Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 7: Sinai (4)
DAHAB
HARI KETIGA (4)
Part 18: Tiba Di Dahab
Alhamdulillah, dengan keselamatan dan kemudahan yang diberikan Allah SWT, kami tiba di kota Dahab pada pukul 3 petang, awal 3 jam dari jangkaan. Dahab yang terletak di pinggir Teluk Aqaba adalah sebuah bandar peranginan terkenal di pinggir Laut Merah.
|
Welcome To Dahab |
Dahab tidaklah sebesar dan sepopular Sharm El Sheikh yang terletak di penghujung selatan Semenanjung Sinai, tetapi ia tetap menarik untuk dilawati terutama bagi mereka yang meminati aktiviti scuba diving.
|
Jalan menuju ke bandar Dahab |
|
Tugu Ikan Lumba-Lumba di jalan masuk ke Dahab |
|
Blue Hole adalah pusat scuba diving yang terkenal di Dahab |
|
Berbasikal sekeluarga |
|
Teluk Aqaba dari kejauhan |
|
Dahab |
|
Kenderaan ATV |
|
Kedai di sebelah hotel |
OCTOPUS HOTEL
Hotel penginapan kami di Dahab adalah Octopus Hotel yang terletak tidak jauh dari Bazaar Dahab. Hotel ini lebih menyerupai sebuah motel dari hotel. Kata Ustaz Faiz, pihak Kembara Sufi memilih penginapan kami di sini kerana lokasinya yang terletak di tengah bandar. Kalau hotel-hotel berbintang di Dahab, lokasinya terletak jauh dari bandar. Tapi tak kisah sebab hotel ini selesa untuk penginapan satu malam di sini walaupun tak mewah.
|
Pintu masuk ke Octopus Hotel |
|
Lobi Octopus Hotel yang terbuka |
|
Kaunter Pendaftaran |
|
Bilik-bilik penginapan |
|
Kolam renang |
|
Kolam renang dari sudut yang lain |
|
Bilik kami terletak di sebelah sana |
|
Jom masuk ke dalam bilik... |
|
Pemandangan bilik penginapan kami |
|
Seperti bilik di Hotel Amarante Pyramids Giza, bilik ini juga adalah Triple Sharing sebenarnya. |
|
TV antik di atas peti sejuk. |
Part 19: Dahab Bazaar
Kami mempunyai banyak masa terluang di Dahab disebabkan kami dapat tiba awal di sini. Pihak Kembara Sufi juga tidak mengaturkan sebarang aktiviti kerana pada kebiasaannya rombongan hanya akan tiba di sini pada lewat petang. Malah kata Ustaz Faiz, kumpulan yang dibawanya sebelum ini tiba di Dahab pada pukul 8 malam kerana melalui pemeriksaan sekuriti yang ketat di pos-pos keselamatan dalam perjalanan.
|
Berjalan-jalan di pekan Dahab |
Selepas Solat Jamak Zohor dan Asar serta berehat di bilik, Myself dan Husband membuat keputusan untuk berkunjung ke Dahab Bazaar yang terletak di penghujung jalan hotel kami. Oleh kerana kedudukannya cuma 150 meter dari hotel, kami cuma berjalan kaki ke sana.
Suasana di pekan Dahab sedikit sunyi ketika itu kerana hari masih panas. Biasalah orang-orang Arab ni, mereka lebih suka keluar pada sebelah malam bila cuaca dah sedikit sejuk.
Dahab Bazaar terletak di tepi laut dan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan restoran.
Kita jalan-jalan melihat suasana di Dahab Bazaar. Bila malam makin menjelang, suasana di Dahab Bazaar menjadi semakin sibuk dengan pengunjung.
Teluk Aqaba yang memisahkan Sinai dengan Arab Saudi adalah sebuah teluk yang sempit. Pemandangan Arab Saudi di seberang dapat dilihat dengan jelas dari tepi pantai di Dahab.
|
Dahabians |
|
Pergunungan yang kelihatan di seberang sana adalah di Arab Saudi |
|
Tugu Siput |
|
Kedai bertema Caribbean |
|
Sarat dengan barang-barang cenderamata |
|
Why Not? |
|
Pemain bolasepak terkenal dari Egypt, Mohamed Salah. |
|
Restoran Same Same |
|
Bamboo House Restaurant. Antara menu yang disediakan adalah masakan Thai. |
Di satu hujung Bazaar ada sebuah jambatan menuju ke resort-resort lain di tepi laut. Dari jambatan ini kita dapat melihat keindahan laut di satu sebelah jambatan dan gunung-gunung batu di sebelah yang lain.
|
Jambatan di penghujung Bazaar |
|
Sampan yang dijadikan tempat pembuangan sampah |
|
Boleh sewa kenderaan ATV di sini untuk bersiar-siar di kawasan pergunungan sana. |
|
Nampak tak orang-orang bermain ATV di pergunungan sana? |
"Dahab" bermaksud "Emas" dalam Bahasa Arab. Ia merujuk kepada keindahan gunung-gunung di sekitarnya yang berwarna keemasan disinari matahari. Pemandangan ini memang menakjubkan terutama di waktu matahari sedang terbenam.
|
Pergunungan yang diperhatikan dari jambatan di Dahab Bazaar |
|
Sinaran mentari yang cantik di pergunungan Dahab |
|
Inilah pemandangan yang memberikan nama "Dahab" (Emas) kepada kawasan ini. |
|
Kuning emas berkilauan |
Walaupun pantai berhampiran Dahab Bazaar sangat kecil dan sempit, ia tetap menjadi tumpuan pengunjung yang ingin berenang dan membuat snorkeling.
|
Menikmati keindahan laut dari jambatan di Dahab Bazaar |
|
Pantai yang sempit di Dahab Bazaar |
|
Pengunjung ke pantai di Dahab Bazaar |
|
Berenang dan snorkeling |
|
Menikmati keindahan laut |
|
Surfing? |
|
Diving & Snorkeling |
Bila malam menjelang, kedai-kedai makan di Dahab Bazaar semakin mendapat ramai pengunjung. Promoter-promoter restoran juga sibuk menarik pengunjung ke kedai-kedai mereka.
|
Restoran Al Capone |
|
Kedai-kedai menjual pakaian |
|
Restoran Aladdin |
|
Fish & Friends |
|
Makanan laut segar |
Dah puas bersiar-siar dan menjamu mata, kami mengatur langkah pulang ke hotel.
|
Pengunjung ke Dahab datang dari seluruh dunia. | | |
|
Bersantai di tepi laut |
|
Bayaran LE5 dikenakan untuk bersantai di sini. |
|
Di seluruh Egypt ada ramai wanita Arab yang dilihat berpakaian moden berbanding di negara-negara Arab lain. |
|
Badang |
|
Bergolek manja meminta perhatian |
|
Huband teringin nak terbang tinggi |
|
Ramai penduduk Egypt yang memelihara anjing walaupun mereka beragama Islam. |
|
Kembali ke pekan Dahab |
|
Masjid di sebelah hotel kami |
|
Tiba kembali ke hotel. |
Part 20: Dinner Di Octopus Hotel
Dinner malam itu disediakan di Octopus Hotel sendiri. Hotel ini tak ada dewan makan, tetapi ada sebuah dapur. Lepas ambil makanan dari dapur, kita bawalah makanan untuk dimakan di ruang-ruang santai di sekitar hotel.
|
Makan malam yang disediakan adalah makanan Arab |
|
Menikmati makan malam di tepi kolam renang. |
|
Ruang makan keluarga di tepi kolam renang |
|
Ais kerim yang dibeli dari kedai runcit sebelah hotel lepas makan malam. |
|
Makan ais kerim di Egypt |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018