Tuesday, 20 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 17 (Alexandria)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 17: Alexandria (1)
PERJALANAN KE ALEXANDRIA

HARI KETUJUH (1)

Part 47: Perjalanan Ke Alexandria

Program Hari Ketujuh adalah melawat ke Alexandria, bandar yang kedua terbesar di Egypt. Perjalanan kami hari ini bermula pada pukul 7 pagi.

Pintu masuk ke Amarante Pyramids Hotel Giza
Amarante Pyramids Hotel ini bertaraf 4 bintang.
Bas menunggu di tepi jalan besar
Menaiki bas untuk ke Alexandria
Oleh kerana perjalanan kami bermula awal pada pagi ini, sarapan pagi disediakan secara bungkus oleh pihak hotel. Macam sewaktu perjalanan ke Sinai dulu, portion breakfast yang disediakan sangat besar sehingga boleh menjadi bekalan untuk sepanjang hari.

Sarapan bungkus yang disediakan oleh pihak hotel.
Pemandangan awal pagi di Giza
Oleh kerana hari ini adalah hari bekerja, kami dapat melihat kesibukan pagi penduduk Giza yang keluar bekerja dan pergi ke sekolah. Sesuatu yang menarik perhatian kami pada pagi ini ialah uniform pelajar-pelajar sekolah di sini. Kami dapati tak seperti di Malaysia, warna uniform mereka tak seragam, mungkin setiap sekolah ada warna pakaiannya tersendiri. Tapi semua pakaian sekolah ini sama saja fesyen rupanya.

Kawasan perumahan awam di Giza
Traffic Jam
Lagi pemandangan perumahan awam di Giza
Banyak kereta model lama diperhatikan di Cairo
Pelajar-pelajar sekolah
Lagi pelajar-pelajar sekolah
Van sekolah yang membawa pelajar-pelajar tadika. Rasanya ada hampir 20 orang budak tadika yang disumbat ke dalam van ini.
Pelajar-pelajar perempuan
Pelajar-pelajar lelaki
Walaupun hotel kami terletak di Giza, kami tak dapat melihat piramid dari hotel kami. Dalam perjalanan menuju ke Alexandria ini, barulah kami dapat melihatnya buat pertama kali. Masing-masing cukup excited melihat piramid. Tapi kami sekadar lalu saja depan piramid kerana program kami melawat ke sini adalah pada keesokan hari saja.

Excited wehh, nampak piramid!
Kami akan melawat ke piramid esok. Tunggu!!!
Arah keluar ke Alexandria
Kami juga dapat melihat bangunan baru Grand Egyptian Museum yang sedang dalam pembinaan. Masa Myself melawat ke Egypt pada tahun 2010 dulu, kami ada diberitahu yang Kerajaan Egypt sedang merancang nak membina muzium baru di kawasan piramid. Maklum sajalah, Egypt adalah sebuah negara tua yang penuh dengan sejarah. Hampir setiap hari ada saja artifak-artifak bersejarah baru yang ditemui. Manalah muat kalau semua nak disumbat ke Egyptian Museum yang sedia ada. Sumbat kat dalam Piramid sendiri pun belum tentu muat.

Bangunan baru Grand Egyptian Museum yang sedang dalam pembinaan
Bahagian hadapan Grand Egyptian Museum yang baru
Plaza Tol Giza
Alexandria terletak 218 km ke utara Cairo dan perjalanan ke sana memakan masa kira-kira 2 jam 40 minit menggunakan lebuhraya.

Peta kedudukan Alexandria dari Giza dan Cairo
Tugu pahlawan berkuda
Tidak seperti perjalanan dari Cairo ke Sinai dulu, banyak pembangunan-pembangunan moden yang diperhatikan dalam perjalanan menuju ke Alexandria.

Carrefour
Egypt Post
Oracle
Persimpangan lebuhraya
Pemandangan di lebuhraya
Arah ke Alexandria
Seperti juga di lebuhraya lain di Egypt, ada laluan khas disediakan untuk lori.
Stesen Minyak

Part 48: Rest Area

Dalam perjalanan, bas membuat perhentian sebentar di sebuah kawasan Rehat & Rawat.

Kawasan R&R di lebuhraya
McDonald's
Bas kami parking di sana
Restoran
Kedai barang-barang jualan
Restoran di R&R
Bas membuat perhentian agak lama di sini. Jadi kita berjalan-jalan melihat suasana di sekitar.

Di sini juga ada sebuah padang hijau dan sebuah masjid.


Part 49: Meneruskan Perjalanan Ke Alexandria

Alexandria terletak di Delta Sungai Nil yang subur. Kerana itulah pemandangan di kiri-kanan jalan menuju ke Alexandria dipenuhi dengan kawasan-kawasan pertanian.

Nama Arab bagi Alexandria adalah Al Iskandariah
Laluan lori di lebuhraya
Kawasan-kawasan hijau
Semakin hampir ke Alexandria
Pokok-pokok Papyrus banyak tumbuh liar di Delta Sungai Nil. Kertas pertama di dunia dicipta oleh Orang Mesir dari batang-batang pokok Papyrus
Hijau
Pokok-pokok Kurma
Pokok-pokok Citrus
Banyak binaan berbentuk kon ini diperhatikan dalam perjalanan ke Alexandria
Bangunan berbentuk kon ini adalah Rumah-Rumah Burung Merpati
Pokok Papyrus yang tumbuh liar
Kilang-kilang perusahaan
Ladang Jagung
Plaza Tol di Alexandria
Lombong garam
Satu lagi pemandangan lombong garam di Alexandria
Pemandangan kota Alexandria di sebalik Lembangan Sungai Nil
Alexandria dari kejauhan
Sungai Nil
Satu lagi pemandangan Sungai Nil di Alexandria
Sarkas

Part 50: Tiba Di Alexandria 

Alexandria yang dipanggil Iskandariah dalam Bahasa Arab adalah sebuah kota tua yang diasaskan oleh Alexander The Great pada tahun 331 SM. Sehingga ke hari ini para ilmuwan dan cendiakawan masih berdebat sama ada Alexander The Great yang membuka Alexandria ini adalah orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain yang diceritakan di dalam Al Quran.

Alexandria
Kisah mengenai Iskandar Zulkarnain ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Al Kahf (18): Ayat 83-101:

[83] Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah, “Akan kubacakan kepadamu kisahnya.”

[84] Sungguh, Kami telah memberi kedudukan kepadanya di bumi, dan Kami telah memberikan jalan kepadanya (untuk mencapai) segala sesuatu.

[85] Maka dia pun menempuh suatu jalan

[86] Hingga ketika dia telah sampai di tempat (matahari) terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan di sana ditemukannya satu kaum (tidak beragama). Kami berfirman, "Wahai Zulkarnain! Engkau boleh menghukum atau berbuat kebaikan (mengajak beriman) kepada mereka".

[87] Dia (Zulkarnain) berkata, "Barang siapa berbuat zalim, kami akan menghukumnya, lalu dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, kemudian Tuhan mengazabnya dengan azab yang sangat keras.

[88] Adapun orang yang beriman dan mengerjakan amal kebajikan, maka (dia) mendapat (pahala) yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami sampaikan kepadanya perintah Kami yang mudah-mudah".

[89] Kemudian dia menempuh satu jalan yang lain

[90] Hingga ketika dia sampai di tempat terbit matahari (sebelah Timur) didapatinya (matahari) bersinar di atas suatu kaum yang tidak Kami buatkan suatu pelindung bagi mereka dari (cahaya matahari) itu

[91] Demikianlah, dan sesungguhnya Kami mengetahui segala sesuatu yang ada padanya (Zulkarnain)

[92] Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi)

[93] Hingga ketika dia sampai di antara dua gunung, didapatinya di belakang (kedua gunung itu) suatu kaum yang hampir tidak memahami pembicaraan

[94] Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain! Sungguh Yakjuj dan Makjuj itu (makhluk yang) berbuat kerosakan di bumi, maka bolehkah kami membayarmu imbalan agar engkau membuatkan dinding penghalang antara kami dan mereka?"

[95] Dia (Zulkarnain) berkata, "Apa yang telah dianugerahkan Tuhan kepadaku lebih baik (daripada imbalanmu), maka bantulah aku dengan kekuatan, agar aku dapat membuatkan dinding penghalang antara kamu dan mereka.

[96]  Berilah aku potongan-potongan besi!" Hingga ketika (potongan) besi itu telah (terpasang) sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, dia (Zulkarnain) berkata, "Tiuplah (api itu). Ketika (besi) itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atasnya (besi panas itu)."

[97] Maka mereka (Yakjuj dan Makjuj) tidak dapat mendakinya dan tidak dapat pula melubanginya

[98] Dia (Zulkarnain) berkata, "(Dinding) ini adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila janji Tuhanku sudah datang, Dia akan menghancur luluhkannya; dan janji Tuhanku itu benar

[99] Dan pada hari itu kami biarkan mereka (Yakjuj dan Makjuj) berbaur antara satu dengan yang lain, dan (apabila) sangkakala ditiup (lagi), akan Kami kumpulkan mereka semuanya

[100] Dan kami perlihatkan (neraka) Jahanam dengan jelas pada hari itu kepada orang kafir

[101] (Iaitu) orang yang mata (hati)nya dalam keadaan tertutup (tidak mampu) dari memperhatikan tanda-tanda (kebesaran)-Ku, dan mereka tidak sanggup mendengar.

Tiba di kota Alexandria
Alexandria lebih moden dan teratur berbanding Cairo
Pembangunan moden di Alexandria
Tiba di Alexandria, Ustaz Faiz meminta kami memerhatikan kenderaan-kenderaan awam di kota ini. Ini adalah kerana hampir semua kenderaan awam di sini menggunakan satu simbol yang tertentu pada badan mereka.

Teksi awam di Alexandria
Nampak tak simbol yang tertera pada bas awam ini?
Ustaz Faiz meminta kami meneka apa simbol yang tertera pada badan-badan kenderaan awam ini. Bermacam-macam jawapan yang keluar, termasuklah Pencawang Elektrik. Tergelak besar Ustaz Faiz. "Bukan jawapan yang diharapkan," katanya.

Simbol ini adalah sebenarnya The Lighthouse of Alexandria atau Pharos yang pernah berdiri megah di Pelabuhan Alexandria pada kurun ke-3 Sebelum Masehi dulu. Rumah api ini yang rendah sedikit dari Piramid adalah antara struktur terbesar di dunia yang pernah dibina oleh manusia. Walau bagaimanapun, kita tak dapat melihatnya lagi kini kerana ia telah musnah dalam dua kejadian gempa bumi yang melanda Alexandria.

Pharos ~ Rumah Api raksasa yang pernah berdiri di Pelabuhan Alexandria pada kurun ke-3 SM dulu
Selain dari pengangkutan awam yang biasa, tram juga banyak terdapat di Alexandria. Walaupun rupanya sedikit ketinggalan berbanding tram-tram di bandaraya lain di dunia, ia memberikan satu pemandangan unik kepada bandaraya ini.

Landasan Tram
Tram di Alexandria


 Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018