Sunday, 10 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 04 (Gamcheon Village)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 4: Busan Tour
BUSAN (Gamcheon Culture Village)

HARI KEDUA (3)

Part 9: Gamcheon Culture Village

Destinasi kami yang seterusnya selepas melawat Songdo Skywalk adalah tarikan pelancongan yang dikatakan paling terkenal di Busan ~ Gamcheon Culture Village.

Pemandangan Gamcheon Culture Village dari kejauhan
Anjing cute yang bersiar-siar bersama tuannya
Jalan menuju ke Gamcheon Culture Village
Bangunan-bangunan di tepi jalan
Aduhh, tinggi dan curam sekali bukit ini!
Pemandangan yang stunning menggamit setibanya kami di Gamcheon Culture Village. Ia adalah sebuah penempatan yang dibina di lereng sebuah bukit yang curam. Yang lebih menarik lagi adalah bangunannya dicat dengan berwarna-warni dan kelihatan cantik walau di waktu malam begini.

Gamcheon Culture Village
Bangunan-bangunan berwarna-warni di Gamcheon Culture Village
Sebelum masuk ke Gamcheon Culture Village, Sarah membawa kami melihat pemandangan keseluruhan dari sebuah viewpoint di bahagian luar. Di sini ada ukiran unik yang dinamakan Becoming One. Ukiran yang berbentuk manusia ini dilukis dengan pemandangan Gamcheon Village yang sebenar sehingga seolah-olah lukisan ini blend dengan pemandangan sebenar tersebut.

Bersama ukiran Becoming One di Gamcheon Culture Village
Perhatikan lukisan pada ukiran yang blend dengan pemandangan yang sebenar
Menikmati pemandangan malam di Gamcheon Culture Village
Sebuah lagi viewpoint berhampiran yang terletak pada lokasi yang lebih rendah
Sarah sebenarnya agak kecewa kerana kami hanya dapat melihat Gamcheon Culture Village selepas matahari dah terbenam. Kata Sarah, pemandangan ini jauh lebih indah kalau dilihat di sebelah siang. Tak mengapalah, Sarah. Pemandangan malam begini pun cukup indah dan istimewa pada pandangan kami.

Berjalan menuju ke pintu masuk ke Gamcheon Culture Village
Pintu gerbang berhampiran pintu masuk ke Gamcheon Culture Village
Sejarah Gamcheon Village bermula dengan Perang Korea yang meletus di antara Korea Utara dengan Korea Selatan pada tahun 1950-1953. Pada ketika itu, tentera Korea Utara yang mendapat sokongan dari China dan Soviet Union (kini Russia) telah menyerang Korea Selatan. Busan adalah kota tunggal yang terlepas dari serangan Korea Utara. Ramai mangsa perang yang kehilangan tempat tinggal melarikan diri ke Busan dan membina tempat tinggal baru di Gamcheon Village.

Berjalan menuju ke pintu masuk Gamcheon Culture Village
Lukisan pada bangunan yang menggambarkan suasana di Gamcheon Village.
Gamcheon Village terus didiami penduduk Busan sehingga sekarang. Disebabkan lokasinya yang terletak di lereng bukit dan ditambah dengan kesesakan penduduk yang padat, kemudahan perbandaran yang sempurna tidak dapat disediakan di sini. Gamcheon terus menjadi bahagian dari kota Busan yang ketinggalan dalam serba-serbi pembangunan.

Pada tahun 2009, Kerajaan Korea Selatan menerusi Ministry of Culture, Sports and Tourism melancarkan projek baru yang bertemakan Dreaming of Busan Machu Picchu di Gamcheon Village. Pembaikan dibuat kepada perumahan di Gamcheon Village dan para artis diupah untuk menukarkan perkampungan yang serba ketinggalan ini menjadi sebuah komuniti kreatif. Penduduk Gamcheon turut bekerjasama dalam menjayakan projek ini sehingga akhirnya muncullah Gamcheon Culture Village yang dikenali sekarang.

Mengikut Sarah masuk ke Gamcheon Culture Village
Sampai di sebuah bangunan, Sarah menunjukkan ukiran patung yang unik pada bumbungnya. Patung burung yang berkepala manusia bertemakan People and Bird ini melambangkan harapan penduduk Gamcheon untuk terbang bebas dari kesusahan yang membelenggu. 

Gamcheon Culture Store yang telah ditutup ketika ini
Ukiran burung berkepala manusia di bumbung Gamcheon Culture Store
People and Bird
Kami dipaksa oleh Sarah untuk bergambar di sini. Hihihiii!!
Sarah terus membawa kami berjalan mendaki bukit di Gamcheon Village. Walaupun hari telah malam, masih ramai pelawat yang berkunjung ke sini. Di serata Gamcheon Village ada peringatan supaya pelawat tidak membuat bising demi menghormati penduduk yang tinggal menetap di sini.

Memanjat bukit yang curam di Gamcheon Culture Village
Suasana malam di Gamcheon Culture Village
Elemen seni memang sentiasa ada di mana-mana di Gamcheon Culture Village
Kami bertemu dengan sebuah mural menarik yang dinamakan Fish Swimming Through the Alley. Tapi kacau pulak ada sebuah van sedang parking betul-betul di hadapannya...

Fish Swimming Through the Alley. Mengacau pemandangan sungguh bila ada van parking di depannya. Haihh!!
Kepala Ikan
Kedai cenderamata
Kalau terasa nak feeling-feeling Korean, boleh menyewa pakaian tradisional Korea di sini.
Berjalan lagi ke hujung sana
Kedai Jus dan Ais Kerim
Semua tangga di celah bangunan dihias cantik begini
Korean Traditional Paper Art Shop
BTS adalah kumpulan K-Pop yang paling terkenal di seluruh dunia sekarang. Busan berbangga kerana dua anggotanya yang bernama Jungkook dan Jimin berasal dari bandar ini. Oleh yang demikian, mural Jungkook dan Jimin turut diabadikan pada sebuah bangunan di Gamcheon Culture Village sebagai penghormatan kepada mereka.

The Mural Of Jungkook & Jimin
Kita bukanlah peminat kumpulan-kumpulan K-Pop ini. Tapi bila diberitahu oleh Sarah yang kalau di sebelah siang memang ramai yang beratur panjang nak bergambar di mural ini, terpaksalah kita pun menjadi peminat sementara Jungkook dan Jimin. Hahaha!!

Bergambar dengan Jungkook dan Jimin
Terpengaruh melihat seorang Minah Salleh dari Spain yang sibuk berposing dengan mural BTS, kita pun terpaksalah menjadi anggota BTS Army juga. Hahaha!!! BTS Army adalah nama yang diberi kepada kelab peminat BTS.

Minah Spanish yang sibuk berposing dengan BTS
Kita pun terpaksalah juga menjadi BTS Army. Hahaha!!
Translation: You will be unique to me in the world. I will be unique in the world for you.
Kita terus bersiar-siar di Gamcheon Culture Village...

Berjalan menurun bukit pulak...
Pemandangan suasana malam yang semakin indah di Gamcheon Culture Village
Jesus Christ Church di Gamcheon Culture Village
Mural dari kisah The Little Prince
Jalan-jalan malam...
Kedai snacks popular Korea
Kedai souvenir
Lagi kedai souvenir yang menarik
I Love Gamcheon
Beautiful Gamcheon
Masih ada beberapa kedai yang masih beroperasi di waktu malam begini
Sebuah viewpoint yang menarik
Mesin Fortune Telling
Setiap bola ini dikatakan boleh menggambarkan ramalan masa depan kita
Arahan bagaimana nak menggunakan Mesin Fortune Telling
The Little Prince and The Fennec Fox adalah antara viewpoint yang menarik di Gamcheon Culture Village. Seperti juga mural BTS tadi, patung Little Prince dan Fennec Fox ini menjadi tumpuan pengunjung ke Gamcheon untuk bergambar terutama di sebelah siang. Disebabkan keadaan di sini lengang ketika itu, kita pun ambillah juga kesempatan bergambar dengan mereka.

Patung Little Prince and the Fennec Fox
Mini Love dengan Little Prince sambil menikmati pemandangan malam Gamcheon
Kita usaplah juga Si Fennec Fox sebab kesian tak ada orang nak usap dia...
Sarah terus membawa kami ke sebuah kedai yang bernama Gamcheon Culture Station kerana dia nak menunjukkan sebuah tangga yang cantik di situ. Tangga yang dinamakan sebagai Rainbow Stairs ini dilukis bagaikan buku-buku yang bersusun.
 
Gamcheon Culture Station
Sarah membawa kami ke sini kerana nak menunjukkan sebuah tangga yang cantik di sini.
Rainbow Stairs
Anak-anak tangga Rainbow Stairs ini dilukis bagaikan buku-buku yang bersusun.
Candy
Selepas melawat Rainbow Stairs, kami mula melangkah pergi. Dalam perjalanan kembali ke pintu masuk, masih singgah-singgah juga mengambil gambar di beberapa spot yang menarik tadi.

Husband singgah bergambar di mural Little Prince and the Fennec Fox
Last pose with Jungkook and Jimin
Photo Corner
Berdua lebih baik...
Presiden Jokowi dari Indonesia juga pernah datang melawat ke Gamcheon Culture Village
Berjalan keluar dari Gamcheon Culture Village
Pintu masuk ke Gamcheon Culture Village
Meninggalkan Gamcheon Culture Village


Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: