Saturday, 24 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 21 (Giza Pyramids)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 21: Giza
GIZA (The Great Pyramids & The Great Sphinx)


HARI KELAPAN (1)

Part 60: Melawat ke Piramid

Tak sah melawat ke Egypt kalau tak berkunjung ke Piramid. Maka program kami pada pagi Hari Kelapan ini adalah berkunjung ke Piramid dan Sphinx yang terletak tidak begitu jauh dari hotel kami sebenarnya.

Sebelum bergerak ke sana, kita perlulah bersarapan untuk mengumpul tenaga. Tapi masa nak keluar dari bilik pagi ini, terperasan pulak notis yang kelakar dan menarik pada peti keselamatan yang disediakan di bilik hotel kami...

Notis ini kata kita yang kena diprogram semula kalau pintu peti keselamatan ini dibiar terbuka lebih dari 5 minit... Hahaha!!
Berjalan ke kafe hotel untuk bersarapan.
Bunga Raya
Pemandangan di dalam Pyramids Cafe, Amarante Pyramids Hotel
Pemandangan ke luar tingkap dari dalam kafe.
Breakfast
Kompleks Piramid dibuka untuk lawatan bermula pukul 8.30 pagi. Disebabkan kompleks ini hanya terletak 5 km dari hotel kami, jadi kita pun bertolak ke sana pada pukul 8.15 pagi. Macam biasa, bas menunggu di tepi jalan besar.

Bas parking di tepi jalan besar di Giza
Pemandu bas kami Ashraf yang kelihatan macam kembar pelakon Hindustan Jackie Shroff.
Ada satu benda nak dicerita di sini mengenai farmasi-farmasi di Egypt. Sewaktu di Egypt, kami telah diminta untuk memerhati simbol yang digunakan oleh farmasi-farmasi ini. Semuanya menggunakan simbol cawan yang dibelit oleh ular. Kata Ustaz Faiz, simbol ini asalnya digunakan oleh tukang-tukang ubat yang kebanyakan mereka adalah ahli-ahli sihir pada zaman Firaun.

Simbol farmasi di Egypt ini telah digunakan sejak dari zaman Firaun lagi.
Perhentian Tramco di Giza. Van Tramco di Giza semua berwarna putih.
Menunggu pintu bank dibuka.
Arah ke Piramid
Itu dia Piramid di sana.

Part 61: The Great Pyramids

The Great Pyramids of Giza adalah salah sebuah Seven Wonders of the Ancient World. Sebelum Menara Eiffel dibina di Paris pada tahun 1887, ia adalah bangunan binaan manusia yang tertinggi di dunia. Memandangkan Piramid dibina sebelum zaman Masehi lagi, ia bermakna rekod bangunan tertinggi di dunia ini dipegang oleh Piramid berabad-abad lamanya.

Pemandangan pertama sewaktu masuk ke Kompleks Piramid
Puncak piramid ini rata kerana dikatakan terjatuh dalam satu kejadian gempa bumi.
Kesesakan sewaktu nak masuk ke Kompleks Piramid
Piramid
Pejabat jualan tiket untuk masuk ke Kompleks Piramid
Tiket masuk ke Piramid
Ini adalah kali kedua bagi Myself melawat ke Piramid. Bila dikumpul penerangan yang telah diberi sewaktu melawat ke Piramid ini pada kali pertama dulu dan penerangan yang diberi pada lawatan kedua kali ini, banyak jugalah ilmu yang kita dapat mengenai Piramid.

Berjalan menuju ke Piramid
Piramid Khufu
Membaca Papan Keterangan mengenai Kompleks Piramid
Peta Kompleks Piramid
Ada lebih 100 buah piramid yang terdapat di seluruh Egypt, tapi tiga buah yang paling besar terdapat di Giza: Menkaure, Khafre dan Khufu. Di antara ketiga-tiga ini pula, piramid yang terbesar adalah Khufu. Orang Putih memanggil Piramid Khufu sebagai Cheops (disebut: Keops), nama yang diberi oleh Orang Greek kepada piramid ini. Piramid Khufu juga adalah piramid yang menjadi tumpuan kepada semua pelancong yang datang ke sini.

Tersenyum gembira dapat bergambar dengan Piramid
Penunggang kuda dan pemandangan bandaraya Giza
Satu lagi pose bersama Piramid
Piramid adalah tempat persemadian Firaun yang telah meninggal dunia. Namun pembinaan Piramid tidak dimulakan sewaktu seseorang Firaun itu telah mati. Ia sebaliknya dibina sewaktu Firaun tersebut masih hidup dan memerintah. (Ingat juga Firaun ini akan kematian rupanya, walaupun dia mengaku menjadi Tuhan!) Piramid ini bukan saja dibina oleh hamba-hamba abdi, malah buruh-buruh yang dibayar gaji juga terlibat dalam pembinaan Piramid.

Peace !!
Bangunan-bangunan rendah berdekatan Piramid ini dipanggil Mastaba.
Mastaba adalah tempat pengebumian kerabat diraja dan pembesar-pembesar Firaun.
Firaun dan pembesar-pembesar yang meninggal dunia pada zaman dulu diawet untuk dijadikan mumia sebelum disemadikan. Ada mumia yang diawet dengan tangannya bersilang pada dada dan ada pula yang diawet dengan tangannya diletakkan tegak di sisi. Kalau mumia yang ditemui bersilang tangan pada dada, memang dia seorang Firaun kerana hanya Raja yang mendapat penghormatan begitu. Mumia para pembesar dan kerabat diraja selalunya disemadikan dengan keadaan tangan diluruskan di sisi.

Kereta kuda di depan Piramid
Berjalan menghala ke PIramid Khufu
Pengunjung-pengunjung ke Piramid Khufu
Bergambar di sisi piramid untuk menunjukkan betapa besarnya blok batu binaan yang digunakan.
Pengunjung tidak dibenarkan memanjat piramid sesuka hati atas sebab keselamatan. Jadi untuk membolehkan pengunjung merasai pengalaman mendaki piramid ini, ada sebuah laluan pendakian sehingga ketinggian beberapa tingkat disediakan. Gayat juga naik ke atas piramid ini sebab tangga yang disediakan tak ada tempat pemegang. Untuk mengelakkan kesesakan, laluan turun dan naik disediakan mengikut arah sehala.

Menunggu giliran nak memanjat Piramid
Jom kita naik ke atas
Gayat juga sebenarnya sewaktu naik ke Piramid ini. Tapi kenalah buat-buat berani...
Tangganya curam dan tak ada tempat pemegang
Pelancong perempuan berseluar pendek dari Amerika di sebelah kiri ini dah gayat dan tak sanggup nak meneruskan pendakian.
Pemandangan dari atas
Boleh terkehel leher nak melihat puncak Piramid dari sini disebabkan ketinggiannya.
Pintu masuk ke dalam piramid
Selfie dekat pintu masuk ke piramid
Kalau berhajat nak masuk melihat rupa di dalam piramid, ada tiket berasingan yang perlu dibeli. Harganya LE 140 (RM 35). Namun had bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk ke dalam piramid ini cuma 100 orang sahaja pada setiap hari. Pastikan juga yang anda bukan seorang yang claustrophobic dan boleh menahan udara nipis di dalam sana.

Pemandangan lebih dekat pintu masuk ke Piramid. Tiket berasingan perlu dibeli jika nak masuk ke dalamnya dan hanya 100 orang sahaja pengunjung yang dibenarkan masuk setiap hari.
Pemandangan di "puncak" pendakian Piramid
Tangga yang sempit dan curam
Tangga turun ke bawah
Pemandangan sewaktu turun ke bawah
Kita berehat sekejap...
Pengunjung-pengunjung ke Piramid yang datang dari seluruh dunia.
Satu lagi pemandangan sewaktu mendaki Piramid
Simen yang melekatkan batu-batu piramid yang masih kukuh sehingga sekarang.
Dah selamat turun ke bawah.
Pemandangan di kaki piramid
Dah puas melihat piramid dari depan, kami dibawa pula melawat piramid dari satu bucunya. Pemandangan di sini memang hebat. Barulah nampak betapa tingginya binaan piramid ini. Bagaimanalah orang di zaman Firaun boleh mengangkut bongkah-bongkah batu besar ini sampai ke atas sana? Piramid ini memang tak ada elemen struktur seperti tiang dan rasuk seperti yang ada pada bangunan zaman sekarang. Hanya bongkah-bongkah batu besar yang disusun sedemikian rupa sehingga boleh menjadi bangunan tertinggi di dunia selama beberapa abad. Kren pun tak ada pada zaman itu. Jadi, bagaimana mereka melakukannya?

Bongkah-bongkah batu di depan Piramid
Peraturan melawat ke Piramid
Satu ketika dulu seluruh permukaan Piramid ditampal dengan plaster seperti yang hanya dapat dilihat di kemuncak piramid sekarang.
Lubang besar di atas itu adalah laluan masuk yang asal ke dalam piramid sebelum pintu yang lebih rendah dibuka kepada pengunjung. Pintu atas ini tidak lagi digunakan sekarang.
Pemandangan lebih dekat pintu masuk asal ke dalam piramid yang tidak lagi digunakan.
Berjalan ke bucu piramid
Jenuh juga nak berjalan ke bucu sebab binaan Piramid ini memang besar.
Tak nampak kemuncak piramid dari arah sini
Pemandangan Piramid dari bucu ini memang hebat!
Kenangan dengan Piramid
Gaya seorang photographer.
Berehat di celah batu
Posing di celah batu
Kereta kuda
Sebuah lagi kereta kuda
Ermmm.....
Cakkk !!!

Part 62: Panorama

Dari Piramid Khufu, kami dibawa pula menaiki bas ke kawasan Panorama untuk menikmati pemandangan piramid dari sana.

Husband berjalan nak naik ke bas.
Padang golf dan bandaraya Giza dari kawasan piramid
Hijau
Kawasan yang dinamakan Panorama ini menjadi tumpuan pengunjung kerana pemandangan ketiga-tiga piramid Khufu, Khafre dan Menkaure dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Panorama
Penjual-penjual cenderamata di Panorama
Pemandangan ketiga-tiga piramid Khufu (kiri), Khafre (tengah) dan Menkaure (kanan) dapat dilihat dengan jelas dari sini.
Angin bertiup sangat kuat di sini.
Pose klasik dengan Piramid. Spoil pulak bila topi terpele'ot ditiup angin kencang. Hehehehh!
Posing bersama Khufu, Khafre dan Menkaure
Pengembara di padang pasir
Melihat pemandangan piramid dari Panorama
Sambil kita melihat pemandangan piramid dari Panorama ini, kita renungkan ayat di dalam Al Quran yang menceritakan bagaimana Firaun membina Piramid dari tanah liat. Kisah ini diceritakan di dalam Surah Al Qasas (28): Ayat 38-39: 

[38] Dia Firaun berkata, “Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarkanlah tanah liat untukku wahai Haman (untuk membuat batu bata), kemudian buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhannya Musa, dan aku yakin bahawa dia termasuk pendusta”.

[39] Dan dia (Firaun) dan bala tenteranya berlaku sombong, di bumi tanpa alasan yang benar, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

Piramid yang dibina oleh Firaun dari tanah liat.
Firaun mengaku dirinya tuhan dan bersikap angkuh dan bongkak. Kerana itulah Nabi Musa AS telah berdoa untuk memusnahkan kekayaan Firaun di dalam Surah Yunus (10): Ayat 88-89: 

[88] Dan Musa berkata, "Ya Tuhan kami, Engkau telah memberikan Firaun dan para pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami, (akibatnya) mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Mu. Ya Tuhan, binasakanlah harta mereka, dan kuncilah hati mereka, sehingga mereka tidak beriman sampai mereka melihat azab yang pedih." 

[89] Dia (Allah) berfirman, "Sungguh, telah diperkenankan doa kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan jangan sekali-sekali kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui."

Barisan unta di padang pasir
Unta dan Tuan Unta
Unta-unta untuk disewa kalau nak bersiar-siar di sekitar piramid
Sedang makan rumput
Brasil in Egypt !
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba di Panorama
Mengambil gambar piramid dari Panorama
Kafilah kereta kuda dari kejauhan.
Unta-unta di Panorama boleh disewa untuk tunggangan kalau nak bersiar-siar di sekitar piramid. Kalau tak salah, bayaran yang dikenakan ialah LE 140 (RM 35) sejam. Ramai anggota kumpulan kami yang teringin nak naik unta, tapi kami tak punya masa yang panjang untuk bersiar-siar dengan unta kerana ada banyak lagi program yang telah diatur. Dengan bantuan Thoha dan Ustaz Toyyib, dapat jugalah mereka negotiate bergambar dan naik unta sekitar 20 minit dengan bayaran LE 70 (RM 18).

Naik unta di Panorama
Kami tak join ahli-ahli kumpulan naik unta. Husband gayat nak naik unta dan bagi Myself pulak, kita dah cuba waktu datang ke sini pada tahun 2010 dulu. Memang gayat wohh naik unta, sebab unta lebih tinggi dari kuda. Saat yang tak dilupakan waktu naik unta ialah bila unta nak berdiri sedang kita duduk di belakangnya. Bila unta nak berdiri, punggungnya yang naik dulu. Tak sanggup rasanya nak melalui pengalaman tertumus dan tertonggeng itu sekali lagi sewaktu unta nak berdiri dan duduk semula waktu kita nak turun!

Penunggang memang akan rasa macam tertumus dan tertonggeng bila unta nak berdiri.
Terbayang sekali lagi betapa gayat rasanya bila tengok unta ini nak berdiri.
Unta bergerak ke padang pasir.
Disebabkan kami kurang adventurous, kita naik kereta kuda sajalah sewaktu orang lain naik unta. Bayaran yang dikenakan juga sama LE 70 untuk selama 20 minit.

Kereta kuda untuk disewa
Kudaku lari gagah berani...
Ayuh, kita ke sana!
Posing atas kereta kuda
Ahli-ahli kumpulan berposing atas unta.
Pose gembira atas kereta kuda.
Ahli-ahli kumpulan
Sewaktu melihat ahli-ahli kumpulan ini naik unta, teringat pengalaman Myself sendiri naik unta ini bersama kawan-kawan dulu. Seperti mereka, kami juga bergerak dalam sebaris naik unta. Kebetulan Myself duduk di unta paling last. Tuan unta minta tip dari kami, dan Myself tak dibenarkan turun dari unta sampailah ada kawan yang bermurah hati bagi tip kat tuan unta. Cemas betul perasaan ketika itu. Syukurlah ahli group kami kali ini tak melalui pengalaman itu.

Pemandangan ke arah Piramid dari kereta kuda.
Kudaku berlari pulang...
Konvoi kereta kuda menuju ke Panorama dari arah Piramid Khufu
Pemandangan dekat konvoi kereta kuda.

Part 63: Great Sphinx

Dari Panorama, kami dibawa pula menaiki bas menuju ke Great Sphinx.

Menuju ke Great Sphinx
Jalan menuju ke Great Sphinx
Debu di padang pasir
Dah nampak kepala Sphinx di sana
Sphinx adalah penjaga piramid. Jadi kalau kita datang dari arah Piramid, memang kita akan datang dari arah belakang Sphinx. Pak Guard yang awesome mestilah duduk kat belah depan, kan?!

Sphinx dari arah belakang
Pemandangan Sphinx dari belakang. Bagi sesiapa yang curious, Sphinx memang tak ada ekor. Hahaha!
Scary juga rupa Sphinx ini dari angle sini.
Dari sini barulah Sphinx nampak handsome sikit.
Dalam Bahasa Arab, Sphinx dipanggil Abu Al Hol (yang bermaksud Father of Terror). Sehingga ke saat ini, ahli-ahli sejarah masih belum mendapat kepastian apa tujuan sebenar Sphinx ini didirikan. Menurut ceritanya sambil dia menjaga Piramid, Sphinx gemar memberi teka-teki kepada pengembara di padang pasir. Mana-mana pengembara yang tak dapat meneka dengan betul akan dicekik mati oleh Sphinx.

Teringat kat teki-teki yang dimain oleh ahli kumpulan kami dalam bas sewaktu dalam perjalanan balik dari Alexandria semalam. Kalau Sphinx yang bagi teka-teki itu, memang kami semua dah kena cekik dengan Sphinx!

The Great Sphinx
Pintu masuk ke Sphinx dari tempat parking bas.
Gerai-gerai cenderamata
Kerusi-kerusi ini adalah tempat duduk penonton bagi Sound & Light Show yang diadakan di sini pada setiap malam.
Pemandangan Sphinx dari tempat Sound & Light Show
Sphinx diabadikan pada wang kertas 100 Egyptian Pound.
Sejarah Sphinx penuh misteri. Di sebalik tak siapa tahu tujuan pembinaannya, Firaun yang bertanggungjawab untuk membinanya juga tidak diketahui. Satu ketika dulu, seluruh binaan Sphinx pernah tertimbus di dalam tanah. Bila ditemui semula, pakar-pakar arkeologi turut menemui peralatan-peralatan pembinaan di sekitarnya yang menunjukkan pembinaan Sphinx belum selesai sewaktu ia ditinggalkan.

Berjalan menuju ke arah Sphinx
Pemandangan di kaki Sphinx
Satu ketika dulu, Sphinx mempunyai janggut dan hidung yang mancung. Hidung Sphinx dikatakan dipotong oleh Tentera Perancis manakala janggut Sphinx pula dipotong oleh Tentera British sewaktu mereka menjajah Egypt. Tak siapa tahu di mana hidung Sphinx yang mancung itu berada sekarang. Tapi janggut Sphinx boleh dilihat di British Museum di London.

Hidung Sphinx cacat dipotong oleh Tentera Perancis dan janggut Sphinx pula dipotong oleh Tentera British.
Janggut Sphinx disimpan di British Museum
Di bawah Sphinx ada sebuah kuil Mesir Purba yang digunakan untuk mengawet mayat Firaun yang hendak disemadikan di dalam Piramid. Kami tak masuk melawat ke dalamnya kali ini, tapi Myself akan tunjukkan gambar-gambar yang Myself ambil sewaktu masuk ke kuil ini dalam tahun 2010 dulu.

Kuil untuk mengawet mayat Firaun di kaki Sphinx
Cakk!! Bayangkan kalau Sphinx betul-betul buat Cakk!! kat kita di sini...
Dinding kuil Mesir Purba di kaki Sphinx
Pintu masuk ke kuil purba
Pemandangan di dalam kuil (2010)
Suasana di dalam kuil (2010)
Terowong yang menyambungkan kuil ke piramid. Terowong ini tidak dibuka kepada orang awam atas sebab-sebab keselamatan. (2010)
Satu lagi suasana di dalam kuil purba (2010).
Myself dan Husband banyak menghabiskan masa melihat Sphinx dari bahagian depan. Di sinilah kami bertemu dengan Nefertiti yang sedang membuat photo shoot.

Pemandangan Sphinx dari depan
Nefertiti
Tak tahulah siapa Nefertiti yang kami jumpa di depan Sphinx ini. Tapi dari gayanya nampak macam dia seorang artis atau model terkenal di Mesir. Tengah buat photo shoot untuk promosi filem atau album lagu agaknya.

Nefertiti berbincang dengan photo crew untuk mendapatkan shot yang menarik.
Nefertiti tengah bersiap nak membuat photo shoot.
Tiba masa yang ditetapkan, kami melangkah kembali mendapatkan bas. Seronok dan puas dapat melihat Piramid dan Sphinx dengan mata sendiri.

Bye-bye, Piramid.
Berjalan balik mendapatkan bas.
Unta dan Piramid

 Bersambung ke Bahagian 22...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018