Monday, 12 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 09 (Makam Nabi Salleh)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 9: Sinai (6)
SAINT CATHERINE (Makam Nabi Salleh)

HARI KEEMPAT (2)

Part 23: Meninggalkan Dahab

Selepas naik Glass Boat di Public Beach, kami kembali ke Octopus Hotel untuk check-out dan meneruskan perjalanan ke destinasi kami yang seterusnya di Semenanjung Sinai, Saint Catherine.

Sempat makan ais kerim sementara menunggu waktu bas nak bertolak
Bekalan yang dibeli dari kedai runcit di sebelah hotel sebelum bertolak ke Saint Catherine.
Roti dan Air Mango yang sedap
Selepas semua dah bersedia, kami bertolak ke Saint Catherine pada pukul 11.30 pagi. Goodbye, Dahab! Entah bilalah kita akan bersua lagi...

Dahab Bazaar yang memang sunyi di waktu pagi
Memang ada perkhidmatan menyewa kuda dan basikal untuk bersiar-siar di Dahab
Nak sewa ATV untuk pusing-pusing Dahab pun boleh.
Teluk Aqaba yang akan ditinggalkan
Pergunungan yang mengelilingi Dahab
Sebelum meninggalkan kota Dahab, bas kami membuat persinggahan di Balai Polis Dahab untuk melaporkan perjalanan kami ke Saint Catherine. Semua urusan dibuat oleh Local Guide kami Thoha bersama polis-polis escort sementara kami menunggu di dalam bas.

Jalan keluar dari Dahab
Menuju kembali ke kawasan gurun
Gunung batu di depan ini terkenal dengan bentuknya yang seakan seekor unta yang sedang tidur.

Part 24: Perjalanan Ke Saint Catherine
(Kaum Nabi Musa Sesat Di Gurun) 

Perjalanan ke Saint Catherine adalah perjalanan kembali ke tengah-tengah Semenanjung Sinai. Suasana di sekitar hanyalah padang-padang pasir yang cantik. Tengok peta Sinai yang ini...


Peta kedudukan Dahab dan Saint Catherine
Padang pasir di kawasan ini ada sejarahnya yang tersendiri. Di sinilah dikatakan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi Musa tersesat di gurun selama 40 tahun kerana membangkang dan derhaka kepada perintah Allah SWT. Ketika itu mereka telah diperintahkan untuk memasuki Baitulmaqdis dan memerangi musuh mereka. Namun Bani Israel takut untuk berperang dan memberikan pelbagai alasan.

Kisah ini tercatat di dalam Al Quran, Surah Al-Ma’idah (05): Ayat 20-26: 

[20] Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi di antaramu, dan menjadikan kamu sebagai orang-orang merdeka, dan memberikan kepada kamu apa yang belum pernah diberikan kepada seorang pun di antara umat yang lain.

[21] Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestine) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik ke belakang (kerana takut kepada musuh), nanti kamu menjadi orang yang rugi.”

[22] Mereka berkata, “Wahai Musa! Sesungguhnya di dalam negeri itu ada orang-orang yang sangat kuat dan kejam, kami tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar darinya. Jika mereka keluar dari sana, nescaya kami akan masuk.”

[23] Berkatalah dua orang lelaki di antara mereka yang bertakwa, yang telah diberi nikmat oleh Allah, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang beriman.”

[24] Mereka berkata, “Wahai Musa! Sampai bila pun kami tidak akan memasukinya selama mereka masih ada di dalamnya, kerana itu pergilah engkau bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua. Biarlah kami tetap (menanti) di sini saja.”

[25] Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, aku hanya menguasai diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu.”

[26] (Allah) berfirman, “(Jika demikian), maka (negeri) itu terlarang buat mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan mengembara kebingungan di bumi. Maka janganlah engkau (Musa) bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu.”


Padang pasir dalam perjalanan menuju ke Saint Catherine
Mungkin inilah padang pasir yang ditempuh oleh Nabi Musa dan kaum Bani Israel dalam perjalanan mereka menuju ke Tanah Yang Dijanjikan (Palestine)
Ada banyak talian elektrik voltan tinggi yang diperhatikan merentas gurun di Sinai
Jalan yang dibina di tengah kawasan gurun
Bayangkan betapa sukarnya kehidupan kaum Bani Israel yang dikenakan hukuman sesat selama 40 tahun di gurun ini dulu kerana melanggar perintah Allah SWT.
Jalan yang membelok di tengah padang pasir.
Hanya sekali-sekala barulah kita akan bersua dengan kenderaan lain di laluan ini.
Sepasang unta di tengah gurun
Projek pembangunan di tengah padang pasir
Melalui tebing-tebing batu gunung yang tinggi
Berehat seketika di tengah padang pasir
Pemandangan padang pasir di sini sebenarnya lebih indah dari di dalam gambar ini.
Pasir-pasir halus dan gunung batu
Persinggahan popular di tengah padang pasir.

Part 24: Perhentian Di Padang Pasir

Bas kami membuat perhentian di tepi padang pasir dalam perjalanan ke Saint Catherine. Maklumlah ramai yang teringin nak memegang pasir yang gebu di sini, macam orang yang pergi Europe dalam musim winter nak pegang-pegang salji.

Signboard unta di pintu  masuk
Kepala bangkai lori yang ditinggalkan di tepi jalan
Badan lori pulak jadi hiasan kat atas sana
Bas kami
Kata Ustaz Faiz, tempat ini sebenarnya adalah persinggahan rehat Orang Badwi. Tapi disebabkan pemandangannya yang cantik, ia juga menjadi persinggahan kumpulan-kumpulan pelancong yang datang ke Sinai.

Pemandangan cantik di perhentian padang pasir
Lubang-lubang di kaki gunung batu adalah tempat rehat Orang Badwi
Pemandangan lebih dekat tempat rehat kaum Badwi
Ada notis apa pulak kat situ?
Iklan Orang Badwi menawarkan khidmat melawat kawasan gurun dengan menaiki unta rupanya.
Kain alas yang ditinggalkan untuk kemudahan sesiapa saja tidur dan berehat di sini
Kemudahan lain yang ditinggalkan di tempat rehat ini.
Kata Ustaz Faiz lagi, walaupun kawasan gurun ini nampak macam tak berpenghuni, ia sebenarnya dihuni ramai kaum Badwi. Kaum-kaum Badwi ini mahir dengan selok-belok kehidupan di gurun. Bukanlah sesuatu yang menghairankan kalau mereka boleh muncul dengan tiba-tiba di sebelah kita entah dari mana di kawasan gurun begini.

Bergambar kenangan di tengah gurun
Meninjau lebih dekat keindahan padang pasir
Perjalanan ke Saint Catherine masih jauh lagi...
Pemandangan di sebalik bukit batu
Pasir-pasir halus di gurun
Menara telekomunikasi begini boleh dilihat di merata tempat di Egypt. Kerana itulah Egypt mempunyai jaringan komunikasi yang sangat baik, hatta di tengah gurun sekalipun.

Part 25: Meneruskan Perjalanan Ke Saint Catherine

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Saint Catherine.


Sempadan Wilayah Taba
Kerja-kerja menaiktaraf jalan
Sekumpulan unta di sana.
Close up sikit... Rupa-rupanya unta ini disewa oleh beberapa pelancong Barat untuk bersiar-siar di gurun.
Lautan pasir
Padang pasir di SInai ada banyak juga tumbuhan, tidaklah tandus sangat macam padang pasir di Arab Saudi.
Kambing di kawasan gurun
Ada ketikanya pasir di celah gunung batu ini kelihatan seperti salji.
Keindahan pemandangan gurun di Sinai
Satu lagi pemandangan gurun di Sinai yang indah
Tumbuhan gurun yang berwarna-warni
Banyak kerja naiktaraf jalan sedang dilaksanakan di antara Dahab dan Saint Catherine
Kerja-kerja pembaikan jalan
Jalan yang belum diturap
Tiba-tiba hujan pulak turun. Hujannya walau bagaimanapun tidaklah selebat mana.

Awan hitam hari nak hujan.
Hujan
Lepas seketika, hujan pun berhenti.
Tiba di Saint Catherine
Kami tiba di Saint Catherine pada pukul 1.30 tengahari.

Selamat Datang ke Saint Catherine
Perhiasan Teko Arab yang menyambut ketibaan pengunjung di Saint Catherine
Patung Unta di Saint Catherine
Sebaik tiba di Saint Catherine, bas kami berhenti untuk mengisi minyak.

Stesen Minyak di Saint Catherine
Minyak di Egypt cuma terdiri dari RON 80 dan RON 92 yang tidak begitu environment friendly.
Saint Catherine adalah bandar suci bagi penganut tiga agama samawi: Islam, Kristian dan Yahudi. Walaupun tiga agama yang berbeza, sejarah yang diabadikan di bandar ini tetap sama kepada ketiga-tiga agama ~ di sinilah Nabi Musa AS menerima wahyu Kitab Taurat (dipanggil Torah bagi penganut Yahudi dan Ten Commandments bagi penganut Kristian). Di sini jugalah penganut ketiga-tiga agama Islam, Kristian dan Yahudi percaya Nabi Musa telah berbicara dengan Allah di Lembah Suci Tuwa.

Ayat Al Quran dari Surah Thaha (20): Ayat 8-12 yang menceritakan kisah Nabi Musa menerima wahyu di Lembah Tuwa di kawasan ini.
Di pintu masuk ke Saint Catherine, tertera Ayat Al Quran dari Surah Thaha (20), Ayat 8-12 yang menceritakan keistimewaan tempat ini: 

[8] (Dialah) Allah, tidak ada tuhan selain Dia, yang mempunyai nama-nama yang terbaik. 

[9] Dan apakah telah sampai kepadamu kisah Musa?

[10] Ketika dia (Musa) melihat api, lalu dia berkata kepada keluarganya, “Tinggallah kamu (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa sedikit nyala api kepadamu atau aku akan mendapat petunjuk di tempat api itu”.

[11] Maka ketika dia mendatanginya (ke tempat api itu) dia dipanggil, “Wahai Musa!

[12] Sungguh, Aku adalah Tuhanmu, maka lepaskan kedua terompahmu. Kerana sesungguhnya engkau berada di lembah yang suci, Tuwa."


Bandar ini walau bagaimanapun dinamakan sebagai Saint Catherine, sempena seorang Christian Saint dari Mesir yang telah disemadikan di sebuah gunung di sini.

Saint Catherine
Disebabkan nilai sejarah yang dimiliki, Saint Catherine adalah kawasan yang dilindungi oleh Kerajaan Egypt. Semua pengunjung yang ingin masuk ke Saint Catherine perlu membeli tiket di pintu masuk ke kawasan ini.

Part 26: Makam Nabi Salleh

Tempat lawatan kami yang pertama di Saint Catherine adalah Makam Nabi Salleh. Beliau adalah seorang nabi dan rasul yang diutus kepada Kaum Tsamud. Nabi Salleh telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang dikeluarkan dari celah batu dengan izin Allah bagi menunjukkan kebesaran Allah kepada kaum Tsamud. Malangnya kaum Tsamud masih mengingkari ajaran Nabi Salleh dengan membunuh unta betina tersebut. Akhirnya kaum Tsamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan dari Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

Kawasan makam Nabi Salleh
Binaan yang menempatkan makam Nabi Salleh
Pintu masuk ke Makam Nabi Salleh
Pemandangan ke dalam Makam Nabi Salleh
Makam Nabi Salleh
Di dalam Al Quran, kisah Nabi Salleh telah diceritakan menerusi 72 ayat di dalam 11 surah yang di antaranya adalah Surah Al-A'raaf (Ayat 73-79), Surah Hud (Ayat 61-68) dan Surah Al-Qamar (Ayat 23-32). Tempat di mana berlakunya peristiwa yang disebutkan di dalam Al Quran ini ialah Madain Saleh di Arab Saudi. Alhamdulillah, Myself dan Husband telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk melawat ke Madain Saleh pada tahun 2017. Pada hari ini, kami diberi kesempatan pula untuk melawat ke makam Nabi Salleh.

Makam Nabi Salleh sebenarnya terletak di sebuah kawasan perkuburan awam di Saint Catherine.
Kenangan di Makam Nabi Salleh


 Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018