Wednesday, 5 March 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 16 (Bimmah Sinkhole)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 16: Oman
DIBAB (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)

HARI KETUJUH (1)

Part 48: Oman

Sebelum melawat Oman dengan lebih jauh, apa kata kita berkenalan dulu dengan negara ini lebih dekat? Oman adalah sebuah negara yang terletak di selatan Semenanjung Arab. Ibu negaranya bernama Muscat.

Peta Sultanate of Oman
Satu masa dahulu Oman adalah sebuah empayar besar yang terdiri dari Sultanate of Oman & Muscat yang menguasai pantai Oman, Imamate of Oman di Nizwa yang menguasai kawasan pedalaman Oman, Zanzibar yang menguasai kawasan pantai timur Afrika serta Gwadar di seberang Teluk Oman. Kedatangan British telah memecahkan empayar ini kepada Oman yang kita kenali pada hari ini. Zanzibar kini menjadi sebahagian dari Tanzania manakala Gwadar pula telah menjadi sebahagian dari Pakistan. Yang tinggal hanyalah Sultanate of Oman & Muscat dan Imamate of Oman yang berpusat Nizwa.

Sultan yang menyatukan Oman seperti yang kita kenali pada hari ini dengan bantuan British adalah Sultan Sa’id bin Taimur. Dialah yang menyatukan Sultanate of Oman & Muscat dengan Imamate of Oman di Nizwa sebagai sebuah negara di bawah nama Sultanate of Oman & Muscat. Namun demikian, baginda telah digulingkan oleh anaknya sendiri yang bernama Sultan Qaboos pada tahun 1970. Setelah mengambil alih takhta, Sultan Qaboos menukar nama negaranya menjadi Sultanate of Oman sahaja.

Sultan Qaboos memerintah Oman selama 50 tahun bermula 1970 - 2020. Baginda adalah sultan yang sangat berjasa memodenkan Oman seperti yang kita lihat pada hari ini.
 
Sultan Qaboos
Walaupun berjaya memodenkan Oman, Sultan Qaboos tidak mahu Oman menunjuk-nunjuk kekayaan seperti UAE. Dia memerintahkan supaya nilai-nilai tradisi Oman dikekalkan. Kerana itulah sehingga kini tiada bangunan ultra moden dibina di Oman. Tidak seperti di negara-negara Arab yang lain, cuma 40% sahaja pekerja di Oman terdiri dari warga negara asing. Banyak pekerjaan di Oman diusahakan oleh rakyat Oman sendiri.

Sultan Qaboos tidak mempunyai anak. Baginda mangkat pada tahun 2020. Atas wasiatnya, sepupu baginda yang bernama Sultan Haitham bin Tariq ditabalkan sebagai pengganti.

Part 49: Perjalanan Ke Dibab

Jika tema perjalanan kami sewaktu berkunjung ke Nizwa semalam adalah Mountains of Oman, tema perjalanan kami pada hari ini adalah Waters of Oman. Percaya tak ada banyak sumber air sebenarnya di negara Oman walaupun ia adalah secara umumnya sebuah negara padang pasir?

Sarapan pagi di Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat
Selepas sarapan pagi pada pagi ini, Myself dan Husband berjalan-jalan sebentar menikmati pemandangan swimming pool hotel yang terletak di Aras 9.

Swimming Pool di Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat
Swimming Pool ini terletak di Aras 9
Menunggu Maher datang menjemput untuk lawatan Hari Ketiga di Oman
Memandangkan perjalanan hari ini tidak sejauh semalam, kami memulakan perjalanan pada pukul 9 pagi. Perjalanan dari Muscat menuju ke Bimmah Sinkhole di Dibab yang merupakan destinasi pertama kami hari ini adalah kira-kira 1 jam 30 minit.

Memulakan perjalanan menuju ke Dibab
Peta yang menunjukkan perjalanan menyusuri Gulf of Oman menuju ke Bimmah Sinkhole dan Wadi Shab
Meninggalkan pergunungan di Muscat
Muscat
Kami melalui beberapa buah bandar dalam perjalanan menuju ke Dibab. Tetapi biasalah kalau bandar-bandar di Oman ini... semuanya nampak sama sahaja dengan bangunan berkotak-kotak yang berwarna putih.
 
Pemandangan bandar yang tipikal di Oman
Semua bangunannya putih-putih dan berkotak-kotak
Melalui sebuah roundabout
Sebelum sampai di Dibab, Maher membuat satu persinggahan singkat dahulu untuk minum Teh Karak.

Melalui stesen minyak tetapi kami nak berhenti di depan sana sebenarnya...
Ada beberapa kedai menjual Teh Karak di sini
Macam semalam juga, kami tak turun dari kereta pun untuk minum Teh Karak. Ada staff kedai yang sedia menunggu di luar untuk mengambil order. Teh Karak akan dihantar ke kereta selepas siap dibancuh. Mencabar nak minum Teh Karak ini dalam kereta sebenarnya sebab airnya memang sangat-sangat panas dan kalau duduk di sebelah belakang kereta Toyota Camry begini memang tak ada tempat nak tumpang meletak minuman panas.

Singgah Tea Time untuk minum Teh Karak
Minum Teh Karak yang sangat panas di dalam kereta.
Perjalanan menuju ke Dibab diteruskan lagi selepas selesai minum Teh Karak.

Meneruskan perjalanan menuju ke Dibab
Merentas gunung-gunung batu
Perjalanan adalah merentas gunung-gunung batu yang tinggi sehingga sampai ke tepi laut.
 
Kami juga ditunjukkan sebuah bangunan plaza tol yang tidak lagi digunakan di lebuhraya. Kata Maher, plaza tol ini pernah digunakan untuk tempoh selama 2 minggu selepas dibuka pada tahun 2020. Ini adalah kerana pengenaan tol di lebuhraya ini mendapat bantahan dari rakyat. Bila bantahan ini sampai ke pengetahuan Sultan Oman, baginda terus mengeluarkan titah untuk membatalkan pengenaan tol tersebut.

Plaza Tol yang cuma digunakan 2 minggu sebelum pembatalan tol dikeluarkan oleh Sultan Oman
Bukan pembatalan pengenaan tol ini sahaja yang menggambarkan kebaikan dan keperihatinan Sultan Oman. Kami turut diceritakan satu kisah lagi... Oman berjiran dengan sebuah negara Arab miskin yang bernama Yemen. Walaupun miskin, Yemen cukup lantang menentang Amerika dan sekutunya Israel menyebabkan negara tersebut dikenakan berbagai-bagai sekatan ekonomi. Sekatan ekonomi ini menyebabkan rakyat Yemen mengalami tekanan hidup. Oleh yang demikian, Sultan Oman mengeluarkan titah supaya rawatan kesihatan percuma diberi kepada rakyat Yemen yang datang ke mana-mana hospital kerajaan di Salalah. Salalah adalah bandaraya kedua terbesar di Oman yang terletak dekat sempadan Yemen.

Kerajaan Oman juga memberikan subsidi petrol kepada rakyatnya yang berpendapatan rendah. Contohnya kalau rakyat biasa membayar OMR 2 untuk seliter petrol, mereka cuma perlu membayar OMR 1.3000. Perkhidmatan lain seperti pendidikan dan kesihatan adalah percuma untuk semua rakyat Oman. Kerajaan Oman turut menaja pelajar-pelajarnya yang layak untuk menuntut di universiti di dalam dan luar negara.

Tiba di tepi laut
Pemandangan Teluk Oman di Dibab
Teluk Oman
Kambing di tepi Teluk Oman

Part 50: Bimmah Sinkhole

Bimmah Sinkhole yang terletak 120 km dari Muscat adalah salah sebuah tarikan pelancongan utama di negara Oman. Ia terletak di sebuah taman yang bernama Hawiyat Najm Park yang bermaksud Falling Star Park.

Hawiyat Najm Park
Sebelum sampai ke Bimmah Sinkhole yang sebenarnya, kita akan melalui sebuah taman yang indah.

Hawiyat Najm Park
Suasana di Hawiyat Najm Park
Bunga-bunga cantik di Hawiyat Najm Park
Berjalan menuju ke Bimmah Sinkhole
Bimmah Sinkhole terletak ke tengah sana
Tiba di Bimmah Sinkhole
Bimmah Sinkhole terbentuk dari hakisan tanah. Namun demikian ada cerita orang tempatan yang menyatakan ia terbentuk apabila sebuah meteor dari angkasa jatuh ke bumi di sini. Kerana itulah taman di sekitar Bimmah Sinkhole ini dinamakan Hawiyat Najm yang bermaksud Falling Star (Bintang Yang Jatuh). 

Bimmah Sinkhole
Pengunjung-pengunjung ke Bimmah Sinkhole
Air yang jernih kehijauan di Bimmah Sinkhole memang menggamit perasaan. Ada sebuah tangga dibina untuk membolehkan pengunjung turun ke pinggir airnya. Tangganya mencabar juga untuk dituruni dan didaki semula memandangkan setiap step mempunyai ketinggian yang tidak sekata.

Tangga turun ke Bimmah Sinkhole
Jom kita turun ke bawah...
Bergambar di tengah tangga nak turun ke bawah
Jauh juga nak turun ke bawah sana...
Kena melangkah dengan berhati-hati sebab ketinggian anak tangganya tidak sekata.
Selamat tiba ke bawah
Jom kita jalan ke sana...
'Lubang' Bimmah Sinkhole ini adalah sedalam 20 meter ke bawah. Ia juga mempunyai diameter kira-kira 50 meter. Kedalaman airnya pula adalah di antara 15-18 meter. Airnya sangat jernih sehingga kita boleh melihat ke dasarnya dengan mata kasar.

Bimmah Sinkhole terletak hanya 600 meter dari laut dan dipercayai ada saluran air bawah tanah yang menyambungnya dengan Teluk Oman. Kerana itulah airnya berasa payau seperti air laut.

Menikmati keindahan alam di Bimmah Sinkhole
Family photo di Bimmah Sinkhole
Sewaktu tiba tadi cuma ada beberapa orang sahaja pengunjung selain kami di Bimmah Sinkhole ini. Dengan tidak semena-mena muncul pulak satu kumpulan pelancong Mat Salleh. Mereka sebenarnya adalah penumpang kapal cruise yang membuat persinggahan di Muscat. Kebanyakan mereka berasal dari US dan France dan kelihatan macam orang-orang bersara macam kami juga. Hihihi!!

Kumpulan Mat Salleh yang baru tiba
Melawat ke Bimmah Sinkhole
Berposing di Bimmah Sinkhole
Healing-healing di Bimmah Sinkhole
Menyentuh air yang jernih dan sejuk
Kolam Bimmah Sinkhole juga dihuni ikan-ikan kecil. Ada juga pengunjung yang membuat Fish Spa di sini ~ membiarkan ikan-ikan kecil ini menggigit kulit mati pada kaki kita. Kami walau bagaimanapun tidaklah berbuat begitu kerana malas dan buka-buka kasut dan membasahkan kaki.

Husband menunjukkan ikan di dalam kolam Bimmah Sinkhole
Tak nampak pulak ikan dalam gambar ini!
Pengunjung juga dibenarkan berenang di Bimmah Sinkhole. Ada anggota kumpulan pelancong Mat Salleh yang berbuat begitu di sini. Malah kata Maher kepada kami, ada ketikanya kita boleh melihat orang-orang local membuat cliff diving dengan terjun ke dalam kolam dari tebing-tebing tinggi di sekitar.

Gambar kita bersama pelancong Mat Salleh di Bimmah Sinkhole
Kebanyakan mereka adalah penumpang-penumpang kapal cruise yang membuat persinggahan di Muscat
Berenang di Bimmah Sinkhole
Sejuk katanya, air di sini
Mat Salleh yang menunjukkan kehebatan berenang
Sekali-sekala akan ada pemuda-pemuda local yang menunjukkan kehebatan mereka membuat cliff diving dari tebing-tebing tinggi di sekitar Bimmah Sinkhole ini. Tetapi tak adalah pulak hari ini.
Bergambar sebelum meninggalkan Bimmah Sinkhole. Bayangkan betapa besarnya tahi bintang (meteor) yang jatuh di sini dahulu.
Selepas menghabiskan masa kira-kira setengah jam di sini, kami meninggalkan Bimmah Sinkhole. Maklumlah sebab ada banyak lagi tempat yang kita nak pergi selepas ini. Kalau turun tangga ke Bimmah Sinkhole tadi menyeronokkan, pengalaman naik tangga balik ke Hawiyat Najm Park adalah sebaliknya. Tapi tak mengapa, kita naik saja balik tangga ini pelan-pelan.

Sepanjang naik tangga balik ke atas, sempat juga kita beramah mesra dengan ahli-ahli kumpulan Mat Salleh tadi. Maklumlah mereka pun ramai yang dah berusia macam kita. Jadi kita saling memahami kesengsaraan bila terpaksa turun dan naik tangga yang tinggi begini. Hehehehh!!

Berhenti posing-posing sambil naik tangga
Geng-geng seusia yang saling memahami kesengsaraan naik tangga begini.
Sayup rupa Bimmah Sinkhole kat bawah sana dari sini
Seronok juga bersembang dengan Orang-orang Putih ini. Mereka memang traveller dan banyak tempat mereka dah pergi. Ada juga di kalangan mereka yang nak ke Malaysia selepas melawat Oman. Nak ke Langkawi, kata mereka.

Selamat tiba kembali ke puncak tangga
Sedih nak meninggalkan keindahan dan kejernihan air di Bimmah Sinkhole yang memang menggamit perasaan
Menikmati keindahan Bimmah Sinkhole buat kali terakhir sebelum melangkah pergi
Goodbye, Bimmah Sinkhole.
Husband berbual mesra dengan pelancong dari Amerika
Burung Helang terbang melayang
Berjalan keluar dari Hawiyat Najm Park
Sampai dekat tempat parking, ternampak pulak sekumpulan kambing tengah merayau mencari makan. Kata Maher, kambing-kambing ini tidak sepatutnya berada di sini. Kalau dinampak oleh pihak berkuasa, pasti kambing ini akan dirampas dan pemiliknya akan dikenakan denda. Tetapi disebabkan kambing-kambing ini nampak jinak dan cantik, ramailah yang nak bergambar dengan mereka...
 
Kambing Oman yang jinak dan cantik
Posing dengan kambing

Part 51: White Sands Beach

Disebabkan Bimmah Sinkhole terletak berdekatan dengan laut, Maher membawa kami menyusuri pantai Teluk Oman yang berhampiran.

Menyusuri pantai Gulf of Oman (Teluk Oman)
Pemandangan di pinggir pantai
Ada banyak khemah didirikan di sepanjang pantai. Kata Maher khemah-khemah ini boleh disewa oleh sesiapa saja. Begitulah sebenarnya cara orang Arab berpiknik di tepi laut, mereka tetap menjaga privacy keluarga. Bukan macam orang Malaysia yang senang-senang hati membentang tikar di atas pantai bila berpiknik di tepi laut.
 
Khemah yang disediakan untuk berpiknik di tepi laut
Selain khemah, karavan juga ada disediakan
Ombak yang mengganas
Pekan kecil di tepi pantai
Sesuatu yang kami perhatikan di Oman ialah penggunaan Bahasa Inggeris bersama Bahasa Arab pada signboard kedai, walaupun kedai terletak di tengah pedalaman.
Masjid
Maher turut meminta kami memerhatikan dengan teliti kawasan di pinggir pantai ini kerana katanya kadang-kadang kita dapat melihat sejenis rusa Arab yang dinamakan gazelle di sini. Puas kami memanjangkan tengkuk, tak ternampak pun gazelle ini. Yang nampak sebaliknya adalah unta dan keldai.
 
Signboard amaran lintasan gazelle
Yang nampak cuma unta...
Maher membawa kami singgah di sebuah pantai yang bernama White Sands Beach. Walaupun namanya White Sands Beach, tak ada pasir putih di pantai ini sebenarnya. Yang ada hanya batu-batu pebble semulajadi yang memenuhi pantai. Pemandangan ini unik juga kepada kita kerana di Malaysia, kita tak memiliki pantai berbatu seperti ini.

White Sands Beach
Susah juga nak berjalan di atas pantai yang berbatu ini
Menikmati angin yang bertiup di Teluk Oman
Batu-batu pebble yang memenuhi White Sands Beach
Pantai yang berbatu saujana mata yang memandang
Ombak yang kuat menghempas pantai
Angin juga bertiup kencang ketika ini
Kenangan di White Sands Beach


 Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: