Wednesday 3 July 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 23 (Alhambra : Medina)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[SPAIN: Tarifa, Granada, Cordoba & Seville]

Bahagian 23: Spain
GRANADA (Alhambra : Medina & Royal Street of Alhambra)

HARI KEENAM (4)

Part 62: Alhambra

Tidak sah melawat Granada jika tidak berkunjung ke Alhambra. Maka setibanya di Granada, kami terus dibawa ke Alhambra.
 
Tempat bas menurunkan kami di Alhambra
Encik Hatta memberi taklimat tentang lawatan ke Alhambra
Laluan menuju ke pintu masuk Alhambra
Kerusi rehat di depan pintu masuk ke Alhambra
Berjalan ke pintu masuk Alhambra
La Alhambra
Posing dulu depan pintu masuk ke Alhambra
Husband pun nak posing juga kat sini

SEJARAH ALHAMBRA

Alhambra adalah sebuah kompleks istana dan kubu pertahanan di Granada. Ia dinamakan Al-Qal'a Al-Hamra yang bermaksud Red Fort dalam Bahasa Arab. Binaan asalnya adalah bahagian kubunya yang dinamakan Alcazaba yang dibina oleh pengasas Dinasti Nasrid, Khalifah Muhammad I pada tahun 1238. Ia terus diperbesar dan dibina oleh pemerintah-pemerintah seterusnya yang turut termasuk Khalifah Yusuf I dan Khalifah Muhammad V.

Pada tahun 1942, King Ferdinand II of Aragon dan Queen Isabella I of Castille menakluk Granada dan menyatukan seluruh Spain di bawah panji pemerintahan Katholik yang seterusnya menamatkan pemerintahan Islam yang telah bertapak sejak berkurun lamanya. Cucu mereka Charles V yang memerintah Spain sebagai King Charles I memerintahkan perobohan sebahagian Alhambra untuk pembinaan istana Renaissance bagi dirinya yang dinamakan Charles V Palace.

Pada tahun 1812, sebahagian lagi Alhambra dimusnahkan oleh Tentera Napoleon dari Perancis dalam Peninsular War. Pembaikan dan pemuliharaan Alhambra seterusnya dimulakan pada kurun ke-19. Dah faham serba sedikit tentang sejarahnya, marilah kita melawat ke Alhambra...

Ada seorang Guide petugas Alhanbra yang akan membawa kami melawat ke dalam. Beliau adalah seorang lelaki dari Lebanon yang bernama Bilal dan merupakan seorang penuntut dalam bidang sejarah di Spain. Bilal telah pun menunggu di pintu masuk sewaktu kami tiba.

Pintu masuk sebenar ke Alhambra
Model Alhambra
Keterangan tentang model Alhambra yang ditulis dalam Bahasa Spanish
Bertemu Alhambra Guide kami yang bernama Bilal
Kami diberi sebuah alat audio sebelum masuk ke dalam Alhambra. Dengan adanya alat ini, kita boleh berjalan dengan pace sendiri sambil mendengar penerangan yang diberi oleh Bilal.

Bilal dan Encik Hatta menguruskan pengagihan peralatan audio untuk ahli kumpulan kami.
Peralatan audio bersama earphone yang diberi
Dah ready nak masuk ke dalam
Pastikan passport dibawa bersama untuk masuk ke dalam Alhambra kerana kita perlu menunjukkan passport berserta dengan tiket masuk. Nama kita juga ada tertulis pada tiket masuk ke Alhambra.

Passport diperlukan bersama tiket untuk masuk melawat Alhambra
Bila semua dah bersedia, jom kita masuk ke dalam...

Pemeriksaan passport dan tiket untuk masuk ke Alhambra
Berkumpul sebentar untuk memastikan semua ahli kumpulan dah masuk ke dalam
Alhambra secara umumnya terdiri dari 4 bahagian seperti yang Myself tandakan pada peta di bawah: Medina (A), istana kediaman yang dinamakan Nasrid Palace (B), kubu pertahanan Alcazaba (C) dan taman istana yang dinamakan Generalife (D). Kumpulan kami hanya dibawa melawat ke 2 kawasan sahaja: Partal Gardens & Medina (A) dan Nasrid Palace (B).
 
Peta Alhambra
Istana Alhambra dibina menggunakan bahan-bahan binaan yang biasa: plaster, kayu dan batu tetapi hasil binaannya sangat mengkagumkan lebih-lebih lagi kerana ia dibina dengan gambaran syurga di dunia. Sepanjang sejarahnya juga, ia hampir dirobohkan oleh Raja-Raja Katholik yang mengambilalih tampuk pemerintahan Kerajaan Spain dari orang Islam dan juga pernah hampir diletupkan oleh tentera Napoleon. Namun dengan pemuliharaan dan pembaikan, Alhambra terus bertahan sehingga sekarang.

Papan keterangan tentang bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan Istana Alhambra.
Alhambra dibina menggunakan 3 bahan biasa: Plaster, Kayu dan Batu
Keterangan mengenai plaster yang digunakan dalam pembinaan Alhambra

Part 63: Medina @ Alhambra

Tempat pertama yang ditunjukkan kepada kami di dalam Alhambra adalah Medina. Untuk sampai ke sana, kita dibawa melalui sebuah laluan yang tenang dan damai yang dibarisi dengan pokok-pokok hijau.

Laluan menuju ke Medina
Laluan ini dibarisi pokok-pokok hijau yang cantik
Cuaca yang baik pada petang itu menambahkan keindahan taman
Sewaktu berjalan masuk menuju ke Medina, kami terserempak dengan sekumpulan pelancong Malaysia yang sedang berjalan keluar. Bergaya sekali semua ahli kumpulan ini melancong ke Alhambra dengan memakai Baju Raya. Maklumlah, ketika itu masih bulan Syawal dan mereka mengambil kesempatan meraikan Hari Raya di Alhambra. Hahaha!

Terserempak dengan kumpulan lain dari Malaysia yang memakai Pakaian Raya di Alhambra.
Suasana di taman Alhambra
Berehat di taman Alhambra
Tembok kota Alhambra
Husband berbual bersama Bilal
Alhambra dibina di atas sebuah bukit yang tandus. Oleh yang demikian, salah sebuah keajaiban Alhambra adalah sistem pengairannya yang membawa air dari Sungai Darro untuk kegunaan minuman dan tanaman. Bagi tujuan ini, ada sebuah aqueduct dibina dan dinamakan Royal Aqueduct (Acequia Real). Water Tower (Torre del Agua) dibina untuk menjaga sumber air ini.

Tempat di mana air dari Aquduct masuk ke tembok kota Alhambra
Water Tower yang dibina untuk menjaga Aqueduct
Satu lagi pemandangan Water Tower
Penutup sewer moden di Alhambra
Sebahagian runtuhan Royal Aqueduct
 Arah ke Alcazaba dan Nasrid Palace (Palacio Nazaries)
Tiba di Medina
Suatu ketika dulu, sudut Alhambra di sini dipenuhi kedai, bengkel-bengkel, tempat mandian awam (public baths), masjid dan rumah-rumah kediaman. Kawasan ini dinamakan Medina dan didiami bangsawan dan orang-orang kebanyakan yang berkhidmat untuk Alhambra.

Medina
Runtuhan-runtuhan Medina
Sebahagian besar Medina kini hanya tinggal runtuhan. Bangunan-bangunan asal telah diroboh dan dibina bangunan baru di atasnya oleh Raja-Raja Kristian yang mengambilalih. Pada tahun 1808-1812, Alhambra ditawan oleh tentera Napoleon. Sebahagian bangunan ini telah diletupkan oleh tentera Napoleon sewaktu mereka menyerah kalah.

Medina satu ketika dulu adalah nadi kepada Alhambra kerana di sinilah kediaman para petugasnya
Kebanyakan bangunan di Medina telah dimusnahkan oleh tentera Napoleon dari Perancis dalam Peninsular War
Medina ditinggalkan dan terbiar selepas dimusnahkan oleh tentera Napoleon sehinggalah ke tahun 1930-an apabila projek pemuliharaan Alhambra dimulakan. Selepas aktifak era-Nasrid ditemui di kawasan ini oleh ahli-ahli arkeologi, penggalian semula terus dibuat pada tahun 1957, 1990 dan 1991. Apa yang kita lihat kini adalah peninggalan kerja-kerja penggalian dan pemuliharaan yang dilaksanakan.

Sebahagian lagi runtuhan Medina
Menuju ke Convent of San Francisco

CONVENT OF SAN FRANCISCO
(PARADOR DE SAN FRANCISCO)

Convent of San Francisco (Parador de San Francisco) adalah sebuah bangunan istana lama yang dibina pada kurun ke-14 Masehi. Ia telah ditukar menjadi sebuah biara Franciscan (Franciscan Monastery) oleh Queen Isabella sebagai memenuhi janjinya untuk membina sebuah rumah ibadat (shrine) sebagai penghormatan kepada St. Francis of Assisi. Ia kemudian berfungsi sebagai pusat latihan bagi bakal-bakal Raja Kristian.

Bangunan ini kini telah hilang fungsi keagamaannya. Ia telah diubahsuai dan dijadikan sebuah hotel mewah oleh Kerajaan Spain dan kini dikenali sebagai Hotel Parador de Granada.

Convent of San Francisco (Parador de San Francisco)  pada asalnya dibuka oleh Queen Isabella sebagai sebuah rumah ibadat St. Francis of Assisi
Convent of San Francisco kini berfungsi sebagai hotel mewah Parador de Granada
Pemandangan Convent of San Francisco dari Royal Street of Alhambra (Calle Real)
Taman di Alhambra dihiasi dengan pokok-pokok hijau rimbun yang dipangkas mengikut bentuk-bentuk yang tertentu. Pokok-pokok rimbun inilah antara ciri yang menjadikan Alhambra terkenal. Bukan sekadar pokok hiasan, pokok-pokok ini jugalah yang menjadi dinding, bumbung, tingkap dan pagar di taman Alhambra. Ada juga binaan gazebo yang dibuat semata-mata dari pohon rimbun ini.

Taman di Alhambra
Sebelum dimusnahkan, ada sebuah bangunan yang dinamakan Abencerrajes' Palace (Palacio de Los Abencerrajes)  berdiri di sini. Ia turut dikenali sebagai Accounting Palace (Palacio de la Contaduria)  kerana digunakan oleh Senior Accountant of the Royal Council pada tahun 1501 di bawah Raja-Raja Kristian.  

 Runtuhan Abencerrajes Palace berdekatan Convent of San Francisco
Sebahagian runtuhan
 Runtuhan  Abencerrajes' Palace (Palacio de Los Abencerrajes) yang turut dikenali sebagai Accounting Palace (Palacio de la Contaduria)

Part 64: Royal Street of Alhambra 
(Calle Real de la Alhambra)

Laluan ke Royal Street of Alhambra (Calle Real de La Alhambra)
Ada pemeriksaan tiket sekali lagi untuk masuk ke Royal Street
Pintu masuk ke Convent of San Francisco yang kini berfungsi sebagai Hotel Parador de Granada
Jalan utama di Alhambra dinamakan Royal Street of Alhambra. Dalam Bahasa Spanish ia dinamakan Calle Real de la Alhambra  yang disebut: Kai-yay Riyal kerana huruf 'll' (double L) dalam Bahasa Spanish disebut sebagai huruf 'y'. Sebahagian jalan ini masih wujud dengan bangunan-bangunan yang dibina sewaktu era penaklukan Kristian yang dinamakan Reconquista.

Royal Street
Suasana di permulaan Royal Street
Tempat rehat di Royal Street
Hotel America di Royal Street
Pintu masuk ke Hotel America
Bangunan yang menempatkan Hotel America ini dibina oleh Raja-Raja Katholik selepas menewaskan Kerajaan Islam Granada
Taman di Hotel America
Gerai-gerai souvenir di Royal Street
Calle Real de la Alhambra
Penghujung Royal Street
Ada banyak pemandangan yang menyedihkan sewaktu kami melawat ke Spain ~ iaitu melihat bangunan-bangunan masjid yang ditukar menjadi gereja selepas peristiwa Reconquista oleh Ferdinand II of Aragon dan Isabella I of Castille yang digelar sebagai Catholic Monarchs. Pemandangan sedih pertama ini telah kami lihat di Alhambra ~ melihat bekas bangunan Masjid Alhambra yang ditukar menjadi gereja Church of Santa María de la Encarnación (Iglesia de Santa María de la Encarnación).

Church of Santa María de la Encarnación (Iglesia de Santa María de la Encarnación)
Gereja Santa María de la Encarnación ini pada asalnya adalah Masjid Alhambra
Menara masjid yang ditukar menjadi menara loceng gereja
Ciri bangunan masjid masih ketara kelihatan pada bangunan ini
Pemandangan bekas Masjid Alhambra dari sudut lain
Gereja ini kelihatan macam tidak lagi digunakan sekarang

PALACE OF CARLOS V 
(PALACIO CARLOS QUINTO / PALACIO CARLOS V)

Satu bangunan unik yang terdapat di penghujung Royal Street of Alhambra ini adalah Palace of Carlos V (Palacio Carlos Quinto atau Palacio Carlos V) yang dibina oleh King Carlos V untuk meraikan kemenangan Tentera Kristian menewaskan Tentera Islam. Bangunan berciri Renaissance ini mula dibina pada tahun 1527 tetapi tidak pernah benar-benar siap sehingga sekarang. Carlos V adalah cucu kepada King Ferdinand dan Queen Isabella, Catholic Monarchs yang telah menawan Tanah Andalus dari Kerajaan Islam.

Palace of Carlos V di penghujung Royal Street of Alhambra
Palace of Carlos V
 Tangga di tepi Palace of Carlos V
 Pintu masuk ke Palace of Carlos V
Pemandangan ke tingkat atas Palace of Carlos V
Ukiran perhiasan pintu masuk ke bangunan
Kami tak masuk ke dalam bangunan Palace of Carlos V, tetapi dari maklumat yang diperolehi ia adalah sebuah bangunan yang unik kerana walaupun berbentuk segiempat di luar, ia mempunyai sebuah courtyard 2 tingkat berbentuk bulat di dalamnya yang dikelilingi 32 tiang. Myself gunakan gambar dari internet untuk menunjukkan suasana ini.
 
 Pemandangan di dalam Palace of Carlos V [Gambar: Internet]
Elemen simetri yang digunakan pada courtyard di dalam Palace of Carlos V ini memang mengkagumkan [Gambar: Internet]
Kebanyakan bangunan di Alhambra yang dibina orang Moorish yang beragama Islam sering kelihatan simple di luar tetapi hebat di dalam. Bangunan-bangunan Kristian pula sering dibina hebat di luar tetapi agak simple di dalam. Palace of Carlos V yang dibina oleh orang Kristian sangat jelas menggambarkan ciri ini.

Bangunan Palace of Carlos V kelihatan sangat impressive dari luar
Husband berjalan di tepi Palace of Carlos V
Laluan di tepi Palace of Carlos V
Menuju ke Nasrid Palace
Taman berhampiran Palace of Carlos V
Pokok-pokok rendang yang menghias taman
Tenang dan damai
Nasrid Palace (Palacio de Nazaries)
Istana kediaman Dinasti Nasrid dinamakan Nasrid Palace (Palacio de Nazaries). Laluan masuk perkarangan istana ini adalah menerusi gerbang yang dinamakan Gate of Vine (Puerta del Vino).

Gate of Vine (Puerta del Vino)
 Pintu ini menuju ke perkarangan Istana Nasrid (Palacio de Nazaries)
Tingkap di atas Gate of Vine
Latticeworks dipasang pada tingkap hampir seluruh Alhambra untuk menjaga privacy penghuninya di samping membolehkan mereka melihat suasana di luar.
Cobblestones di depan Gate of Vine
Gerbang Gate of Vine
Siling pintu gerbang
Gate of Vine

Part 65: Alcazaba @ Alhambra
 
Perkarangan Istana Nasrid dinamakan Plaza of the Cisterns (Plaza de Los Ajibes). Ia dibina bersebelahan kota pertahanan yang dinamakan Alcazaba. Plaza ini dinamakan sedemikian kerana Raja-Raja Katholik yang mengambilalih Alhambra membina paip air minuman (cisterns) di sana.

Kota pertahanan Alhambra yang dinamakan Alcazaba
 Broken Tower (Torre Quebrada - kiri) dan  The Keep (Torre Homenaja - kanan) adalah menara-menara asal Alcazaba
Tembok pertahanan lama Alcazaba
Plaza of the Cisterns (Plaza de los Ajibes)
Tembok asal di Plaza of the Cisterns
Checkpoint untuk masuk ke Alcazaba
Pemeriksaan tiket masuk ke Alcazaba
Sebelum dibawa masuk ke bangunan Istana Nasrid yang sebenar, kami dibawa oleh Bilal membuat lawatan ringkas di Alcazaba. Di tengah-tengah penghujung Alcazaba terdapat sebuah watchtower yang dinamakan Torre de la Vela. Di sinilah salib dan bendera Reconquista dinaikkan pada bulan Januari 1492 menandakan pengambilalihan kuasa oleh Raja-Raja Kristian. Pada masa dahulu, menara ini juga berfungsi untuk mengawal sistem pengairan lembah subur Granada yang dinamakan The Vega. Loceng akan dibunyikan dari menara ini untuk menandakan waktu pembukaan dan penutupan pintu air bagi tujuan pengairan.

Sebahagian dari Alcazaba
Laluan pejalan kaki di Alcazaba
Torre de la Vela (Watchtower) di mana salib dan bendera Reconquista dinaikkan selepas Alhambra ditawan oleh Tentera Kristian
Runtuhan di tengah Alcazaba yang kelihatan seperti sebuah maze dinamakan Arms Square. Di sinilah kediaman tentera dan petugas-petugas istana pada masa dahulu. 

Torre de la Vela dan Arms Square
Runtuhan di Arms Square adalah bekas kediaman pengawal dan petugas istana
Dinding pertahanan Alcazaba
Berjalan di Alcazaba sambil mendengar penerangan yang diberikan oleh Bilal
Menikmati pemandangan Alcazaba di remang petang
Torre de la Vela yang dibina menghadap ke kota Granada
Pemandangan lebih dekat Torre de la Vela
Pemandangan menghala ke Istana Nasrid (Palacio de Nazaries) dari Alcazaba
Pokok limau yang ditanam berhampiran pintu masuk ke Nasrid Palace
Buah limau
Jom kita ke istana...
Pemandangan Palacio Carlos V dari tepi tembok Alcazaba


 Bersambung ke Bahagian 24...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):