Thursday, 28 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 13 (Iho Tewoo Beach)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 13: Jeju Tour
NORTH JEJU (Rajmahal Restaurant & Iho Tewoo Beach)

HARI KEEMPAT (2)

Part 32: Jeju Island

Pulau Jeju adalah sebuah pulau berbentuk bujur dan merupakan wilayah yang terletak paling selatan di South Korea. Disebabkan iklimnya yang separa tropika, ia sering digelar sebagai Hawaii of Korea.

Peta Pelancongan Jeju
Secara umumnya Jeju terbahagi kepada 4 bahagian : North, South, East & West Jeju. Bandar terbesar di Jeju yang bernama Jeju City terletak di North Jeju. Sebuah lagi bandar utama Jeju yang bernama Seogwipo terletak di South Jeju.

Jeju adalah sebuah pulau yang terbentuk dari letusan gunung berapi purba. Oleh yang demikian, ia mempunyai banyak tarikan alam semulajadi unik yang hanya terdapat di pulau ini. Puncak tertinggi di South Korea yang bernama Hallasan juga terletak di Pulau Jeju. Disebabkan kedudukannya yang jauh terpencil dari Tanah Besar Semenanjung Korea, ia turut mempunyai tradisi dan budaya yang unik yang berbeza dengan Korea selainnya.

Part 33: Restoran Rajmahal

Disebabkan kami dah kelaparan, kami meminta Tour Guide kami yang bernama Lucas membawa kami untuk makan tengah hari terlebih dahulu. Lucas yang memahami terus membawa kami ke sebuah restoran Halal yang terletak di Jeju City.

Menuju ke Jeju City
Suasana di Pulau Jeju
Suasana di Jeju City sangat tenang pada hari itu disebabkan hujung minggu. Setibanya di sana, Lucas terus membawa kami ke sebuah restoran India yang bernama Rajmahal.

Suasana di Jeju City
Berjalan menuju ke restoran Halal
Dah nampak signboard restoran di sana
Restorannya terletak di tingkat atas sana
Pintu masuknya di sini
Seperti yang diceritakan tadi, Restoran Rajmahal adalah sebuah restoran India. Sewaktu kami tiba, tiada pelanggan lain di situ kerana lunch hour sebenarnya telah berakhir.

Suasana di dalam Restoran Rajmahal
Pilih duduk di tepi tingkap
Perhiasan dalaman restoran yang bercirikan India
Sememangnya Indian.
Pemandangan ke luar tingkap dari restoran
Makan tengahari ini tak termasuk di dalam pakej. Terpaksalah kami membayar sendiri. Untuk menjimatkan masa, kami memilih menu yang sama ~ Prawn Biryani yang sangat sedap. Seperti juga sewaktu di Busan, harga sepinggan makanan di sini berada di sekitar KRW 18,000 (RM 58).
 
Hidangan lunch kami ~ Prawn Biryani bersama Orange Juice dan Teh Chai Masala
Muka happy nak makan lunch
Sewaktu makan juga, kami berbincang dengan Lucas tentang itinerary lawatan kami di Jeju. Kalau mengikut program yang diberi, ada termasuk lawatan ke Teddy Bear Museum, LED Museum dan Tangerine Picking yang kami tidak begitu berminat. Kami sebaliknya mencadangkan kepada Lucas untuk mengganti aktiviti ini dengan lawatan ke waterfall yang sangat terkenal di Pulau Jeju. Lucas yang juga seorang pencinta alam sekitar terus bersetuju. Kami sebenarnya cuma mencadang untuk melawat ke sebuah sahaja waterfall di Jeju, tetapi Lucas terus menawarkan nak membawa kami melawat ke 3 buah waterfall. Memandangkan dia lebih arif tentang tempat-tempat menarik di Jeju, kami cuma mengikut cadangan Lucas.

Part 34: Iho Tewoo Beach

Selepas lunch, kami memulakan program lawatan kami di Pulau Jeju dengan melawat ke Iho Tewoo Beach yang terletak tidak jauh dari Jeju City.

Menuju ke Iho Tewoo Beach
Motorsikal unik di Jeju
Hotel mewah di Jeju ~ Dream Tower Grand Hyatt
Arah ke Iho Tewoo Beach
Tiba di Iho Tewoo Beach
Iho Tewoo Beach adalah sebuah pantai yang luas. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Jeju City. Seperti yang kami alami sewaktu pesawat nak mendarat di Jeju tadi, angin bertiup sangat kencang di sini.

Pintu masuk ke Iho Tewoo Beach
Sangat mencabar nak berjalan menuju ke pantai dalam suasana angin kencang yang bertiup
Pemandangan di Iho Tewoo Beach
Pemandangan menghala ke Jeju City
Visitor Center di Iho Tewoo Beach
Walaupun Iho Tewoo Beach adalah sebuah pantai yang popular, ia kelihatan sunyi pada petang itu kerana tak ramai pengunjung berada di sini.
 
Iho Tewoo Beach
Pemandangan menghala ke sebelah sana
Rumah Api 
Kelihatan seperti Rumah Api ini berfungsi menggunakan tenaga solar
Menikmati keindahan pantai dan angin kencang yang bertiup di Iho Tewoo Beach
Pengunjung-pengunjung ke Iho Tewoo Beach
Muka berkerut menahan kuatnya angin yang bertiup
Bermain ombak
Bergambar di tepian pantai
Surfing di Iho Tewoo Beach
Menunggu ombak datang
Walaupun angin bertiup kencang, laut agak tenang juga pada petang ini untuk bermain surfing
Berjalan di tepian pantai
Restoran makanan laut di tepi pantai
Satu pemandangan yang menarik perhatian pengunjung ke Iho Tewoo Beach ini adalah sepasang rumah api berbentuk kuda yang dibina di penghujung pantai. Menarik juga kalau dapat berjalan ke sana tetapi macam terlalu jauh nak ke situ dari sini.

Rumah Api berbentuk kuda di Iho Tewoo Beach
Kuda Merah dan Kuda Putih
Rumah Api Kuda Merah
Rumah Api Kuda Putih

Part 35: Ganse (Jeju Pony) Lighthouses 

Seronok sungguh bila Lucas memberitahu yang dia nak membawa kami melawat ke Rumah Api Kuda selepas melawat Iho Tewoo Beach. Lucas walau bagaimanapun menyuruh kami berjalan mengikut sebuah walking path yang menyusur pantai sementara dia pergi mengambil kereta. Dia akan bertemu kami di penghujung walking path nanti.


Lucas menyuruh kami mengikut walking path di hujung sana sementara dia pergi mengambil kereta.
Jambatan di permulaan walking path.
Naik ke atas jambatan
Posing di atas jambatan
Pemandangan pantai dari atas jambatan
Pemandangan Pantai Iho Tewoo kelihatan sangat cantik dari atas jambatan ini.

Pemandangan Iho Tewoo Beach yang sangat cantik dari sini
Keindahan Iho Tewoo Beach
Walking path yang kami lalui ini adalah sebenarnya sebahagian dari Jeju Olle Trail yang terkenal di Jeju. Olle Trail adalah laluan-laluan pejalan kaki yang mengelilingi dan merentas Pulau Jeju. Terdapat 21 laluan yang bersambung-sambung di antara satu sama lain. Setiap Olle Trail mempunyai kepanjangan purata 16 km dan panjang keseluruhan 21 Olle Trail ini adalah 437 km.
 
Sebahagian Jeju Olle Trail yang kami lalui di Iho Tewoo Beach
Kolam mandian di tepi pantai tetapi kelihatan macam tidak dibuka hari ini
Jambatan yang kami lalui tadi
Pemandangan Jeju Pony Lighthouses di kejauhan sana
Berjalan lagi di Walking Path
Pemecah Ombak
Pemandangan lebih dekat pemecah ombak
Hampir tiba di penghujung walking path
Pemandangan yang tenang dan damai di Walking Path
Tiba di penghujung Walking Path
Lucas dah sedia menunggu kami di penghujung walking path sewaktu kami tiba. Sebaik masuk ke dalam kereta, dia memberikan kepada kami sebotol seorang Jeju Mineral Water. Keistimewaan Jeju Mineral Water adalah ia berasal dari kedalaman 420 meter di bawah batuan gunung berapi dan ditapis secara semulajadi oleh The Largest Natural Purifier On Earth. Selain sedap diminum begitu sahaja, Jeju Mineral Water juga dikatakan boleh menambah keenakan kepada air kopi dan teh hijau jika dibancuh menggunakannya.

Jeju Mineral Water
Lucas memberhentikan kereta dekat Rumah Api Kuda Merah dan berjalan bersama kami ke sana. 

Kereta kami parking di sini
Berjalan ke Rumah Api Kuda Merah
Pemandangan Iho Tewoo Beach yang kami lawati tadi
Merakam gambar dengan Insta360
Rumah Api Kuda Putih
Pemecah Ombak
Tiba di Rumah Api Kuda Merah
Pemandangan dari depan Rumah Api Kuda Merah
Bergambar di depan Rumah Api Kuda Merah
Rumah Api berbentuk kuda ini sebenarnya mempunyai perkaitan dengan sejarah Jeju yang pernah menjadi pusat penternakan kuda Mongol di zaman dahulu. Ada sebuah pepatah Korea yang berbunyi  "A human should be sent to Hanyang (nama lama bagi Seoul) and a horse to Jeju Island". Ia menunjukkan kehebatan Jeju dalam penternakan kuda pada masa lampau.

Husband terpaksa membuka topi di sini kerana bimbang topi akan terbang ditiup angin kencang.
Sejarah penternakan kuda di Jeju bermula pada tahun 1276 sewaktu pemerintahan King Chungnyeoul dari Dinasti Goryeo. Pada ketika itu Kublai Khan yang merupakan cucu kepada Genghis Khan telah membawa 160 ekor kuda Mongol dengan kapal ke Pulau Jeju untuk dikacukkan dengan baka kuda tempatan. 

Rumah Api Kuda Putih di sana tidak dibuka untuk lawatan
Bergambar dengan berlatar belakangkan Rumah Api Kuda Putih
Orang Mongol yang terkenal dengan kemahiran berkuda mereka telah mendapati cuaca dan suasana di Jeju sangat sesuai bagi penternakan kuda. Kuda Mongol yang dikacukkan dengan baka kuda tempatan juga didapati lebih kuat dan lasak untuk digunakan dalam peperangan.

Pemandangan Jeju City dari Rumah Api Kuda Merah
Posing di depan Rumah Api Kuda Merah
Satu lagi pemandangan dari Rumah Api Kuda Merah
Adalah dikatakan orang Mongol telah menggunakan kuda-kuda yang diternak di Jeju sewaktu mereka menakluk dunia. 30,000 kuda dibawa ke Mongolia dari Pulau Jeju untuk digunakan dalam operasi ketenteraan mereka.

Meninggalkan Rumah Api Kuda Merah
Berjalan kembali menuju ke kereta
Bunga-bunga liar yang masih berkembang di Pulau Jeju
Bunga-bunga liar
Patung-patung kuda turut diletakkan di tengah padang rumput di sana untuk memperingati kegemilangan sejarah penternakan Kuda Mongol di Jeju pada masa dahulu.


Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:

No comments: