Monday, 16 December 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 22 (Cheonjeyeon Waterfall)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 22: Jeju Tour
SOUTH JEJU (Saeyongyo Bridge & Cheonjeyeon Waterfall)

HARI KELIMA (6)

Part 56: Saeyongyo Bridge

Saeyongyo Bridge terletak berhampiran Seowigpo Formation yang kami lawati tadi. Ia menghubungkan Pelabuhan Seogwipo dengan Saeseom Island yang tidak dihuni. Nama Saeyongyo bermaksud A Bridge Creating New Relationships. Oleh kerana ia terletak di kawasan yang sama dengan Seowigpo Formation, jadi kami cuma berjalan kaki ke sana.

Pemandangan Saeyongyo Bridge dari tempat parking
Pelabuhan Seowigpo
Jambatan Saeyongyo dibina menyerupai sebuah bot perikanan tradisional yang dinamakan Taewoo. Sebelum naik ke atas jambatan, kita lihat dulu pemandangan di sekitar...

Saeyongyo Bridge
Feri yang tak tahu nak menuju ke mana
Cuaca yang suram dan muram sepanjang hari ini
Lepas dah tengok suasana keliling, jom kita naik ke atas jambatan ini...

Pantai berbatu di sebelah kanan sana adalah lokasi Seowigpo Formation yang kita lawati tadi
Pulau-pulau kecil di luar perairan Jeju
Pelabuhan perikanan
Pemandangan bandar Seogwipo dari atas jambatan
Ombak ganas yang menghempas pantai di Jeju petang ini
Rekabentuk Saeyongyo Bridge yang diilhamkan dari bot tradisional yang dinamakan Taewoo
Bergambar kenangan di Saeyongyo Bridge
Disebabkan cuaca yang muram dan suram serta hujan yang turun rintik-rintik, kita tak bolehlah nak berlama-lama di atas bridge ini. Lepas dah naik sampai ke puncak bridge, terus kita turun ke bawah. Angin kencang yang bertiup membuatkan kita bagai boleh melayang jatuh dari atas bridge ini. Hehehehhh!!

Mengikut Lucas turun ke bawah
Pemandangan dari atas bridge
Pemandangan menghala ke Seogwipo Formation
Ombak yang menghempas pantai di Seogwipo Formation
Dari sini, kami menuju ke Cheonjeyeon Waterfall pulak....

Part 57: Cheonjeyeon Waterfall

Ketika itu hari dah agak lewat petang. Kata Lucas, Cheonjeyeon Waterfall ditutup pada pukul 5.10 petang. Kami pun memberitahu Lucas, tak mengapalah kalau kita tak sempat pergi ke sana. Dah dapat melawat 2 waterfall di Jeju ini tadi pun dah cukup bagai kami.

Stadium bolasepak di Seogwipo City, Jeju yang digunakan dalam pertandingan FIFA World Cup 2002
Lucas walau bagaimanapun tetap nak membawa kami ke sana. "If we can visit, why not?" kata Lucas.

Menuju ke Cheonjeyeon Waterfall
Tiba di pintu masuk ke Cheonjeyeon Waterfall
Kami tiba di Cheonjeyoen Waterfall dekat-dekat pukul 5 petang. Pintu masuk ke Cheonjeyeon Waterfall dah pun mula ditutup ketika itu. Penjaga pintu masuk pun pada mulanya tidak membenarkan kami masuk, tetapi entah apa diperkatakan oleh Lucas kepada mereka dalam Bahasa Korea, lalu kami dibenarkan masuk. Mungkin Lucas argue yang ketika itu masih belum pukul 5.10 petang, jadi kami sepatutnya dibenarkan masuk.

Disebabkan kita tengah kalut-kalut rushing mengikut Lucas masuk ke dalam, lupa pulak nak ambil gambar kat pintu masuk. Macam biasa, kita gunalah gambar ihsan dari Pakcik Google untuk kenangan...

Pintu masuk ke Cheonjeyeon Waterfall yang telah ditutup ketika itu
[Ihsan dari Google]
Keterangan mengenai Cheonjeyeon Waterfall
Cheonjeyeon Waterfall ini sebenarnya terdiri dari 3 buah air terjun. Air terjun yang pertama kering ketika itu. Menurut keterangan yang diberi, airnya cuma akan mengalir sewaktu hujan lebat.

Air Terjun Pertama di Cheonjeyeon Waterfall
Tak ada air yang mengalir jatuh dari air terjun ini pada ketika ini
Pemandangan di Air Terjun pertama ini cuma tebing tinggi yang kering. Di sebalik tebing tinggi ini sebenarnya ada sebatang sungai dalam gua. Ia cuma melimpah keluar dan membentuk air terjun di kala hujan lebat. Kerana itulah air terjun ini cuma muncul pada waktu hujan lebat.

Kolam ini juga adalah sebenarnya bahagian sungai bawah tanah yang terdedah di udara
Menikmati keindahan First Waterfall di Cheonjeyeon.
Kenangan di First Waterfall
Dari First Waterfall, Lucas membawa kami berjalan menyusuri sebuah walkway menuju ke Second Waterfall.

Walkway menuju ke Second Waterfall
Pemandangan dari walkway
Tenang dan damai
Di sebelah kiri walkway di kaki tebing tinggi ini, ada sebuah saluran pengairan lama. Saluran air ini digunakan untuk mengairi sawah padi di Jeju pada masa dahulu. 

Pemandangan saluran air lama yang dibina untuk mengairi sawah padi di Jeju pada masa dahulu.
Keterangan mengenai saluran air lama
Untuk menjimatkan masa, kami cuma memerhatikan Second Waterfall dari atas walkway sahaja...

Melihat pemandangan Second Waterfall dari atas walkway sahaja
Pemandangan Second Waterfall dari walkway
Close-up pemandangan Second Waterfall
Lepas dah mengintai Second Waterfall dari kejauhan, kita terus berjalan lagi menuju ke Third Waterfall.

Menuju ke Third Waterfall
Cahaya mentari petang di celah pepohonan
Berjalan sambil ambil-ambil gambar
Menghampiri Third Waterfall
Third Waterfall di Cheonjeyeon terletak jauh ke bawah dan kita perlu menurun tangga untuk mendapatkannya. Disebabkan perkara ini, Husband hanya menunggu di atas kerana lututnya tidak kuat untuk memanjat tangga naik ke atas semula nanti. Jadi kita seorang sajalah yang mengikut Lucas turun ke bawah.

Third Waterfall
Pemandangan di Third Waterfall ini lebih kurang sama saja dengan First Waterfall tadi. Cuma bezanya, sentiasa ada air terjun yang mengalir di sini.

Pemandangan indah Third Waterfall
Tidak seperti di First Waterfall tadi, air terjun di Third Waterfall ini sentiasa mengalir.
Bergambar kenangan di Third Waterfall
Cheonjeyeon bermaksud Pond of God. Menurut legenda orang tempatan, pada setiap malam ada 7 bidadari dari kayangan akan turun bermandi-manda di sini.

Aliran sungai di Cheonjeyeon Waterfall
Legenda bidadari di Cheonjeyeon Waterfall ini diabadikan pada sebuah jambatan yang dinamakan Seonim Bridge (Seonimgyo dalam Bahasa Korea).

Mengikut Lucas melawat ke Seonim Bridge
Pintu masuk ke Seonim Bridge
Seonim Bridge dibina dengan 100 guard rail dan 34 stone lantern. Tiang besi yang menyokong jambatan ini diukir dengan 14 bidadari (7 bidadari pada setiap belah jambatan). Ukiran setinggi 20 meter ini menggambarkan kesemua bidadari sedang bermain alat muzik.

Seonim Bridge
Ukiran bidadari pada Seonim Bridge
Ada bayaran sebenarnya dikenakan untuk naik ke Seonim Bridge, tetapi ia percuma pada ketika itu disebabkan Jeju Heritage Week. Oleh itu kita turut naik ke atas jambatan sekadar untuk bergambar.

Lucas mengajak kami naik ke atas jambatan
Berposing di atas jambatan
Posing lagi atas jambatan
Pemandangan lurah sungai dari Seonim Bridge
Close-up pemandangan sungai
Batu-batan
Pemandangan menghala ke laut
Walaupun agak rushing kerana Cheonjeyeon Waterfall hampir ditutup ketika itu, lawatan ke sini tetap memberikan satu pengalaman yang menarik kepada kami. Dengan berakhirnya lawatan ke Cheonjeyeon Waterfall, maka berakhir jugalah program lawatan kami di Pulau Jeju. Pada pagi esok, kami akan terbang meninggalkan Jeju untuk kembali ke Seoul.

Kembali ke pangkal jalan...
Pintu masuk ke Cheonjeyeon Falls

Part 58: India Kitchen Restaurant

Sebelum pulang ke hotel, Lucas membawa kami dinner di sebuah restoran India yang eksklusif bernama Indian Kitchen Restaurant.
 
Kembali ke Jeju City
Restoran Indian Kitchen ini memang mengkagumkan kerana ia terletak di dalam sebuah villa yang dikelilingi taman yang indah.

Indian Kitchen Restaurant
Taman indah di luar Indian Kitchen Restaurant
Berjalan menuju ke pintu masuk
Pintu masuk ke Indian Kitchen Restaurant
Jom kita masuk ke dalam...
Kalau tadi kami dah kagum dengan taman di luarnya, pemandangan di dalam bangunan restoran ini lebih mengkagumkan. Ramai juga kita lihat pelanggan yang berbangsa Korea makan di sini.

Suasana di dalam Restoran Indian Kitchen
Memang janggal bila melihat pekerja-pekerja di restoran India di Korea ramai yang berbangsa Korea
Kita lihat dulu suasana di dalam restoran Indian Kitchen yang sempat kami capture.

Walaupun dinner dah termasuk dalam pakej, kami diberi kebebasan untuk memilih makanan yang hendak dimakan. Memandangkan kita dah selalu sangat makan makanan India yang tipikal sejak sampai di Korea, kami memilih makanan Cina Prawn Chow Mien yang turut dihidangkan di restoran ini. Lucas yang tidak biasa dengan makanan India turut memesan menu yang sama. Suka betul dia dengan rasa Prawn Chow Mien ini. "Now I know what to order if I come here," katanya. 

Buku menu Indian Kitchen Restaurant
Berbual dengan Lucas sambil menunggu makanan tiba
Prawn Chow Mien yang sedap di Indian Kitchen Restaurant
Berjalan keluar dari restoran selepas dinner
Menuju ke kereta
Posing dulu kat garden yang cantik ini
Meninggalkan Indian Kitchen Restaurant

Part 59: Kembali Ke Hotel Benikea Jeju

Indian Kitchen Restaurant sebenarnya terletak tidak jauh dari Hotel Benikea Jeju. Perjalanan ke sana memakan masa kira-kira 15 minit sahaja.

Kedai Daiso yang agak besar di Jeju
Perjalanan ke Hotel Benikea Jeju
Bergambar dengan Lucas setibanya di Hotel Benikea Jeju
Disebabkan ini adalah malam terakhir kami di Jeju, Myself dan Husband tidak terus balik ke bilik. Kami memutuskan untuk bersiar-siar dulu untuk menikmati suasana angin kencang Jeju di sekitar hotel.

Suasana malam di Benikea Hotel Jeju
Suasana di depan hotel
Kalau hari siang, memang boleh nampak pemandangan laut dari sini
Lepak sekejap di sini untuk menikmati suasana angin malam di Jeju
Pose untuk menunjukkan kekuatan angin kencang yang bertiup di Jeju
Posing yang over-acting
Kembali ke bilik selepas posing-posing dengan angin kat luar tadi...


 Bersambung ke Bahagian 23...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:


No comments: