Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]
Bahagian 22: Oman
MUSCAT (Bait Al Zubair Museum)
HARI KELAPAN (3)
Part 65: Bait Al Zubair Museum
Persinggahan kami yang pertama di Mutrah adalah ke Bait Al Zubair Museum untuk mengenali budaya Oman dengan lebih dekat.
![]() |
Berjalan ke Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Pintu masuk ke Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Bait Al Zubair Museum |
Bait Al Zubair Museum adalah sebuah muzium persendirian yang diasaskan oleh Sheikh Al Zubair bin Ali yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan penasihat kepada 3 Sultan Oman. Muzium ini terdiri dari beberapa bahagian dan kita masuk menerusi sebuah bangunan bernama Bait Al Bagh yang sebenarnya adalah rumah kediaman keluarga Sheikh Al Zubair bin Ali yang dibina pada tahun 1974.
![]() |
Bait Al Bagh yang merupakan pintu masuk rasmi ke Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Patung Oryx di pintu masuk ke Bait Al Bagh |
![]() |
Oryx |
![]() |
Gift Shop |
![]() |
Melangkah masuk ke Bait Al Bagh |
Ada tiket dikenakan untuk melawat ke Bait Al Zubair Museum tetapi segala-galanya diuruskan oleh Maher kerana bayaran masuk ini telah termasuk di dalam pakej percutian kami.
![]() |
Kaunter tiket di Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Sejarah Bait Al Bagh |
Sebaik masuk ke dalam muzium, kami ditunjukkan peta Oman. Bila melihat peta ini, barulah kita tahu yang selain Tanah Besar Oman, negara ini turut mempunyai 2 buah wilayah yang terpisah oleh negara UAE. Macam wilayah Brunei yang terpisah dengan Sarawak di Pulau Borneo. Kedua-dua wilayah tersebut adalah Musandam dan Madha.
![]() |
Mendengar penerangan Maher tentang peta negara Oman |
![]() |
Peta negara Oman |
![]() |
Oman mempunyai 2 buah wilayah di bahagian utaranya yang dipisahkan oleh UAE. Kedua-dua wilayah tersebut adalah Musandam dan Madha. |
![]() |
Potret Sultan-Sultan yang pernah memerintah Oman |
![]() |
Dua Sultan Oman yang terkini: Sultan Qaboos bin Said (kiri) yang meninggal dunia pada tahun 2020 dan Sultan Haitham bin Tariq (kanan) yang memerintah Oman sekarang. |
Muzium Bait Al Zubair mempamerkan berbagai koleksi artifak sejarah dan kebudayaan Oman. Antara yang dipamerkan termasuklah potret-potret Sultan Oman, koleksi pisau tradisional Oman yang dinamakan Khanjar, pakaian tradisional, pedang, senapang, barangan perhiasan antik, barangan kegunaan rumahtangga, alat muzik dan pameran adat perkahwinan.
Sebagai permulaan, kita berkenalan dulu dengan pakaian tradisi Oman...
![]() |
Suasana di dalam Bait Al Bagh di Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Pameran perhiasan tradisional wanita |
![]() |
Koleksi perhiasan wanita tradisional Oman |
![]() |
Khanjar yang merupakan pisau tradisional Oman. Adakalanya tanduk Bandak Sumbu dari Afrika digunakan untuk membuat perhiasan pada hulu Khanjar. |
![]() |
Khanjar Diraja yang dinamakan Al Khanjar Al-Sa'idi |
![]() |
Kummah adalah songkok tradisional yang sering dipakai oleh lelaki Oman sehingga ke hari ini |
![]() |
Corak yang sering digunakan pada Kummah |
![]() |
Pakaian tradisi lelaki Oman yang dinamakan Al Dishdashah |
Pemakaian tangkal pelindung adalah suatu elemen yang biasa ditemui dalam mana-mana juga komuniti masyarakat tradisional. Ia juga tidak terkecuali di Oman dan Malaysia. Dengan kefahaman tentang agama Islam yang semakin meningkat sekarang, amalan khurafat ini kini telah semakin dihapuskan. Di kalangan masyarakat Oman tradisional, mereka akan memakaikan tangkal ini pada leher kanak-kanak. Tangkal yang biasa digunakan terdiri dari gigi / tanduk / kuku haiwan, kayu ataupun batu.
![]() |
Tangkal bernama 'Azm Al Ghalb yang sering dipakaikan pada leher kanak-kanak |
Di sini juga kita dapat melihat model sebuah kota pertahanan lama yang dinamakan Quriyat Castle. Quriyat Castle adalah salah sebuah dari 3 kota pertahanan yang dibina di selatan pantai Oman. Ia pada mulanya dibina oleh orang Arab sebelum diambil alih oleh Portugis yang menukarkan namanya kepada Fortaleza de Curiate.
![]() |
Lagi pemandangan di Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Model Quriyat Castle |
Kemudian kita lihat pula pameran mengenai adat perkahwinan Oman. Di sini ada pameran pakaian tradisi perkahwinan yang digunakan oleh orang Oman. Pakaian lelakinya standard sahaja walau di wilayah mana sekali pun mereka berada. Cuma pakaian wanita sahaja yang berbeza-beza mengikut wilayah tempat tinggal mereka.
![]() |
Pakaian perkahwinan tradisional Oman mengikut setiap wilayah |
![]() |
Seperti adat perkahwinan Melayu di Malaysia, ada barangan hantaran yang diberi kepada pasangan pengantin |
![]() |
Bekas kemenyan dalam hantaran perkahwinan |
Seperti yang kami pelajari dalam lawatan ke negara-negara Arab yang lain seperti UAE dan Egypt sebelum ini, kaum lelaki akan bergembira sakan dalam majlis-majlis perkahwinan. Mereka akan menari-nari sambil memegang senjata. Adat ini juga tidak terkecuali di Oman.
![]() |
Tarian yang sering dipersembahkan dalam majlis-majilis perkahwinan |
![]() |
Kaum lelaki akan menari sambil memegang senjata dalam majlis-majlis perkahwinan |
![]() |
Katil yang dihias mengikut gaya Dhofari. Al Dhofar adalah sebuah wilayah yang terletak di selatan Oman dan bersempadan dengan Yemen. |
![]() |
Pandangan katil dari sudut lain |
Selepas itu, kita tengok pula koleksi alat-alat muzik tradisi Oman.
![]() |
Alat muzik tradisional |
![]() |
Koleksi Gendang dan gitar tradisional Arab yang dinamakan Al Oud. Selama ini kita cuma tahu yang Oud adalah nama perfume Arab, tak tahu pulak yang ia adalah juga nama untuk alat muzik. |
![]() |
Pelbagai koleksi alat muzik |
Penduduk Oman adalah terdiri dari bangsa Arab yang secara umumnya terkenal sebagai bangsa yang gemar berperang. Oleh itu tidak hairanlah jika senjata menjadi sebahagian elemen penting dalam kebudayaan tradisional Oman.
![]() |
Pameran Swords And Firearms |
Pedang dan Khanjar adalah senjata tradisional Oman. Bila senjata moden seperti senapang direka pada kurun ke-19 Masehi, ia turut meresap menjadi sebahagian senjata tradisional Oman. Ini adalah disebabkan kedudukan Oman yang terletak di persimpangan laut di antara Timur dan Barat, yang menjadikan ia pusat penjualan dan perdagangan senjata moden yang penting. Namun begitu, selaras dengan perundangan moden pada masa sekarang, pemilikan senjata seperti senapang ini kini perlu mempunyai kebenaran.
![]() |
Al Quma yang badannya diperbuat dari kayu adalah senapang tradisional Oman |
![]() |
Al Saif yang merupakan pedang tradisional Oman |
![]() |
Koleksi bekas simpanan peluru |
![]() |
Pelbagai senapang |
![]() |
Oman (khususnya Muscat) adalah pusat penjualan senjata yang penting di Timur Tengah pada kurun ke-19 Masehi |
Satu lagi adat kebiasaan orang Arab adalah membakar kemenyan dan adat ini sangat kuat dilaksanakan di Oman kerana negara ini adalah penghasil kemenyan yang terbesar di dunia. Oleh itu ada sebuah seksyen di muzium ini yang didedikasikan untuk adat membakar kemenyan. Tapi syukur Alhamdulillah kerana hanya ada pameran sahaja di sini dan kemenyan tidak dibakar di dalam bangunan muzium. Kalau tidak, boleh lemas kita dibuatnya macam pengalaman melawat ke Oman Avenues Mall semalam. Hahaha!!
![]() |
Pameran mengenai Pokok Kemenyan |
![]() |
Proses penghasilan kemenyan |
![]() |
Peralatan-peralatan tradisional |
Taman di Bait Al Zubair Museum juga menarik kerana ia mempunyai sebuah model perkampungan Omani tradisional yang lengkap dengan kota dan istana serta sistem pengairan tradisional yang dinamakan Falaj.
![]() |
Landskap yang menarik di Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Pemandangan di sekeliling Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Pokok-pokok Kurma |
![]() |
Telaga tradisional dan model perkampungan dibina di sebalik tembok di depan sana. |
![]() |
Model sistem pengairan tradisional yang dinamakan Falaj |
![]() |
Beginilah cara air disalirkan dari kawasan pergunungan menuju ke kawasan-kawasan pertanian di Oman |
![]() |
Model perkampungan yang cantik |
![]() |
Model kota pertahanan lama seperti yang telah kami lihat di Nizwa. Menurut ceritanya, di seluruh Oman terdapat banyak kota-kota begini. |
![]() |
Model ini memang kelihatan seperti penuh dengan kehidupan |
![]() |
Dari pergunungan sehingga ke tepi laut, semuanya digambarkan dengan begitu teliti |
Mari kita lihat dengan lebih dekat, details yang digambarkan dalam model perkampungan ini...
![]() |
Kota pertahanan di atas gunung yang lengkap dengan sumber air |
![]() |
Falaj yang lalu di bawah jambatan |
![]() |
Penduduk-penduduk di tepi pantai |
![]() |
Unta dan kambing ternakan |
![]() |
Petak-petak kawasan pertanian |
![]() |
Kota pertahanan di pinggir laut |
![]() |
One last look sebelum melangkah pergi... |
![]() |
Pokok Kurma |
![]() |
Tumbuh-tumbuhan yang cantik |
Oman memiliki 6 UNESCO World Heritage dan sistem pengairan Falaj adalah salah sebuah di antaranya. Oleh yang demikian ada satu pameran khusus disediakan di Bait Al Zubair Museum mengenai sistem Falaj.
![]() |
Falaj |
![]() |
Keterangan mengenai Omani Falaj |
![]() |
Sebahagian Falaj dibina jauh di bawah tanah untuk memastikan airnya tidak kering tersejat di musim panas |
![]() |
Sebahagian Falaj juga dilapisi dengan binaan batu untuk memastikan airnya tidak menyerap ke dasar tanah |
Di hujung model Falaj ini ada Kafe Zafran yang dibina menggunakan senibina rumah tradisional yang dinamakan Barasti. Barasti diperbuat dari batang dan pelepah kurma dan masih wujud di perkampungan-perkampungan tradisional di seluruh Oman sekarang.
![]() |
Kafe Zafran |
![]() |
Keterangan mengenai Barasti |
![]() |
Bunga Raya |
![]() |
Kapal-kapal tradisional Oman |
Sebuah lagi bangunan di Bait Al Zubair Museum yang kami lawati adalah Bait Al Dalaleel, sebuah lama lama yang dijadikan muzium untuk menunjukkan cara hidup masyarakat Oman kira-kira 100 tahun lampau.
![]() |
Bait Al Dalaleel |
![]() |
Pintu masuk ke Bait Al Dalaleel |
![]() |
Kucing Omani |
![]() |
Suasana di dalam Bait Al Dalaleel |
![]() |
Perigi |
Ada beberapa bilik di dalam bangunan ini yang setiap satunya menunjukkan situasi tipikal di dalam rumah tradisi orang Oman.
![]() |
Bilik-bilik yang menunjukkan kehidupan tipikal orang Oman |
![]() |
Bilik tamu tradisional |
![]() |
Siling di ruang tamu |
![]() |
Teko tradisional |
![]() |
Lagi teko tradisional |
![]() |
Ruang tamu yang lebih moden |
![]() |
Bilik Tidur |
![]() |
Suasana di Bilik Tidur |
![]() |
Seronok menengok mesin jahit lama ini |
![]() |
Teko-teko Aladdin. Hahaha!! |
Kemudian kita tengok pulak Bilik Simpanan Kurma. Sama seperti Bilik Simpanan Kurma yang kita lihat di Nizwa Fort dulu, kurma di sini juga disimpan di dalam guni yang ditindan-tindan. Jus kurma yang keluar dari simpanan yang ditindan-tindan ini dikumpul untuk digunakan dalam masakan.
![]() |
Bilik Simpanan Kurma |
![]() |
Kurma disimpan dalam guni-guni begini |
![]() |
Jus Kurma akan dikumpul untuk digunakan dalam masakan |
![]() |
Bekas-bekas untuk mengumpul Jus Kurma |
![]() |
Lagi bekas-bekas yang digunakan untuk mengumpul Jus Kurma |
![]() |
Bilik Bacaan |
![]() |
Berbagai bacaan mengenai negara Oman |
![]() |
Suasana di Bilik Bacaan |
![]() |
Gerbang adalah ciri senibina tradisional Arab |
![]() |
Senibina tradisional Oman |
![]() |
Bilik di Bait Al Dalaleel dihias dengan banyak elemen tradisional Oman |
Dah tiba masa untuk kami meninggalkan Bait Al Zubair untuk melawat ke tempat-tempat lain. Excited juga rasanya nak terus meneroka Mutrah.
![]() |
Keluar dari Bait Al Dalaleel |
![]() |
Perkarangan Bait Al Zubair Museum |
![]() |
Kafe |
![]() |
Gift Shop |
![]() |
Berjalan kembali ke tempat parking |
Bersambung ke Bahagian 23...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.