EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 23: Fayoum (1)
FAYOUM (Perjalanan Ke Fayoum & Tasik Qarun)
HARI KESEMBILAN (1)
Part 68: Hari Kesembilan Di Bumi Mesir
Hari Kesembilan di bumi Mesir. Setelah menjejak kisah Nabi Musa AS, pada hari ini kami akan menjejak kisah seorang lagi Rasul Allah SWT yang bernama Nabi Yusuf AS.
Hari ini juga adalah hari kedua akhir kami di Egypt. Jadi kita abadikan sebanyak mungkin gambar-gambar di Hotel Amarante Pyramids untuk dijadikan kenangan selepas pulang ke Malaysia.
Part 69: Kisah Nabi Yusuf AS
Kisah Nabi Yusuf AS yang akan kita jejaki terletak di kawasan Fayoum yang berada 101 km ke arah selatan dari Cairo. Perjalanan dari Cairo ke sana dijangka memakan masa 2 jam.
Fayoum (Faiyum) terletak di sebelah selatan dari Cairo dan Giza |
Nabi Yusuf AS adalah seorang nabi dari keturunan Bani Israel. Israel adalah sebenarnya nama lain kepada Nabi Yaakub AS.
Anak-anak Nabi Yaakub AS berjumlah 12 orang, yang kelak menjadi 12 suku Bani Israel di zaman Nabi Musa.
Memulakan perjalanan |
Kota Giza |
Sewaktu kecil, Nabi Yusuf AS dianiaya oleh saudara-saudaranya, dan dibuang ke sebuah perigi di kawasan Sinai. Dia ditemui oleh seorang pedagang karavan
dari negeri Madyan yang sedang melalui daerah itu ketika mengambil air
di perigi. Nabi Yusuf AS terus dibawa bersamanya untuk dijual sebagai hamba di negeri Mesir. Kawasan
tempat Nabi Yusuf AS dijual itu adalah Fayoum. Kawasan ini adalah tempat berkumpul para pedagang karavan dari berbagai negara
di sekitar Mesir.
Di Fayoum itulah Nabi Yusuf AS dibeli oleh seorang pembesar bernama Potifar yang menjadikan beliau sebagai anak angkat. Kisah ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Yusuf (12): Ayat 21:
[21] Dan orang dari Mesir yang membelinya berkata kepada isterinya, "Berikanlah kepadanya tempat (dan layanan) yang baik, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut dia sebagai anak." Dan demikianlah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di negeri (Mesir), dan agar kami ajarkan kepadanya takwil mimpi. Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti.
Part 70: Perjalanan Ke Fayoum
Oleh kerana Fayoum terletak di kawasan yang dikira agak remote, kumpulan pelancong ke Fayoum juga diwajibkan untuk diiring oleh escort polis yang naik bas bersama kami dari Giza. Macam juga perjalanan ke Sinai dulu.
Ada seorang escort polis yang mengiringi perjalanan kami ke Fayoum hari ini. |
Kita sambung lagi kisah Nabi Yusuf AS... Apabila dewasa, Nabi Yusuf AS menjadi seorang pemuda yang sangat kacak.
Kekacakannya menyebabkan isteri pembesar yang memeliharanya sangat
berahi terhadapnya. Tidak tertahan lagi, pada suatu hari wanita yang bernama
Zulaikha itu telah menggoda Nabi Yusuf AS ketika mereka tinggal berdua di dalam rumah.
Keluar dari Giza |
Arah ke Fayoum |
Al Fayoum masih 85 km dari sini |
Zulaikha menyebabkan Nabi Yusuf AS dipenjara dengan tuduhan mahu berbuat jahat kepadanya. Padahal
yang terjadi sebenarnya adalah sebaliknya. Zulaikha itulah yang sebenarnya telah memujuk
Nabi Yusuf AS untuk berlaku serong. Untuk melindungi diri, Nabi Yusuf AS berlari keluar ke ruang pintu. Malangnya,
di depan pintu itu ada Potifar. Walaupun beliau percaya kepada kebenaran Nabi Yusuf AS, Potifar terpaksa bertindak untuk melindungi isterinya. Akibatnya, Nabi Yusuf AS dipenjara tanpa proses
pengadilan.
Padang pasir dalam perjalanan ke Fayoum |
Kawasan perkuburan yang luas dalam perjalanan ke Fayoum |
Sebahagian kawasan perkuburan ini dikhaskan untuk penganut Kristian |
Nabi Yusuf AS dipenjara selama 7 tahun. Di sanalah dia memperoleh ilmu hikmah untuk mentafsirkan mimpi yang kelak menjadikan
dia menjadi seorang kepercayaan Raja.
Jalan menuju ke Fayoum |
Kami semua kat dalam bas merasa seram melihat betapa rapatnya penunggang basikal ini mengekori lori. |
Pada suatu hari, Raja Mesir mengalami mimpi yang sama
berulang-ulang kali. Dia bermimpi
melihat tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor
lembu betina yang kurus-kurus dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai gandum
lainnya yang kering. Para pendeta
pagan yang berada di sekeliling beliau tidak mampu untuk mentafsirkan mimpi itu.
Bila dipanggil menghadap Raja, Nabi Yusuf AS memberikan tafsir yang tepat tentang mimpi Raja. Mimpi itu membawa maksud bahawa Mesir akan mengalami masa subur selama tujuh tahun dan selepasnya kemarau yang teruk selama tujuh tahun.
Untuk mentadbir negara Mesir menghadapi keadaan seperti dalam mimpi Raja, Nabi Yusuf AS meminta Raja melantik beliau sebagai Bendaharawan Mesir. Kisah ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Yusuf (12): Ayat 55-57:
[55] Dia (Yusuf) berkata, "Jadikanlah aku Bendaharawan Negeri (Mesir); kerana sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, dan berpengetahuan."
[56] Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri ini (Mesir); untuk tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki. Kami melimpahkan rahmat kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik.
[57] Dan sungguh, pahala akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan selalu bertakwa.
Part 71: Tiba Di Fayoum
Bukan sekadar ada seorang escort polis yang mengikut kami di dalam bas, malah ada kereta polis yang menunggu selepas kami tiba di Plaza Tol Fayoum. Kereta polis ini mengekori bas kami dan mengiringi ke mana-mana membuatkan kami merasa macam VIP yang sedang masuk kampung. Siap bunyi siren lagi untuk kami lalu kalau ada halangan di depan. Hebat..!
Plaza Tol Fayoum |
Ada kereta polis dah standby di sini nak mengiringi kami melawat Fayoum. |
Atas
bimbingan Allah SWT, Nabi Yusuf AS membangunkan kota Fayoum menjadi kota yang terus subur sehingga sekarang. Fayoum penuh kehijauan sampai kita boleh terlupa yang ia dikelilingi padang pasir di sekitarnya. Sehingga ke hari ini juga, banyak
ungkapan yang bersifat pujian terhadap makanan yang lazat dikaitkan
dengan Fayoum. Misalnya, Ayam Fayoumi adalah ayam yang berasa
lazat. Demikian pula buah-buahan, sayuran dan hasil pertanian yang
baik-baik disebut sebagai Fayoumi!
Di Fayoum, kami menyusuri terusan-terusan besar yang
bersumber dari Sungai Nil sebagai saliran utamanya. Terusan ini dinamakan Bahr Yusuf, atau Sungai Nabi Yusuf. Menurut ceritanya, terusan-terusan ini adalah peninggalan Nabi Yusuf AS, yang hidup di sekitar abad 17
SM.
Bukan hanya orang-orang Mesir yang menerima berkah dari Kota Fayoum, termasuk juga penduduk-penduduk di negeri sekitar Mesir. Di antara mereka adalah Bani Israel yang tinggal di kawasan Palestine. Seperti yang diceritakan di dalam Al Quran, saudara-saudara Nabi Yusuf AS telah datang ke Mesir untuk meminta
bantuan makanan untuk dibawa pulang ke negeri Palestine, yang berjarak
beratus kilometer dari Fayoum.
Setelah mereka tahu bahawa Nabi Yusuf AS yang menjadi pembesar di Mesir itu adalah saudara mereka, serombongan besar keluarga Nabi
Yaakub AS berhijrah untuk menetap di Mesir. Ini terbukti dalam penelitian
arkeologi moden bahawa kawasan Fayoum pernah menjadi
permukiman bangsa Yahudi.
Part 72: Kincir Air
Kebijaksanaan Nabi Yusuf AS terserlah dalam tindakannya mengalirkan air dari Sungai Nil yang berjarak sekitar 100 km dari Fayoum. Ada beberapa terusan
yang dialirkan di daerah pertanian seluas 340,000 hektar di kota Fayoum.
Untuk meratakan agihan saliran, Nabi Yusuf AS menggunakan teknik
kincir air. Ada ratusan kincir air yang dipakai oleh penduduknya sehingga
sekarang. Salah sebuah di antaranya adalah kincir raksasa yang masih wujud di
tengah-tengah kota Fayoum.
Sebahagian Bahr Yusuf |
Kincir air |
Sayangnya, perjalanan kami tidak sampai ke kincir air di tengah bandar Fayoum ini. Jadi Myself gunakan gambar dari internet saja untuk menunjukkan kincir air raksasa ini yang pada asalnya dibina oleh Nabi Yusuf AS.
Kincir air Nabi Yusuf di tengah bandar Fayoum |
Kincir air ini dikatakan mengeluarkan bunyi seperti Azan yang bersahutan. |
Part 73: Tasik Qarun
Selain Terusan Nabi Yusuf, Fayoum juga terkenal dengan Tasik Qarun. Tasik ini sangat besar dan meremang bulu roma bila mengenangkan seluruh tasik ini adalah bekas harta kekayaan milik Qarun yang ditenggelamkan oleh Allah SWT sebagai balasan ke atas kesombongan beliau yang enggan membayar zakat. Bila Allah SWT menjatuhkan hukuman, memang tak siapa mampu menghalangnya.
Tasik Qarun |
Tasik Qarun sangat besar sehingga kita hampir tak nampak daratan di seberangnya. |
Qarun adalah sepupu kepada Nabi Musa AS. Pada mulanya dia hanyalah
seorang yang miskin dan sering beribadah kepada Allah SWT. Qarun telah meminta Nabi Musa AS untuk mendoakannya menjadi kaya namun Nabi Musa AS keberatan kerana bimbang beliau akan enggan menunaikan zakat. Namun Qarun terus meminta didoakan menjadi kaya. Bila Allah SWT
mengurniakan nikmat kekayaan kepadanya, Qarun menjadi lupa diri. Dengan sombong dia mengatakan
bahawa kekayaan yang dimiliki adalah dari usahanya sendiri dan bukan datang dari Allah SWT.
Bayangkanlah... sebesar tasik inilah harta Qarun yang dibenamkan |
Pokok di tepi Tasik Qarun |
Qarun juga
sering menunjuk-nunjuk kekayaan dan hartanya. Bagi orang-orang yang berkeinginan terhadap dunia, mereka merasa cemburu dengan kekayaan yang dimiliki
Qarun dan menganggap kekayaan itu sangat menguntungkan. Namun demikian bagi mereka yang
memiliki ilmu, mereka akan menganggap kesenangan dunia itu adalah ujian
Allah sedangkan pahala di sisi Allah adalah lebih baik.
Dari segi saintifik, Tasik Qarun adalah tasik semulajadi yang tertua di dunia. |
Air Tasik Qarun berbau kurang enak. |
Qarun menjadi tamak dengan hartanya
sehingga dia enggan membayar zakat. Keadaan ini mengundang kemurkaan Allah SWT lalu
Allah SWT menenggelamkan Qarun dan seluruh harta kekayaannya ke dalam
bumi.
Banyak ekspedisi telah dilancarkan untuk mencari harta Qarun tapi tak satu pun yang berjaya sehingga kini. |
Kawasan rekreasi di pinggir Tasik Qarun |
Kisah Qarun diceritakan di dalam Al Quran Surah Al-Qasas (28): Ayat 76-82:
[76] Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah engkau terlalu bangga. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri."
[77] Dan carilah (pahala) di negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.
[78] Dia (Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada padaku." Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.
[79] Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata, "Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."
[80] Tetapi orang-orang yang dianugerahi ilmu berkata, "Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang-orang yang sabar."
[81] Maka kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.
[82] Dan orang-orang yang semalam mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata, "Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki (bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya kepada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)."
Pemandangan di tepi Tasik Qarun |
Satu lagi pemandangan di tepi Tasik Qarun |
Dari cerita yang kami dengar, ada banyak ekspedisi yang telah dilakukan untuk mencari harta Qarun yang tenggelam di dalam tasik ini tetapi semuanya tidak berjaya. Kerana itulah ada teori yang mengatakan mungkin bukan di sinilah harta Qarun dibenamkan.
Namun jika dilihat dari satu sudut yang lain, mungkin Allah SWT memandang hina kepada harta milik Qarun dan tidak mengizinkan harta yang tenggelam ini ditemui oleh sesiapa pun selepasnya. Kerana itulah walau berbagai ekspedisi dilaksanakan, harta Qarun tetap tidak ditemui. Tasik Qarun juga berbau kerana sistem pembetungan Fayoum banyak dialirkan ke dalamnya. Mungkin itu juga adalah satu petanda betapa hinanya Qarun dan hartanya yang ditenggelamkan di sini. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Namun jika dilihat dari satu sudut yang lain, mungkin Allah SWT memandang hina kepada harta milik Qarun dan tidak mengizinkan harta yang tenggelam ini ditemui oleh sesiapa pun selepasnya. Kerana itulah walau berbagai ekspedisi dilaksanakan, harta Qarun tetap tidak ditemui. Tasik Qarun juga berbau kerana sistem pembetungan Fayoum banyak dialirkan ke dalamnya. Mungkin itu juga adalah satu petanda betapa hinanya Qarun dan hartanya yang ditenggelamkan di sini. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Bersambung ke Bahagian 24...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018
- Bhg. 01 [Hari 1] - Kuala Lumpur --> Jeddah --> Cairo
- Bhg. 02 [Hari 2] - Cairo 1 ( Cairo City, Malaysia Hall Cairo & Bukit Mokattam)
- Bhg. 03 [Hari 2] - Cairo 2 (Citadel Of Saladin)
- Bhg. 04 [Hari 3] - Sinai 1 (Perjalanan Ke Sinai & Terusan Suez)
- Bhg. 05 [Hari 3] - Sinai 2 (Kubu Israel & Uyun Musa)
- Bhg. 06 [Hari 3] - Sinai 3 (Perjalanan Ke Dahab)
- Bhg. 07 [Hari 3] - Sinai 4 (Dahab)
- Bhg. 08 [Hari 4] - Sinai 5 (Keindahan Laut Merah di Dahab)
- Bhg. 09 [Hari 4] - Sinai 6 (Perjalanan Ke Saint Catherine & Makam Nabi Salleh)
- Bhg. 10 [Hari 4] - Sinai 7 (St Catherine 1 : Hotel Morgenland, Lembu Samiri & Makam Nabi Harun)
- Bhg. 11 [Hari 4] - Sinai 8 (St Catherine 2 : Gunung Tursina)
- Bhg. 12 [Hari 4] - Sinai 9 (St Catherine 3 : St Catherine's Monastery)
- Bhg. 13 [Hari 4] - Perjalanan Pulang Ke Cairo
- Bhg. 14 [Hari 5] - Cairo 3 (Sungai Nil & Masjid Amru Al-'As)
- Bhg. 15 [Hari 5] - Cairo 4 (Masjid Sayyidah Nafisah & Makam Imam Syafie)
- Bhg. 16 [Hari 5] - Cairo 5 (Masjid Ibnu Tulun & Makam Wali-Wali Allah)
- Bhg. 17 [Hari 6] - Alexandria 1 (Perjalanan ke Alexandria)
- Bhg. 18 [Hari 6] - Alexandria 2 (Corniche & Qaitbay Citadel)
- Bhg. 19 [Hari 6] - Alexandria 3 (Makam Imam Al Busiri & Masjid Mursi Al Abbas)
- Bhg. 20 [Hari 6] - Alexandria 4 (Masjid Nabi Daniel & Perjalanan Pulang Ke Cairo)
- Bhg. 21 [Hari 7] - Giza (Great Pyramids Of Giza & The Great Sphinx)
- Bhg. 22 [Hari 7] - Cairo 6 (Masjid Al Azhar, Masjid Hussein & Khan Al Khalili)
- Bhg. 23 [Hari 8] - Fayoum 1 (Perjalanan ke Fayoum & Tasik Qarun)
- Bhg. 24 [Hari 8] - Fayoum 2 (Wadi Al Rayan)
- Bhg. 25 [Hari 8] - Fayoum 3 (Istana Qarun & Pulang Ke Cairo)
- Bhg. 26 [Hari 9] - Cairo 7 (Egyptian Museum)
- Bhg. 27 [Hari 9] - Cairo 8 (Ruwaq Jawi & Perjalanan Pulang Ke Malaysia)