Thursday, 14 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 06 (Gwangalli Beach & Moontan Lookout)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 6: Busan Tour
BUSAN (Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout)

HARI KETIGA (1)

Part 12: Sarapan Pagi Di Arban City Hotel

Program Hari Ketiga di Korea dimulakan dengan sarapan pagi di Hotel Arban City. Sebaik masuk ke restoran, kami disapa oleh seorang petugas di restoran yang memberitahu kami semua makanan yang disediakan pada pagi ini adalah Halal. Myself rasa hotel ini selalu menerima kunjungan dari tetamu Muslim, oleh yang demikian mereka tahu keperluan tentang makanan Halal.

Suasana di restoran sarapan pagi di Arban City Hotel
Kami perhatikan memang makanan yang disediakan adalah Halal kerana hampir kesemuanya makanan vegetarian.

Kaunter buffet makanannya di sana hampir kesemuanya vegetarian
Satu lagi suasana di dalam restoran
Bilik kaca di belakang restoran sana juga berfungsi sebagai bilik mesyuarat
Pilihan sarapan pagi kami
Program lawatan kami hari ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Disebabkan masih ada masa yang terluang sebelum Sarah datang menjemput, kita bersiar-siar dulu di kawasan sekitar hotel untuk menikmati suasana di sekeliling.

Pelancong dari China yang sedang berkumpul untuk check-out dari hotel
Pemandangan menghala ke pintu masuk ke hotel
Arban City Hotel terletak di sebatang jalan utama di tengah kota Busan yang bernama Bansong-ro. Di depan hotel ini ada dikibarkan bendera negara-negara penginap. Bendera Malaysia turut dikibarkan menandakan ia sering menerima kunjungan penginap dari negara kita.

Bendera Malaysia turut dikibarkan di depan pintu masuk hotel bersama bendera negara Jepun, Thailand, Taiwan dan Korea sendiri.
Bak kata Husband, memang selamat menginap di Hotel Arban City kerana ada sebuah balai polis yang terletak betul-betul di sebelahnya. Balai polis ini kecil dan comel. Kereta polis di depannya juga terpaksa parking betul-betul disebabkan ruangnya yang sempit.

Balai polis yang cute di sebelah Hotel Arban City
Pintu masuk ke Hotel Arban City yang sebenar terletak di side lane ini
Pemandangan di jalan utama Bansong-ro di depan hotel
Restoran Starbucks di tepi hotel

Part 13: Morning Walk Di Busan

Bansong-ro di depan Hotel Arban City adalah sebatang jalan yang sibuk. Di samping kenderaan darat yang lalu-lalang di atasnya, ada laluan subway di bawah tanah di sepanjang jalan ini juga.

Jalan Bansong-ro di depan Hotel Arban City
Bansong-ro juga adalah sebuah laluan bas utama di Busan. Disebabkan hari ini adalah hari bekerja, ada saja bas yang lalu dan berhenti berdekatan dengan hotel kami. Kesemua bas awam di Busan menggunakan enjin elektrik yang senyap. Jadi tidak hairanlah jika suasana di Jalan Bangso-ro tidak bising dan udaranya juga segar walau berada di tengah-tengah pusat bandar.
  
Bas awam di Busan yang menggunakan enjin elektrik
Sewaktu membawa kami membuat Tour di sekitar Busan semalam, Sarah ada memberitahu yang kereta kami membuat tour mesra alam sekitar kerana menggunakan LNG sebagai bahan bakar. Bila kami bertanya mengapa dia tidak menggunakan kereta EV, Sarah bercerita tentang stigma yang sedang dihadapi oleh pengguna kenderaan di Korea tentang kenderaan tersebut.

Baru-baru ini ada sebuah kejadian besar yang berlaku di Seoul di mana bateri sebuah kereta EV dari jenama Mercedes-Benz terbakar secara tiba-tiba di sebuah basement parking. Kebakaran tersebut turut memusnahkan 94 kenderaan lain yang parking bersamanya. Peristiwa ini telah menyebabkan rakyat Korea mula ragu untuk menggunakan kenderaan EV. Malah ada bangunan-bangunan di Korea kini yang melarang kenderaan EV dari parking di basement mereka.

Perhentian bas di depan Hotel Arban City
Pengguna boleh menyemak status dan maklumat bas awam yang ingin digunakan di sini.
Kami juga mengambil kesempatan melawat ke sebuah convenience store yang bernama Nice To CU di tepi hotel. Nice To CU (disingkatkan sebagai CU sahaja) adalah convenience store tempatan milik Korea. Ia dapat dilihat di mana-mana sahaja di seluruh Korea Selatan, termasuk juga di kawasan luar bandar. Konsepnya adalah seperti convenience store Jepun Family Mart yang juga dapat dilihat di Malaysia sekarang.
 
Nice To CU ini adalah convenience store milik tempatan di Korea Selatan
Suasana di dalam kedai Nice To CU. Kedai ini lebih banyak menjual makanan segera berbanding barang keperluan lain di dalamnya.
Tempat duduk untuk makan turut disediakan di dalam Nice To CU
Selain menjual makanan segera, kedai Nice To CU turut mempunyai sebuah gerai makanan panas di bahagian depan.
Pemandangan gerai menjual makanan panas di bahagian depan kedai Nice To CU.

Part 14: Gwangalli Beach & Gwangan Bridge

Sebaik Sarah tiba, kami terus memulakan lawatan Hari Kedua kami di Busan (yang juga merupakan Hari Ketiga tour di Korea). Tempat pertama yang kami kunjungi adalah sebuah pantai di pinggir bandar yang bernama Gwangalli Beach.

Jalan Bangsong-ro di Busan
Seperti juga kota-kota besar lain di dunia, ada banyak bangunan pencakar langit diperhatikan di Busan
Sedikit kesesakan dirasai kerana warga Busan sedang keluar hendak pergi bekerja.
Disebabkan kekurangan tanah, banyak ruang parking di seluruh negara Korea disediakan dengan cara begini
Plat biru pada kereta di depan ini menandakan ia adalah sebuah kenderaan EV.
Memandu menuju ke arah pantai
Lalu di bawah sebuah jambatan
Sebuah restoran yang menarik
Tiba di tepi pantai
Busan terletak di pinggir Laut Jepun yang lebih dikenali sebagai East Sea di Korea. Ia mempunyai 7 buah pantai dan Gwangalli Beach yang kami lawati ini adalah salah sebuah di antaranya.

Jalan Gwanghanhaebyeon-ro yang terletak di pinggir Gwangalli Beach
Selain dari menjadi tempat warga Busan untuk beriadah, Gwangalli Beach yang sepanjang 1.4 km ini juga terkenal sebagai tempat untuk melihat pemandangan Jambatan Gwangan yang juga dikenali sebagai Diamond Bridge. Jambatan sepanjang 7.42 km ini adalah jambatan yang kedua terpanjang di Korea Selatan selepas Incheon Bridge di Seoul.

Gwangalli Beach
Pemandangan Gwangan Bridge dari Gwangalli Beach
Gwangan Bridge adalah jambatan yang kedua terpanjang di Korea Selatan selepas Incheon Bridge.
Bersiar-siar di Gwangalli Beach dengan berlatar belakangkan Gwangan Bridge
Mentari pagi yang mengintai di celah pohon di Gwangalli Beach
Sarah memberikan sedikit masa kepada kami untuk menikmati keindahan pemandangan Gwangalli Beach. Kesempatan ini tidak kami sia-siakan dengan berjalan di sepanjang pantai.

Gwangalli Beach
Pasir yang halus di Gwangalli Beach
Pantai yang luas di pinggir bandar ini memang sesuai menjadi tempat untuk warga Busan beriadah
Husband mengambil gambar keindahan Gwangalli Beach
Pemandangan pagi Gwangalli Beach dengan berlatar belakangkan Gwangan Bridge
Beriadah berbasikal di Gwangalli Beach
 Berjalan sambil menikmati pemandangan Gwangan Bridge
Bangunan-bangunan moden yang dibina menghadap Gwangalli Beach
Arca di tepi pantai
Meninggalkan Gwangalli Beach

Part 15: Moontan Road Lookout

Sarah membawa kami menyelusuri pantai di Busan menuju ke Haeundae Beach. Walaupun ejaan Haeundae kelihatan hampir sama dengan Hyundai, ia disebut sebagai Ha-eun-dae dan bukan Hyun-dai.

Menuju ke Haeundae Beach
Kawasan tepi laut menuju ke Haeundae Beach ini adalah sebuah kawasan mewah dan elite di Busan. Oleh yang demikian, ia dipenuhi dengan bangunan-bangunan kediaman mewah.

Bangunan-bangunan mewah di laluan menuju ke Haeundae Beach
 Penghujung jambatan Gwangan Bridge
Pemandangan di bawah jambatan
Bangunan Haeundae Exordium
Bangunan-bangunan pencakar langit
Tengok dari jauh pun dah nampak kemewahannya
Mengikut kata Sarah, Datuk Bandar Busan yang merupakan seorang wanita turut tinggal di kawasan ini.
Destinasi kami yang seterusnya adalah sebuah viewpoint yang dinamakan sebagai Moontan Road Lookout.

Moontan Road Lookout
Sun and Fun Haeundae ~ Cherish The Memories
Pemandangan menghala ke Busan dari Moontan Road Lookout. Bangunan-bangunan tinggi di sebelah kanan dinamakan Haeundae LCT The Sharp.
Satu pemandangan menarik yang dapat dilihat dari Moontan Road Lookout adalah Haeundae Sky Capsule yang macam cable car tetapi bergerak di atas rail. Macam interesting kalau dapat naik Sky Capsule ini, tetapi kata Sarah dia telah mengatur supaya kami naik Beach Train dan bukan Sky Capsule. Sky Capsule bergerak sangat slow dan laluannya juga jauh lebih pendek berbanding Beach Train.

Sky Capsule
Sky Capsule
Sky Capsule
Pemandangan kota Busan juga sangat indah diperhatikan dari Moontan Road Lookout ini. Kita ambil gambar untuk mengabadikan kenangan kerana entah bila kita akan sampai ke sini lagi...

Kenangan di Moontan Road Lookout
Kota Busan di kejauhan
Close-up
Gwangan Bridge
Haeundae Beach yang merupakan sebuah lagi pantai yang terkenal di Busan dapat dilihat dari Moontan Road Lookout. Antara pemandangan yang menarik perhatian adalah 2 buah arca yang dibina di tengah laut dari pantai ini.

Pantai Haeundae sebenarnya terdedah kepada ancaman hakisan. Oleh yang demikian, pihak berkuasa Busan telah membina sebuah pemecah ombak konkrit di dasar laut di tepi pantai untuk membantu mengurangkan hakisan ini. Disebabkan pemecah ombak ini dibina di dasar laut, ia menjadi merbahaya kepada kapal-kapal yang berlayar. Sehubungan itu, dua buah arca telah dibina sebagai tanda amaran untuk menandakan kedudukannya. 

Pemandangan Haeundae Beach dari Moontan Lookout
Close-up Haeundae Beach
Pengunjung-pengunjung ke Haeundae Beach
Di kejauhan juga kita dapat melihat gugusan pulau-pulau berbatu kecil yang dinamakan sebagai Oryukdo Islets. Kata Sarah, pulau-pulau ini boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari tanah besar sewaktu air surut.

Oryukdo Islets yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari tanah besar sewaktu air surut
Rumah-rumah kediaman di sebalik tebing tinggi


Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: