Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 18: Alexandria (2)
ALEXANDRIA (Corniche & Qaitbay Citadel)
HARI KETUJUH (2)
Part 51: Corniche
Alexandria adalah sebuah bandar yang cantik di pinggir Laut Mediterranean. Kedudukannya yang tidak jauh dari Itali menyebabkan ia pernah menjadi sebahagian jajahan tentera Rome pada masa dahulu. Untuk membolehkan kami menikmati pemandangan indah Laut Mediterranean, bas membuat perhentian seketika di tepi sebatang jalan yang bernama Corniche yang menyusuri sepanjang pantai.
Part 52: Bibliotheca Alexandrina
Selain Lighthouse of Alexandria, sebuah lagi mercu tanda Alexandria Purba adalah The Great Library of Alexandria. Di perpustakaan ini pada satu ketika dulu, tersimpan 40,000 - 400,000 skrol kertas Papyrus yang tertulis pelbagai ilmu di dalamnya sehingga menjadikan Alexandria sebuah pusat pengajian ilmu yang tersohor di dunia ketika itu.
|
Bibliotheca Alexandrina |
The
Great Library of Alexandria sayangnya musnah dalam satu kebakaran
sewaktu Alexandria ditakluk oleh Tentera Roman di bawah pimpinan Julius
Caesar. Di tapak perpustakaan ini kini, berdiri sebuah bangunan
perpustakaan moden di bawah naungan UNESCO yang dinamakan Bibliotheca Alexandrina.
|
Pemandangan pintu masuk ke Bibliotheca Alexandrina dari Corniche. |
|
Bibliotheca Alexandrina (Maktabah Al Iskandariah dalam Bahasa Arab) didirikan di tapak asal The Great Library of Alexandria yang musnah terbakar sewaktu penaklukan Julius Caesar. |
Bibliotheca Alexandrina boleh dilawati tetapi kami tidak melawat ke dalamnya dalam perjalanan ini. Disebabkan Myself pernah melawat ke dalam perpustakaan yang hebat ini dalam tahun 2010 dulu, Myself tunjukkan di sini beberapa gambar yang diambil di dalam bangunan perpustakaan ini.
|
Pemandangan pintu masuk ke Bibliotheca Alexandrina yang terletak bertentangan dengan Fakulti Ekonomi, University of Alexandria. |
|
Patung Dewa Mesir di depan pintu masuk ke Bibliotheca Alexandrina |
|
Suasana gedung ilmu di dalam Bibliotheca Alexandrina |
|
Hiasan dalaman yang mengkagumkan di dalam Bibliotheca Alexandrina |
|
Bangunan Bibliotheca Alexandrina dibina dengan elemen senibina moden |
|
Di sebalik elemen senibina moden pada bangunannya, elemen tradisional Mesir tetap tidak dilupakan. |
Part 53: Qaitbay Citadel
Kesan Rumah Api Pharos di Alexandria tidak lenyap begitu saja. Di tapak ini kini berdiri sebuah kota pertahanan lama yang dinamakan Qaitbay Citadel.
|
Qaitbay Citadel |
|
Qaitbay Citadel kini berdiri di atas tapak Rumah Api lama Alexandria. |
Laluan tepi pantai menuju ke Qaitbay Citadel adalah tempat peranginan popular di Alexandria. Ia sentiasa menjadi tempat kunjungan pelancong dan penduduk tempatan untuk menikmati keindahan Laut Mediterranean.
|
Laluan tepi pantai menuju ke Qaitbay Citadel adalah tempat peranginan popular pada hari ini. |
|
Tempat rehat yang disediakan untuk bersantai menikmati keindahan laut. |
|
Bot-bot nelayan |
|
Industri pembinaan kapal |
|
Menghampiri Qaitbay Citadel |
|
Tembok pertahanan Qaitbay Citadel masih kukuh berdiri sehingga ke hari ini. |
|
Pintu ini adalah Kedai Cenderamata di dalam Qaitbay Citadel. |
|
Berjalan menuju ke pintu masuk |
|
Menguji kekuatan tembok pertahanan. |
|
Posing di tepi tembok. |
|
Tiket masuk ke Qaitbay Citadel |
|
Pintu masuk pelawat ke Qaitbay Citadel. Seperti juga banyak tourist attractions di Egypt yang lain, ada pemeriksaan sekuriti yang ketat di sini. |
Sebahagian dari tembok pertahanan Qaitbay Citadel dibina dari batu-batu tembok Lighthouse of Alexandria yang telah runtuh. Pintu masuk pelawat ini juga dikatakan adalah sebenarnya pintu masuk ke Rumah Api lama ini.
|
Pintu masuk ini dikatakan adalah sebenarnya pintu masuk ke Rumah Api dulu. |
|
Penerangan mengenai tembok luar Qaitbay Citadel |
|
Pemandangan di Courtyard dalam Qaitbay Citadel |
Qaitbay Citadel dibina oleh Sultan Qaitbay pada kurun ke-14M untuk mempertahankan Alexandria dari serangan laut Tentera Ottoman. Walaupun baginda gagal mempertahankan Alexandria dari penaklukan Tentera Ottoman, kota ini tetap teguh berdiri.
|
Bangunan utama di dalam kota |
|
Meriam lama |
|
Taman di dalam kota |
Tidak seperti Citadel of Saladin yang juga dibina sebagai kota kediaman, Qaitbay Citadel adalah kota pertahanan semata-mata. Bangunan kota yang dilihat juga sebahagiannya adalah binaan baru yang dibina pada kurun ke-20 bagi menggantikan binaan asal yang rosak dibom oleh tentera British.
|
Qaitbay Citadel pernah mengalami kerosakan teruk selepas dibom oleh Tentera British. |
|
Bendera Egypt yang berkibar megah |
|
Pemandangan di dalam Courtyard |
|
Lagi pemandangan di dalam Courtyard |
Kita mulakan lawatan ke Qaitbay Citadel dengan melawat ke Main Tower. Kita lawat Tingkat 1 dulu.
|
Pintu Masuk ke Main Tower |
|
The Main Tower |
|
Pintu kayu yang berat di laluan masuk ke Main Tower |
|
Pemandangan di dalam Main Tower |
Sebaik masuk ke dalam Main Tower, kita dongak dulu ke atas. Akan kelihatanlah sebuah lubang pada silingnya. Lubang ini adalah sebenarnya sebuah lubang pertahanan. Dari sinilah minyak panas yang menggelegak akan dituang ke atas kepala penceroboh untuk menghalang kemaraan mereka.
|
Lubang pertahanan pada siling. Dari lubang inilah minyak panas yang mendidih akan dituang ke atas kepala penceroboh yang masuk ke dalam kota. |
Kemudian kita melawat pula ke masjid lama di dalam kota. Seperti pintu masuk pelawat tadi juga, masjid ini dikatakan sebahagian binaan asal Lighthouse of Alexandria.
|
Pintu masuk ke Masjid |
|
Penerangan mengenai Masjid di dalam kota. |
Bahagian Masjid ini yang paling menarik adalah jubin lantainya yang kelihatan seperti sejadah yang terbentang.
|
Mihrab |
|
Jubin lantai yang kelihatan macam sejadah yang terbentang |
|
Siling masjid yang tinggi |
|
Satu lagi pemandangan Mihrab |
Kemudian kita naik ke Tingkat 2.
|
Naik ke Tingkat 2 |
|
Tangga naik ke Tingkat 2 |
|
Papan keterangan mengenai Tingkat 2 |
|
Boleh baca penerangan ini di sini |
|
Suasana di Tingkat 2 |
|
Lubang tempat menuang minyak panas di Tingkat 2 |
|
Pemandangan ke dalam lubang |
|
Lagi pemandangan di Tingkat 2 |
|
Lubang Pengintaian |
|
Pemandangan dari Lubang Pengintaian |
|
Pemandangan tembok luar kota yang menghadap ke laut |
|
Melawat Tingkat 2 |
|
Kenangan di dalam kota |
|
Pemandangan ke Masjid di bawah dari Tingkat 2 |
|
Telaga air minuman. |
|
Model pembinaan Qaitbay Citadel yang sebenar |
|
Sebahagian binaan kota ini telah roboh sewaktu penaklukan Tentera British ke Mesir dulu dan tidak dibina semula. |
Selepas itu kita naik ke Tingkat 3. Ini adalah tingkat yang paling tinggi di dalam kota ini dan menjadi tempat kediaman Sultan Qaitbay.
|
Naik ke Tingkat 3 |
|
Penerangan mengenai Tingkat 3 Qaitbay Citadel |
|
Tingkap dan pintu kediaman Sultan Qaitbay |
|
Dapur |
|
Pemandangan di Tingkat 3 |
|
Tempat kediaman Sultan dinamakan Sultan Iwan |
|
Pemandangan di Sultan Iwan |
|
Siling di Sultan Iwan |
|
Pemandangan dari Sultan Iwan |
|
Tempat mengintai musuh |
|
Mengintai dari jendela |
|
Bumbung Qaitbay Citadel |
|
Pemandangan di atas bumbung |
|
Menara Pengawal |
|
Pemandangan dari Menara Pengawal |
|
Husband dan Ustaz Toyyib |
|
Pengunjung-pengunjung ke Qaitbay Citadel |
|
"Ekk, apa bendanya tu?" |
|
Toilet!! |
|
Tangga turun ke bawah |
Lepas dah habis meronda dalam Bangunan Main Tower, kita melawat pula keliling kota. Kita mulakan dengan melawat bilik simpanan air minuman yang dinamakan Cistern.
|
Kita melawat keliling kota pulak. |
|
Tempat pertama yang kita akan lawat adalah bilik di sebelah kiri ini. |
|
Bilik ini adalah Cistern, ruang simpanan air minuman pada masa dulu. |
|
Mengikut Ustaz Toyyib masuk ke bilik Cistern |
|
Pemandangan di dalam bilik Cistern |
|
Kesan kedalaman air yang disimpan |
|
Dulu seluruh bilik ini dipenuhi air untuk minuman |
|
Mendongak ke atas... |
|
Lubang di atas sana adalah telaga untuk menceduk air dari Cistern |
Lepas melawat Cistern, kita melawat pula ke tembok yang terletak di sebelah laut. Kita melawat dulu ke bahagian yang dinamakan sebagai Coastal Passage.
|
Ramp naik ke tembok kota |
|
Penerangan mengenai Coastal Passage |
|
Terowong masuk ke Coastal Passage |
|
Meriam di dalam Coastal Passage |
|
Pemandangan Laut Mediterranean dari Coastal Passage |
|
Coastal Passage |
Kemudian barulah kita menikmati pemandangan Laut Mediterranean dari pinggir tembok. Pemandangan Laut Mediterranean sangat cantik dari sini. Di seberang laut ini adalah negara Itali, tapi tak nampaklah daratannya dari sini.
Pernah dengar tentang Firaun wanita cantik yang bernama Cleopatra? Cleopatra memerintah dari Alexandria. Dia bercinta dengan seorang Jeneral Perang Rome yang bernama Mark Antony. Laut Mediterranean inilah yang menjadi saksi kisah cinta mereka.
|
Bendera Egypt yang berkibar megah di Kota Qaitbay |
|
Ramp di tepi tembok |
|
Pemandangan di tepi tembok |
|
Menikmati keindahan Laut Mediterranean |
|
Pemandangan ke dalam kota dari tepi tembok |
|
Satu lagi pemandangan ke dalam kota |
|
Menikmati angin kuat yang bertiup |
|
Laut Mediterranean yang menjadi saksi kisah cinta Cleopatra dengan Mark Antony |
|
Di sinilah juga dulu pernah berdiri Rumah Api Alexandria |
|
Posing di tepi Laut Mediterranean |
|
Topi macam nak terbang ditiup angin Laut Mediterranean |
|
Menikmati pemandangan Alexandria |
|
Pemandangan ke arah kota Alexandria |
|
Landasan bekas tempat meriam |
|
Meriam yang diletak di atas landasan ini boleh dikemudi ke kiri dan ke kanan. |
|
Turun kembali ke bawah |
|
Menamatkan lawatan ke Qaitbay Citadel |
Bersambung ke Bahagian 19...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018