Monday, 4 November 2024

2024 SOUTH KOREA [2nd] BHG. 01 (Going Korea)

Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 1: Departure
PERJALANAN KE KOREA SELATAN

Part 1: Private Tour Ke South Korea

Sewaktu diberitahu yang Myself mempunyai banyak cuti yang perlu dihabiskan sebelum akhir tahun, destinasi yang terpancar di fikiran Myself memang South Korea. Ini adalah kerana Husband belum pernah sampai ke Korea dan dia sering menyatakan hasratnya nak melawat ke situ. Kita pun okey juga kerana Myself cuma baru sekali sampai ke Korea. Itu pun pada tahun 2010 dulu dan hanya melawat sekitar bandar Seoul. Lama sangat dah tu, sebab pada masa itu K-Pop dan K-Drama baru mula masuk ke Malaysia dan belum popular macam sekarang.

Pada mulanya kami merancang nak mengikut Group Tour ke Korea. Memang ada banyak agensi yang menawarkan Group Tour ke Korea, tetapi hanya melawat sekitar Seoul, mungkin disebabkan faktor kos yang sangat mahal kalau nak melawat ke tempat lain. Yang sangat tidak menarik bagi Myself dan Husband adalah itinerary mereka yang ada banyak shopping di dalamnya. Tak ada sangatlah essence of Korea yang kami harapkan dari itinerari trip yang sebegitu.

Disebabkan Myself dah pernah sampai ke Seoul, Husband mencadangkan supaya kami turut melawat ke tempat-tempat lain di Korea. Excited juga pada mulanya bila melihat ada satu agensi yang menawarkan itinerary Group Tour ke Busan dan Jeju. Kedua-duanya Myself dan Husband tak pernah sampai lagi. Tetapi bila ditanya, rupa-rupanya itinerary itu tidak lagi ditawarkan kerana Air Asia dah tak terbang lagi ke Busan. Kalau dah tak ditawarkan, kenapa masih diletak iklannya dalam internet? Aduss!!

Myself dan Husband akhirnya memutuskan untuk membuat Private Tour ke Korea. Jadi kami mula mencari agensi yang boleh mengatur trip ini. Memang kecewa kerana tidak banyak agensi yang bersedia nak mengatur private tour ke Korea. Semuanya memberi alasan private tour ke Korea untuk 2 orang terlalu mahal dan meminta kami mengikut saja Group Tour atau pakej standard Private Tour yang mereka sediakan. Ada juga agensi yang kata bersedia nak mengatur private tour untuk customer dan tanya macam-macam requirement kita tetapi kemudian buat senyap dan tak come back pun dengan apa-apa cadangan. Mungkin sebab kosnya mahal dan mereka tidak rasa kami nak proceed dengan kos sebegitu. Hello, janganlah begitu! Walaupun mahal, janganlah stereotype semua customer. Ada customer yang sanggup membayar jika sesuai dengan expectation mereka.
 
South Korea
Ada juga sebuah agensi yang mengiklankan diri sebagai pakar lawatan ke Korea. Tetapi bila kita tanya sama ada mereka boleh mengatur lawatan ke DMZ di  Seoul, wakil agensi tak pernah mendengar pun pasal DMZ. Aiseyy, kat iklan kata agensi itu expert pasal Korea. Kenapa DMZ pun tak pernah dengar? Alahai!!

Dalam banyak-banyak agensi yang ditanya, cuma Selamatbercuti (Wan Vacation) yang bersedia melayan kami. Maka terus saja kita berurusan dengan mereka. Pada mulanya Myself dan Husband bercadang nak mengambil trip ke Seoul dan Busan saja dengan mereka. Tetapi bila melihat mereka begitu profesional dan bersedia melayan kita, terus kita tambah satu lagi destinasi ~ Jeju ke dalam itinerary. Husband yang suggest sebenarnya. Kata Husband, kita travel sungguh-sungguh sebab mungkin sekali ini sajalah kami nak ke Korea begini. Maklum sajalah sebab usia dah meningkat dan kesihatan pun dah mula menjadi problem, mungkin hanya beberapa tahun saja lagi kami mampu nak travel jauh-jauh macam ini.

Walau apa pun, Myself memang nak puji customer service Selamatbercuti. Mereka memang bersedia mengatur private tour mengkut kehendak pelanggan. Ini telah kami uji dalam pelbagai private tour kami yang lain sebelum ini ke Manado (Sulawesi, Indonesia), Cebu (Philippines) dan Phuket (Thailand). Semua trip ini ada Myself ceritakan di dalam blog ini. Itinerary kami juga bukan itinerary yang tipikal bagi kesemua destinasi ini. Selain Private Tour ini, kami juga pernah mengikut program Group Tour mereka ke Eastern Europe.

Trip kami yang terkini ke Morocco, Spain dan Portugal juga sebenarnya diatur oleh Selamatbercuti. Sepatutnya perjalanan itu dibuat secara Group Tour. Tetapi disebabkan kurang sambutan pada tarikh yang dicadangkan, Group Tour tersebut telah dibatalkan. Namun begitu, Selamatbercuti tidak sekadar berlepas tangan dengan memulangkan pembayaran yang telah dibuat. Mereka sebaliknya berusaha mencari dan menguruskan Group Tour lain yang boleh kami ikuti. Begitulah service yang diharapkan oleh customer. Tahniah, Selamatbercuti! Memang sah kami akan terus menjadi customer Selamatbercuti selepas ini.

HARI PERTAMA

Part 2: Terbang ke Incheon, Seoul

Penerbangan kami ke South Korea pada hari ini bermula dari KLIA2 kerana kami menggunakan khidmat Air Asia X. Lama sungguh kita tidak membuat penerbangan antarabangsa dengan Air Asia X. Kali terakhir adalah sewaktu pergi ke New Zealand pada tahun 2019 dulu.

Tiba di KLIA2
Posing-posing dulu dengan bagasi sewaktu tiba di KLIA2
Jom kita masuk ke dalam...
Walaupun penerbangan kami dijadual berlepas pada pukul 10.50 malam, Myself dan Husband memilih datang awal pada pukul 6 petang untuk keselesaan. Suasana di KLIA2 petang itu agak sibuk walaupun belum musim cuti sekolah.

Suasana di KLIA2
Salah sebuah restoran di KLIA2
Destinasi pertama kami di Korea adalah Busan. Mengikut perancangannya, sebaik selepas sampai di Seoul nanti, kami akan terus naik keretapi laju KTX ke Busan. Bimbang tak sempat nak breakfast sebaik sampai di Seoul kelak, kita belilah roti di KLIA2 sebagai bekalan untuk dimakan dalam KTX.

Membeli roti sebagai bekalan perjalanan ke Busan
Semak dulu jadual flight, takut-takut ada pertukaran
Flight kami ke Seoul-Incheon, Air Asia X D7 504 masih mengikut jadual
Seperti biasa, kami juga menempah peralatan Wifi Roamingman untuk kegunaan sewaktu di South Korea. Terus saja kita pergi mencari kaunter Roamingman di KLIA2 ini untuk membuat pick-up. Melilau juga kami mencari kaunter Roamingman kerana ini adalah kali pertama kami membuat pick-up di KLIA2. Kalau kat KLIA1, memang kami dah hafal lokasi kaunter Roamingman ini.

Kaunter Roamingman di KLIA2
Berurusan di kaunter Roamingman
Peralatan Wifi Roamingman. Kami pilih servis 4G untuk menjimatkan kos. Ada hadiah percuma sebuah stand yang diberi oleh Roamingman untuk pelanggan mereka hari ini.
Urusan seterusnya adalah mencari dinner. Untuk kemudahan, kami memilih early dinner hari ini di Food Arcade KLIA2. Food Arcade KLIA2 ini memang lebih menarik berbanding Food Garden KLIA1 kerana ada lebih banyak pilihan makanan untuk rakyat marhaen macam kami.

Food Arcade KLIA2
Pelbagai pilihan makanan ada di sini
Suasana di Food Arcade
Pilih Mee Goreng dan Nasi Padprik untuk dinner hari ini
Pemandangan suasana di KLIA2 dari Food Arcade
Selepas dinner, perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah check-in. Sesuatu yang agak merengsakan kami kalau naik Air Asia begini adalah self check-in. Walaupun dah beberapa kali melaluinya, proses self check-in ini tak pernah smooth dengan sekali jalan bagi kami. Maklumlah kita sekarang dah masuk kategori veteran, mesti punyalah kita tewas dan terkial-kial bila terpaksa berdepan dengan mesin-mesin automatik macam ini. Hehehehh!

Self Check-in Kiosk di KLIA2
Terkial-kial nak mengguna mesin ini...
Baggage Drop pulak...
Pakai scanner ini pun terkial-kial juga.... Hehehehhh!
Alhamdulillah, selepas selesai proses check-in kita mulakan langkah pertama menuju ke South Korea dengan melangkah masuk ke Perlepasan Antarabangsa...

Perlepasan Antarabangsa
Suasana di Perlepasan Antarabangsa
Kedai-kedai Duty Free
Lagi kedai-kedai Duty Free
Mencari pintu perlepasan
Walkalator
Pemandangan malam di KLIA2
Buggy
Perayaan Deepavali semakin menjelang ketika itu. Oleh yang demikian, KLIA2 turut dihiasi dengan perhiasan-perhiasan Deepavali.

Perhiasan Deepavali di KLIA2
Lagi perhiasan sempena perayaan Deepavali
Terus berjalan menuju ke pintu perlepasan
Kedai-kedai kosmetik
Ahh-Yum
Kami seterusnya singgah di Food Court Perlepasan Antarabangsa. Tujuan sebenarnya adalah nak bersolat di surau berdekatan. Sambil seorang bersolat di surau, seorang lagi duduklah menjaga barang di Food Court ini.
 
Food Court di Perlepasan Antarabangsa
Satu lagi pemandangan di Food Court
Lepas dah solat, kita turun tangga menuju ke Pintu Perlepasan. 

Turun tangga menuju ke Pintu Perlepasan
Check dulu Pintu Perlepasan kita...
Pesawat kita D7 504 akan berlepas dari Pintu P8
Little Malaysia & Delicacies of Malaysia
Model durian di Delicacies of Malaysia
Cantik lukisan mural di sana...
Memeriksa mural dengan lebih dekat
Kenangan di KLIA2
Menuju ke Pintu P8
Pintu P8
Pintu Perlepasan kami pada malam itu adalah Pintu P8. Ia dibuka kira-kira sejam sebelum waktu penerbangan. Disebabkan pengaruh K-Pop, Korea Selatan menjadi destinasi tumpuan ramai anak muda Malaysia. Di samping rombongan keluarga, ramai dilihat kumpulan anak-anak muda ini (terutama group perempuan) yang naik penerbangan bersama kami menuju ke Incheon.
 
Masuk ke Pintu Perlepasan
Menunggu di Pintu Perlepasan
Krew pesawat kami
Risau juga naik Air Asia sebab ia terkenal selalu delay. Namun syukur Alhamdulillah kerana pesawat kami berlepas mengikut jadual pada malam itu.

Pesawat Air Asia X yang akan membawa kami terbang ke Seoul
Masuk ke dalam pesawat
Mencari tempat duduk kami di dalam pesawat
Suasana di dalam pesawat
Pesawat agak penuh pada malam itu kerana Korea Selatan merupakan destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia
Myself dan Husband memang ada tempat duduk favourite dalam pesawat Air Asia X ~ barisan pertama kerusi berdua di ekor pesawat. Awal-awal lagi kita dah beli seat ini sewaktu membeli tiket. Ramai orang tak suka duduk di ekor pesawat kerana katanya ia akan bergoncang lebih sewaktu turbulence. Tapi kami okey saja... Kalau pilot pesawat kita hebat, tak adalah teruk mana bergoncang-goncang masa turbulence, kan?!
 
Tempat duduk favourite kami dalam pesawat Air Asia
Bersedia untuk berlepas
Tepat pada pukul 10.50 malam mengikut jadual, pesawat kami Air Asia X D7 504 bergerak meninggalkan KLIA2 menuju ke Incheon International Airport di Seoul, Korea Selatan.
 
Bergerak menuju ke runway
Pemandangan sewaktu Air Asia X terbang menuju ke Incheon
Lampu pesawat dinyalakan semula selepas pesawat selamat terbang di udara


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: