan imaginary yang menghias bumbung bangunan, itu bermakna bangunan tersebut adalah bangunan penting. Ukiran kepala naga turut dijadikan hiasan pada bumbung Geunjeongjeon Hall kerana naga adalah lambang raja dan bangunan ini sendiri memang diduduki oleh Raja.

Ukiran kepala naga dan patung haiwan imaginary yang menghiasi bumbung Geunjeongjeon Hall
Pandangan lebih dekat patung haiwan imaginary
Kepala naga dan haiwan imaginary
Jika lagi banyak ukiran haiwan imaginary ini berada pada bumbung bangunan, ia bermakna bangunan tersebut adalah bangunan penting
Bergambar kenangan di depan Geunjeongjeon Hall
Kita akan mendapat tuah kalau menggosok patung haiwan Seosu ini mengikut kepercayaan rakyat Korea
Pandangan Geunjeongjeon Hall dari sisi
Walkway di bangunan yang mengelilingi Geunjeongjeon Hall
Raja Korea yang sedang memerhatikan rakyat jelata di istana
Puteri-puteri Korea yang berambut blond
Ramai betul puteri-puteri Korea yang berambut blond hari ini. Hahaha!!
Kami kemudian dibawa melawat ke Gyeonghoeru Pavilion yang dibina di atas sebuah kolam. Pavilion ini digunakan untuk majlis makan negara yang dianjurkan oleh Raja. Ia juga digunakan untuk meraikan duta-duta asing yang datang melawat Raja.

Gyeonghoeru Pavilion
Tangga naik ke tingkat atas pavilion
Jambatan masuk ke pavilion
Ukiran yang menghias balkoni pavilion
Ukiran naga dan haiwan imaginary yang juga menghias bumbung Gyeonghoeru Pavilion
Kolam yang mengelilingi Gyeonghoeru Pavilion ini adalah kolam buatan manusia
Model Gyeonghoeru Pavilion di tepi kolam
Pandangan model Gyeonghoeru Pavilion dengan lebih dekat
Bergambar kenangan dengan Gyeonghoeru Pavilion
Berhampiran Gyeonghoeru Pavilion adalah sebuah bangunan yang dinamakan Sajeongjeon. Ia digunakan sebagai pejabat bagi pegawai-pegawai Raja. Satu kepentingan bangunan ini kepada rakyat Korea adalah di sinilah sistem tulisan Korea yang dinamakan Hangul dicipta di zaman pemerintahan King Sejong.

Bangunan Sajeongjeon di mana sistem tulisan Korea dicipta
Perhiasan pada bumbung Sajeongjeon
Kehadiran ukiran di bumbung ini turut menunjukkan yang bangunan ini adalah sebuah bangunan yang penting di istana
Walaupun dibina di zaman dahulu, bangunan-bangunan di Gyeongbokgung Palace telah dicipta untuk keselesaan terutamanya pada musim sejuk. Sejak dulu lagi sistem pemanasan lantai tradisional yang dinamakan ondol telah dibina dan dipasang pada bangunan-bangunannya. Ondol dipanaskan dengan cara membakar kayu api yang asapnya digunakan untuk pemanasan. Untuk memastikan penghuni bangunan tidak lemas dengan asap, sistem chimney turut dicipta yang mana di antaranya dapat dilihat dengan jelas di bangunan Sajeongjeon ini.

Chimney di Sajeongjeon yang dibina seperti tiang bangunan
Tempat kayu api dibakar di bawah bangunan untuk memanaskan lantai pada musim dingin
Clara memberi penerangan kepada kami tentang sistem pemanasan lantai tradisional di Gyeongbokgung Palace
Gambarajah pemanasan lantai


Bersambung ke Bahagian 28...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: