Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 26: Cairo (7)
CAIRO (Egyptian Museum)
HARI KESEPULUH (1)
Part 80: Perjalanan Ke Egyptian Museum
Hari ini adalah Hari Kesepuluh yang juga merupakan hari terakhir kami di Egypt. Memandangkan penerbangan pulang kami meninggalkan Cairo adalah di sebelah malam, masih ada aktiviti yang diaturkan untuk kami pada pagi ini.
|
Sarapan Terakhir di Amarante Pyramids Hotel Giza. Ada Vermicelli yang rupanya macam Mihun tapi tertipu dengan rasanya yang tak langsung macam Mihun yang diharapkan. |
Aktiviti pada pagi terakhir ini agak istimewa kerana semua ahli kumpulan diberi 2 pilihan: sama ada nak shopping di Genena Mall atau melawat ke Egyptian Museum. Ramai yang memilih nak shopping di Genena Mall. Hanya 7 orang sahaja termasuk kami berdua yang memilih nak melawat ke Egyptian Museum.
|
Bergerak menuju ke Cairo |
Kami bergerak bersama-sama menaiki bas menuju ke Egyptian Museum di Cairo. Egyptian Local Guide Thoha akan menemani kami melawat ke Muzium. Kemudian selepas meninggalkan kami di Muzium, bas akan membawa ahli kumpulan yang lain ke Genena Mall.
|
Goodbye, Giza. |
|
Meninggalkan Giza |
|
Sungai Nil |
|
Pemandangan kota moden Cairo. Menara yang tegak dan kurus di tengah-tengah sana adalah Cairo Tower. |
|
Aqueduct lama di kota Cairo |
Kami kemudian melintasi Tahrir Square yang menjadi nadi kota Cairo. Dataran besar ini juga menyaksikan kebangkitan rakyat Mesir menentang Presiden Hosni Mubarak sehingga menimbulkan Revolusi Tahun 2011 yang menggulingkan beliau dari pemerintahan.
|
Tahrir Square |
|
Satu lagi pemandangan di Tahrir Square |
|
Bendera Egypt |
Dataran Tahrir juga mengimbau kenangan bagi Myself sewaktu berkunjung dengan kawan-kawan ke Cairo pada tahun 2010, setahun sebelum meletusnya Revolusi. Disebabkan hotel kami agak dekat ketika itu, kami sering berjalan kaki dan berkunjung ke kedai-kedai berhampiran Tahrir Square ini.
|
Pemandangan kesibukan Tahrir Square (2010) |
|
Kedai-kedai berhampiran Tahrir Square |
|
Talaat Harb Street yang sering Myself dan rakan-rakan kunjungi pada masa dahulu. |
|
Bangunan Egyptian Museum yang terletak di hujung Tahrir Square |
Part 81: Egyptian Museum
Egyptian Museum dibuka pada pukul 9 pagi. Kami tiba di sini lebih kurang pada waktu tersebut.
|
Pemandangan Egyptian Museum dari depan |
|
Pejabat Tiket di Egyptian Museum |
Sambil menunggu Thoha membelikan tiket masuk, sempat juga kami menyaksikan persembahan band tentera di depan muzium.
Tiket masuk ke Egyptian Museum berharga LE 120 (RM 30) seorang. Kalau nak bawa masuk kamera, tiket tambahan bernilai LE 20 (RM 5) turut dikenakan. Ini satu perkembangan baru yang Myself perhatikan. Waktu melawat ke sini pada tahun 2010 dulu, kamera tak langsung dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam muzium.
|
Tiket masuk ke Egyptian Museum |
NEW KINGDOM
Bangunan Egyptian Museum ini setinggi dua tingkat. Kita mulakan dulu dengan melawat di tingkat bawah. Di sini ada pameran mengenai peninggalan Firaun yang memerintah pada satu era yang dinamakan New Kingdom (1550-1069 SM).
Tidak seperti Firaun yang memerintah sebelum zaman mereka, Firaun yang memerintah pada zaman New Kingdom tidak membina Piramid sebagai makam. Mereka sebaliknya membina kuil-kuil yang hebat di Luxor sebagai makam mereka.
|
Peta Tingkat Bawah Egyptian Museum |
Sebelum masuk ke Egyptian Museum, Ustaz Faiz berpesan supaya membaca doa-doa pendinding diri. Maklum sajalah Egyptian Museum penuh dengan peninggalan-peninggalan lama para Firaun yang mengaku menjadi tuhan. Kesombongan mereka memanglah disukai Syaitan. Jin juga diketahui gemar berlindung dalam patung-patung besar seperti yang dibina para Firaun di sini. Sebagai Orang Islam, memang wajar kita mengambil berat mengenai peringatan ini kerana Al Quran juga mengakui kewujudan makhluk-makhluk yang tak ternampak dengan mata kasar manusia ini.
|
Pemandangan sewaktu masuk ke Egyptian Museum |
|
Pengunjung-pengunjung ke Egyptian Museum yang datang dari seluruh dunia. |
|
Pameran Era New Kingdom (1550-1069 SM) |
|
Patung King Amenophis III dan isterinya Queen Tyi dengan 3 anak perempuan mereka mendominasi ruang pameran New Kingdom di tingkat bawah Egyptian Museum. |
|
King Amenophis III dan Queen Tyi dengan seorang anak perempuan mereka. |
|
Bergambar dengan King Amenophis III dan Queen Tyi |
|
Kapal yang digunakan Firaun sewaktu berlayar di Sungai Nil |
|
Penutup keranda kerabat Firaun |
|
Pemandangan di dalam keranda |
Ada berbagai keranda Firaun dan keluarganya dipamerkan di sini. Tapi rupanya simple dan kurang mewah kerana definisi kemewahan pada zaman itu sangat jauh berbeza dengan zaman moden seperti sekarang.
Sesuatu yang Myself lihat bila berkunjung ke sini semula berbanding kunjungan dulu ialah muzium ini kelihatan lebih teratur dan ada lebih banyak penerangan pada bahan-bahan pameran. Maklumlah lawatan yang dulu tu dah hampir sepuluh tahun dulu. Mestilah banyak improvement yang dibuat dalam tempoh tersebut.
|
Altar yang dibuat dari batu granit hitam dari Chapel of Senusert I. |
AMARNA PERIOD
Kemudian kita melawat pula ke pameran koleksi Firaun dari Amarna Period. Firaun yang terkenal dari zaman ini adalah Firaun wanita yang bernama Nefertiti. Firaun yang hidup pada zaman ini menyembah matahari. Ada banyak gambar dan ukiran Firaun dari zaman ini sedang menyembah matahari di sini.
|
Koleksi Amarna Period |
|
Nefertiti |
|
Mengambil gambar Nefertiti |
|
Ukiran Firaun Nefertiti sedang menyembah matahari |
|
Shrine Stela With The Royal Family |
|
Penutup keranda Firaun Akhenaten yang ditemui di Luxor |
|
Facade sebuah Kuil Mesir Purba |
|
Kepala Nefertiti tanpa mahkotanya yang terkenal itu. |
KOLEKSI TUTANKHAMUN (KING TUT)
Dah puas melihat patung-patung dan keranda-keranda Firaun yang besar-besar itu yang dipamerkan di tingkat bawah, kita naik pulak ke tingkat atas.
|
Naik tangga ke Tingkat Atas |
|
Tulisan-tulisan Mesir Purba yang dinamakan Hieroglyph yang dipamerkan di tepi tangga. |
|
Hiroglyph adalah antara sistem tulisan yang pertama dicipta oleh manusia |
|
Sistem tulisan Hieroglyph banyak menggunakan gambar |
Ruang pameran pertama yang kami kunjungi adalah sebuah bilik yang menyimpan barangan-barangan peribadi yang dijumpai di kubur seorang Firaun yang bernama King Tutankhamun (King Tut). Firaun ini mati sewaktu berusia 18 tahun dan kuburnya ditemui di Valley of the Kings di Luxor. Walaupun mati dalam usia yang sangat muda, dia sempat memerintah Egypt selama 10 tahun.
Makam King Tut juga kecil berbanding bangunan makam-makam Firaun yang lain kerana keseluruhan bangunan tak sempat disiapkan sepenuhnya sewaktu dia masih hidup.
|
Pameran koleksi barang-barang Firaun |
|
Kerusi emas Tutankhamun |
|
Lukisan pada kerusi emas ini menggambarkan King Tutankhamun (yang lebih popular dikenali sebagai King Tut) sedang disapu minyak wangi pada badannya oleh isterinya Queen Ankhesenpaaten. |
|
Ka Statue of Tutankhamun |
|
Pemandangan Ka Statue of Tutankhamun dari depan. Sayang mukanya tak nampak sebab silau. |
|
Menurut keterangan yang diberi, patung King Tutankhamun menunggang Harimau Bintang ini menggambarkan kesukaran yang ditempuhi oleh raja ini di Alam Kematian. |
|
Patung ini adalah salah sebuah dari 7 buah patung King Tut yang diletakkan bersama Mumia di makamnya. |
Para Firaun yang mangkat dikebumikan bersama pelbagai barangan peribadi untuk keselesaan dan kegunaan mereka di alam kematian. Antara yang dibekalkan untuk kegunaan Firaun di alam itu adalah katil dan kipas.
|
Katil King Tut yang disalut emas |
|
Katil yang dibuat dari kayu juga turut dibekalkan kepada King Tut, takut-takut kalau dia tak selesa tidur di atas katil emas di Alam Kematian. |
|
Perhiasan pada katil kayu King Tut |
|
Patung-patung untuk menemani King Tut di alam sana. |
|
Apa cerita pada Hieroglyph ini? Adakah ia menceritakan kisah ahli sihir yang dihantar untuk mencabar Nabi Musa AS dulu? |
|
Husband mengambil gambar koleksi-koleksi barangan Firaun. |
|
Kipas Firaun yang diperbuat dari bulu Ostrich. Pemegangnya yang dibuat dari gading gajah sengaja dibuat berbentuk demikian untuk mengurangkan pergerakan tangan sewaktu mengipas. |
|
Pemandangan sebuah bilik pameran di tingkat bawah. |
|
Koleksi cebisan kain pakaian dari zaman Firaun |
|
Pemandangan lebih dekat koleksi kain pakaian |
|
Kain yang digunakan pada zaman Firaun |
|
Tak tahu siapa pemilik keranda ini. |
|
Pemandangan pintu masuk pelawat ke Egyptian Museum dari tingkat atas. Semua pelawat perlu melalui pemeriksaan X-Ray sebelum dibenarkan masuk ke dalam muzium. |
|
Gambaran Tomb of Tutankhamun yang ditemui di Valley of the Kings di Luxor. |
|
Keranda-keranda batu yang kami lihat di Pameran New Kingdom di Tingkat Bawah tadi. |
|
Balkoni di Tingkat Atas |
|
Keranda mililk kerabat Firaun |
|
Keranda milik Firaun dan kerabat memang dihias indah di bahagian luar dan dalam. |
|
Pemandangan ruang pameran di Tingkat Bawah. |
ANIMAL MUMMY ROOM
Satu pameran yang menarik bagi Myself di Egyptian Museum ini adalah Animal Mummy Room di mana mumia-mumia binatang kesayangan Firaun dipamerkan di sini. Mumia-mumia ini ditemui bersama mumia Firaun yang memelihara mereka. Pelbagai binatang kesayangan Firaun dapat dilihat dalam bilik ini.
|
Animal Mummy Room |
|
Patung-patung binatang yang ditemui di dalam makam Firaun |
|
Pemandangan di Animal Mummy Room |
|
Mumia Lembu |
|
Tulisan Hieroglyph yang ditemui bersama Mumia Lembu ini. |
|
Keranda Burung Helang. Burung Helang dibela oleh Firaun kerana ia dikatakan jelmaan Dewa Matahari yang bernama Re. |
|
Baboon dibela Firaun kerana ia dikatakan haiwan kesayangan Dewa Matahari Re. Baboon dianggap begitu kerana haiwan ini akan bangun dari tidur sambil menjerit mendepa tangan bila melihat matahari terbit. |
|
Mumia Anjing dan Monyet |
|
Beginilah keadaan sebenar Mumia Anjing dan Monyet ini sewaktu ditemui. |
|
Mumia Kucing |
|
Mumia Lembu Jantan |
|
Mumia Ikan |
|
Mumia Buaya. Buaya juga pernah dibela oleh Firaun kerana ia dianggap jelmaan Dewa Sobek yang disembah sebagai Dewa Kesuburan. |
KOLEKSI THUYA & YUYA
Selepas melawat Animal Mummy Room, kita melawat pula sebuah bilik yang menyimpan koleksi barangan seorang Firaun yang bernama King Thuya dan isterinya Queen Yuya.
|
Puisi untuk Dewa Matahari Re |
|
Topeng pada penutup Mumia Thuya dan Yuya. Orang Mesir Purba percaya penutup Mumia perlu dipakaikan dengan topeng rupa sebenar pemiliknya untuk memudahkan roh mencari kembali tubuhnya selepas mati. |
|
Chariot milik King Thuya |
|
Chariot ini dihadiahkan kepada King Thuya oleh menantunya King Amenhotep III. |
|
Peti untuk menyimpan rambut palsu Thuya dan Yuya. |
|
Keranda yang menempatkan mumia King Thuya |
|
Dewa berkepala Jackal yang bernama Seth. |
|
Kasut milik King Thuya. |
PAMERAN ROMAN-GRECO
Ada sebuah pameran Roman-Greco yang kecil di Egyptian Museum ini. Tapi pameran di sini tidaklah menarik sangat kalau dibanding dengan koleksi Firaunnya.
|
Pameran Greco-Roman di Egyptian Museum |
|
Topeng Greco-Roman |
PAMERAN PENGEBUMIAN FIRAUN
Kemudian dalam jangka masa terhad yang tinggal kita melawat pula ke Pameran Pengebumian Firaun.
|
Pakaian Firaun |
|
Kisah Pengebumian Firaun |
|
Lukisan Final Judgement |
Dalam lawatan pertama ke Egypt dulu, Myself dan rakan-rakan pernah diperkenalkan dengan lukisan Final Judgement yang banyak dilihat di kuil-kuil Mesir Purba. Lukisan ini menggambarkan hati Firaun yang baru mati sedang ditimbang oleh dewa berkepala anjing yang bernama Anubis dengan sehelai bulu burung. Kalau hati Firaun lebih berat, ia bermakna Firaun tersebut seorang yang mulia dan akan dijemput menyertai Dewa-Dewa. Jika sebaliknya pula, hati Firaun akan dimakan oleh Anubis dan Firaun tidak akan dikenali oleh Dewa-Dewa. Kami juga dapat melihat satu versi lukisan tersebut di sini.
|
Pemandangan Pameran New Kingdom di Tingkat Bawah |
|
Mumia-mumia Firaun |
Di sini juga kita dapat melihat mumia-mumia yang masih berbalut dengan linen sedang dipamerkan. Memang seram melihat mumia-mumia ini.
|
Mumia yang masih berbalut |
|
Sebuah mumia yang telah dikeluarkan dari keranda |
Bukan tubuh Firaun sahaja yang diawetkan untuk dijadikan mumia. Organ dalaman juga akan dikeluarkan dari tubuh Firaun untuk diawet dan disimpan. Organ-organ dalaman ini disimpan di dalam sebuah peti emas.
|
Peti emas tempat menyimpan organ dalaman Firaun |
Di sini juga ada sebuah patung Dewa Anubis yang berkepala anjing. Anubis dianggap sebagai Dewa Kematian. Kerana itulah patung Dewa Anubis akan sentiasa ditemui berhampiran mumia Firaun.
|
Patung Anubis |
|
Anubis adalah Dewa Kematian kepada Orang Mesir Purba |
|
Patung Anubis akan mengetuai semua perarakan pengebumian Firaun pada masa dahulu. |
|
Payung pengebumian Firaun |
|
Calcite Vessel of Nile Gods Holding the Symbol of a Unified Egypt |
|
Sebuah lagi peti simpanan organ dalaman Firaun |
|
Patung ini menggambarkan Firaun Ramses II sedang dipakaikan mahkota oleh dewa berkepala burung yang bernama Horus dan dewa berkepala jackal yang bernama Seth. Ramses II adalah Firaun yang menentang Nabi Musa AS. |
Tentu ada yang bertanya adakah mayat Ramses II, Firaun yang menentang Nabi Musa AS disimpan di Egyptian Museum? Jawapannya, ya. Mayat Firaun Ramses II disimpan di sebuah bilik khas bersama-sama dengan mayat beberapa orang Firaun lain. Ada bayaran tambahan LE 90 (RM 23) dikenakan kalau nak melawat ke bilik ini.
|
Mayat Firaun Ramses II disimpan di bilik The Royal Mummies ini. |
Oleh kerana fotografi tidak dibenarkan di bilik ini, maka kami memutuskan untuk tidak masuk ke dalam. Walau bagaimanapun Myself pernah masuk ke bilik ini dan melihat sendiri mumia Ramses II sewaktu lawatan pertama ke Egypt pada tahun 2010 dulu.
Beginilah rupa mumia Ramses II yang dipamerkan. Gambar ini diambil dari tiket kamera yang kami beli sewaktu nak masuk ke Egyptian Museum ini tadi...
|
Mumia Ramses II |
Myself masih ingat yang mayat Ramses II masih sempurna jika dibanding dengan mayat Firaun-Firaun lain yang disimpan bersama dengannya di bilik ini. Ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran yang mana mayat Firaun ini akan dikekalkan sebagai pengajaran kepada generasi manusia yang akan datang. Janji ini tertulis di dalam Al Quran Surah Yunus (10): Ayat 92:
[92] Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami.
Kalau masuk ke pameran Royal Mummies ini, beginilah suasananya. Gambar ini Myself ambil dari internet...
|
Suasana di dalam Royal Mummies Room di dalam Egyptian Museum |
|
Inilah Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa dulu. Perhatikan mayatnya disemadikan dengan tangan yang bersilang di dada kerana dia memang seorang Raja. Cuma Raja saja disemadikan dengan tangan bersilang begini. |
Kemudian tibalah masa untuk kami meninggalkan Egyptian Museum. Terpusing-pusing jugalah kami sewaktu nak mencari pintu keluarnya. Rupa-rupanya pintu keluar muzium adalah menerusi Kedai Cenderamata.
|
Berjalan mencari pintu keluar |
|
Kedai Cenderamata Egyptian Museum |
|
Satu lagi pemandangan dalam Kedai Cenderamata Muzium |
|
Selamat akhirnya dapat keluar dari muzium |
|
Bahan-bahan pameran di luar muzium |
|
Sebahagian arca purba yang dipamerkan di luar bangunan muzium |
|
Egyptian Museum |
|
Pintu pagar keluar dari perkarangan muzium |
Bersambung ke Bahagian 27...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018