Tuesday, 6 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 03 (Citadel of Saladin)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 3: Cairo (2)
CAIRO CITY (Citadel of Saladin)

HARI KEDUA (2)

Part 8: Citadel of Saladin

Citadel of Saladin yang terletak di tengah-tengah kota Cairo didirikan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayubi pada tahun 1183 untuk mempertahankan Cairo dari serangan musuh sewaktu Perang Salib. Kota ini dipanggil Qal'ah Salah Ad-Din dalam Bahasa Arab dan juga dikenali sebagai Cairo Citadel. Walau dah berusia lebih 5 abad, ia masih kukuh berdiri.

Tembok luar Citadel of Saladin
Satu lagi pemandangan luar Citadel of Saladin
Antara jasa Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah membawa fahaman Sunnah Wal Jamaah ke Mesir. Sebelum kedatangan beliau, Mesir diperintah oleh raja-raja berfahaman Syiah dari Dinasti Fathimiyah. Runtuhnya Dinasti Fathimiyah menandakan berakhirnya kebesaran Syiah di Mesir, Afrika Utara (Tunisia, Algeria dan Libya) dan Syam (Syria, Lebanon, Palestine dan Jordan).

Pintu masuk utama ke Citadel of Saladin
Sebahagian kota ini juga digunakan sebagai Muzium Tentera Mesir.
Lastik (catapult) lama yang digunakan untuk pertahanan pada masa dahulu
Tour Leader kami dari Malaysia (Ustaz Faiz) dan Local Tour Guide kami di Cairo (Thoha). Disebabkan dia sering berurusan dengan pelancong dari Malaysia, Thoha pandai bercakap dalam Bahasa Melayu.
Tiket masuk ke Citadel of Saladin
Pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke Citadel of Saladin
Kehebatan dan keagungan Sultan Salahuddin Al Ayubi sangat terasa bila kita melawat masuk ke dalam kota ini. Dari sinilah Salahuddin memimpin tentera Islam sehingga dapat menewaskan Tentera Salib dalam peperangan yang berlarutan sehingga 300 tahun. Disebabkan faktor usia, kubu ini telah melalui pembaikan dan konservasi dari semasa ke semasa. Namun kehebatan dan keasliannya masih dapat dilihat sehingga sekarang.

Berjalan dalam kota Salahuddin Al Ayubi
Topiari kalimah Allah dalam Citadel of Saladin.
Cairo Police Antiquities Station
Pintu masuk ke Cairo Police Antiquities Station
Kita pun nak bergambar dalam kota ini.
Menangkap gambar pemandangan di dalam kota

MASJID NASER MOHAMED QALAWUN

Mercu tanda utama di dalam kota yang besar ini adalah Masjid Mohamed Ali Pasha. Namun sebelum ke sana, kita singgah dulu ke sebuah masjid lain yang juga ada di dalam kota ini yang bernama Masjid Naser Mohamed Qalawun.

Mercu tanda utama dalam Citadel of Saladin adalah Masjid Mohamed Ali Pasha di depan sana. Gambar ini diambil dari pintu masuk ke Masjid Naser Mohamed Qalawun.
Masjid Naser Mohamed Qalawun tidaklah sehebat Masjid Mohamed Ali Pasha, namun ia tetap bersejarah. Seperti namanya, masjid ini dibina oleh Sultan Naser ibn Muhammad Al Qalawun yang berasal dari Dinasti Mamluk. Ia dibina lebih awal 500 tahun dari Masjid Mohamed Ali Pasha.

Pintu masuk ke Masjid Naser Mohamed Qalawun
Signboard di luar pintu masjid
Pemandangan ke dalam Masjid Naser Mohamed Qalawun
Pembina dan arkitek Masjid Naser Mohamed Qalawun menggunakan gerbang-gerbang yang menarik dan tiang-tiang yang sangat banyak dalam pembinaannya, seakan-akan tiang-tiang di Alhambra. Pada tiang seri pintu utamanya ada jam matahari yang bertanda dengan garisan-garisan waktu solat tapi Myself tak nampaklah pulak jam ini. Mungkin sebab kita tak memerhatikannya betul-betul.

Menikmati senibina Masjid Naser Mohamed Qalawun
Ilmu pembinaan ketika itu tidak sepintar zaman Ottoman dalam pembentukan atap. Justeru, atap bangunan disokong dengan kegunaan tiang-tiang yang banyak.

Banyak tiang dilihat dalam Masjid Naser Mohamed Qalawun
Lampu-lampu masjid.
Siling masjid yang dibuat dari kayu cendana yang berasal dari India masih kukuh dan rapi. Seperti banyak binaan masjid lama di Mesir yang lain, ketinggian dan luas ruang solatnya memberi akustik yang membolehkan suara khatib didengari di setiap penjuru masjid dengan jelas.

Gerbang-gerbang dalam masjid yang seperti gerbang di Alhambra.
Siling masjid yang dibuat dari ukiran kayu cendana India.
Mihrab Masjid
Siling Mihrab Masjid
Menara Masjid Nasir Mohamed Qalawun
Satu-satunya kubah yang ada di masjid ini dibina menyerupai kubah di Masjid Nabawi di Madinah.
Lepas melawat Masjid Naser Mohamed Qalawun, kita pergi pulak ke sebuah anjung di benteng kota ini untuk melihat pemandangan kota Cairo dari sana.

Bab Al-Qullah berhampiran Muzium Polis
Pemandangan Masjid Mohamed Ali Pasha di remang petang.
Berjalan ke anjung kota
Bangunan ini ialah Istana Jawharah yang menjadi tempat kediaman Sultan Salahuddin Al Ayubi di kota ini. Tapi kami tak masuk ke dalam.
Gerai-gerai di anjung kota
Pemandangan anjung kota yang tersangat besar saiznya.
Dari anjung ini, kita dapat melihat dengan jelas kawasan yang dinamakan Islamic Cairo yang terkenal dengan dua buah masjid kembarnya: Masjid Sultan Hasan dan Masjid Rifae. Kami tak berkunjung ke kedua-dua masjid ini dalam trip kali ini. Tapi Myself pernah masuk melawat ke dalam kedua-duanya sewaktu trip pertama ke Cairo dalam tahun 2010 dulu.

Pemandangan Masjid Sultan Hasan (kiri) dan Masjid Rifae (kanan) dari Citadel of Saladin.
Cairo terkenal dengan jolokan Kota Seribu Menara (City of 1,000 Minarets). Ini disebabkan ada terlalu banyak menara masjid di kota ini. Kedudukan masjid di Cairo memang dibina rapat-rapat antara satu sama lain kerana bilangan penduduknya yang ramai datang bersolat jemaah tidak mampu ditampung oleh hanya sebuah masjid dalam sesuatu kawasan.

Secara kebetulan, kami berada di sini sewaktu Azan Asar berkumandang. Bunyi azan yang bersahut-sahutan antara satu sama lain memang memberikan satu perasaan yang indah.

Bunyi azan yang bersahut-sahutan sangat indah didengar dari sini.
Satu lagi pemandangan kota Cairo dari Citadel of Saladin
Cairo adalah antara kota paling sesak di dunia.
Bergerak menuju ke Masjid Mohamed Ali Pasha

PENJARA

Sebelum ke Masjid Mohamed Ali Pasha, kita singgah sebentar melawat ke Muzium Penjara di kota ini.

Citadel's Prison Museum
Pintu masuk ke penjara
Bilik-bilik penjara
Pemandangan lebih dekat bilik-bilik penjara
Mengintai ke dalam sebuah bilik penjara.
Eyyy, macam ada oranglah kat dalam!
Inilah orangnya... patung seorang banduan.

MASJID MOHAMED ALI PASHA

Kemudian barulah kita benar-benar melawat ke Masjid Mohamed Ali Pasha. Masjid ini dibina oleh seorang panglima tentera Ottoman bernama Mohamed Ali yang berketurunan Albania. Setelah berjaya menawan Mesir, Mohamed Ali mengisytiharkan dirinya berpisah dari Kerajaan Ottoman dan membina kerajaannya sendiri di Mesir.

Masjid Mohamed Ali Pasha di dalam Citadel of Cairo
Senibina masjid ini seiras dengan Masjid Biru di Istanbul kerana ia dibina oleh Arkitek yang sama.
Bergambar di depan Masjid Mohamed Ali Pasha
Jom kita melawat ke dalam masjid...
Senibina di luar masjid
Pemandangan di korridor yang mengelilingi Inner Courtyard masjid.
Siling di korridor masjid.
Masjid Mohamed Ali Pasha pernah rosak pada kurun yang ke-19. Usaha pemulihan dibuat pada tahun 1931 di bawah pemerinatahan Raja Fuad dan siap pada tahun 1939 di bawah pemerintahan Raja Farouk. Raja Farouk adalah raja yang terakhir memerintah Mesir, sebelum negara ini bertukar menjadi sebuah republik.

Pemandangan Inner Courtyard Masjid
Tempat wuduk di tengah Inner Courtyrd
Sebuah binaan yang menarik perhatian pengunjung di Inner Courtyard ini ialah sebuah menara jam yang dihadiahkan oleh Raja Perancis, Napoleon Bonaparte kepada Raja Mesir ketika itu sebagai pertukaran untuk tugu Obelisk yang kini ditempatkan di Place de la Concorde di Paris. Mengikut sejarahnya, jam ini rosak dan tidak pernah berfungsi dengan baik sejak hari pertama ia diletakkan di situ.

Jam pemberian Napoleon Bonaparte ini rosak sejak hari pertama ia ditempatkan di sini.
Oleh kerana pembinaan masjid ini berkembar dengan Masjid Biru di Istanbul, hiasan dalamannya memang sama. Cuma bezanya jika Masjid Biru dihiasi dengan jubin-jubin berwarna biru, masjid ini pula menggunakan Alabaster dalam hiasan dindingnya. Kerana itu jugalah Masjid Mohemed Ali Pasha ini turut dikenali sebagai Masjid Alabaster.

Masjid ini kini lebih bersih dan teratur berbanding lawatan Myself ke sini pada tahun 2010 dulu. Memang seronok kerana Myself masih ingat betapa sedihnya perasaan melawat ke sini pada masa itu kerana permaidaninya berpasir dan kelihatan sangat usang.

Pemandangan di dalam Masjid Mohamed Ali Pasha yang seiras dengan Masjid Biru di Istanbul.
Lampu-lampu hiasan
Chandelier
Pemandangan kubah dari bahagian dalam masjid.
Pemandangan menghala ke Mihrab
Mimbar Masjid
Pemandangan lebih dekat Mihrab dan Mimbar Masjid
Hiasan dinding masjid
Satu lagi pemandangan sebuah kubah dari dalam masjid.
Makam Mohamed Ali Pasha di satu sudut di belakang masjid.
Mendengar penerangan yang diberi oleh Ustaz Faiz mengenai sejarah masjid.
Lawatan kami ke Citadel of Saladin berakhir selepas melawat Masjid Mohamed Ali Pasha. Sebelum meninggalkan Citadel, kami berkunjung dulu ke sebuah Vista Point berhampiran masjid ini kerana dikatakan pemandangan Piramid dapat dilihat dari situ.

Masjid Mohamed Ali Pasha diabadikan pada wang kertas 20 Pound Egypt.
Vista Point berhampiran Masjid Mohamed Ali. Ramai yang datang ke sini dengan harapan nak melihat pemandangan Piramid.
Malangnya hari itu sangat berjerebu. Bolehlah juga nampak Piramid dari situ. Tapi kenalah concentrate dan perhatikan betul-betul.

Tak jelas dalam gambar ini, tapi sebenarnya memang boleh nampak bayang-bayang Piramid di kejauhan sana.
Bergerak meninggalkan Citadel of Saladin
Singa dan bendera Egypt
Menuju ke tempat parking bas.
Lubang-lubang pada menara ini digunakan oleh pemanah pada masa dahulu.
Tangga naik ke menara
Itu dia bas kami di sana...

Part 9: Amarante Pyramids Hotel

Program lawatan hari ini berakhir selepas melawat Citadel of Saladin. Dari situ, kami dibawa menaiki bas menuju ke hotel penginapan kami yang bernama Amarante Pyramids Hotel.

Meninggalkan Citadel of Saladin
Keldai sangat banyak digunakan sebagai haiwan bebanan di Egypt.
Pemandangan lewat petang di Cairo
Sesak dengan manusia. Sampah juga banyak bertaburan di merata tempat seperti di India.
Tuk Tuk juga banyak terdapat di Cairo. Ia juga dipanggil "Tuk-Tuk" di sini.
Masjid Sayeda Aisyah. Beliau adalah salah seorang waris keturunan Nabi Muhammad SAW yang menetap di Mesir.
Sungai Nil Kecil
Kawasan perumahan di tepi Sungai Nil Kecil
Pizza Hut dan KFC
Hotel penginapan kami sebenarnya terletak di Giza yang terletak di seberang Sungai Nil dari Cairo. Kami akan melintasi Sungai Nil setiap kali berkunjung ke Cairo.

Sungai Nil di Cairo
Ada pepatah Orang Mesir yang berkata, sesiapa yang minum air dari Sungai Nil pasti akan kembali ke sini. Mungkin betullah kot pepatah itu... Sumber bekalan air di Cairo berasal dari Sungai Nil dan kiranya Myself pernah minum air sungai ini sewaktu berkunjung pertama kali ke Cairo pada tahun 2010. Itulah sebabnya Myself sampai lagi ke sini...

Ada banyak jambatan yang dibina merentasi Sungai Nil di Cairo
Kawasan Cairo yang moden terletak di sebelah sana.
Walaupun terletak di wilayah yang berasingan, kota Giza dianggap berkembar dengan Cairo. Kalau di Malaysia, Giza dan Cairo boleh dianggap sebagai Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Kota inilah yang menjadi penginapan kami selama 5 malam sewaktu berkunjung ke Egypt.

Lebuhraya bertingkat di kawasan Giza
Pemandangan di bandar Giza
Satu lagi pemandangan di bandar Giza
Seperti di India, pemandangan sampah bertaburan begini banyak dilihat di sekitar Egypt. Memang menyedihkan kerana Egypt adalah sebuah negara Islam yang sepatutnya mementingkan kebersihan.
Hotel Amarante Pyramids Giza yang menjadi penginapan kami terletak di lorong sempit ini.
Semua penginap dan pengunjung perlu melalui pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke hotel.
Kaunter pendaftaran di Hotel Amarante Giza Pyramids
Dinner juga disediakan di hotel ini sendiri. Hidangan yang diberi adalah makanan Arab. Jenuh nak menghabiskan salad yang disaji pada awal hidangan. Orang Malaysia macam kita ni manalah larat nak makan sayur banyak-banyak macam Orang Arab. Selepas itu barulah dihidangkan Nasi Arab yang portion makanannya memang besar (saiz makanan Arab tipikal)!

Makan Malam di Hotel Amarante Pyramids
Jenuh nak menghabiskan salad yang banyak macam ni!
Nasi Arab
Bilik penginapan di Hotel Amarante Pyramids besar dan selesa. Selepas perjalanan yang panjang dan memenatkan sepanjang hari ini, nampak katil di bilik hotel memang sangat menggoda. Meminjam kata-kata dari seorang Kakak dalam kumpulan kami: Kalau dapat katil malam ni, Firaun datang duduk sebelah pun tak sedar!

Bilik penginapan kami di Amarante Pyramids Giza
Bilik standard di hotel-hotel di Egypt memang banyak yang Triple Sharing.


 Bersambung ke Bahagian 4...



CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018