Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 6: Sinai (3)
PERJALANAN KE DAHAB (Abu Zenima)
HARI KETIGA (3)
Part 15: Perjalanan Ke Abu Zenima
Meninggalkan Uyun Musa, kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah kawasan yang bernama Abu Zenima. Perjalanan ke Abu Zenima adalah menyusuri persisiran pantai Teluk Suez di sebelah kanan dan pemandangan padang pasir di sebelah kiri.
|
Menuju ke Abu Zinema |
Di persisiran Teluk Suez yang dilalui, banyak diperhatikan resort-resort dan kawasan kediaman baru yang sedang dibangunkan.
|
Pokok-pokok zaitun |
Seperti yang diberitahu kepada kami, memang banyak sekatan tentera yang perlu kami lalui. Setiap beberapa kilometer, pasti ada sekatan tentera. Namun syukurlah, perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah SWT. Bila pemandu bas memberitahu tentera yang kami berasal dari Malazie (Malaysia), terus kami dibenarkan berlalu.
Namun demikian, menjadi rakyat Malaysia bukanlah sentiasa menjadi tiket mudah untuk melepasi pemeriksaan tentera ini. Kata Ustaz Faiz, dalam perjalanannya dengan satu group yang lepas, mereka tetap tertahan lama dan dikenakan pemeriksaan ketat di pos-pos tentera ini. Ini adalah kerana ketika itu, ada kejadian seorang pegawai keselamatan Mesir dibunuh oleh pengganas di Semenanjung Sinai.
|
Laut Merah |
Pemandangan Laut Merah memang sangat indah. Air lautnya sangat biru. Di tempat-tempat tertentu di Laut Merah, kita dapat melihat warna air ini yang terdiri dari berbagai lapisan warna biru, menggambarkan kedalaman laut yang berbeza.
|
Persisiran pantai Laut Merah hanya terdiri dari pasir. Tak adalah pokok-pokok Nyiur yang melambai macam di Malaysia. |
|
Sebuah bandar baru yang dibina di Semenanjung Sinai |
|
Lapisan-lapisan warna biru di perairan Laut Merah memang sangat indah. |
|
Sebuah teluk kecil di Teluk Suez |
|
Blue Bay |
Semenanjung Sinai adalah bahagian Mesir yang terletak di benua Asia. Bahagian Mesir yang lain terletak dalam benua Afrika. Negara Mesir secara keseluruhannya adalah negara Afrika. Ini sangat berbeza dengan Turkey di mana sebahagian besar negara tersebut terletak dalam benua Asia dan sebahagian kecil saja yang terletak di benua Eropah. Namun Turkey tetap mengaku mereka sebahagian dari Eropah.
|
Perjalanan ke Abu Zinema |
|
Lokasi bandar-bandar utama di Semenanjung Sinai |
|
Loji simen di Sinai. Simen adalah salah satu produk penghasilan utama Sinai. |
|
Pergunungan berbatu di Semenanjung Sinai |
|
Resort kecil di tepi Teluk Suez |
Pemandangan Laut Merah kita tinggalkan sewaktu bergerak lebih dalam untuk menyeberang Semenanjung Sinai. Pemandangan laut tadi mula digantikan dengan pemandangan padang pasir.
Di tengah-tengah padang pasir yang tandus ini, tiba-tiba ada sebuah oasis kecil yang hijau subur. Pemandu bas memberitahu kawasan ini pernah menjadi kediaman Nabi Musa AS pada masa dahulu. Kerana itulah ia subur begini. Nabi-nabi adalah manusia yang penuh keberkatan. Walau mereka dah lama meninggalkan kita, keberkatan mereka masih boleh dirasakan di tempat-tempat mereka sehingga ke hari ini.
|
Oasis kecil yang subur di tengah padang pasir |
|
Tempat ini pernah menjadi kediaman Nabi Musa AS pada satu ketika dulu. |
Meninggalkan oasis Nabi Musa tadi, kami terus disajikan dengan pemandangan gunung-gunung batu yang menjulang tinggi. Mungkin inilah juga laluan yang pernah digunakan oleh Nabi Musa AS sewaktu beliau membawa kaum Bani Israel berhijrah ke Palestine dulu.
Perjalanan dari Suez menuju ke Abu Zinema adalah sejauh kira-kira 155 km dan memakan masa hampir 2 jam. Kami tiba di Abu Zinema pada pukul 10.30 pagi.
|
Laut Merah menjengah kembali |
|
Tiba di Abu Zinema |
Part 16: Restoran Madinah
Walaupun masih awal lagi, kami tetap makan tengahari di Restoran Madinah yang terletak di Abu Zinema. Ini adalah kerana selepas ini tak ada tempat yang boleh dijadikan persinggahan untuk makan tengahari sehingga tiba ke Dahab.
|
Restoran Madinah di Abu Zinema |
|
Pemandangan berhampiran Restoran Madinah |
|
Pintu masuk ke restoran |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Suasana di dalam restoran |
|
Menunggu makanan dihidangkan |
Makanan yang disajikan adalah makanan tipikal Arab. Ada pilihan Ayam dan Daging yang dihidangkan bersama Nasi. Walau Ayam ataupun Daging, kedua-duanya memang sedap.
|
Pilihan hidangan Ayam |
|
Pilihan hidangan Daging |
Bas membuat persinggahan agak lama di sini untuk membolehkan kami berehat dan meregangkan kaki setelah melalui perjalanan yang panjang. Kebetulan ketika kami sampai di sini, Egypt sedang mengalami peralihan cuaca dari musim panas ke musim sejuk. Suhu tengahari berada di sekitar 30'C ketika itu. Walaupun matahari masih memancar terang, dari semasa ke semasa angin bertiup dengan kuat. Cuaca di Sinai juga umumnya sedikit lebih sejuk berbanding kawasan di Egypt yang lain.
|
Angin sedang bertiup kuat di sini ketika ini sebenarnya. |
|
Ingin menikmati angin yang bertiup |
|
Meninggalkan Abu Zinema |
|
Suasana di bandar Abu Zinema |
|
Pemandangan akhir kapal di Teluk Suez sebelum masuk ke pedalaman Semenanjung Sinai. |
Part 17: Merentas Sinai Menuju Ke Dahab
Selepas meninggalkan Abu Zinema, perjalanan seterusnya adalah merentas kawasan yang dianggap antara yang paling merbahaya di Semenanjung Sinai kerana kawasan ini adalah penempatan kaum-kaum Badwi. Laluan ini yang melalui kawasan Saint Catherine adalah jalan rentas untuk memintas bahagian tengah Semenanjung Sinai. Bergantung kepada status keselamatan semasa, ada kalanya bas-bas pelancong akan diarahkan untuk bergerak secara berkonvoi beramai-ramai dengan diiringi kenderaan polis sewaktu melalui kawasan ini.
Kata Ustaz Faiz, ada juga ketikanya kawasan ini tidak boleh langsung dilalui oleh bas-bas pelancong atas sebab-sebab keselamatan. Jika ini berlaku, bas-bas akan diarahkan berpatah balik dan menyusuri laluan pantai Semenanjung Sinai menerusi bandar Sharm El Sheikh yang terletak di penghujung paling selatan Sinai. Ini akan menyebabkan perjalanan kita menjadi berganda-ganda panjangnya.
Syukur Alhamdulillah, sekali lagi Allah SWT memberikan kemudahan kepada kami. Bas-bas pelancong dibenarkan bergerak tanpa konvoi polis merentasi kawasan ini pada hari tersebut.
|
Sekatan Tentera |
Sesuatu yang Myself perhatikan ialah ada lebih banyak sekatan tentera di laluan ini. Di pos-pos keselamatan tertentu, Thoha dan polis-polis escort
di dalam bas kami akan turun untuk melapor diri kepada pegawai-pegawai
tentera di sana. Dari semasa ke semasa juga, Thoha akan mendapat
panggilan telefon dari polis untuk memastikan kedudukan kami. Begitu
sekali Kerajaan Mesir menjaga keselamatan pelancong yang datang ke
Sinai.
Kata
Ustaz Faiz, Kerajaan Mesir memang mengenakan peraturan supaya semua
pelancong yang datang berkumpulan perlu memfailkan perjalanan
masing-masing di Sinai kepada pihak berkuasa sebelum bertolak. Kita perlu melapor diri
di pos-pos tertentu dalam perjalanan untuk memastikan yang kita dah
selamat sampai.
Kerajaan
Mesir juga tidak menggalakkan pelancong bergerak secara bersendirian melalui
jalan darat di Sinai. Pelancong-pelancong yang datang tanpa berkumpulan
di Sinai sangat digalakkan untuk menggunakan laluan udara. Jika mereka
menggunakan pengangkutan awam darat, mereka selalunya perlu melalui soal
siasat yang ketat di pos-pos keselamatan yang dilalui. Tapi semua itu
tetap bergantung kepada rezeki masing-masing.
|
Laluan ini memang sunyi |
|
Lega rasanya bila sekali-sekala bertembung dengan kenderaan lain |
|
Dahab masih 203 km dari sini |
|
Padang pasir yang indah di Semenanjung Sinai |
|
Lone Tree di tengah padang pasir |
Pemandangan padang pasir yang paling indah yang pernah Myself lihat adalah di kawasan ini. Macamlah dah banyak sangat padang pasir yang pernah Myself lihat sebelum ini!
Tapi memang serious, walaupun pemandangannya hanyalah padang pasir semata-mata, suasana di sekeliling sangat menyejukkan mata yang memandang. Memang terfikir di dalam hati, adakah ini juga keberkatan yang ditinggalkan oleh Nabi Musa AS kerana sejarah menunjukkan beliau benar-benar pernah melalui kawasan ini pada zamannya?
|
Gunung-gunung batu |
|
Suasana di sini tenang dan damai |
|
Padang pasir di Sinai berwarna-warni |
|
Sekali-sekala akan kelihatan oasis di tengah padang pasir |
|
Gunung Pasir dan Gunung Batu |
|
Lori yang terlebih muatan |
Tak seperti padang pasir di kawasan lain, tanah padang pasir di Semenanjung Sinai disulami warna-warna tanah, pasir dan batuan yang lembut. Suasana sekitar memang menyejukkan mata, walaupun di tengah terik matahari yang memancar.
|
Perkampungan Badwi |
Semakin mendekati kawasan Saint Catherine, semakin banyak kawasan subur yang ditemui.
|
Unta liar di padang pasir |
|
Greenhouse untuk tanaman |
|
Kereta di tengah padang pasir |
|
Menghala ke Saint Catherine |
|
Menghampiri Saint Catherine |
Kami tiba di kawasan Saint Catherine yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Sinai pada pukul 12.30 tengahari. Saint Catherine yang dinamakan sempena seorang Christian Saint yang mayatnya dikebumikan di sini adalah juga pusat sejarah Nabi Musa AS. Di sinilah letaknya Gunung Tursina, tempat di mana Nabi Musa AS menerima Kitab Taurat dari Allah SWT.
Saint Catherine adalah persinggahan kami selepas kembali dari Dahab. Untuk hari ini, kami sekadar lalu saja di sini.
|
Tiba di Saint Catherine |
|
Patung Unta di Saint Catherine |
|
Pergunungan berhampiran Saint Catherine |
|
Di sebalik pergunungan inilah letaknya Gunung Tursina, di mana Nabi Musa menerima wahyu Kitab Taurat dari Allah SWT. |
|
Padang Pasir berhampiran Saint Catherine |
|
Arah ke Lapangan Terbang Saint Catherine |
Perjalanan diteruskan ke Dahab selepas meninggalkan Saint Catherine. Jarak ke Dahab dari Saint Catherine adalah 128 km dengan perjalanan dijangka selama 2 jam lagi.
|
Jalan dari Saint Catherine menuju ke Dahab |
|
Padang pasir yang kemerah-merahan |
Di beberapa tempat dalam perjalanan dari Saint Catherine ke Dahab, kami melalui kawasan-kawasan pembinaan jalan raya. Memang nampak kesungguhan Kerajaan Egypt untuk membangunkan kawasan ini sebagai kawasan pelancongan.
|
Macam pemandangan di Grand Canyon, Amerika Syarikat |
Pemandangan padang pasir di sekitar kawasan Saint Catherine dalam perjalanan menuju ke Dahab semakin mengkagumkan. Di sini banyak terdapat pasir-pasir putih yang halus. Pada tempat-tempat tertentu, pasir-pasir ini kelihatan bagai salji yang meliputi puncak-puncak gunung batu.
Perasaan bimbang kerana kawasan ini dikatakan antara tempat yang paling merbahaya di Semenanjung Sinai hilang bila melihat keindahan pemandangan di sekitar.
Semakin lama semakin kagum kita melihat ciptaan Allah SWT. Sungguh tak terlintas di fikiran betapa padang pasir yang sering dikatakan sebagai tempat yang paling teruk pemandangannya di muka bumi boleh memiliki pemandangan seindah begini.
|
Taba adalah bandar di sempadan Mesir-Israel |
Selepas 2 jam, kami berjaya menyeberang Semenanjung Sinai dengan selamat sehingga sampai ke kawasan Laut Merah yang terletak di sebelah yang bertentangan. Kawasan Laut Merah berhampiran Arab Saudi ini dinamakan Teluk Aqaba.
|
Memang membimbangkan kalau kenderaan kita rosak di tengah-tengah padang pasir ini. |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018