Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 24: Fayoum (2)
FAYOUM (Wadi Al Rayan)
HARI KESEMBILAN (2)
Part 74: Wadi Al Hitan
Daerah Fayoum juga terkenal dengan beberapa buah Taman Negara yang terdapat di sini. Tapi jika disebut Taman Negara, janganlah bayangkan hutan belantara seperti di Malaysia. Taman Negara di sini adalah kawasan padang pasir.
|
Arah menuju ke dua buah Taman Negara di daerah Fayoum: Wadi Al Rayan dan Wadi Al Hitan |
|
Taman Negara Wadi Al Rayan |
|
Pintu masuk ke Taman Negara. Tiket perlu dibeli di sini. |
|
Pintu masuk ke Wadi Al Hitan |
Wadi Al Hitan yang bermaksud Valley of Whale ini terkenal dengan fosil ikan paus yang terdapat di situ. Betul ke ada ikan paus kat tengah-tengah padang pasir Sahara ini? Memang betul, ada tulang ikan paus di sana. Kehadiran fosil tulang ikan paus ini dan fosil-fosil hidupan laut yang lain juga di situ menjadi bukti bahawa Gurun Sahara adalah sebuah lautan pada suatu masa dahulu sebelum ia mengering dan akhirnya menjadi padang pasir.
Kami sebenarnya tak melawat pun fosil tulang ikan paus di Wadi Al Hitan ini. Jadi, Myself tunjukkan gambar tulang ikan paus yang diambil dari internet ini...
|
Fosil tulang ikan paus di Wadi Al Hitan |
Part 75: Wadi Al Rayan
Destinasi lawatan kami adalah sebaliknya Wadi Al Rayan. Wadi Al Rayan terkenal kerana di sinilah letaknya satu-satunya air terjun yang terdapat di negara Egypt. Hebatkah air terjun ini? Mari kita lihat...
|
Pintu masuk ke Wadi Al Rayan |
|
Perjalanan menuju ke Air Terjun |
UPPER LAKE
Air Terjun Wadi Al Rayan sebenarnya terletak di dalam sebuah saliran air yang menyambungkan dua buah tasik yang dinamakan Upper Lake dan Lower Lake. Upper Lake berada pada kedudukan yang lebih tinggi dan Lower Lake terletak di kedudukan yang lebih rendah. Kerana itulah wujudnya Air Terjun di antara kedua tasik ini yang dikenali di kalangan Orang Arab sebagai Syalalat.
|
Upper Lake |
|
Satu lagi pemandangan di Upper Lake |
|
Pulau kecil dengan batu-batu besar di tengah Upper Lake |
Kalau dibuat perbandingan, Upper Lake agak sepi dan jarang dikunjungi pelawat. Mungkin disebabkan kedudukannya yang lebih jauh dari Air Terjun berbanding Lower Lake.
SYALALAT
Star Attraction di Wadi Al Rayan adalah air terjunnya yang dinamakan Syalalat. Oleh kerana ia adalah sebuah tarikan utama pelancongan di Fayoum, ada pelbagai kemudahan disediakan di sini.
|
Tiba di Air Terjun Wadi Al Rayan |
|
Pelbagai kemudahan ada di sini. |
|
Tempat parking bas. Lelaki yang memakai kot di sebelah kiri adalah polis escort yang naik bas bersama kami. Polis escort sentiasa memakai kot untuk memudahkan mereka menyembunyikan senjata api yang dibawa. |
Dari tempat parking bas, tak kelihatan air terjunnya. Yang jelas kelihatan sebaliknya adalah Lower Lake.
|
Demo kekuatan angin yang bertiup di Wadi Al Rayan |
|
Kafe di Wadi Al Rayan. Kereta polis yang parking di sana adalah kereta polis yang mengiringi kami sejak dari Plaza Tol di Fayoum. |
|
Pemandangan di dalam kafe |
|
Satu lagi pemandangan di dalam kafe |
|
Pemandangan Lower Lake dari Kafe |
|
Lower Lake menjadi tempat persinggahan bagi burung-burung migratory yang hendak berhijrah ke selatan ketika ini. |
Selepas semua dah selesai menggunakan tandas di kafe di sini barulah kami bergerak menuju ke Air Terjun.
|
Berjalan menuju ke Air Terjun |
|
Visitor Center dan Kedai Cenderamata |
|
Papan keterangan di Wadi Al Rayan |
|
Peta keseluruhan Wadi Al Rayan |
|
Menjenguk Air Terjun di bawah sana |
Air Terjun di Wadi Al Rayan (Syalalat) bukanlah air terjun semula jadi. Ia terbina sewaktu Kerajaan Mesir membina sebuah saliran air untuk menghubungkan Upper Lake dan Lower Lake pada tahun 1974.
Kawasan pertanian Fayoum banyak yang terletak lebih dekat dengan Lower Lake, tetapi air tasik ini selalu kering. Upper Lake pula terletak di kawasan yang lebih jauh, tetapi airnya sentiasa banyak dan melimpah kerana terdapat mata air di situ. Oleh yang demikian, satu saliran dibina untuk memindahkan air dari Upper Lake ke Lower Lake. Disebabkan perbezaan aras, maka wujudlah Air Terjun ini secara tak sengaja bila saliran ini disiapkan.
|
Air Terjun di Wadi Al Rayan |
Ketinggian keseluruhan Air Terjun ini ialah 10 meter. Taklah tinggi sangat kalau dibanding dengan air terjun-air terjun yang terdapat di Malaysia. Namun bagi sebuah negara seperti Egypt yang memang tak mempunyai air terjun lain, pemandangan ini tetap impressive.
|
Air Terjun di Wadi Al Rayan ini adalah satu-satunya air terjun yang terdapat di negara Mesir. |
|
Pemandangan aliran air di bahagian bawah |
|
Pengunjung-pengunjung bermain air di puncak air terjun |
|
Bergambar kenangan dengan Syalalat. |
|
Air Terjun ini sebenarnya bertingkat-tingkat |
|
Pemandangan Air Terjun yang bertingkat-tingkat |
|
Pemandangan Air Terjun di sebelah atas |
|
Nampak tak Air Terjun di sebalik pokok yang rimbun ini? |
|
Pemandangan di sebelah bawah Air Terjun |
|
Pemandangan menghala ke Lower Lake dari Air Terjun |
LOWER LAKE
Dah puas melihat Air Terjun, kita melawat pula ke Lower Lake yang berhampiran.
|
Pemandangan Lower Lake dari kawasan Air Terjun |
|
Visitor Center di Al Rayan |
|
Kawasan untuk beristirahat |
Sewaktu di Lower Lake juga, kami dapat melihat sekeluarga keldai yang sedang bersiar-siar. Sewaktu melihat mereka, Myself teringat tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Faiz kepada kami di dalam bas tentang keldai. Oleh kerana tema perjalanan kami adalah Jejak Rasul, perjalanan kami sentiasa dipenuhi dengan tazkirah. Terasa perjalanan sangat bermakna bila melawat ke tempat-tempat sejarah Nabi sambil mendengar tazkirah yang disampaikan.
|
Keldai bersiar di Wadi Al Rayan |
Al-Himar ataupun keldai ialah haiwan peliharaan yang sering merujuk kepada simbol kebodohan di dalam kalangan masyarakat Arab seumpama lembu di dalam masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, apabila perumpamaan itu dikaitkan dengan keldai, maka ia membawa makna yang sangat buruk. Kiasan yang sering digunakan oleh Orang Arab bagi merujuk kepada keldai adalah “dua telinga yang panjang” sepertimana babi sering dikias sebagai "kerbau pendek" dalam masyarakat Melayu.
|
Keluarga Keldai |
Allah SWT menjadikan keldai sebagai contoh kepada
golongan yang tidak mahu menerima kebenaran Islam, sebaliknya
bergelumang dengan perkara maksiat, tidak menghiraukan segala perintah
dan ajaran Islam serta mengenepikan sunnah Rasulullah SAW semata-mata
kerana mengikut dorongan hawa nafsu. Di antaranya adalah sepertimana yang diceritakan di dalam Al Quran, Surat Jumu'ah (62): Ayat 5:
[5] Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
|
Mengintai keluarga keldai dari sebalik semak. |
Keldai juga mempunyai suara yang buruk. Ada sebuah Hadis Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika
kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan
kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu
mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah
SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan”. [Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan al-Tirmizi]
Di dalam Al Quran Surah Luqman (31): Ayat 19 pula ada menceritakan perihal Luqman yang menasihatkan anaknya supaya merendahkan suara bila bercakap:
[19] Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.
|
Lower Lake |
|
Bergambar di Lower Lake |
|
Melangkah bergaya di tepi Lower Lake |
|
Aliran air dari Air Terjun |
|
Menuju ke muara |
|
Melihat pemandangan di muara. Topi terpele'ot ditiup angin kencang |
|
Berjalan ke muara |
Antara aktiviti yang boleh dibuat di Lower Lake adalah menyewa sampan untuk bersiar-siar di tengah tasik. Tapi kami tak berbuat begitu dan memilih untuk sekadar berjalan-jalan di sekitar tasik.
|
Ahli-ahli kumpulan sedang negotiate nak naik sampan di Lower Lake |
|
Sampan berlabuh di tepi tasik |
Kami sebenarnya berkunjung ke Fayoum pada hari Jumaat yang merupakan hari weekend di Egypt. Maka dapatlah kami melihat ramai warga tempatan yang datang berkunjung untuk berlibur di sini pada hari itu.
|
Sekeluarga Arab sedang bergembira di Lower Lake |
|
Khemah yang didirikan oleh Keluarga Arab |
|
Menangkap gambar di tepi Lower Lake |
|
Ahli-ahli kumpulan tengah bersiap nak naik sampan |
|
Bersiar-siar di Lower Lake |
|
Sampan-sampan dan burung-burung |
|
Beriadah di Lower Lake |
|
Burung-burung yang singgah di Lower Lake dalam perjalanan menuju ke selatan. |
Bersambung ke Bahagian 25...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018