Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 27: Pulang
CAIRO (Ruwaq Jawi) & PERJALANAN PULANG KE MALAYSIA
HARI KESEPULUH (2)
Part 82: Naik Teksi Ke Genena Mall
Dari Egyptian Museum, kami menaiki sebuah Uber dan sebuah teksi untuk menuju ke Genena Mall di mana bas kami menunggu bersama ahli-ahli kumpulan yang memilih untuk bershopping.
Jika selama ini kita hanya melihat perlakuan pemandu-pemandu kereta di Cairo yang sangat kiasu ini dari atas bas, now we join the crowd! Merasalah pengalaman betapa cemasnya bila duduk di dalam teksi di tengah-tengah jalan di kota Cairo, dengan kereta yang bersimpang-siur dan memintas dengan cara yang merbahaya itu.
|
Naik teksi ke Genena Mall |
|
Tugu Muhammad Ali Pasha |
|
Memintas dan dipintas dalam kesesakan jalan di Cairo. |
|
Sempat lagi pemandu teksi kami menuang teh panas dari flask dan minum dari cawan sambil memandu dengan laju dan bersimpang-siur. |
|
Terowong |
|
Ke mana arah nak dituju ? |
|
Pemandangan jalan di Cairo |
|
Tiba di Genena Mall |
Part 83: Restoran Nur Malaysia
Kemudian kami menaiki bas bersama-sama menuju ke Restoran Nur Malaysia untuk makan tengahari.
|
Perumahan Tentera di Cairo |
|
Kedai buah-buahan |
|
Kawasan perumahan di pinggir bandar |
|
Tangki air |
|
Kedai bunga dan perhiasan taman |
|
Perhiasan taman untuk jualan |
Sebelum ke restoran, kita singgah dulu di sebuah kedai berhampiran untuk membeli kacang.
|
Singgah membeli kacang |
|
Kedai kacang |
|
Pemandangan dalam kedai kacang |
|
Free Sampling |
|
Manisan untuk jualan |
|
Satu lagi suasana di dalam kedai kacang |
|
Ini saja yang kami beli ~ LE15 (RM 4). Hehehehh! |
Lepas membeli kacang, barulah kami ke Restoran Nur Malaysia yang terletak berhampiran. Nama pun Nur Malaysia, mestilah makanan yang dijual makanan Malaysia.
|
Restoran Nur Malaysia |
|
Pemandangan dalam Restoran Nur Malaysia |
|
Oh, rindunya nak makan Tom Yam! |
|
Satu lagi suasana di dalam Restoran Nur Malaysia |
|
Restoran Nur Malaysia ini juga ada beberapa cawangan lain di Jordan dan Australia. |
Makanan masih belum tersedia lagi ketika itu sebab kami tiba agak awal. Jadi Ustaz Faiz mencadangkan supaya kami bersolat Jamak Zohor dan Asar dulu. Waktu Zohor di Cairo ketika itu masuk awal ~ sekitar pukul 11.45 pagi.
Ada surau disediakan di Restoran Nur Malaysia, tetapi suraunya kecil sahaja untuk menampung kumpulan kami yang seramai 20 orang ini. Jadi atas cadangan Ustaz, cuma ahli kumpulan wanita sahaja yang bersolat di sini. Ahli kumpulan yang lelaki pula bersolat di sebuah masjid yang berhampiran.
|
Lorong kecil ke masjid berhampiran |
|
Masjid Al Taqwi |
|
Pemandangan di dalam masjid |
Kemudian barulah kami makan tengahari. Makanan dihidangkan secara buffet. Selepas dah hampir 10 hari tak makan makanan Malaysia, memanglah berebut-rebut semua orang nak mengambil makanan yang dihidangkan.
|
Menunggu makanan dengan sabar. Muka macam nak telan orang sebab lapar... Hahaha!! |
|
Nikmatnya dapat makanan Malaysia! |
Part 84: Ruwaq Jawi
Program lawatan terakhir kami sebelum meninggalkan Cairo adalah berkunjung ke Ruwaq Jawi. Ingat lagi tak kisah mengenai anjung pengajian untuk pelajar dari Nusantara bernama Ruwaq Jawi yang pernah diwujudkan di Courtyard Masjid Al Azhar dulu?
Sistem Ruwaq ini tidak lagi diamalkan selepas Universiti Al Azhar mengamalkan sistem kuliah dan peperiksaan. Namun atas inisiatif beberapa pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar dan sokongan dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo, Ruwaq ini dapat dihidupkan kembali. Namun Ruwaq ini tidak lagi berada di dalam Masjid Al Azhar macam dulu, sebaliknya ia ditempatkan di kawasan kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Cairo.
|
Seksyen 7 di Cairo yang menjadi kediaman ramai pelajar dari Malaysia. |
|
Sebuah lagi restoran makanan Malaysia di Cairo |
Kediaman pelajar-pelajar Malaysia di Cairo banyak bertumpu di sebuah kawasan yang dinamakan Seksyen 7. Setiap negeri di Malaysia ada sebuah bangunan yang dijadikan asrama untuk penuntut masing-masing. Ada Rumah Kedah, Rumah Kelantan, Rumah Wilayah dan sebagainya. Kalau tak terletak betul-betul di Seksyen 7 sekalipun, kedudukan rumah-rumah ini adalah berhampiran.
|
Pelajar-pelajar wanita dari Malaysia |
|
Rumah Penang |
Ruwaq Jawi ini terletak di dalam sebuah bangunan di sini. Dulu ada sebuah kafe di tingkat bawah bangunan ini, tetapi disebabkan pusat pengajian ini mendapat sambutan yang luar biasa, kafe ini terpaksa ditutup dan dijadikan ruang kuliah kerana pentadbiran Ruwaq Jawi memerlukan ruang yang lebih luas untuk menampung pengajian yang dilaksanakannya.
|
Bangunan yang menempatkan Ruwaq Jawi sekarang |
|
Pintu masuk ke Ruwaq Jawi |
|
Maktabah Pusat Pengajian Ruwaq Jawi |
|
Suasana di dalam Ruwaq Jawi |
|
Pemandangan di dalam Ruwaq Jawi |
Ada gambar-gambar lama yang menarik di Ruwaq Jawi ini yang menunjukkan suasana di Ruwaq Jawi yang asal, sewaktu ia beroperasi di Masjid Al Azhar dulu.
|
Pemandangan pengajian Ruwaq-Ruwaq di Masjid Al Azhar pada masa dahulu. |
|
Inilah suasana Ruwaq Jawi di Masjid Al Azhar pada masa dahulu. |
Kumpulan kami diberi penerangan tentang aktiviti di Ruwaq Jawi ini pada masa sekarang. Sistem halaqah tradisional pengajian Al Azhar masih diteruskan di sini. Memandangkan Ruwaq Jawi ini juga mendapat sokongan dari Universiti Al Azhar sendiri, ramai pengajar-pengajarnya turut terdiri dari pengajar di Al Azhar yang datang memberi sumbangan tenaga secara sukarela.
|
Mendengar penerangan mengenai Ruwaq Jawi |
|
Tekun mendengar penerangan |
Pusat Pengajian Ruwaq Jawi ini bukan saja mendapat sambutan dari pelajar-pelajar Malaysia malah ia turut disokong oleh pelajar-pelajar dari negara jiran Malaysia seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. Malah lebih mengejutkan kerana sejak akhir-akhir ini pengajian di Ruwaq Jawi turut mendapat kehadiran pelajar-pelajar dari South Africa.
Disebabkan kejayaannya, Ruwaq Jawi telah mempunyai perancangan untuk membuka sebuah cawangan pengajian di Malaysia. Tapak bangunan yang dicadangkan terletak di negeri Perak.
|
Husband bergambar dengan Pengerusi Ruwaq Jawi |
Disebabkan sambutan yang menggalakkan, Ruwaq Jawi juga akan mengadakan sesi-sesi pengajian pendek agama yang boleh dihadiri oleh sesiapa saja dengan bayaran tertentu. Kalau tak salah sesi pengajian pendek ini akan dimulakan pada penghujung tahun 2018. Maklumatnya boleh didapati di Facebook Ruwaq Jawi.
|
Maklumat mengenai Pusat Pengajian Ruwaq Jawi |
Sebagai organisasi sukarela, Ruwaq Jawi memang mengharapkan sumbangan dan bantuan dari Umat Islam untuk kelangsungannya. Marilah kita berderma beramai-ramai kepada organisasi ini sebagai sokongan untuk memastikan ajaran Islam yang sebenar tetap terus berkembang di bumi Allah ini, khususnya di Malaysia.
Part 85: Cairo Airport
Atas permintaan ramai, masih ada satu persinggahan sebelum kami berlepas ke Cairo Airport. Persinggahan ini adalah kedai buah-buahan yang terletak berhampiran Ruwaq Jawi.
|
Kedai Buah-Buahan |
|
Pelbagai buah-buahan dijual di sini. |
|
Epal dan Buah Delima |
|
Ayam hidup pun ada |
|
Sayur-sayuran |
Kemudian tibalah masa untuk kami berpisah dengan Ustaz Toyyib, pelajar Universiti Al Azhar dari Kedah yang membantu Ustaz Faiz sepanjang perjalanan kami ke Negeri Mesir. Terima kasih dan kami doakan semoga Ustaz Toyyib berjaya menamatkan pengajian dan menjadi seorang pakar Syariah selepas kembali ke tanah air.
|
Bergerak menuju ke Lapangan Terbang Cairo |
|
Sebuah Masjid di Cairo |
|
Kawasan perumahan di Cairo |
Cairo International Airport terletak 19 km dari pusat bandar Cairo. Ia adalah lapangan terbang yang kedua tersibuk di benua Afrika selepas OR Tambo International Airport di Johannesburg di South Africa.
|
Cairo International Airport |
|
Bangunan terminal di Cairo International Airport |
|
Radar penerbangan di Cairo International Airport |
Pesawat kami berlepas dari Terminal 2, Cairo International Airport. Setibanya di sini, tibalah pula masa untuk kami berpisah dengan Thoha, Local Guide Mesir yang setia menemani kami sepanjang perjalanan.
|
Terminal 2, Cairo Airport |
|
Arca unik di Cairo Airport |
|
Terminal 2 |
|
Signboard di Terminal 2 |
|
Pintu Perlepasan |
Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur adalah menggunakan Saudi Arabian Airlines melalui Jeddah. Penerbangan kami dari Cairo ke Jeddah ini berlepas pada pukul 10.45 malam.
|
Penerbangan kami dari Cairo ke Jeddah adalah menggunakan penerbangan Saudi Arabian Airlines SV 304 yang berlepas pada pukul 10.45 malam. |
Seperti beberapa airport lain di dunia, bangunan terminal di Cairo Airport hanya boleh dimasuki oleh penumpang bertiket sahaja. Mungkin disebabkan Egypt sangat terdedah kepada ancaman pengganas, urusan sekuriti di Lapangan Terbang sangat ketat. Semua penumpang perlu membuka kasut untuk dimasukkan ke dalam Mesin X-Ray termasuklah kita yang memakai kasut Crocs yang berlubang-lubang itu. Lebih teruk lagi, penumpang yang pakai sandal macam Selipar Jepun itu pun kena membuka kasut untuk diperiksa ke dalam Mesin X-Ray.
|
Check-in di Kaunter Saudi Arabian Airlines |
|
Maklumat penerbangan kami |
Oleh kerana kami mempunyai banyak masa terluang, kami mengambil kesempatan menunaikan Solat Jamak Maghrib dan Isyak di Cairo Airport. Disebabkan pesawat masih lama lagi nak berlepas, ramai di antara kami yang memilih untuk mengalas perut di Mcdonald's yang terletak berhampiran Surau.
|
Pemandangan di Cairo Airport |
|
Siling di Cairo Airport |
|
Restoran Mcdonald's di Cairo Airport |
|
Burger, Fries dan Air Mango |
Part 86: Dari Cairo Ke Jeddah
Pada pukul 10 malam, penumpang pesawat Saudi Arabian Airlines SV 304 menuju ke Jeddah dipanggil masuk ke dalam pesawat. Pesawat ini ialah sebuah pesawat Wide Body Airbus A330-343R.
|
Berjalan masuk ke dalam pesawat |
|
Pemandangan di dalam pesawat |
Pada pukul 10.45 malam seperti jadual, pesawat kami bergerak meluncur ke udara menuju ke Jeddah. Secara rasminya, perjalanan Kembara Kisah Al Quran bagi Myself dan Husband ke bumi Anbiya' Mesir berakhir di sini. Secara jujurnya memang kami sangat gembira dan berpuas hati dengan pengalaman yang kami perolehi dalam perjalanan ini. Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT kerana memberi kemudahan dan mengizinkan kami membuat perjalanan yang penuh bermakna ini.
|
Peta penerbangan dari Cairo ke Jeddah |
|
Berlepas dari Cairo |
Penerbangan dari Cairo ke Jeddah memakan masa 2 jam. Disebabkan keletihan dengan perjalanan selama 10 hari di Mesir, Myself tertidur di dalam penerbangan ini. Sedar-sedar kami dah nak melintas Laut Merah dan sajian penerbangan sedang dihidangkan.
|
Hampir tiba ke Laut Merah |
|
Sajian penerbangan sedang dihidangkan |
|
Sajian penerbangan |
|
Masuk ke Laut Merah |
Sewaktu hampir tiba di Jeddah, ada pengumuman Miqat Umrah dibuat. Miqat bagi jemaah yang membuat Umrah dari arah Mesir adalah Al Juhfah.
|
Miqat bagi Jemaah Umrah yang datang dari Mesir adalah Al Juhfah. |
|
Tiba di Jeddah |
Kami tiba di King Abdul Aziz International Airport di Jeddah pada pukul 1.40 pagi waktu tempatan. Mesir dan Arab Saudi mempunyai perbezaan waktu sejam di mana waktu di Arab Saudi adalah lebih awal berbanding Mesir.
Pesawat kami parking rapat ke bangunan airport sewaktu tiba di Jeddah. Ingatkan dah boleh terus masuk ke airport, rupa-rupanya kena turun semula ke bawah bangunan dan naik bas untuk dibawa ke terminal lain.
|
Turun dari pesawat di Jeddah |
|
Kena turun ke bawah ini pulak untuk naik bas ke terminal lain |
|
Pemandangan di dalam bas |
|
Menunggu pesawat sambungan ke Kuala Lumpur |
HARI KESEBELAS
Part 87: Dari Jeddah Ke Kuala Lumpur
Tidak seperti sewaktu datang ke Cairo dulu, persinggahan transit kami di Jeddah tidak lama. Hanya kira-kira 2 jam. Disebabkan pesawat kami dijangka berlepas pukul 4 pagi, seawal pukul 3 pagi kami telah dipanggil masuk ke pesawat yang nak menuju ke Kuala Lumpur.
|
Pintu Perlepasan pesawat menuju ke Kuala Lumpur |
|
Panggilan masuk ke dalam pesawat |
Penerbangan kami ke Kuala Lumpur adalah Saudi Arabian Airlines SV 834 yang menggunakan pesawat Boeing 787-900. Oleh kerana pesawat ini parking jauh di tengah airport, perkhidmatan bas sekali lagi digunakan untuk membawa penumpang mendapatkan pesawat.
|
Pemandangan dalam bas menuju ke pesawat |
|
Pesawat yang membawa kami pulang ke Kuala Lumpur |
|
Maklumat penerbangan di dalam pesawat |
|
Bacaan Doa Musafir |
Alhamdulillah, penerbangan kami ke Kuala Lumpur juga berlepas mengikut jadual. Penerbangan juga agak tenang tanpa turbulence yang teruk.
|
Melintas padang pasir di Arab Saudi |
|
Perkhidmatan sajian penerbangan yang pertama |
|
Sajian penerbangan |
|
Lampu penerbangan dimalapkan sepanjang penerbangan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa. |
|
Sedang terbang merentasi India |
|
Hampir tiba di Teluk Bengal |
|
Pulicat di India ini adalah tempat asal Kain Pelikat yang popular di Malaysia. |
|
Lampu pesawat dibuka sebagai persediaan untuk sajian penerbangan kedua |
|
Terbang merentas Pulau Nicobar di Laut Andaman |
|
Perkhidmatan sajian penerbangan kedua |
|
Hidangan Sajian Penerbangan Kedua |
|
Hampir tiba ke Malaysia |
|
Gula-gula yang diberi kepada penumpang sewaktu hampir tiba di Kuala Lumpur |
Alhamdulillah, setinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT. Selepas terbang lebih 8 jam, pesawat kami selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport mengikut jadual pada pukul 5.30 petang. Cuaca gelap dan mendung ketika kami mendarat di KLIA. Sebaik kami tiba di rumah malam itu, hujan turun dengan sangat lebat disertai petir dan angin kencang. Syukurlah kami dah selamat sampai di rumah.
|
Hampir mendarat di KLIA |
|
Pemandangan sewaktu pesawat hampir mendarat di KLIA |
|
Selamat mendarat di KLIA. Alhamdulillah. |
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018
CATATAN PERJALANAN LAIN (EGYPT):