Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 11: Sinai (8)
SAINT CATHERINE (Gunung Tursina)
HARI KELIMA (1)
Part 31: Gunung Tursina
(Tempat Munajat Nabi Musa)
Satu aktiviti yang popular di kalangan pengunjung-pengunjung ke Saint Catherine adalah mendaki Gunung Tursina yang merupakan tempat munajat Nabi Musa AS sewaktu beliau menerima Kitab Taurat dari Allah SWT. Aktiviti ini adalah aktiviti optional dalam pakej perjalanan kami. Gunung Tursina ini juga dikenali kini sebagai Jabal Musa (Gunung Musa) dan Gunung Sinai. Di dalam Bible, gunung ini disebut sebagai Mount Horeb.
Menyedari keupayaan fizikal kami yang tak seberapa untuk mendaki gunung setinggi 2,200 meter ini, Myself dan Husband tidak mengikuti aktiviti ini. Tapi disebabkan kami dah sampai ke sini dan dapat membayangkan aktiviti pendakian ini, Myself akan ceritakan pengalaman orang-orang yang membuat pendakian ini. Semua gambar-gambar Gunung Tursina ini Myself ambil dari pelbagai sumber di internet untuk memberi gambaran tentang pendakian gunung ini.
Pendakian ke Gunung Tursina selalunya dimulakan pada sebelah malam, sekitar pukul 12 tengah malam. Ini adalah kerana pendakian ke puncak gunung memakan masa kira-kira 4 jam dan matlamat pendakian adalah untuk menikmati keindahan matahari terbit. Ada beberapa ahli kumpulan kami yang membuat pendakian ke Gunung Tursina dan mereka keluar dari hotel pada pukul 11.30 malam.
|
Laluan pendakian ke kemuncak Gunung Tursina. |
Laluan pendakian adalah dari belakang sebuah biara Kristian di kaki gunung ini yang dinamakan Saint Catherine's Monastery.
|
Laluan pendakian bermula dari belakang St Catherine's Monastery di kaki Gunung Tursina. |
Pendakian boleh dibuat dengan berjalan kaki. Ada juga perkhidmatan unta disediakan untuk mendaki gunung ini dengan bayaran kira-kira LE 250 (RM 63) seorang. Tapi perkhidmatan unta ini hanya untuk sebahagian perjalanan saja. Sampai di suatu kawasan tertentu, pendaki perlu turun dari unta dan berjalan kaki ke puncak gunung. Semua kumpulan pendaki akan ditemani oleh Malim Gunung yang bertugas menjadi penunjuk jalan.
|
Perkhidmatan unta untuk mendaki gunung |
|
Pendakian ke Gunung Tursina dengan menggunakan unta |
Unta memang haiwan yang istimewa. Mereka mempunyai GPS dalaman sendiri dan boleh mengingati jalan yang dilalui walau di tengah malam gelap. Memetik cerita dari ahli kumpulan kami yang mendaki ke Gunung Tursina, unta adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Kalau kita berjalan seiring dan mereka dah berjalan jauh ke depan sehingga tuannya tertinggal di belakang, unta akan berhenti menunggu. Bila tuannya dah sampai dekat, barulah unta akan bergerak semula.
|
Unta adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Kalau mereka bergerak di hadapan dan tuannya tertinggal di belakang, mereka akan berhenti menunggu. |
Kami diberitahu ada banyak pit stop dalam pendakian ini. Boleh berehat sambil makan dan minum-minum kopi dan teh yang dijual di sini kalau dah penat mendaki.
|
Pit Stop dalam pendakian ke Gunung Sinai |
|
Sebuah kedai Pit Stop dalam pendakian |
Kisah Nabi Musa menerima Kitab Taurat di Gunung Tursina diceritakan di dalam Al Quran Surah Al-A'raf (07): Ayat 143-147:
[143] Dan ketika Musa datang untuk (munajat) pada waktu yang telah kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, (Musa) berkata, "Ya Tuhanku, tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." (Allah) berfirman, "Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, namun lihatlah ke gunung itu, jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) nescaya engkau dapat melihat-Ku." Maka ketika Tuhannya menampakkan (keagungan-Nya) kepada gunung itu, gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Setelah Musa sedar, dia berkata, "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman."
[144] (Allah) berfirman, "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) engkau dari manusia yang lain (pada masamu) untuk membawa risalah-Ku dan firman-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah engkau termasuk orang-orang yang bersyukur".
[145] Dan telah Kami tuliskan untuk Musa pada lauh-lauh (Taurat) segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan untuk segala hal; maka (Kami berfirman), "Berpegang teguhlah kepadanya dan suruhlah kaummu berpegang kepadanya dan sebaik-baiknya, Aku akan memperlihatkan kepadamu negeri orang-orang fasik."
[146] Akan Aku palingkan dari tanda-tanda (kekuasaan-Ku) orang-orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa alasan yang benar. Kalaupun mereka melihat setiap tanda (kekuasaan-Ku) mereka tetap tidak akan beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak (akan) menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka menempuhnya. Yang demikian adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lengah terhadapnya.
[147] Dan orang-orang yang mendustakan tanda-tanda (kekuasaan) Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat, sia-sialah amal mereka. Mereka diberi balasan sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan.
|
Puncak Gunung Tursina |
|
Tangga-tangga batu untuk mendaki ke puncak gunung |
|
Batu-batu ini dikatakan terpecah setelah Allah menampakkan keagungan-Nya kepada gunung ini. |
Di puncak Gunung Tursina, ada disediakan sebuah gereja Kristian dan sebuah surau untuk Orang Islam.
|
Gereja Kristian di puncak Gunung Tursina |
|
Surau untuk umat Islam |
|
Pemandangan matahari terbit dari Gunung Tursina |
|
Satu lagi pemandangan matahari terbit dari puncak Gunung Tursina |
Gua tempat munajat Nabi Musa AS juga boleh dilawati di puncak Gunung Tursina ini. Gua ini terletak di tepi gereja.
|
Gua Munajat Nabi Musa AS terletak di bawah batu di sebelah gereja ini. |
|
Pintu masuk ke Gua Munajat Nabi Musa |
|
Pemandangan ke dalam Gua Munajat Nabi Musa. Di sinilah dikatakan Nabi Musa AS menerima Kitab Taurat yang ditulis pada batu (lauh) dari Allah SWT. |
Bila matahari dah mula meninggi, pendaki-pendaki akan mula turun ke bawah.
|
Turun dari Gunung Tursina |
Satu pemandangan yang dapat dilihat dalam perjalanan turun ialah sebuah lembah yang dikatakan sebagai tempat tinggal Nabi Ilyas AS pada masa dahulu. Nabi Ilyas AS adalah salah seorang dari 25 orang Rasul yang wajib diimani oleh Orang Islam tetapi kisahnya tidak diceritakan di dalam Al Quran.
|
Lembah kediaman Nabi Ilyas AS di tepi Gunung Tursina |
Part 32: Sarapan Pagi Di Morgenland Hotel
Bagi kami yang tak mendaki ke Gunung Tursina, kami bersarapan pagi dulu di Morgenland Hotel. Selepas bersarapan kami dibawa ke St Catherine's Monastery untuk bertemu dengan ahli-ahli kumpulan yang membuat pendakian ke Gunung Tursina malam tadi. Dari situ, kami bersama-sama dibawa melawat ke beberapa tempat sejarah Nabi Musa AS yang terdapat di dalam St Catherine's Monastery.
|
Pemandangan pagi di Morgenland Hotel, Saint Catherine |
|
Bergambar di tepi kolam renang |
|
Blok bilik penginapan kami |
|
Bunga-bunga cantik di Morgenland Hotel |
|
Bersantai di tepi kolam renang sambil menunggu restoran dibuka untuk sarapan |
|
Kumpulan penziarah Afrika ini datang dari Uganda |
|
Mengangkut beg-beg pengunjung yang hendak check-out pagi ini. |
Restoran di Morgenland Hotel dibuka untuk sarapan pada pukul 7 pagi. Suasana di restoran pagi ini agak lengang berbanding waktu dinner malam tadi kerana ramai pengunjung sedang berada di Gunung Tursina ketika itu. Yang tinggal di sini hanyalah beberapa kerat pengunjung yang tak larat nak memanjat gunung macam kami.
|
Suasana restoran agak lengang waktu sarapan pagi ini. |
|
Ada Indomie yang sedap disediakan dalam buffet sarapan pagi ini. |
Selepas bersarapan kami menaiki bas menuju ke Saint Catherine's Monastery. Biara ini terletak hanya kira-kira 10 minit perjalanan dari Morgenland Hotel. Perjalanan kami ke sana masih ditemani oleh kedua-dua orang polis escort.
|
Mendapatkan bas untuk pergi ke Saint Catherine's Monastery |
|
Perjalanan ke Saint Catherine's Monastery |
|
Tiba di Saint Catherine's Monastery |
|
Kedai-kedai di luar pintu masuk ke Saint Catherine's Monastery |
Ingat lagi tak peristiwa pembunuhan pegawai keselamatan Mesir oleh pengganas yang Myself ceritakan dalam entry yang lepas? Di pintu masuk ke Saint Catherine's Monastery inilah peristiwa itu berlaku. Selain menembak mati pegawai keselamatan tersebut, ada 4 orang lagi pegawai keselamatan yang cedera ditembak. Kerana itulah semua pengunjung yang ingin masuk ke kawasan Monastery kini termasuk juga pendaki-pendaki ke Gunung Tursina perlu melalui pemeriksaan yang ketat di sini.
|
Semua pengunjung yang ingin masuk ke Saint Catherine's Monastery perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat di depan sana. |
|
Restoran-restoran di kawasan ini telah pun memulakan perniagaan pada awal pagi begini untuk kemudahan pendaki-pendaki yang turun dari Gunung Tursina. |
Dari check point ini, kita masih perlu berjalan sejauh 1 km untuk sampai ke pintu masuk Monastery. Bagi yang tak terdaya nak berjalan, ada perkhidmatan teksi disediakan dengan bayaran LE 10 (RM 2.50) seorang sehala.
|
Pintu masuk ke Saint Catherine's Monastery berada 1 km dari sini. |
|
Kalau tak larat berjalan, ada perkhidmatan teksi disediakan. |
|
Jalan masuknya berhabuk dan berdebu, lebih-lebih lagi sebab ada kerja-kerja pembinaan jalan sedang dijalankan. |
|
Suasana di pertengahan jalan |
|
Suasana pendakian ke Gunung Tursina dapat dirasakan sedikit bila melihat gunung-gunung batu di sebelah ini. |
|
Unta |
|
Tembok luar Monastery dah mula kelihatan |
|
Monastery ini dimiliki oleh gereja Kristian dari mazhab Greek Orthodox |
|
Suasana ke dalam Monastery dari luar |
|
Suasana di depan pintu masuk ke Saint Catherine's Monastery |
|
Di belakang sanalah Gunung Tursina |
|
Ahli-ahli kumpulan kami yang memanjat ke Gunung Tursina dah sedia menanti sewaktu kami tiba di sini. |
|
Husband bergambar dengan seorang pendaki yang terbungkang keletihan di atas batu. |
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018