Monday, 3 October 2022

2022 TEMERLOH BHG. 01 (Temerloh)

Ogos 2022

PAHANG, MALAYSIA
Temerloh

Bahagian 1: Temerloh
HOTEL SERI MALAYSIA, TEMERLOH ESPLANADE & AMANI VANILLA TEMERLOH

Part 1: Jalan-Jalan Di Temerloh

Sepanjang bulan Ogos 2022, Myself telah beberapa kali berkunjung ke Temerloh di negeri Pahang atas urusan kerja. Macam biasa, kita minta Husband tolong temankan kita. Sambil-sambil kerja, kita ambillah juga kesempatan melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Temerloh. Maka tempat-tempat menarik yang dilawat secara sporadic ini Myself rangkumkan sekali di bawah entry Temerloh ini.

Peta kedudukan tempat-tempat menarik yang kami lawati di Bera, Temerloh dan Lanchang.

Part 2: Perjalanan Ke Temerloh

Perjalanan ke Temerloh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Kuala Lumpur memakan masa kira-kira 2 jam. Sebahagian perjalanan menggunakan lebuhraya ini adalah melalui sebahagian Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Sebahagian perjalanan adalah merentasi Banjaran Titiwangsa
Menuju ke negeri Pahang Darul Makmur
Terowong Genting Sempah di sempadan negeri Selangor dengan Pahang
Pemandangan di dalam terowong
Cahaya di penghujung terowong
Negeri Pahang
Meninggalkan Banjaran Titiwangsa
Persimpangan Temerloh
Plaza Tol Temerloh

Part 3: Hotel Seri Malaysia, Temerloh

Walaupun Temerloh adalah bandar yang kedua terbesar di Negeri Pahang selepas Kuantan, ia bukanlah sebuah pusat pelancongan yang popular seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands. Maka tak adalah hotel-hotel besar dan glamour di sini. Sewaktu kali pertama datang ke Temerloh dulu, Myself dan Husband menginap di Hotel Seri Malaysia. Inilah hotel yang mungkin paling berbintang di Temerloh.

Hotel Seri Malaysia, Temerloh
Pemandangan Hotel Seri Malaysia dari depan
Kaunter pendaftaran di Hotel Seri Malaysia
Welcome Drink
Bilik penginapan di hotel ini tidak mewah, tapi selesa. Walaupun bertaraf 3 bintang, ia mempunyai sebuah swimming pool. Tapi hotel ini tak ada lif, kenalah turun-naik tangga kalau nak ke bilik penginapan. Kalau tak nak naik tangga, boleh juga access ke bilik kita dari jalan luar yang mendaki bukit itu.

Bilik penginapan di Hotel Seri Malaysia, Temerloh
Swimming Pool
Bunga Raya
Oleh kerana hotel ini tak ada lif, kenalah kita turun-naik tangga
Blok penginapan juga boleh diakses dari jalan di luar yang mendaki bukit.
Walaupun cuma bertaraf 3 bintang, sesuatu yang kami nak puji sangat tentang hotel ini ialah makanannya yang sedap. Kami tiba lewat petang pada kali pertama datang ke Temerloh, jadi malas nak keluar mencari dinner di luar disebabkan dah keletihan. Kami diberitahu restoran hotel dibuka sehingga ke pukul 10 malam. Jadi selepas Maghrib, kami terus turun makan di sana.

Cafe Seri Semantan di Hotel Seri Malaysia, Temerloh
Waktu operasi Cafe Seri Semantan
Suasana di dalam Cafe Seri Semantan
Cozy Corner
Satu lagi pemandangan di dalam Cafe Seri Semantan
Perhiasan menarik pada dinding Cafe Seri Semantan
Pilihan makanannya terhad. Tapi memang SANGAT-SANGAT SEDAP! Surprisingly, walaupun makanan hotel, harganya setanding dengan makanan yang dijual di luar sana.

Menu
Nasi Goreng Udang Gendut
Set Ikan Patin Tempoyak
Bukan sekadar dinner yang sedap, breakfast pada pagi esoknya pun sedap. Memang kami recommend hotel ini kepada sesiapa yang nak mencari penginapan di Temerloh. Kalau tak stay di sini pun, datanglah menikmati makanan yang sedap di restoran hotel ini.

Breakfast di Hotel Seri Malaysia
Nasi Lemak
Mee Goreng
Kentang Goreng dan Sambal
Roti dan Buah-buahan
Sup

Part 4: Temerloh Esplanade

Bandar Temerloh terletak di pinggir Sungai Pahang dan salah sebuah tempat di mana kita boleh menikmati keindahan Sungai Pahang ini adalah di Temerloh Esplanade.

Agak mencabar juga mencari tempat parking kereta di Temerloh Esplanade kalau datang di hujung minggu.
Temerloh Esplanade
Pemandangan di Temerloh Esplanade
Sungai Pahang
Ruang untuk memerhati pemandangan di Temerloh Esplanade
Bersantai di Temerloh Esplanade
Suasana di Temerloh Esplanade
Mural Ikan Patin
Laluan untuk bersiar-siar
Menikmati keindahan Sungai Pahang
Berdekatan dengan Temerloh Esplanade ini, ada juga dibina sebuah jambatan gantung. Walau bagaimanapun, jambatan gantung ini sedang ditutup sewaktu kami berada di situ. Di penghujung jambatan gantung ini ada sebuah restoran yang dinamakan Dataran Ikan Patin.

Jambatan Gantung berhampiran Temerloh Esplanade
Pintu masuk ke Jambatan Gantung
Dataran Patin di seberang sana
Jeti bot berhampiran Temerloh Esplanade
Satu aktiviti yang sempat kami lakukan sewaktu berkunjung ke Temerloh Esplanade adalah cruise di Sungai Pahang. Bot cruise ini tidaklah glamour seperti yang pernah kami naiki di Kuching, Sarawak dan Kuala Terengganu. Cuma bot biasa dan perjalanannya juga tidak lama, hanya sekitar 15 minit. Bayaran yang dikenakan pun murah dan bolehlah sekadar untuk appreciate betapa besar dan lebarnya Sungai Pahang ini berhampiran Temerloh.

Bot untuk cruise di Sungai Pahang
Lepas naik cruise, kita singgah pulak ke Food Court berhampiran. Temerloh terkenal sebagai Bandar Ikan Patin, maka Food Court ini dihiasi dengan ukiran-ukiran Ikan Patin yang banyak terdapat di Sungai Pahang.

Ketika itu telah lewat petang dan banyak kedai sedang menamatkan perniagaan. Culture shock juga kita bila melihat kedai-kedai ini ditutup begitu awal. Maklumlah kita kan datang dari KL ~ the city that never sleep. Kalau kat KL pada waktu-waktu begini memang kedai-kedai terutamanya kedai makan masih rancak berniaga.

Suasana lewat petang di Temerloh Esplanade
Pemandangan di Food Court
Banyak kedai dah mula ditutup ketika ini dan tak lagi menerima pesanan
Menikmati pemandangan sebatang anak sungai yang mengalir masuk ke Sungai Pahang dari Food Court
Pemandangan Dataran Patin di seberang sana
Membawa bot laju masuk ke dalam sungai
Secara kebetulan, kami tiba di Temerloh Esplanade sehari sebelum sebuah pertandingan bot laju akan berlangsung di Sungai Pahang. Maka pada petang itu, banyaklah pemandangan bot-bot laju ini sedang membuat persediaan dan latihan akhir untuk pertandingan yang akan berlangsung pada keesokan hari.


Part 5: Amani Vanilla Temerloh

Sebuah lagi tempat yang sempat kami lawati sewaktu di Temerloh adalah Amani Vanilla Temerloh. Ia adalah sebuah ladang tanaman vanilla yang juga terkenal dengan penghasilan ais kerim vanillanya. Tempat ini disyorkan kepada kami oleh petugas di Hotel Seri Malaysia.

Amani Vanilla Temerloh
Maklumat mengenai Amani Vanilla Temerloh
Berjalan masuk ke Amani Vanilla
Laluan masuk
Keistimewaan Amani Vanilla ~ Homemade Vanilla Beans Ice Cream
Bergambar dulu sebelum masuk
Berbagai jenis ice cream
Konsep di Amani Vanilla adalah self service. Sebaik masuk kita order dulu ice cream dan makanan yang diingini. Selain menu ice cream, ada juga beberapa side dish lain seperti keropok lekor dan ubi kayu.

Kaunter pesanan
Membuat pesanan
Menu ice cream
Side order
Ice cream dan minuman boleh diambil terus di kaunter selepas order. Set makanan lain akan dihantar terus ke meja.

Set ice-cream dan minuman kami
Bagai menatang minyak yang penuh
Laluan ke tempat makan
Selain menanam vanilla mereka sendiri, Amani Vanilla Temerloh (AVT) juga berfungsi sebagai Pusat Penanam Vanilla Malaysia yang mempunyai 500 petani ahli setakat ini. AVT juga memberi latihan, bertindak sebagai kontraktor, membekal benih dan racun organik serta membekal peralatan rumah pelindung. Hasil yang ditanam di seluruh Malaysia dikumpul di AVT yang bertindak sebagai pusat pengumpulan hasil dan pemasaran buah kering di dalam dan luar negara.

Ruang makan di Amani Vanilla
Meja kayu authentic
Kat sana ada ruang makan yang lagi best...
Meja dan kerusi makan yang menarik
Selain vanilla, ada juga tanaman kelapa yang diusahakan di sini
Gelanggang ATV turut disediakan untuk mereka yang berminat
Tak ada orang bermain ATV pada masa ini...
Pemandangan dari tempat makan
Ice cream di Amani Vanilla memang sedap tetapi kami dah macam overdose dengan ice cream pulak sewaktu membuat pesanan. Keropok Lekor yang kami order pun sedap. Walau bagaimanapun, Ice Cream Goreng yang turut dipesan kurang kena sikit dengan selera kami.

Full set makanan yang kami order
Satu lagi suasana di Amani Vanilla Temerloh
Ada juga sebuah kandang arnab yang disediakan di sini. Mungkin untuk hiburan kanak-kanak tetapi orang dewasa pun boleh terhibur juga dengan memberi makan kepada arnab-arnab di sini.

Kandang arnab
Carrot untuk makanan arnab
Memberi makan arnab
Emak dan baby arnab
Merayu nak mintak carrot
Dah nama tempat ini Amani Vanilla, mestilah kami nak tengok pokok-pokok vanilla yang ditanam. Myself tak pernah tengok rupa pokok vanilla sebenar sebelum ini. Cuma dilihat dalam gambar. Ohh, inilah rupa pokok vanilla yang selalu dibuat ice cream itu...

Melihat pokok vanilla dengan lebih dekat
Ada antara pokok vanilla ini yang sedang berbunga
Pelawat diminta tidak menyentuh pokok vanilla kerana getah pokok ini gatal. Setiap pokok vanilla juga dianggarkan bernilai RM 350.
Pokok Periuk Kera yang juga ditanam di Amani Vanilla
Kami pernah diberitahu yang Lemang Periuk Kera adalah hidangan Hari Raya yang istimewa di Negeri Pahang.
Buah vanilla sebenarnya berbentuk seperti kacang. Malangnya pokok-pokok vanilla yang kami lihat masih belum berbuah ketika itu. Jadi sebelum meninggalkan Amani Vanilla, seorang petugas di sini menunjukkan kepada kami kacang vanilla yang telah dikeringkan. Ohh, begitu rupanya...

Kacang vanilla yang telah dikeringkan


Bersambung ke Bahagian 2...



No comments: