Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 16: Cairo (5)
CAIRO (Masjid ibnu Tulun & Makam Wali-Wali Allah)
HARI KEENAM (3)
Part 44: Masjid Ibnu Tulun
Selepas makan tengahari di Malaysia Hall, kita meneruskan program lawatan kita dengan berziarah ke Masjid Ibnu Tulun.
|
Perumahan moden di Cairo |
|
Traffic Jam |
|
Pejabat Mufti Mesir. Kami diberitahu pegawai-pegawai agama Islam dari Malaysia sering dihantar berkursus di sini. |
|
Taman Al Azhar di tengah Cairo |
|
Jalan moden di Cairo |
|
Taman Al Azhar adalah sebuah taman awam yang besar di tengah bandaraya Cairo |
|
Citadel of Saladin |
|
Salah sebuah pintu masuk ke Citadel of Saladin |
Kami kemudian melintasi sebuah kawasan yang dinamakan Islamic Cairo. Mercu tanda di kawasan ini ialah dua buah masjid kembar yang sangat besar bernama Masjid Sultan Hasan dan Masjid Rifaie. Kami tak melawat ke kedua-dua buah masjid ini dalam trip kami ini. Myself walau bagaimanapun pernah masuk melawat ke dalam kedua-duanya sewaktu kunjungan pertama pada tahun 2010 dulu.
|
Islamic Cairo |
|
Pemandangan masjid kembar di Islamic Cairo: Masjid Sultan Hasan (kiri) dan Masjid Rifaie (kanan). |
|
Kawasan berhampiran Masjid Ibnu Tulun |
|
Tembok luar Masjid Ibnu Tulun |
Masjid Ibnu Tulun atau Masjid al-Maydan dibangunkan pada tahun 876-879M di masa pemerintahan Ahmad Ibn Tulun, penguasa pertama dari dinasti Ibnu Tulun yang berkuasa selama 135 tahun di Mesir. Masjid yang sudah berusia ratusan tahun ini
menjadi salah sebuah peninggalan kegemilangan kerajaan Islam di Mesir. Ia juga adalah masjid kedua dibina di Mesir selepas Masjid Amru Al-'As.
|
Bas parking di sini. |
|
Berjalan menuju ke pintu masuk |
|
Pintu masuk ke Masjid Ibnu Tulun |
|
Nama sebenar masjid ini ialah Masjid Ahmed Ibn Tulun |
|
Tembok masjid ini dibina dua lapis. Tembok yang ini adalah lapisan tembok di sebelah dalam. |
|
Gayer Anderson Museum di dalam Masjid Ibnu Tulun |
Di antara lapisan tembok luar dan dalam ini, ada sebuah muzium bernama Gayer Anderson Museum. Bangunan
muzium ini adalah bekas kediaman Jeneral
berbangsa Inggeris yang bernama RG John Gayer-Anderson. Jeneral Anderson
beserta seluruh anggota keluarganya tinggal di sini sehingga tahun 1942.
Bangunan Masjid Ibnu Tulun dan Muzium Gayer Anderson ini pernah
dijadikan sebagai lokasi filem James Bond The Spy Who Loved Me yang dibintangi oleh Roger Moore pada tahun 1977.
|
Bangunan Gayer Anderson Museum ini pernah menjadi lokasi filem James Bond The Spy Who Loved Me pada tahun 1977. |
|
Pemandangan di dalam Masjid Ibnu Tulun |
Pembinaan Masjid Ibnu Tulun mencerminkan senibina dari Samarra,
kampung halaman Ahmad Ibnu Tulun di Iraq. Reka bentuk masjid ini sangat mirip dengan Masjid Agung Samarra yang kini hanya tinggal runtuhan dan tidak lagi digunakan. Ciri terpenting dalam senibina Samarra ini ialah menaranya yang berbentuk spiral.
|
Rekabentuk spiral pada menara masjid ini adalah berdasarkan senibina serupa di Masjid Agung Samarra di Iraq. |
Masjid Ibnu Tulun pernah berfungsi sebagai tempat persinggahan untuk Jemaah Haji pada zaman dahulu. Seperti masjid-masjid lain di Mesir, ia juga mempunyai sebuah tempat wuduk yang dibina di tengah-tengah Courtyard Masjid. Pada zaman kegemilangannya, masjid ini juga mempunyai sebuah klinik di dalamnya.
|
Tempat berwuduk di tengah Courtyard masjid. |
Pengaruh senibina Moorish dari Andalusia juga dapat dilihat pada masjid ini kerana pada ketika itu ada ramai pendatang dari sana di Mesir. Mereka datang ke Mesir setelah diusir oleh penakluk Kristian pada tahun 1212-1260.
|
Pengaruh senibina Moorish juga dapat dilihat pada binaan Masjid Ibnu Tulun. |
|
Pelajar-pelajar senilukis di Masjid Ibnu Tulun |
|
Membuat sketch lukisan masjid |
|
Wahh... Hebatnya!! |
Dinding mihrab masjid dihiasi dengan ukiran dari bahan
plaster simen dan kayu pada bahagian atas dan mozek kaca pada bahagian bawah. Pada bahagian atas mihrab juga terpahat
tulisan dua kalimah syahadah menggunakan gaya tulisan kaligrafi Kufi.
|
Mihrab |
|
Hiasan kaligrafi pada bahagian atas mihrab. |
|
Menara spiral |
|
Hiasan siling yang dibuat dari kayu |
Walaupun binaan Masjid Ibnu Tulun besar dan megah, masjid ini kini sepi seolah-olah ditinggalkan. Ia tidak makmur dengan kehadiran jemaah seperti di masjid-masjid lain di Cairo. Ada pendapat yang mengatakan hal ini terjadi kerana masjid ini dulu tidak dibina atas dasar takwa. Ia sebaliknya dibina untuk bermegah-megah dan ingin menandingi Masjid Al Azhar yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam.
|
Tidak seperti masjid-masjid lain di Cairo, Masjid Ibnu Tulun jarang dikunjungi jemaah. |
|
Beginilah pemandangan di keseluruhan Masjid Ibnu Tulun |
|
Papan kenyataan mengenai usaha konservasi masjid |
|
Pelan lantai Masjid Ibnu Tulun |
|
Pemandangan sewaktu melangkah keluar dari masjid |
|
Tembok luar masjid dari bahagian dalam |
|
Pintu keluar di tembok dalam masjid |
|
Kena jalan ke arah sana kalau nak naik ke menara |
|
Pintu antik masjid |
|
Pelan tempat-tempat bersejarah berhampiran Masjid Ibnu Tulun |
|
Tempat-tempat bersejarah berdekatan Masjid Ibnu Tulun |
|
Kanak-kanak sekolah |
Part 45: Makam Wali-Wali Allah
Selepas melawat Masjid Ibnu Tulun, kami dibawa pula melawat ke makam beberapa orang wali-wali Allah yang terkemuka di sini. Wali-wali adalah pewaris nabi yang hidup mereka penuh dengan keberkahan. Wali-wali Allah ini sentiasa berjuang untuk mengembalikan iman dan moral ke tahap yang tertinggi selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Seperti para Nabi, mereka juga diberi Allah SWT kelebihan yang tidak diberi kepada orang lain. Kelebihan ini dipanggil karamah.
Dalil akan adanya wali-wali ini disebut di dalam Al Quran Surah Yunus (10): Ayat 62-64:
[62] Ingatlah wali-wali Allah itu, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.
[63] (Iaitu) orang-orang yang beriman dan sentiasa bertakwa.
[64] Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah. Demikian itulah kemenangan yang agung.
Sepertimana kehidupan mereka penuh keberkahan, kematian mereka juga penuh keberkahan. Kerana itulah makam-makam mereka terus dikunjungi orang-orang yang beriman sehingga ke hari ini untuk menumpang berkah.
Bila berkunjung ke makam wali-wali Allah kita digalakkan untuk berdoa di sana sambil menghadiahkan kepada mereka Surah Al Fatihah. Tapi kenalah diingat bahawa kita hanya berdoa kepada Allah SWT dan bukan kepada mereka. Hanya kita mengambil kesempatan berdoa di tempat yang penuh berkah supaya doa kita lebih mudah diterima dan dimakbulkan.
MASJID SAYYIDAH AISYAH
Kami tak berkunjung ke Masjid Sayyidah Aisyah walaupun sering melaluinya dalam perjalanan ke pelbagai destinasi di Cairo. Sayyidah Aisyah yang diabadikan namanya pada masjid ini bukanlah puteri Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan seorang isteri Nabi Muhammad SAW. Beliau sebaliknya adalah puteri kepada Ja'far As-Shadiq, seorang keturunan Rasulullah SAW menerusi cucu baginda Hussein Bin Ali. Kalau tak salah, Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Nafisah mempunyai hubungan sebagai ipar.
|
Masjid Sayyidah Aisyah |
|
Kubah Masjid Sayyidah Aisyah |
Masjid Sayyidah Aisyah juga terkenal kerana ada sebuah pasar yang sibuk berdekatan dengannya. Pasar ini dipanggil Pasar Sayyidah Aisyah.
|
Pasar Sayyidah Aisyah |
|
Suasana kesibukan di Pasar Sayyidah Aisyah |
|
Akhirnya barulah nampak sebuah kereta kuda. Kalau tidak asyik nampak kereta keldai saja. |
Kami dibawa kembali ke satu sudut tanah perkuburan yang besar di kaki Bukit Mokattam untuk melawat beberapa makam Auliya' di sana.
|
Kawasan perkuburan di kaki Bukit Mokattam |
|
Pemandangan beberapa kubur yang terletak secara terbuka di tanah perkuburan |
KHALWAH SAYYIDAH NAFISAH
Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Khalwah Sayyidah Nafisah. Khalwah Sayyidah Nafisah bukanlah sebuah makam. Ia sebaliknya adalah sebuah bilik di mana Sayyidah Nafisah yang telah kami ziarahi makamnya pagi tadi sering bersendirian untuk bermunajat kepada Allah SWT.
|
Pintu masuk ke kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah |
|
Pemandangan di kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah |
Ada beberapa penjaga yang tinggal di kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah ini. Menurut Ustaz Faiz, mereka bukanlah penduduk miskin seperti kebanyakan orang yang menumpang tinggal di kawasan perkuburan ini. Sebaliknya mereka memilih untuk tinggal di sini untuk berbakti menjaga makam Wali-wali Allah di sini.
|
Mendengar penerangan dari Ustaz Faiz mengenai Khalwah Sayyidah Nafisah |
|
Pemandangan ke dalam Khalwah Sayyidah Nafisah |
|
Ruang di mana Sayyidah Nafisah beribadah pada masa dahulu. |
|
Ini adalah perkuburan beberapa orang biasa yang meminta dimakamkan di sini untuk menumpang keberkahan Sayyidah Nafisah. |
MAKAM SAYYIDI MUHAMMAD BIN SAYYIDI AN-NAS
Di sebelah Khalwah Sayyidah Nafisah, ada makam seorang wali Allah yang bernama Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas.
|
Pintu masuk ke makam Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas |
|
Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas |
|
Makam Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas. Peti sejuk dan perabut di sekeliling makam ini digunakan oleh penjaga makam. |
|
Satu lagi pemandangan makam Sayyidi Muhammad bin Sayyidi An-Nas |
SAYYIDI ABDULLAH BIN ABI JAMRAH
Sebuah lagi makam wali Allah yang terdapat berdekatan dengan Khalwah Sayyidah Nafisah ini ialah makam Sayyidi Abdullah bin Abi Jamrah. Beliau adalah penulis
kitab Bahjatun-Nufus dan Mukhtasar Sahih Bukhari. Abdullah bin Abi Jamrah berasal dari
Andalus dan datang ke Mesir demi untuk mencari ilmu. Antara guru beliau
adalah Sheikh ibn Athoilah As-Sakandari yang akan kami ziarah makamnya selepas ini.
|
Penjaga di luar Makam Sayyidi Abdullah bin Abi Jamrah ini menghulurkan bekas kurma untuk bersedekah kepada kami. |
Pada dinding di luar makam Abdullah bin Abi Jamrah terdapat tulisan yang bermaksud bahawa Imam Ibnu Athoilah pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan
Rasulullah berkata kepadanya, “Kenapa kamu tidak berziarah kepada Raja
Barat dan Timur?” Lalu Imam Ibnu Athoilah berkata, “Siapakah itu wahai
Rasulullah?” Maka Rasulullah SAW menjawab, “Dialah Abdullah bin Abi
Jamrah!”
|
Tulisan di luar makam Abdullah bin Abi Jamrah ini menceritakan mimpi Imam Athoilah yang bertemu dengan Rasullullah SAW mengenai beliau. |
|
Makam Abdullah bin Abi Jamrah |
|
Satu lagi pemandangan Makam Abdullah bin Abi Jamrah |
|
Pemandangan di luar Makam Abdullah bin Abi Jamrah |
Seterusnya kami dibawa
menziarahi maqam wali shorir (kecil). Nama beliau ialah Ashraf Rifai
Al-Husaini. Ketika berumur 3 tahun telah menghafal Al-Quran dan telah
didengar (tasmie') oleh sheikh-sheikh Al-Azhar dan mendapati bahawa
bacaan beliau tiada salah. Boleh bertutur dalam bahasa arab fushah.
Wafat ketika berumur 4 tahun.
Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
|
Meninggalkan kawasan Khalwah Sayyidah Nafisah |
MASJID IBNU AITHOILAH AL SAKANDARI
Seterusnya kami dibawa ke Masjid Ibnu Aithoilah Al-Sakandari yang juga merupakan makam beliau. Ibnu Aithoilah Al-Sakandari adalah anak murid kepada Sheikh Abu Al Abbas Al Mursi. Beliau dibukakan lautan ilmu hikmah oleh Allah
melalui kata-katanya yang berhikmah. Beliau adalah juga pengarang sebuah kitab
yang masyhur yang bernama Syarah Hikam.
|
Masjid Ibnu Athoilah Al-Sakandari |
|
Nama sebenar Ibnu Athoilah Al-Sakandari ialah Ahmad Bin Athoilah Al-Sakandari |
|
Pemandangan di dalam masjid |
|
Satu lagi pemandangan di dalam masjid |
|
Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari terletak di sebuah bilik di bucu masjid |
|
Pemandangan ke dalam bilik yang menempatkan makam |
|
Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari |
|
Pemandangan lebih dekat Makam Ibnu Athoilah Al-Sakandari |
|
Mendengar penerangan yang disampaikan oleh Ustaz Faiz mengenai Ibnu Athoilah Al-Sakandari |
Sebenarnya tidak hanya Ibnu Athoilah yang dimakamkan di kawasan ini. Di
belakang masjid ada makam Kamal bin Hammam. Syeikh Kamal bin Hammam ini tercatit di dalam Kitab Jami’u Karamatil Aulia
yang menceritakan tentang karamah para wali Allah.
Diceritakan pada
suatu hari Syeikh Kamal bin Hammam berziarah ke makam Imam Ibnu
Athoilah. Di sana, Syeikh Kamal membaca Surah
Hud. Ketika sampai pada ayat yang bermaksud 'Maka di
antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia', tiba-tiba
terdengar suara dari dalam kubur. Imam Ibnu Athoillah dari dalam
kuburnya menjawab dengan suara yang keras, “Wahai, Kamal! Tidak ada di
antara kita yang celaka”. Setelah menyaksikan karamah Imam Ibnu Athoilah
yang agung itu, maka Syeikh Kamal berwasiat kepada sahabat-sahabatnya supaya
apabila beliau meninggal nanti jenazahnya dimakamkan di dekat
makam Ibnu Athoilah.
|
Makam Syeikh Kamal Bin Hammam terletak di bahagian luar belakang masjid. |
|
Makam Syeikh Kamal Bin Hammam |
MAKAM WALI SAGHIR
Makam wali terakhir yang kami lawati ialah Makam Wali Saghir (Wali Kecil). Nama sebenar beliau ialah Ashraf Rifaie
Al-Husaini. Ketika berumur 3 tahun, Wali Saghir telah menghafal Al-Quran dan telah
didengar dan disemak oleh sheikh-sheikh Al-Azhar. Didapati bacaan beliau tiada yang salah. Seperti kebanyakan wali-wali kecil yang lain, Wali Saghir juga wafat sewaktu masih kanak-kanak.
|
Gerbang di luar kawasan Makam Wali Saghir |
|
Lorong menuju ke Makam Wali Saghir |
|
Pintu masuk ke Makam Wali Saghir |
|
Mendengar penerangan dari Ustaz Faiz mengenai Wali Saghir |
|
Potret Wali Saghir yang masih disimpan oleh keluarganya. |
Kelebihan Wali Saghir ini disedari oleh ayahnya Syeikh Jabir apabila dia dapat menceritakan mimpi ayahnya dengan begitu terperinci, seolah-olah dia turut berada di dalam mimpi itu. 15 hari sebelum beliau wafat, Wali Saghir telah memberitahu ayahnya yang dia akan pergi menemui Allah dan individu lain yang juga telah pergi. Karamah Wali Saghir juga telah disaksikan oleh ramai penduduk Cairo sewaktu pengebumiannya.
|
Makam Wali Saghir |
|
Pemandangan lebih dekat Makam Wali Saghir |
|
Papan keterangan mengenai sejarah Wali Saghir yang ditulis dalam Bahasa Melayu. |
|
Papan keterangan dalam Bahasa Melayu ini disediakan oleh sekumpulan pelajar Malaysia yang datang berziarah ke sini. |
Menurut maklumat yang kami terima, Wali Saghir ini wafat sekitar tahun 1973. Ini bermakna Wali Saghir adalah wali yang segenerasi dengan kami. Makam Wali Saghir masih dijaga oleh kedua-dua ibu dan bapanya. Memang sejuk kita melihat pasangan ini di makam anak mereka. Pasti mereka amat bangga dan bahagia memiliki anak yang penuh berkah ini.
|
Ibu dan Bapa Wali Saghir |
|
Bergambar kenangan dengan ibu dan bapa Wali Saghir. |
Part 46: Pulang Ke Hotel
Selepas melawat Makam Wali Saghir, tamatlah program lawatan kami untuk Hari Keenam ini. Ustaz Faiz sengaja meminta pemandu bas kami untuk menggunakan jalan yang menyusuri Aqueduct untuk pulang ke hotel.
|
Pulang ke Giza |
Aqueduct ini dibina oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi untuk membekalkan air minuman dari Sungai Nil ke kubu pertahanan beliau (Citadel of Saladin) yang dibina di atas Bukit Mokattam. Air diangkut dari Sungai Nil sehingga sampai ke kubu tersebut menggunakan beberapa siri kincir air.
|
Cairo Aqueduct |
|
Pembinaan Aqueduct ini dimulakan oleh Sultan Salahuddin Al Ayubi |
|
Kereta kuda di tepi Aqueduct |
|
Kereta keldai |
Aqueduct ini sangat berjasa membekalkan air minuman kepada penduduk kota Cairo pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun, ia tidak lagi digunakan selepas mengalami kerosakan akibat beberapa kejadian gempa bumi.
|
Di sesetangah tempat, binaan Aqueduct ini telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. |
|
Bangunan di penghujung Aqueduct ini mengandungi 4 buah kincir air di dalamnya untuk memindahkan air dari Sungai Nil ke dalam Aqueduct. |
|
Sungai Nil Kecil |
|
Pusat Rawatan Kanser Afrika |
|
Melintasi Sungai Nil |
|
Bandar Cairo yang moden terletak di sebelah sana Sungai Nil |
Kami tiba kembali ke hotel sekitar pukul 6 petang. Oleh kerana masih awal lagi sebelum waktu makan malam, kami terus balik ke bilik.
|
Korridoor di bilik hotel |
Jika semalam kami bertemu dengan pasangan pengantin di lobi hotel ketika tiba dari Sinai, ada satu lagi pasangan pengantin sedang membuat photo shoot di tepi kolam renang petang itu. Bising sungguh bila ahli-ahli keluarga pengantin yang terdiri dari kaum wanita melolong-lolong melihat pengantin. Kami diberitahu itu memang cara orang Arab menggambarkan kegembiraan mereka di majlis perkahwinan. Tapi cuma wanita saja yang boleh melolong begitu. Kalau lelaki yang melolong, perbuatan itu dianggap kurang sopan.
|
Photo Shoot perkahwinan di tepi kolam renang |
|
Pengapit pengantin yang comel |
Dinner malam itu disediakan di Amarante Pyramids Hotel. Makanan yang disediakan adalah makanan Arab. Walaupun tak berapa kena dengan selera, terpaksalah juga kita makan untuk menghidupkan roh, kata orang.
|
Menuju ke restoran di Amarante Pyramids Hotel |
|
Salad |
|
Nasi Arab |
|
Dessert |
Bersambung ke Bahagian 17...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018