Sunday, 24 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 11 (BIFF Square & Jagalchi Fish Market)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 11: Busan Tour
BUSAN (BIFF Square & Jagalchi Fish Market)

HARI KETIGA (6)

Part 25: BIFF Square

BIFF Square adalah lokasi asal Busan International Film Festival bila ia diperkenalkan pada tahun 1996. Bila festival ini menjadi semakin besar, BIFF Square menjadi terlalu sempit bagi acara tersebut sehingga menyebabkan Busan Cinema Center dibina.

BIFF Square
Inilah lokasi Busan International Film Festival sebelum Busan Cinema Center dibina
BIFF Square kini telah menjadi sebuah pusat komersil. Seperti juga di Gukje Market tadi, banyak terdapat kedai dan gerai menjual makanan dan pakaian di sini.

Suasana di BIFF Square
Penjual pakaian
Suasana meriah di BIFF Square
Banyak pakaian winter yang dijual kerana musim sejuk dah semakin menjelang
Sebahagian besar BIFF Square kini adalah laluan pejalan kaki. Kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini.

Suasana pesta di BIFF Square
Korea juga sangat terkenal dengan night culture. Jika di kebanyakan tempat di Eropah sunyi sepi selepas malam menjelang, ia tidak begitu di Korea. Banyak kedai dibuka sehingga ke lewat malam, jadi kita tidaklah terkejar-kejar dan susah nak bershopping kalau datang ke Korea.

Banyak kedai di Korea dibuka sehingga ke lewat malam
BIFF Square bukan sekadar dipenuhi dengan penjaja-penjaja kecil. Di sini juga ada banyak kedai-kedai besar yang menjual pelbagai barangan.

Korea Mart yang menjual banyak bahan makanan tradisional
Memang meriah suasana di BIFF Square pada malam-malam begini. Kami juga bertemu dengan ramai orang Malaysia di sini. Tapi biasalah kan, kalau orang Malaysia ni berkunjung ke oversea, mesti buat-buat sombong antara satu sama lain, kan?! Termasuklah juga kita! Hahaha!!

Arirang Street
Gerbang di Arirang Street
Korea Selatan juga adalah sebuah negara yang sangat bersih. Satu kesukaran yang kami hadapi sewaktu di Korea ialah tak banyak tong sampah disediakan di tempat-tempat awam. Kalau kita membeli makanan seperti ais kerim misalnya, bersedialah untuk membawa bekas ais kerim tersebut balik ke tempat penginapan untuk dibuang.

Gerai Chicken Beef
Pelbagai gerai jualan makanan
Berjalan di celah-celah gerai makanan
Seed Hotteok adalah snack tradisional yang popular di Korea
Membeli Seed Hotteok
Sebuah lagi gerai makanan yang popular
Buah-buahan dicelup gula yang dinamakan Tanghulu ini juga sangat popular di Korea
Seperti yang diceritakan tadi, BIFF Square adalah lokasi asal Busan International Film Festival. Oleh yang demikian, di BIFF Square ini kita dapat melihat beberapa memorablia yang berkait dengan dunia perfileman.

Pusan Theater
Lorong yang berhiaskan tema filem
Gerai Kuih Duit
Kuih Duit
Pusat sambutan Busan International Film Festival pada masa dahulu
Di BIFF Square ini juga ada tertera bekas-bekas tangan artis dan penggiat filem yang terkemuka di Korea. Walau bagaimanapun kita memang tak kenal mereka, lebih-lebih lagi kerana nama mereka ditulis dalam Bahasa Korea.

Jalan ini dipenuhi bekas-bekas tangan artis dan penggiat filem yang terkenal di Korea.
BIFF Square Golden Handprints
Plak yang menceritakan sejarah BIFF
Pandangan plak dengan lebih dekat, tapi tak faham apa-apa kerana ia ditulis dalam Bahasa Korea
Bekas-bekas tangan

Part 26: Jagalchi Fish Market

Busan terletak di tepi laut dan terkenal dengan hasil makanan laut yang berkualiti. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika Jagalchi Fish Market turut menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Busan.

Berjalan menuju ke Jagalchi Fish Market
Sebelum sampai ke Jagalchi Fish Market yang sebenar pun, kita dah dapat melihat pelbagai kedai dan gerai yang menjual seafood segar di sepanjang jalan.

Pemandangan jalan yang menuju ke Jagalchi Fish Market
Selain gerai seafood segar, ada juga gerai-gerai makanan yang berasaskan seafood 
Seafood segar yang dijual
Ketam
Jagalchi Fish Market adalah juga pasar hasil laut yang terbesar di seluruh Korea Selatan. Ia terdiri dari 2 bahagian: Outdoor Section dan Indoor Section. Kita tinjau dulu Outdoor Section sebelum masuk ke dalam.

Outdoor Section di Jagalchi Fish Market
Disebabkan hari telah malam ketika itu, ramai penjual sedang berkemas untuk menamatkan perniagaan.
Selepas melihat Outdoor Section, kita berjalan masuk ke dalam bangunan Jagalchi Fish Market yang sebenar.

Bangunan Jagalchi Fish Market
Jom kita masuk ke dalam...
Walaupun bangunan Jagalchi Fish Market ini setinggi 7 tingkat, kami cuma melawat ke ruangan jualan seafood segar yang terletak di tingkat bawah. Pelbagai seafood dijual di sini, banyak di antaranya yang kita tak kenal.

Pemandangan di dalam Jagalchi Fish Market
Pelbagai seafood yang dijual
Antara jualan seafood yang menarik perhatian kami ialah Spoon Worm yang kelihatan seperti Gamat. Kata Sarah, orang Korea gemar memakan Spoon Worm ini mentah-mentah. Walau bagaimanapun, Spoon Worm ini mestilah masih hidup jika nak dimakan mentah. Spoon Worm yang telah mati pula selalunya dimasak Stir Fry sebelum dimakan.

Spoon Worm yang kelihatan seperti Gamat
Spoon Worm dan Abalone
Ikan Segar
Ketam-ketam gergasi yang dijual di Jagalchi Fish Market juga sangat menarik perhatian. Kata seorang penjual di pasar ini kepada Myself, ketam-ketam ini dibawa masuk dari Russia.

Ketam gergasi yang dijual di Jagalchi Fish Market
Ketam-ketam ini dibawa masuk dari Russia
Lobster Hitam
Berjalan meninjau seafood yang dijual di Jagalchi Fish Market
Sea Cucumber
Sarah membawa kami melihat bangunan Jagalchi Fish Market dari depan laut. Kata Sarah, selain tingkat bawah yang merupakan pusat jualan seafood segar, ada banyak restoran di tingkat atas bangunan pasar ini. Pelanggan boleh membeli seafood di tingkat bawah dan membawanya ke mana-mana restoran di tingkat atas ini untuk dimasak dan dimakan.
 
Pemandangan bangunan Jagalchi Fish Market dari tepi laut
Seafood segar yang dibeli di tingkat bawah Jagalchi Fish Market boleh dibawa ke restoran di tingkat atas untuk dimasak dan dihidangkan.
Pintu masuk ke Jagalchi Fish Market dari arah laut
Husband mengambil gambar suasana sekitar di depan Jagalchi Fish Market
Pemandangan menghala ke kota Busan
Pemandangan menghala ke Pelabuhan Busan
Kapal-kapal besar yang berlabuh di Pelabuhan Busan
Feri penumpang
Pemandangan terakhir sebelum meninggalkan Jagalchi Fish Market

Part 27: Little India Restaurant

Program terakhir kami hari ini adalah dinner di BIFF Square. Namun disebabkan kami masih kenyang selepas minum petang di Sugar Factory tadi, kami mencadangkan kepada Sarah supaya kami cuma membeli dinner secara take-away saja untuk dibawa pulang ke hotel.

Sarah menjenguk mencari restoran dinner kami di BIFF Square
Restoran dinner kami yang bernama Little India terletak di atas sana
Sarah membawa kami ke sebuah restoran yang bernama Little India. 

Little India Indian Restaurant
Pintu masuk ke Little India Restaurant
Mengikut Sarah masuk ke dalam restoran
Sambil order dan menunggu makanan bungkus kami disediakan, kita lihat-lihat suasana di dalam restoran...

Suasana di dalam Restoran Little India
Perhiasan dalaman restoran yang berciri India
Kaunter restoran
Sambil menunggu makanan kami disiapkan, sempat bertegur sapa dengan sepasang kawan dari Malaysia yang juga sedang dinner di sini. Seperti kami, mereka juga nak terbang ke Jeju pada esok hari. Cuma bezanya kami akan terbang ke Jeju menggunakan Air Busan manakala mereka pula akan menaiki Jin Air.

Memilih-milih makanan yang hendak dipesan
Pemandangan ke luar tingkap dari Little India Restaurant
Selepas makanan siap, kami berjalan kembali menuju ke tempat parking kereta. Dalam perjalanan, kami melalui Film Memorial Street yang mempunyai patung-patung penggambaran filem yang menarik.

Berjalan menuju ke tempat parking kereta
Film Memorial Street
Patung penggambaran filem yang sedang berlangsung
Pelakon dan petugas-petugas di belakang tabir
Tuan Director dan Cameraman
Mini Love dengan Sarah di Film Memorial Street
Restoran makanan Korean di Film Memorial Street
Menuju ke arah Busan Tower
Kafe Sugar Factory yang kami singgah petang tadi masih dibuka ketika itu
Tiba di Busan Tower
Stesen pengecas kenderaan elektrik di tempat parking kereta
Perjalanan dari BIFF Square kembali ke Arban City Hotel mengambil masa kira-kira 20 minit.
 
Busan Station
Banyak model kereta Hyundai yang tidak pernah kita lihat di Malaysia ada di Korea
Semua bas awam di Busan terdiri dari bas elektrik
Setibanya di Arban City Hotel, kami tidak terus balik ke bilik. Disebabkan malam masih muda dan ini adalah malam terakhir kami di Busan, kita bersiar-siar dulu menikmati suasana Busan di sekitar hotel.

Suasana berdekatan Arban City Hotel
Pemandangan malam di Jalan Bansong-ro di depan hotel
Bergambar kenangan di Bansong-ro
Persimpangan jalan besar di Jalan Bansong-ro
Bangunan berdekatan hotel
Obang Food Street
Bangunan-bangunan di seberang hotel
Tempat parking basikal
Scooter untuk disewa


 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: