Friday, 16 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 13 (Sinai - Cairo)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 13: Sinai - Cairo
PERJALANAN PULANG KE CAIRO

HARI KELIMA (3)

Part 34: Meninggalkan Sinai

Seperti perjalanan datang kami ke sini, hati memang lega bila diberitahu yang bas tak perlu berkonvoi dengan iringan polis untuk melepasi padang pasir di Saint Catherine. Rasa syukur dan amat terharu dengan kemudahan dan keselamatan yang telah Allah SWT kurniakan kepada kami sepanjang perjalanan kami di Sinai.

Pemandangan bumi Sinai ditatap dengan sepenuh hati dalam perjalanan pulang ke Cairo. Entah bila kami dapat kembali lagi ke sini.

Memang puas hati dapat berkunjung ke Sinai dan melawat ke tempat-tempat sejarah Nabi Musa AS di sini. Nabi Musa AS adalah nabi yang paling banyak disebut di dalam kitab suci Al Quran. Namanya disebut 136 kali di dalam Al Quran kerana perjuangannya menentang Firaun dan berdepan dengan kaum Bani Israel yang keras kepala dijadikan contoh oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam.

Nabi Musa AS adalah seorang Rasul Ulul Azmi. Di kalangan 25 orang Rasul yang wajib kita imani, hanya 5 yang menerima gelaran ini: Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW. Sehingga kini, Allah telah memberikan kemudahan dan kemurahan rezeki kepada Myself dan Husband melihat jejak-jejak Nabi Muhammad SAW di Arab Saudi, Nabi Ibrahim AS di Turki dan Nabi Musa AS di Sinai, Mesir ini. Selepas melawat ke tempat-tempat ini, Myself menyimpan azam nak menziarah jejak Nabi Isa AS di Palestine pula. Kalau boleh Jejak Nabi Nuh juga kami nak lawat. Tapi di mana ya, kalau nak melawat Jejak Nabi Nuh?

Bila melalui pos-pos kawalan tentera di Sinai, Myself terfikir mengapa tempat-tempat yang banyak sejarah Rasul kini menjadi tempat yang tak mudah untuk dikunjungi? Dari pengalaman kami, tempat-tempat Jejak Rasul ini (selain Jordan sehingga kini), memang sukar nak diziarahi. Kebanyakan tempat-tempat ini kini berada dalam kawasan yang bergolak. Walau di Arab Saudi juga, tak mudah bagi kita nak berziarah ke tempat yang berada di luar Makkah dan Madinah seperti Taif dan Madain Saleh.


Part 35: Lunch Di Abu Zinema

Dari Saint Catherine, perjalanan kami adalah menuju ke Abu Zinema yang terletak di pinggir Teluk Suez. Dalam stretch perjalanan ini, kami dapat melihat betapa kayanya bumi Sinai dengan hasil minyak.

Setibanya di Abu Zinema, kami terus dibawa untuk makan tengahari di Restoran Madinah yang sama kami singgahi sewaktu mula tiba di Sinai dulu.

Bandar Abu Zinema
Restoran Madinah di Abu Zinema
Jom kita masuk ke dalam...
Pemandangan di dalam restoran
Sajian makan tengahari
Selepas makan, bas meneruskan perjalanan menuju kembali ke Suez.

Padang pasir berhampiran Teluk Suez
Signboard yang tak reti nak baca sebab ditulis dalam Bahasa Arab.
Oasis yang pernah menjadi tempat tinggal Nabi Musa AS
Padang pasir Semenanjung Sinai yang akan ditinggalkan.
Lagi pemandangan padang pasir
Ladang zaitun
Ras Sudr
Amir Yal Resort
Kereta Keldai
Menuju ke Terowong Ahmad Hamdi
Pengemis di tepi jalan

Part 36: Kembali Ke Afrika

Kita tahu yang kita dah hampir tiba ke Terowong Ahmad Hamdi yang menyambungkan Tanah Besar Mesir dengan Semenanjung Sinai bila kita nampak banyak lori sedang berbaris. Kesemua lori ini sedang menunggu giliran untuk diperiksa sebelum masuk ke terowong.

Terowong Ahmad Hamdi adalah sebuah kawasan yang sangat sensitif. Kerana itulah semua lori akan diperiksa dengan ketat tanpa sebarang kompromi sebelum dibenarkan masuk. Oleh yang demikian, ada ketikanya mereka terpaksa menunggu sehingga 3 hari sebelum dibenarkan masuk. Lori-lori ini bukan datang dari Mesir semata-mata, malah ada yang kami perhatikan menggunakan plat pendaftaran dari Turkey.

Barisan lori yang menunggu giliran untuk masuk ke Terowong Ahmad Hamdi
Sesetengah lori ini datang dari Palestine dan Turkey
Selepas melalui Terowong Ahmad Hamdi, kita kembali ke benua Afrika. Tapi tak adalah pulak signboard yang mengalu-alukan kedatangan kita dengan tulisan "Welcome To Africa".

Bas membuat persinggahan sebentar di Sinai Rest Area untuk membolehkan kami menjamak Solat Asar dan Zohor di sini. Tak seperti waktu datang ke Sinai dulu, kami hanya membuat persinggahan singkat di sini. Tak sempatlah dihidangkan dengan lagu dangdut macam dulu.

Singgah lagi di Sinai Rest Area
Pemandangan dalam masjid di Sinai Rest Area
Bas kami tengah parking di Sinai Rest Area
Kedai-kedai di Sinai Rest Area
Meninggalkan Sinai Rest Area
Memang lega bila dah kembali ke benua Afrika ini kerana di sini tak ada lagi pos-pos kawalan tentera. Kami berdua tak pernah pergi ke Palestine, tapi menurut ahli kumpulan yang pernah sampai ke sana, kawalan keselamatan di Sinai jauh lebih ketat dari kawalan keselamatan tentera Israel di Palestine.

Selamat kembali ke Afrika
Kereta keldai lagi. Jarang sangat kita dapat jumpa kereta kuda di Egypt. Balik-balik memang kita asyik nampak kereta keldai.
Pembinaan lebuhraya baru
Semangat patriotisme memang tinggi di Egypt
Mentari terbenam di bumi Afrika
Kami melihat keretapi dalam perjalanan pulang ke Cairo. Kata polis escort yang menemani kami, keretapi ini sedang dalam perjalanan menuju ke Suez.

Keretapi di tengah padang pasir
Keretapi ini sedang dalam perjalanan menuju ke Suez
Lagi pemandangan matahari terbenam
Perjalanan dari Suez kembali ke Cairo memakan masa kira-kira 2 jam menggunakan lebuhraya. Seperti yang kami perhatikan sewaktu melawat ke Dubai dulu, ada lorong khas yang disediakan untuk lori di lebuhraya ini. Mungkin ini adalah suatu kebiasaan di negara-negara Arab.

Lebuhraya menuju ke Cairo
Nama Arab bagi Cairo adalah Al Kaherah.
Bandar baru yang dalam pembinaan
El Shrouk

Part 37: Tiba di Cairo

Selepas melalui 3 hari yang tenang di Sinai, kita kembali berdepan dengan traffic jam sebaik masuk ke kawasan Cairo.

Traffic jam di Cairo
Suasana malam di Cairo
Giza
Tiba di Cairo, kami terus dibawa kembali ke hotel penginapan kami Amarante Pyramids Hotel di Giza. Oleh kerana jalan di depan hotel sempit, bas hanya berhenti di tepi jalan besar.

Khidmat anggota polis escort yang menemani sepanjang perjalanan kami ke Sinai juga berakhir di sini. Terima kasih kerana menemani dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan ke Sinai.

Bas berhenti di tepi jalan besar
Berjalan kembali ke Amarante Pyramids Hotel
Kami check-in semula ke hotel pada malam itu. Suasana menjadi sedikit kelam-kabut kerana sistem elektronik pendaftaran pintu di hotel mengalami kerosakan. Akibatnya banyak kad untuk membuka pintu bermasalah dan tak dapat digunakan.

Kaunter pendaftaran di Amarante Pyramids Hotel
Menunggu nak check-in ke bilik
Pasangan pengantin yang mengadakan majlis di Amarante Pyramids Hotel.
Disebabkan kami semua dah kepenatan pada malam itu, dinner disediakan secara bungkus. Makanan yang disediakan adalah Nasi Pattaya dari Restoran Nur Malaysia di Cairo. Wakil dari restoran yang menyediakan makanan ini telah sedia menanti sewaktu kami tiba di lobi hotel.

Bilik penginapan di Amarante Pyramids Hotel
Nasi Pattaya bungkus untuk dinner pada malam itu.


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018