Wednesday, 28 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 25 (Istana Qarun)

Oktober 2012

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 25: Fayoum (3)
FAYOUM (Istana Qarun & Pulang Ke Cairo)

HARI KESEMBILAN (3)

Part 76: Singgah Di Padang Pasir

Destinasi yang seterusnya selepas melawat ke Wadi Al Rayan adalah melawat ke Istana Qarun. Sebelum ke sana, kita singgah dulu main-main pasir kat tengah gurun.

Padang pasir dalam perjalanan keluar dari Wadi Al Rayan
Beraksi macam tak mahu keluar dari bas.
Kami berdua pernah memanjat sand dune di padang pasir sewaktu melawat ke Dubai dulu. Tapi bagi ahli-ahli kumpulan yang pertama kali berbuat begitu, pengalaman ini sangat mengujakan.

Tetap turun dari bas walaupun pada mulanya Husband berlagak macam tak mahu turun...
Memanjat Sand Dune di padang pasir
Walau di gurun di mana juga, angin yang bertiup memang kuat kerana tiupannya tak terhalang dengan apa jua objek.
Kenangan di padang pasir
Posing kat tengah gurun dengan tiupan angin kuat.
Padang pasir saujana mata memandang
Bergambar di tengah padang pasir
Pemandangan Lower Lake yang telah kami kunjungi tadi dari tengah padang pasir
Beraksi model di padang pasir
Bas-bas pelancong yang baru tiba dengan diiringi kereta polis escort di belakang.

Part 77: Istana Qarun

Walaupun dinamakan Istana Qarun, bangunan istana ini tidak mempunyai perkaitan dengan Qarun dalam erti kata yang sebenar. Bangunan ini sebenarnya adalah sebuah kuil Mesir Purba yang terletak di tepi Tasik Qarun.

Istana Qarun
Pemandangan di depan Istana Qarun
Ukiran di atas pintu masuk ke Istana Qarun
Pemandangan di luar Istana Qarun
Bergambar di luar Istana Qarun
Jom kita masuk ke dalam...
Walaupun bangunan Istana Qarun ini nampak simple dari luar, tapi di dalamnya ada banyak bilik yang berlapis-lapis. Kami dibawa melawat terlebih dulu ke sebuah bilik yang dulunya menjadi tempat persemayaman Firaun bila dia berkunjung ke sini.

Pemandangan di dalam Istana Qarun. Perhatikan pintu yang dibina berlapis-lapis menuju ke tempat Firaun bersemayam.
Ukiran purba di dalam Istana Qarun
Suasana di sekeliling dalam Istana Qarun
Pemandangan lebih dekat ukiran purba di dalam Istana Qarun
Mendengar penerangan dari Ustaz Faiz
Pemandangan ke arah pintu masuk utama dari bilik tempat Firaun bersemayam.
Kehebatan arkitek Firaun yang mencipta bangunan ini memang tak boleh kita nafikan. Setiap tahun, ada satu hari di mana Firaun akan bersemayam di istana ini. Pada hari tersebut, cahaya matahari akan memancar terang ke seluruh bilik dengan satu jaluran cahaya akan tepat mengenai ke muka Firaun yang bersemayam. Berdasarkan kajian moden, fenomena ini yang dinamakan Wonder of the Sun berlaku pada 21 Disember setiap tahun. Rakyat Firaun yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini walau bagaimanapun menganggap peristiwa itu berlaku disebabkan kekuasaan Firaun sebagai tuhan.

Setiap tahun akan berlaku fenomena yang dinamakan Wonder of the Sun di mana jaluran cahaya matahari yang memancar akan tepat mengenai wajah Firaun yang sedang bersemayam sehingga beliau disembah oleh rakyatnya sebagai tuhan.
Selepas itu, kita naik pulak ke tingkat atas untuk melihat bilik yang dulu menjadi tempat simpanan harta Firaun. Bilik ini juga ada ceritanya tapi Myself dah lupa apa cerita tersebut. Begitulah bila faktor-faktor penuaan dan umur yang meningkat dah mula terserlah di sini... Tapi rasanya cerita yang disampaikan adalah mengenai sistem keselamatan purba yang direka untuk menjaga harta Firaun yang disimpan.

Tangga naik ke tingkat atas
Mendengar penerangan Ustaz Faiz mengenai bilik simpanan harta Firaun.
Tingkap di bilik simpanan harta Firaun
Satu lagi pemandangan lubang tingkap yang sama
Batu penyumbat lubang tingkap.
Kemudian kita naik lagi sampai ke bumbung bangunan. Pemandangan istimewa di atas sini adalah ukiran gambar seorang Dewa Mesir Purba yang bernama Sobek.

Tangga ke bumbung bangunan
Pintu keluar ke aras bumbung
Pemandangan di bumbung bangunan
Bumbung di bangunan Istana Qarun ini juga dibina berlapis-lapis.
Ingat tak yang Myself pernah bercerita mengenai Firaun yang tetap mengingati mati walaupun menganggap dirinya tuhan kerana Piramid dibina pada masa seseorang Firaun masih hidup dan memerintah? Firaun yang mengaku menjadi tuhan ini juga takutkan buaya kerana kuil ini dibina untuk beliau dan rakyatnya menyembah Dewa Buaya yang bernama Sobek.

Ukiran Dewa Sobek di bumbung Istana Qarun
Satu ketika dulu, kawasan di sekitar Fayoum penuh dengan buaya sehingga nama purba yang diberi bagi tempat ini adalah Crocodilopolis. Kerana itulah Firaun dan rakyatnya menyembah Dewa Sobek, untuk mendapat perlindungan dari buaya yang mengganas.

Inilah rupa Dewa Sobek yang disembah Firaun dan rakyatnya.
Peninggalan ukiran Dewa Sobek dengan lebih dekat
Sekeping batu yang juga memiliki ukiran purba di atasnya.
Pintu masuk ke sebuah ruang di atas bumbung Istana Qarun
Pemandangan kawasan sekitar Fayoum dapat dilihat dengan jelas dari bumbung Istana Qarun. Selain bandar Fayoum, ada juga pemandangan bangunan yang jelas tenggelam di dalam tanah dari sini. Dari cerita penduduk tempatan, itu adalah sebahagian Istana Qarun yang sebenar yang ditenggelamkan oleh Allah SWT ke dalam tanah.

Bergambar di bumbung Istana Qarun
Pemandangan bandar Fayoum dan kesan bangunan yang terbenam ke dalam tanah.
Kata penduduk tempatan, runtuhan bangunan ini adalah sebahagian dari Istana Qarun yang sebenar yang ditenggelamkan ke dalam tanah oleh Allah SWT.
Satu lagi pemandangan ke arah bandar Fayoum
Fayoum
Bergerak meninggalkan Istana Qarun
Pemandangan sewaktu meninggalkan Istana Qarun
Papan kenyataan mengenai usahama projek arkeologi di antara Kerajaan Egypt dengan University of Siena dari Itali.

Part 78: Lunch Di Tasik Qarun

Agenda seterusnya ialah makan tengahari di tepi Tasik Qarun. Dalam perjalanan menuju ke restoran kami dapat melihat penduduk-penduduk Fayoum berjemaah menunaikan Solat Jumaat.

Tak tahu apa benda sebenarnya barang jualan ini
Kanak-kanak di Fayoum
Lembu
Kedai runcit
Penduduk berkumpul bersolat Jumaat sehingga ke luar masjid
Suasana sekitar agak sepi ketika itu kerana waktu Solat Jumaat
Sebuah lagi masjid yang sesak dengan penduduk yang datang untuk menunaikan Solat Jumaat.
Tasik Qarun
Lagi pemandangan Tasik Qarun. Bayangkan... sebesar tasik inilah harta Qarun yang ditenggelamkan kerana kesombongan Qarun enggan membayar zakat.
Sampan layar tradisional Mesir yang dinamakan Felucca.
Resort di tepi Tasik Qarun
Batas di kawasan pertanian
Tanah pertanian yang subur peninggalan usaha Nabi Yusuf AS di Fayoum
Saliran air Nabi Yusuf AS
Burung-burung Bangau di tepi Tasik Qarun
Kami makan tengahari di sebuah restoran yang terletak bertentangan dengan Tasik Qarun. Sewaktu kami tiba, tuan restoran baru saja pulang dari menunaikan Solat Jumaat. Jadi terpaksalah menunggu sebentar sehingga makanan disediakan.

Restoran tempat kami makan tengahari di Fayoum
Kata Ustaz Faiz, dia lupa nak membawa bendera Malaysia. Tuan Restoran dah pesan supaya beliau membawa bendera Malaysia untuk diletakkan di sini.
Ruang rehat di pintu masuk ke restoran
Bumbung yang dibuat dari pelepah pokok Kurma
Suasana di restoran
Ruang makan di restoran
Sambil menunggu makanan dihidangkan, kami mengambil kesempatan menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar. Tak ada bilik solat khas di restoran ini, hanya sehelai permaidani nipis yang dibentang di kawasan lapang kerana budaya Orang Arab, mereka boleh bersolat di mana saja. Jadi merasalah juga kami bersolat macam Orang Arab pada tengahari itu.

Bersolat di ruang terbuka di kawasan restoran.
Landskap yang menarik di kawasan restoran
Kuda
Burung Kuang
Makanan yang dihidangkan adalah Ikan. Ada pilihan Nasi ataupun Roti. Walaupun simple, makanan yang disediakan sangat sedap dan menyelerakan.

Hidangan makanan tengahari
Anggur dan Kurma Muda
Teh Arab yang sentiasa pekat
Lepas makan, kami diberi kesempatan untuk bersiar-siar di tepi Tasik Qarun sebelum pulang ke Cairo. Polis yang escort kami di atas bas itu pun tak dapat menahan nak join sekali sewaktu kami bergambar ramai kat tepi tasik ini.

Pemandangan Tasik Qarun di seberang jalan dari restoran tempat kami makan tengahari.
Anak-anak muda Mesir melepak di tepi Tasik Qarun
Bot berlayar di tengah tasik
Bot yang parking di tepi tasik.

Part 79: Pulang Ke Cairo

Perjalanan pulang ke Cairo menggunakan lebuhraya memakan masa 2 jam. Khidmat kereta polis yang mengiringi perjalanan kami berakhir di Plaza Tol Fayoum. Polis yang escort di dalam bas walau bagaimanapun terus mengiringi kami sehingga sampai ke hotel.

Gerai jualan di tepi jalan
Lembu dan Penggembala Lembu
Menunggu pengangkutan awam di tepi jalan
Kawasan pertanian
Jalan kampung di Fayoum
Traktor
Saliran air Nabi Yusuf AS
Kehijauan di bumi Fayoum
Perjalanan pulang ke Cairo
Jualan Ayam Belanda
Jerami
Kawasan perkuburan
Lebuhraya
Pengangkutan Awam
Plaza Tol di Giza
Arah ke Sphinx dan Giza Pyramids
Hotel Le Meridien di Giza
Pemandangan piramid dari kejauhan
Setibanya di Cairo, ada aktiviti Optional yang disediakan untuk kami ~ Dinner sambil naik Cruise dan menyaksikan persembahan kebudayaan Arab di Sungai Nil. Myself dan Husband walau bagaimanapun tidak menyertai aktiviti ini kerana ingin berehat saja di hotel selepas pulang dari Fayoum. Lagipun, kami dah pernah menyaksikan persembahan kebudayaan ini sewaktu di Dubai dulu.

Disebabkan kami tak menyertai aktiviti ini terpaksalah kami mencari makan malam sendiri pada hari itu. Oleh kerana kami macam tak sanggup nak menyabung nyawa menyeberang jalan besar di Giza, kami memilih untuk makan di restoran di hotel saja. Kita pilih Italian Dinner malam itu ~ Pizza dan Spaghetti.

Suasana di Pyramids Cafe di Amarante Pyramids Hotel
Menunggu sajian dihidangkan
Pizza dan Spaghetti untuk makan malam. Menyesal order dua meal berasingan sebab portionnya besar Ya Rabbi!


 Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018