Friday, 7 March 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 17 (Wadi Shab)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 17: Oman
TIWI (Wadi Shab)

HARI KETUJUH (2)

Part 52: Wadi Shab

Lawatan kami pada hari ini adalah di sekitar kawasan Tiwi. Destinasi yang pertama adalah Wadi Shab.

Tiwi
Arah ke Wadi Shab
Wadi Shab terletak di tepi laut
Tempat parking kereta untuk melawat Wadi Shab
Jambatan lebuhraya yang merentas Wadi Shab
Welcome to Wadi Shab, Oman
Lalu di bawah jambatan
Tempat permulaan lawatan ke Wadi Shab terletak di sana
Wadi Shab yang kadang kala ditulis sebagai Wadi Ash Shab dan Wadi Al Shab adalah sebenarnya sebuah tempat yang popular untuk mereka yang suka berenang dan menikmati pemandangan alam yang rugged. Di tempat permulaan lawatan, ada tempat disediakan untuk menyewa barangan-barangan keperluan seperti beg kalis air, backpack dan life vest untuk mereka yang memerlukan.
 
Iklan dalam pelbagai bahasa menunjukkan tempat ini dikunjungi pelancong dari seluruh dunia
Barangan untuk disewa
Graffiti di bawah jambatan
Untuk berkunjung ke Wadi Shab, kita perlu menaiki sebuah bot menuju ke seberang sebatang sungai. Tak sangka Oman mempunyai sungai seperti ini. Namun sungai ini adalah sebenarnya sebuah wadi yang merupakan lurah yang hanya berisi air ketika hari hujan. Kebanyakan wadi akan kering bila tiada hujan. Cuma ada beberapa wadi seperti Wadi Shab ini sahaja yang boleh dikatakan sentiasa mempunyai air sepanjang tahun. Tetapi kandungan airnya akan berbeza-beza mengikut musim.

Bot disediakan untuk menyeberang sungai di Wadi Shab
Disebabkan Rial Oman mempunyai kadar pertukaran matawang yang kedua tertinggi di dunia selepas Kuwait, harga barang-barangnya sentiasa dalam lingkungan OMR 1 - 2 (RM 11 - 22).
Maher menguruskan pembelian tiket bot untuk kami
Cuaca dah semakin kering ketika ini, maka mask sangat berguna untuk melindungi diri dari debu-debu pasir yang mula berterbangan
PemandanganWadi Shab di seberang
Bot yang digunakan untuk menyeberang Wadi Shab
Pemandangan dari dalam bot sewaktu menyeberang sungai
Kawan-kawan sekapal yang datang dari seluruh dunia
Perjalanan dengan bot ini tidak lama, hanya sekadar 2-3 minit. Ada Myself terbaca yang kalau kita datang ke Wadi Shab dalam musim panas, air sungai ini surut dan kita boleh berjalan kaki saja merentas sungai ini ke seberang. Tetapi sesuatu yang perlu diingati ialah suhu ketika itu boleh mencapai sehingga 50'C dan bukanlah nyaman sekitar 24'C seperti sekarang.
 
Kita nak naik bot ke seberang sana
Pemandangan dalam bot. Abaikan jari itu. Hahaha!!
Jambatan lebuhraya yang ditinggalkan di belakang
Dah hampir tiba ke seberang
Tempat landingnya di sana
Alhamdulillah, selamat tiba di seberang
Waktu tiba di Wadi Shab, kami tak tahu apa nak expect kerana kami tak tahu apa-apa mengenai tempat ini. Jadi kami hanya mengikut sahaja Maher berjalan masuk ke dalam.

Berjalan melalui perkebunan Kurma masuk ke Wadi Shab
Berjalan di celah pokok Kurma
Keldai
Suasana berjalan di Wadi Shab
Masih berjalan di celah kebun Kurma
Memang terkesima bila kita kemudiannya disajikan dengan pemandangan ini... Memang tak sangka Oman mempunyai pemandangan yang indah sebegini.

Wadi Shab
Menyusuri sungai di Wadi Shab
Pemandangan ke arah belakang
Berjalan di Wadi Shab bagai berjalan di dalam sebuah mimpi yang indah. Terlupa segala keresahan dan kerisauan bila kita berada di sini. Bak kata Orang Putih, everything slows down... the mind, the pace and the time.

Mimpi indah itu walau bagaimanapun kembali menjadi realiti bila kita tiba di sebuah stretch jalan yang berbatu-batu dan sukar sikit nak berjalan di atasnya. Batu-batu ini adalah sebenarnya dasar sebuah wadi yang kering. Bila hujan lebat, seluruh kawasan ini akan bertukar menjadi sebatang sungai.

Dasar wadi yang kering
Bila hujan lebat, air sungai akan melimpah sehingga ke sini
Pokok-pokok kurma di kaki tebing batu yang tinggi
Berposing di tengah wadi
Disebabkan keadaan jalan yang sukar selepas berjalan kira-kira 1 km, Abang dan Kakak Ipar tidak dapat nak meneruskan perjalanan lalu berpatah balik. Cuma Myself dan Husband sahaja yang meneruskan perjalanan dengan ditemani oleh Maher. Nasib baiklah kita pencen awal, ada juga tenaga nak berjalan-jalan selepas pencen kat sini. Kalau datang berjalan ke sini selepas umur pencen wajib, mungkin kita pun dah berpatah balik ke belakang juga. Hahaha!!

Meneruskan perjalanan
Tebing gunung yang tinggi
Semakin jauh perjalanan, pemandangan menjadi semakin indah
Bila berjalan di tepi-tepi air begini, semakin kagum kita melihat kurniaan Allah SWT kepada bumi Oman. Adakah tempat-tempat lain di bumi Arab yang terkenal kering, tandus dan penuh dengan padang pasir yang Allah SWT kurniakan air yang banyak dan pemandangan yang indah sebegini? Kerana itulah ada banyak ayat di dalam Al Quran yang menyuruh kita mengembara untuk melihat kebesaran ciptaan Allah SWT yang kadang-kala tidak sampai akal kita untuk memikirkannya dengan sekadar melihat apa yang ada di sekeliling kita sahaja.

Terjemahan Ayat Al Quran: Surah Al-Mulk [67] Ayat 15: "Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan".

Kagum melihat betapa banyaknya air di sini
Kita terus berjalan mengikut Maher sambil menikmati pemandangan keindahan alam di sekitar. "Ke manakah Maher nak membawa kami? Jauh lagikah kita nak kena berjalan ini?" Begitulah persoalan-persoalan yang bermain di fikiran.

Berjalan menuju ke kawasan pergunungan
Akhirnya kami tiba di sebuah kawasan lereng tebing yang berbatu. Suspen juga nak berjalan di sini sebab lorongnya sempit, licin dan tinggi. Di tepi lereng ini adalah pemandangan sebuah kolam yang cantik dengan airnya yang berwarna hijau jernih. Pemandangannya memang seriously sangat memukau.

Ke sanalah arah tujuan kita...
Berjalan di lereng tebing batu
Perlu berhati-hati berjalan di sini kerana laluannya licin dan sukar berpijak di sesetengah tempat
Mudah je si Maher ni berjalan kat celah batu begini dengan baju jubahnya...
 Lorong sempit di celah batu
Cantik pemandangan di depan sana...
Lega bila akhirnya sampai ke tempat tujuan...

Mentari yang memancar di sebalik tebing batu
Kolam air yang cantik di Wadi Shab
Berehat sekejap di bawah tebing batu
Kita pun nak berehat juga
Inilah sebenarnya tarikan Wadi Shab. Kalau kita Google mencari tempat menarik untuk dilawati di Oman, nama Wadi Shab ini memang selalu muncul bersama Bimmah Sinkhole. Namun begitu, tidak pernah digambarkan yang wadi ini adalah sebenarnya seindah ini.

Keindahan pemandangan Wadi Shab
Pemandangan menghala ke sana pulak
Laluan yang sempit dan mencabar di lereng tebing batu di Wadi Shab
Berenang di air yang sejuk di Wadi Shab
Kata Maher, ada lagi tempat yang lebih cantik kalau kami sanggup berjalan lebih jauh. Kalau tempat yang lebih cantik, dah pasti laluannya juga lebih mencabar, kan?! Lalu kami membuat keputusan untuk berhenti setakat di sini. Pemandangan yang kami lihat di sini juga dah cukup cantik, maka cukuplah saja sampai di sini. Kami juga risau melihat keadaan pathway yang perlu dilalui. Buatnya kaki terpelecok salah langkah kat sini, habis rosak keseronokan percutian kat Oman nanti.
 
Berjalan pulang
Melalui jalan berbatu yang tidak rata itu sekali lagi...
Kami kemudian meneruskan perjalanan pulang dengan perlahan-lahan. Sambil-sambil berjalan kita nikmati suasana sekitar dengan sepenuh hati kerana mungkin sekali ini sajalah kita akan sampai di sini...

Saluran air Falaj yang mengairi kebun Kurma
Berselisih dengan pengunjung-pengunjung yang baru tiba
Meninggalkan Wadi Shab
Tebing-tebing batu yang tinggi
Kolam-kolam air yang pasti akan kering di Musim Panas
Husband berjalan bersama Maher
Pekerja-pekerja di Ladang Kurma sedang bersolat
Bayangkan... seluruh laluan ini akan bertukar menjadi sungai sewaktu hujan lebat
Keindahan alam
Tiba kembali ke pangkal jalan
Menuju ke perhentian bot
Rumput-rumput hijau
Sungai yang mengalir ke laut di depan sana...
Perhentian bot
Bot yang tiba membawa penumpang
Seperti sewaktu ketibaan tadi, kami menaiki bot untuk kembali ke seberang...

Husband bergambar dengan pemandu bot
Kawan-kawal sekapal. Hehehehhh!!
Menuju ke perhentian bot yang terletak di bawah jambatan lebuhraya
Wadi Shab yang ditinggalkan di belakang
Tiba kembali di perhentian bot
Penumpang-penumpang yang nak menuju ke Wadi Shab
Setibanya kembali ke perhentian bot, kami kembali semula ke kereta untuk pergi makan tengah hari.
 
Pemandangan menghala ke Teluk Oman
Meninggalkan Wadi Shab
Laut di Teluk Oman yang kelihatan semakin ganas
Menuju ke bandar Tiwi


 Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: