HARI KETIGA (2)
Part 14: Kubu Israel
Perang Yom Kippur berlaku dari 6 Oktober (Hari Yom Kippur yang merupakan hari perayaan besar Yahudi) sehingga 22-24 Oktober 1973 di antara Israel dengan pakatan Mesir dan Syria. Walaupun pakatan Mesir dan Syria ini secara umumnya tewas dalam peperangan ini, Mesir berjaya mendapat kemenangan moral apabila mendapat kembali Semenanjung Sinai dari Israel.
Sebaik tiba di Sinai, kami dibawa melawat ke sebuah Kubu Israel yang berjaya ditawan oleh Mesir dalam peperangan ini. Kubu ini kini dijaga oleh peserta-peserta Khidmat Negara Mesir di bawah seliaan Tentera Mesir.
|
Kubu ini terletak di sebuah kawasan yang bernama Uyun Musa |
Orang Mesir sangat berbangga dengan negara mereka dan sering merujuk negara mereka sebagai Ummul Dunya (Ibu Dunia). Kerana itulah di depan pintu masuk ke kubu ini terdapat sebuah patung seorang wanita yang memakai pakaian bendera Mesir yang melambangkan Ummul Dunya ini.
|
Ummul Dunya |
|
Kenderaan Tentera Israel yang dibiarkan di belakang Ummul Dunya |
|
Jalan masuk ke Kubu Israel |
|
Pengawal di pintu masuk |
|
Pondok Pengawal di pintu masuk ke Kubu Israel |
|
Kem pelatih Khidmat Negara di tepi Kubu Israel |
|
Patung Tentera Egypt |
Setiap kumpulan pelawat ke sini akan diiring oleh seorang pelatih Khidmat Negara yang juga bertindak sebagai Tour Guide. Kami bernasib baik kerana Tour Guide Khidmat Negara kami yang bernama Mahmood sangat fasih berbahasa Inggeris.
|
Mengikut Mahmood melawat ke dalam kubu |
|
Potret pemimpin-pemimpin Egypt |
|
Ada banyak lukisan di sini yang menggambarkan suasana peperangan pada masa itu. |
|
Welcome To Egypt |
|
Kubu Pertahanan |
Tempat pertama yang ditunjukkan kepada kami ialah Pejabat dan Kediaman Komander Tentera Israel.
|
Pejabat dan Kediaman Komander Tentera Israel |
|
Commander Office & Dwelling |
|
Pintu masuk ke Commander Office & Dwelling |
|
Struktur besi yang digunakan dalam pembinaan kubu |
|
Pemandangan lebih dekat pintu masuk ke Pejabat Komander |
|
Terowong di dalam Pejabat Komander |
|
Patung Komander Israel |
|
Bendera Israel |
|
Lagu Kebangsaan Israel ~ Hatikvah (The Hope) |
|
Barang peribadi milik Komander Israel |
|
Tulisan dalam Bahasa Hebrew |
|
Mengambil gambar barang milik peribadi Komander Israel |
|
Berjalan keluar dari Pejabat Komander |
Seterusnya kita dibawa pula melawat ke Bunker Meriam.
|
Menuju ke Bunker Meriam |
|
Signal Centre |
|
Memang terasa suasana perang bila berjalan di sini. |
|
Kenangan di Kubu Israel |
|
Struktur besi yang digunakan dalam pembinaan kubu. |
|
Suasana di sekitar |
|
Mengikut Mahmood ke Bunker Meriam Israel |
|
Pemandangan Bunker Meriam dari luar |
|
Inilah rupa Bunker Meriam itu |
Meriam yang terletak di sini sangat tersembunyi dari pandangan pesawat pejuang Mesir ketika itu. Banyak pesawat pejuang Mesir yang jatuh ditembak meriam ini pada masa perang tersebut.
|
Signboard di luar Bunker Meriam |
|
Inilah rupa meriam itu |
|
Muncung meriam dari dekat |
|
Gambaran peperangan |
Pengunjung juga dibenarkan masuk ke dalam untuk melihat suasana di dalam Bunker dengan lebih dekat.
|
Pengunjung boleh masuk ke dalam Bunker ini |
|
Tangga turun ke dalam Bunker |
|
Patung Tentera Israel di dalam Bunker |
|
Gambaran Tentera Israel yang menjaga meriam |
|
Peluru-peluru yang digunakan dalam meriam |
|
Pemandangan lebih dekat peluru-peluru meriam |
|
Pemandangan dari belakang meriam |
|
Lorong di belakang Bunker |
Penerangan yang diberi oleh Mahmood tentang sejarah kubu ini sangat jelas. Memang kagum mendengar kebolehan Mahmood bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kata Mahmood, dia akan menamatkan tempoh Khidmat Negaranya 6 bulan lagi. Selepas itu dia akan kembali bertugas sebagai seorang akauntan.
|
Mahmood yang tinggi lampai dan bermata biru. |
|
Mengikut Mahmood naik ke atas bukit. |
Kemudian kami dibawa menaiki sebuah bukit yang merupakan puncak tertinggi di kawasan kubu ini.
|
Ahli kumpulan yang tak mampu memanjat bukit hanya menunggu di sini. Macam nak tunggu bas balik ke Malaysia je gayanya. |
|
Tangga yang dibina untuk naik ke puncak bukit |
|
Kafe kecil di atas bukit, tapi tak beroperasi pada ketika itu. |
|
Pemandangan ke dalam kafe |
Pemandangan Teluk Suez dapat dilihat dengan jelas dari puncak bukit ini. Kerana itulah kubu ini menjadi rebutan antara Mesir dan Israel masa perang dulu.
|
Pemandangan Teluk Suez dari puncak bukit |
Seperti pemandangan di Terusan Suez, memang banyak kapal yang berlayar di Teluk Suez. Dalam masa yang singkat pelbagai jenis kapal dapat dilihat dan hampir semuanya bersaiz besar belaka. Dari jauh pun dah nampak bagak begitu, kalau tengok dari dekat mesti lagi mengkagumkan.
Sambil kita lihat kapal-kapal berlayar di Teluk Suez, kita renungkan Firman Allah di dalam Al Quran, Surah Ar-Rahman (55), Ayat 24-25:
[24] Milik-Nyalah kapal-kapal yang berlayar di lautan bagaikan gunung-gunung.
[25] Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
|
Kapal-kapal besar di Teluk Suez |
|
Seperti Firman Allah di dalam Surah Al Rahman Ayat 24, saiz kapal-kapal yang berlayar ini besar macam gunung. |
|
Keupayaan manusia mencipta kapal-kapal sebesar ini adalah sebenarnya satu nikmat dari Allah SWT yang tak dapat kita dustakan. |
Di atas bukit ini ada sebuah senjata lama milik Israel dulu. Tak tahu apa nama senjata ini. Machine-gun, kot?
|
Berjalan ke tempat machine-gun Israel |
|
Melihat machine-gun dengan lebih dekat. |
|
Pemandangan kapal di Teluk Suez dari tempat machine-gun. |
|
Beraksi dengan machine-gun. |
|
Machine-gun |
|
Kawat besi di sekitar kubu |
|
Kawat besi |
Kemudian kita kembali ke dalam kafe. Dalam kafe ini ada sebuah teropong dan almari yang menyimpan peralatan-peralatan perang yang digunakan tentera Israel dulu.
|
Kembali ke bangunan kafe |
|
Teropong di dalam kafe yang masih boleh digunakan |
|
Almari yang menyimpan peralatan perang tentera Israel |
|
Topi dan peluru |
|
Boot tentera |
|
Uniform |
|
Pengesan bahan kimia |
|
Menamatkan lawatan |
Lawatan ke Kubu Israel ini sangat berbeza dengan lawatan ke Citadel of Saladin semalam. Citadel of Saladin dibina sangat besar dan kukuh, namun dengan peralatan dan teknik perang ketika itu, taklah begitu banyak nyawa yang terkorban. Binaan Kubu Israel ini jauh lebih simple dari Citadel of Saladin, namun dengan teknik perang moden ketika itu, memang banyak nyawa yang terkorban.
|
Bergerak menuju ke destinasi seterusnya |
|
Selamat Tinggal, Ummul Dunya. |
Part 15: Uyun Musa
(Mata Air Nabi Musa)
Persinggahan seterusnya barulah Uyun Musa yang sebenar. Uyun Musa dipercayai sebagai tempat 12 mata air yang terpancar dari bumi selepas dipukul dengan tongkat oleh Nabi Musa AS. Peristiwa ini berlaku selepas Bani Israel diselamatkan dari Firaun oleh Allah dengan cara membelah Laut Merah.
|
Perjalanan ke Uyun Musa |
Mata Air Uyun Musa ini terletak tidak jauh dari Kubu Israel yang telah kami lawati tadi.
|
Uyun Musa |
|
Signboard berhampiran Uyun Musa |
|
Jalan masuk ke Uyun Musa |
|
Tiba di Uyun Musa |
Kisah mata air yang memancar untuk kaum Nabi Musa ini diceritakan di dalam Al Quran, Surah Al A’raf (7): Ayat 160:
[160] Dan Kami membahagikan mereka menjadi dua
belas suku yang masing-masing berjumlah besar, dan Kami wahyukan kepada Musa
ketika kaumnya meminta air kepadanya, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu!”
Maka memancarlah dari (batu) itu dua belas mata air. Setiap suku telah
mengetahui tempat minumnya masing-masing. Dan kami naungi mereka dengan awan
dan Kami turunkan kepada mereka mann dan salwa. (Kami berfirman), “Makanlah
yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu.” Mereka tidak
menzalimi Kami, tetapi merekalah yang selalu menzalimi dirinya sendiri.
Dulu memang terdapat 12 buah mata air di kawasan ini. Tapi yang tinggal kini hanya 7 buah. Lima buah lagi telah tertimbus.
|
Selamat Datang ke Uyun Musa |
|
Berjalan menuju ke mata air yang pertama |
|
Telaga Uyun Musa |
Binaan seperti telaga telah didirikan di sekeliling mata air yang masih tinggal. Ada di antara telaga ini yang masih mengandungi air dan ada yang telah kering.
|
Telaga yang pertama |
|
Menjenguk ke dalam telaga |
|
Telaga ini masih mengandungi air tetapi dipenuhi dengan sampah yang dibuang oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab. |
|
Setiap telaga mata air dimiliki oleh satu kaum Nabi Musa ketika itu. Telaga ini dimiliki oleh Suku Kaum Al-Sheikh. |
Uyun Musa terletak di tepi Teluk Suez. Pemandangan kapal yang lalu di Teluk Suez dapat dilihat dengan lebih jelas dari sini. Mungkin di sinilah juga Laut Merah yang dibelah Allah untuk menyelamatkan Bani Israel dari dikejar Firaun dan tenteranya. Tak siapa tahu lokasi sebenar peristiwa ini berlaku. Namun yang pasti, peristiwa ini benar-benar terjadi seperti yang diceritakan di dalam Al Quran, Surah Asy-Syu’ara (26): Ayat 63-68:
[63] Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah
laut itu dengan tongkatmu.” Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan
seperti gunung yang besar.
[64] Dan di sanalah Kami dekatkan golongan yang
lain.
[65] Dan Kami selamatkan Musa dan orang-orang
yang bersamanya.
[66] Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang
lain (Firaun).
[67] Sungguh, pada yang demikian itu terdapat
suatu tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman.
[68] Dan sesungguhnya Tuhanmu Dialah Yang Maha
Perkasa, Maha Penyayang.
|
Di belakang pokok ini adalah Teluk Suez yang merupakan sebahagian dari Laut Merah. |
|
Pemandangan kapal yang berlayar di Teluk Suez dari Uyun Musa |
|
Memerhatikan kapal yang berlayar |
Tidak jauh dari telaga yang pertama, ada sebuah lagi telaga lain. Tidak seperti telaga tadi, telaga ini kering dan tak berisi air.
|
Telaga yang kedua |
|
Telaga ini kering, tak berisi air |
|
Pemandangan kawasan Uyun Musa dari telaga yang kedua |
Selain dari binaan perigi, setiap mata air di Uyun Musa juga ditandakan dengan khemah. Tapi kedudukannya agak jauh antara satu sama lain. Disebabkan kekangan masa, kami cuma dapat meninjau dua buah saja telaga mata air di sini. Maklumlah perjalanan kami ke Dahab masih jauh lagi dan banyak sekatan tentera perlu kami tempuhi. Memang membimbangkan kalau perjalanan terlewat dan terpaksa menempuh padang pasir yang tandus di tengah kegelapan malam.
|
Keududukan mata air ketiga dan keempat seperti yang dilihat dari telaga mata air yang kedua. |
|
Satu lagi mata air di sana |
|
Ini adalah mata air yang ketiga |
|
Kedai-kedai cenderamata di Uyun Musa |
|
Lelaki yang memakai kot ini adalah salah seorang polis yang menjadi escort kami. |
|
Bas yang membawa kami sepanjang perjalanan di Egypt. |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018