Sunday, 4 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 01(KUL-JED-CAI)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 1: Arrival
KUALA LUMPUR --> JEDDAH --> CAIRO

HARI PERTAMA

Part 1: Perjalanan Ke Jeddah

Perjalanan Kembara Kisah Al Quran kami ke bumi Mesir adalah mengikut pakej Kembara Jejak Rasul anjuran agensi pengembaraan Kembara Sufi.

 

Perjalanan ini awalnya dijadual menggunakan penerbangan Saudi Arabian Airlines (Saudia) dengan laluan perjalanan Kuala Lumpur-Riyadh-Cairo. Walau bagaimanapun, seminggu sebelum tarikh penerbangan yang sepatutnya, kami dimaklumkan bahawa pihak Saudia telah membatalkan penerbangan dari KL-Riyadh dan laluan perjalanan kami telah ditukar ke Kuala Lumpur-Jeddah-Cairo. Disebabkan pindaan ini juga, perjalanan kami terpaksa dimulakan sehari awal berbanding jadual asal.

Perjalanan ke KLIA
Menara Kawalan KLIA
Terminal Utama KLIA
Tiba di KLIA
Penerbangan kami dijadualkan berlepas ke Jeddah pada pukul 7.30 malam dan semua ahli rombongan diminta berkumpul di KLIA pada pukul 4.30 petang. Dengan mengambilkira kemudahan urusan perjalanan keseluruhan, Myself dan Husband menaiki teksi dari rumah ke KLIA pada pukul 12.30 tengahari dan tiba pada pukul 1.30 petang. Setibanya di KLIA kami terus menjamak Solat Zohor dan Asar dan makan tengahari di sana.

Kita makan dulu...
Disebabkan Lunch Hour, Food Garden di KLIA sedikit sesak dengan penumpang dan kakitangan airport ketika itu.
Mari kita makan...
Petang itu hujan turun sangat lebat sehingga ada beberapa ahli rombongan yang terlewat tiba di KLIA. Namun itu tidak menjadi masalah kerana kaunter Saudia agak tenang petang itu. Ini mungkin disebabkan pakej-pakej Umrah belum bermula kerana Musim Haji baru saja berakhir.

Rombongan kami terdiri dari 20 orang ahli yang berasal dari sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Ketua Rombongan kami adalah Ustaz Faiz, yang juga merupakan seorang graduan dari Universiti Al Azhar di Mesir.

Ustaz Faiz dari Kembara Sufi membantu ahli-ahli rombongan membuat Check-in di Kaunter Penerbangan Saudia.
Boarding Pass dari KL ke Cairo
Taklimat perjalanan dari Ustaz Faiz kepada semua ahli rombongan.
Oleh kerana pengembaraan ini bertemakan Jejak Rasul dan kami turut menaiki penerbangan Saudia ke Jeddah yang sama kami gunakan sewaktu menunaikan Umrah pada tahun lepas, memanglah ada sikit-sikit feeling macam nak buat Umrah. Itupun tak ramai jemaah Umrah yang naik flight bersama kami. Kalau mereka ada bersama, pasti lagi kuat perasaan itu.

Menuju ke Kaunter Imigresen KLIA
Krew penerbangan Saudia menunggu Aerotrain bersama kami.
Mengintai kapalterbang kami di Bangunan Satelit KLIA
Itu dia Saudia kami!
Saudi Arabian Airlines SV 835 berlepas dari KLIA menuju ke Jeddah di Arab Saudi tepat pada pukul 7.30 malam mengikut jadual. Pesawat yang digunakan adalah Boeing 787-900 dengan jangkaan tempoh perjalanan 8 jam 10 minit.

Panggilan masuk untuk penumpang Saudi Arabian Airlines SV 835 ke Jeddah.
Pemandangan di dalam pesawat
Doa Musafir dibaca sebelum pesawat berlepas
Tempoh perjalanan adalah 8 jam 10 minit.
Laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Dalam perjalanan ini, kami duduk bersama seorang lelaki Perancis bernama Xavier yang sedang dalam perjalanan pulang ke France dari Bali di Indonesia. Kata Xavier, dia bercuti 7 bulan di Bali bersama teman wanitanya semata-mata nak bermain surfing di sana. Xavier terbang bersendirian. Teman wanitanya dah lebih awal pulang ke France kerana tuntutan kerja. 

Rakan dari France dalam penerbangan ke Jeddah.
Lupa nak tanya apa pekerjaan sebenar Xavier. Tapi katanya gaji sebulannya di France cukup untuk membolehkan dia tinggal selama 3 bulan di Bali. Seronok berbual dengan Xavier kerana dia sangat peramah dan tak seperti kebanyakan orang Perancis lain, Xavier fasih berbahasa Inggeris.

Xavier bangga memakai seluar batik Indonesia pulang ke France.
Alhamdulillah, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah lancar tanpa gegaran teruk. Goyang-goyang sikit bila pesawat terkena turbulence tu biasalah, memang tak boleh dielakkan dalam penerbangan yang panjang begini.

Berlepas dari Kuala Lumpur
Melintas pulau Sumatera di Indonesia.
Kit penerbangan percuma yang diberi oleh pihak Saudia kepada penumpang-penumpang kelas ekonomi.
Sajian penerbangan
Terbang merentas Lautan Hindi
Sajian penerbangan
Laluan penerbangan sehingga kini
Menghampiri Pulau Sri Lanka
Terbang merentasi bahagian selatan India
Kepulauan Kecil di Laut Arab
Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa.
Tiba di Semenanjung Arab.
Sajian penerbangan kedua
Nasi Goreng yang sedap dalam sajian penerbangan kedua.
Pengumuman dibuat oleh kapten bila pesawat berada sejam dari kedudukan Miqat Umrah. Miqat Umrah bagi perjalanan masuk ke Makkah dari arah ini adalah Qarnul Manazil. Ketika ini penumpang-penumpang yang nak terus masuk ke Makkah akan memakai pakaian ihram masing-masing. Disebabkan tandas sentiasa digunakan, ramai saja penumpang lelaki yang menyalin pakaian ihram di tempat duduk masing-masing.

Semakin menghampiri Jeddah
Ketika ini pesawat berada sejam perjalanan dari miqat umrah Qarnul Manazil.
Pengumuman yang jelas dibuat oleh anak-anak kapal bila pesawat melintasi miqat Qarnul Manazil. Disebabkan pesawat kami datang dari Malaysia, pengumuman turut dibuat dalam Bahasa Malaysia selain Bahasa Arab dan Inggeris. Kalau kita bukan nak pergi Umrah, janganlah pulak nak memandai-mandai berniat bersama mereka di sini.

Membelok ke arah Jeddah
Selamat tiba di Jeddah

Part 2: Tiba di Jeddah

Pesawat kami selamat mendarat di King Abdul Aziz International Airport di Jeddah pada pukul 11 malam waktu tempatan. Arab Saudi dan Malaysia mempunyai perbezaan waktu 5 jam di mana waktu di Malaysia lebih awal berbanding di sini.

Tiba di Jeddah
Tudung dah senget waktu tiba di Jeddah selepas terbang lebih 8 jam.
Pesawat kami berhenti di tengah-tengah lapangan terbang. Dari tempat pesawat parking, semua penumpang diangkut dengan bas ke bangunan terminal. Memang jauh pesawat kami parking di tengah airport sebab perjalanan dengan bas ke bangunan terminal terasa sangat panjang.

Bas dah sedia menunggu di luar pesawat untuk membawa penumpang ke bangunan terminal.
Pemandangan di dalam bas.
Semua penumpang transit seperti kami diarahkan pergi ke kaunter transit di mana boarding pass untuk perjalanan seterusnya akan diberi cop pengesahan. Selepas itu bermulalah penantian transit yang sangat panjang selama 9 jam di King Abdul Aziz Airport ini.

Kawasan menunggu untuk penumpang berhampiran pintu-pintu perlepasan di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah.
Wajah keletihan sewaktu transit di Jeddah
Barisan penumpang Saudia di pintu perlepasan pesawat yang nak menuju ke London Heathrow. Rasa macam nak join je dia orang ni beratur pergi ke London... Hehehh!
Disebabkan hari telah lewat malam, ramai yang tersengguk tidur di kerusi masing-masing.
Husband cukup seronok bila terpandang kiosk Tim Hortons di terminal airport ini. Tak sabar-sabar dia nak membeli Hot Chocolate di situ. Teringat zaman-zaman waktu belajar di Canada dulu, katanya. Sanggup berjalan meredah salji masa winter nak membeli Hot Chocolate di Tim Hortons.

Kiosk Tim Hortons di terminal King Abdul Aziz Aiprort
Tersenyum lebar Husband dapat membeli Hot Chocolate di Tim Hortons.
Tim Hortons
Plain Croissant yang sedap dari Tim Hortons.
Teringat zaman dulu waktu minum Hot Chocolate dari Tim Hortons.

Part 3: Al Fursan Lounge

Al Fursan Lounge di King Abdul Aziz International Airport sebenarnya disediakan untuk penumpang-penumpang First Class dan Business Class Saudia. Penumpang-penumpang kelas ekonomi Saudia yang transit panjang di Jeddah seperti kami juga boleh masuk ke Lounge ini sekiranya terdapat kekosongan mengikut kuota-kuota tertentu. Tapi kalau penumpang kelas ekonomi ini boleh membayar SR126, bila-bila masa mereka boleh masuk menikmati kemudahan di dalam lounge ini seperti penumpang First Class dan Business Class.

Al Fursan Lounge
Disebabkan transit kami sangat panjang selama 9 jam dan tak begitu selesa nak menunggu di luar, Myself dan Husband membuat keputusan untuk masuk ke Lounge ini. Terpaksalah kami membayar SR126 (RM 140) termasuk tax seorang. Malah kami turut disertai ahli-ahli rombongan yang lain.

Kaunter pendaftaran Al Fursan Lounge
Bila dah masuk ke dalam Lounge ini, bolehlah kita berlagak macam setaraf dengan penumpang First Class dan Business Class tu. Ada makanan dan minuman disediakan secara free flow. Bolehlah kita menjamu selera bila lapar. Ada juga kemudahan lain seperti free wifi, tandas dan surau untuk perempuan. Surau untuk lelaki sorrylah, tak disediakan. Ini adalah kerana budaya orang Arab, lelaki boleh solat di mana-mana saja. Ramai mereka yang bersolat di tepi-tepi dinding lounge. Tapi di lounge ini ada disediakan bilik mandi untuk lelaki. Bilik mandi untuk perempuan pulak, sorrylah tak disediakan.

Pemandangan di dalam Al Fursan Lounge
Buffet makanan dalam Al Fursan Lounge. Roti pun ada kat sebelah sana.
Jus buah-buahan dan minuman panas pun ada.
Berehat di Al Fursan Lounge
Pilihan breakfast Myself di Al Fursan Lounge
Pesawat sambungan kami berlepas dari Jeddah ke Cairo pada pukul 9.45 pagi. Jadi memang puaslah menikmati kemudahan yang disediakan dalam Al Fursan Lounge ini.

Pemandangan dari dalam Al Fursan Lounge bila pagi menjelang.
Menikmati pemandangan dari Al Fursan Lounge
Pemandangan ke luar sana dari Al Fursan Lounge
Panggilan masuk untuk pesawat kami ke Cairo.
Berjalan menuju ke pintu perlepasan bagi pesawat sambungan ke Cairo.

Part 4: Penerbangan Ke Cairo

Penerbangan sambungan kami dari Jeddah ke Cairo menggunakan pesawat Saudi Arabian Airlines SV 301 yang berlepas dari Jeddah pada pukul 9.45 pagi. Pesawat ini juga parking jauh di tengah airport dan penumpang diangkut menggunakan bas dari bangunan terminal.

Pintu perlepasan untuk pesawat kami ke Cairo.
Dalam bas ke pesawat
Saudi Arabian Airlines yang membawa kami terbang ke Cairo.
Jom masuk ke dalam pesawat...
Penerbangan dari Jeddah ke Cairo memakan masa 1 jam 50 minit. Pesawat yang digunakan adalah Airbus A330-343R yang kecil sedikit dari pesawat Boeing yang membawa kami dari KL ke Jeddah.

Peta penerbangan dari Jeddah ke Cairo
Menjenguk ke luar tingkap pesawat.
Myself dan Husband dapat tempat duduk yang terpisah pulak dalam flight ini. Tapi tak apalah, penerbangannya singkat ~ kurang dari 2 jam.

Husband dapat tempat duduk kat seberang lorong.
Anak-anak kapal
Doa Perjalanan
Menunggu giliran untuk berlepas
Hangar penyelenggaraan pesawat
Pemandangan sewaktu menunggu giliran berlepas
Berlepas ke udara
Terbang menuju Mesir
Pemandangan di dalam pesawat
Sajian penerbangan
Memang excited sewaktu pesawat terbang melintasi Semenanjung Sinai. Sinai yang penuh dengan sejarah Nabi Musa AS adalah sebahagian destinasi lawatan kami. Membentuk sebahagian dari apa yang dikatakan sebagai Holy Land, Sinai menjadi rebutan antara pelampau-pelampau agama Islam, Kristian dan Yahudi. Walaupun ia sekarang membentuk sebahagian dari negara Mesir, banyak pergolakan berlaku di sini.

Seperti peristiwa yang menimpa Malaysia Airlines MH17 pada tahun 2014, sebuah pesawat penumpang milik Metrojet dari Rusia terhempas di sini pada 31 Oktober 2015 selepas ditembak oleh kumpulan pengganas dalam perjalanan dari bandar Sharm El Sheikh di Sinai menuju ke St Petersburg di Rusia. Semua 224 penumpang dan anak kapalnya terbunuh. Peristiwa itu menyebabkan ekonomi Semenanjung Sinai yang bergantung kepada pelancongan merudum selama beberapa tahun. 

Untuk mengembalikan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke Sinai, Kerajaan Mesir telah mengalihkan laluan penerbangan supaya tidak lagi melalui kawasan padang pasir yang tandus di tengah bumi Sinai. Semenanjung Sinai juga masih dikawal ketat oleh Tentera Mesir sehingga ke hari ini. Ini akan Myself ceritakan lebih lanjut dalam entry mengenai lawatan kami ke Sinai kelak.

Perjalanan menuju ke Semenanjung Sinai
Merentas selatan Semenanjung Sinai
Merentas Teluk Suez pula.
Pemandangan sewaktu masuk ke Teluk Suez
Terus menuju ke Cairo
Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo terletak di sebuah bandar yang bernama Heliopolis, kira-kira 19 km dari pusat bandar Cairo. Pemandangan sewaktu mendarat di sini hanya padang pasir semata-mata, sehingga membuat kita merasa seolah-olah kita memang sedang mendarat di tengah padang pasir.

Pemandangan sewaktu menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Cairo.
Lebuhraya di tengah padang pasir
Perumahan moden berhampiran Cairo Airport
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Cairo
Padang pasir seluas mata memandang
Runway di tengah padang pasir
Bangunan Terminal Cairo International Airport
Kerja-kerja pembesaran Cairo International Airport
Egyptair
Menghampiri bangunan terminal
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat
Kami tiba di Cairo pada pukul 10.45 pagi. Waktu di Cairo adalah sejam lewat berbanding Jeddah dan 6 jam lewat berbanding Kuala Lumpur.

Berjalan menuju ke Tempat Bagasi di Cairo Airport
Suasana di tempat menunggu bagasi
Waktu Zohor di Cairo masuk sekitar pukul 11.40 pagi. Oleh kerana ketika itu hari Jumaat dan hampir waktu masuk Solat Jumaat, Ustaz Faiz mencadangkan supaya kami terus saja bersolat jamak Zohor dan Asar di Airport. Ini adalah kerana pemandu bas dan Local Tour Guide kami di Cairo hanya akan tiba selepas selesai Solat Jumaat.

Bergambar kenangan sewaktu tiba di Cairo International Airport
Lukisan di belakang ini adalah bot-bot tradisional Mesir yang dipanggil Felucca.
Menunggu semua ahli rombongan selesai bersolat.
Selepas semua ahli rombongan selesai bersolat, kami keluar ke ruang menunggu di depan bangunan airport. Excited bila ternampak ada patung Egyptian kat situ. Terasa sungguh yang kita dah sampai ke bumi Egypt.

Ruang menunggu di depan bangunan airport
Patung Egyptian di ruang menunggu.
Scary juga rupanya dari depan.
Pemandangan di depan airport

 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018