EGYPT (2nd VISIT
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 10: Sinai (7)
SAINT CATHERINE (Hotel Morgenland, Lembu Samiri & Makam Nabi Harun)
HARI KEEMPAT (3)
Part 27: Hotel Morgenland
Selepas melawat ke Makam Nabi Salleh, kami dibawa untuk makan tengahari di Hotel Morgenland yang terletak berhampiran. Hotel ini juga adalah hotel penginapan kami untuk malam itu tetapi buat masa sekarang, kami hanya membuat persinggahan untuk makan tengahari.
Pemandangan di Saint Catherine |
Simpang masuk ke Hotel Morgenland |
Pemandangan Hotel Morgenland dari simpang masuk |
Perhiasan menarik di Hotel Morgenland |
Berjalan ke restoran di Hotel Morgenland |
Hidangan makan tengahari disediakan khas bagi kumpulan kami oleh Hotel Morgenland secara limited buffet. Makanan yang disediakan juga sedap dan kena dengan selera kita kerana kami diberitahu Chef di hotel ini pernah bekerja di Singapura.
Restoran di Hotel Morgenland |
Hotel Morgenland, Saint Catherine |
Pemandangan di dalam restoran |
Restoran di hotel ini dihiasi dengan lukisan Biara Saint Catherine (Saint Catherine Monastery) yang menjadi ikon bandar Saint Catherine |
Berehat di restoran sementara menunggu makanan disiapkan |
Makan tengahari yang disediakan secara buffet. |
Jemput makan |
Memandangkan kami belum check-in ke bilik, kami menumpang dulu bersolat Jamak Zohor dan Asar di surau pekerja hotel.
Berjalan ke surau pekerja di Morgenland Hotel |
Pemandangan di dalam surau |
Ahli kumpulan yang wanita bersolat di bucu sana surau |
Sementara menunggu ahli kumpulan berkumpul, Myself dan Husband mengambil kesempatan berkunjung ke Kedai Cenderamata di Morgenland Hotel.
Kedai cenderamata di Morgenland Hotel |
Landskap di depan Kedai Cenderamata |
Tempat lepak-lepak mengikut style Khemah Badwi |
Kedai ini juga dibina seperti rumah Orang Badwi |
Ruang hiburan di sebelah Kedai Cenderamata |
Tongkat mendaki gunung turut dijual di sini kerana Saint Catherine adalah pangkalan bagi pendakian ke Gunung Tursina. |
Husband di luar Kedai Cenderamata |
Walaupun Saint Catherine adalah bandar suci bagi penganut Islam, Kristian dan Yahudi, pengunjung ke Saint Catherine paling ramai beragama Kristian. Pengunjung ke sini yang beragama Islam selalunya hanya datang dari Malaysia dan Indonesia, manakala pengunjung Kristian pula datang dari seluruh dunia. Jadi tak hairanlah cenderamata yang dijual di Hotel Morgenland dan juga seluruh Saint Catherine banyak berunsur kepada Kristian.
Di hotel ini juga Ustaz Faiz menunjukkan kepada kami sebuah buku yang boleh dijadikan cenderamata menarik dari Saint Catherine. Di dalamnya ada cerita mengenai tempat-tempat bersejarah di sini, tapi harus berhati-hati sedikit dengan kandungan di dalamnya kerana ia lebih menjurus kepada fahaman Kristian.
Buku cenderamata ini dijual dalam berbagai bahasa, termasuk Bahasa Indonesia |
Kandungan buku ini walau bagaimanapun lebih menjurus kepada fahaman umat Kristian. |
Part 28: Lembu Samiri
Selepas makan tengahari, kami dibawa melawat ke tapak Lembu Samiri. Kisah Lembu Samiri ini bermula selepas Bani Israel diselamatkan Allah dari tentera Firaun.
Menuju ke tempat Lembu Samiri |
Perkampungan Badwi |
Dalam perjalanan mereka selepas menyeberang Laut Merah, Bani Israel melalui kawasan sebuah kaum yang menyembah berhala. Lalu mereka meminta kepada Nabi Musa untuk membuatkan sebuah berhala untuk mereka sembah. Kisah ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Al-A'raf (7), Ayat 138-140 yang bermaksud:
[138] Dan Kami selamatkan Bani Israel menyeberang laut itu (bahagian utara dari Laut Merah). Ketika mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, mereka (Bani Israel) berkata, "Wahai Musa! Buatlah untuk kami sebuah tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala). (Musa) menjawab, "Sungguh, kamu orang-orang yang bodoh."
[139] Sesungguhnya mereka akan dihancurkan (oleh kepercayaan) yang dianutnya dan akan sia-sia apa yang telah mereka kerjakan.
[140] Dia (Musa) berkata, "Layakkah aku mencari tuhan untukmu selain Allah, padahal Dia yang telah melebihkan kamu atas segala umat (pada masa itu)".
Arah ke bandar Saint Catherine |
Penggembala kambing wanita Badwi |
Nabi Musa AS telah memohon kepada Allah agar dikurniakan kitab suci untuk dijadikan pedoman dan risalah kepada kaumnya. Allah memerintahkan Nabi Musa untuk bermunajat selama 30 hari di Gunung Tursina. Selepas tamat 30 hari, Allah memerintahkan supaya Nabi Musa menambah 10 hari lagi untuk menjadi ujian kepada Bani Israel yang ditinggalkannya di kaki gunung di bawah pimpinan Nabi Harun AS.
Penunggang kuda |
Anak-anak Badwi |
Bani Israel yang menanti kepulangan Nabi Musa merasa kecewa bila dia tidak pulang selepas 30 hari yang dijanjikan. Ketika inilah seorang ahli sihir yang bernama Samiri di kalangan mereka mengambil kesempatan menyebarkan perbuatan syirik. Dia mendakwa Nabi Musa tersesat dalam mencari Tuhan dan tidak akan kembali. Kemudian Samiri mencipta patung anak lembu dari emas. Dia memasukkan segumpal tanah dari bekas tapak kaki kuda Malaikat Jibril ketika mengetuai Nabi Musa dan pengikutnya menyeberangi Laut Merah. Patung yang dicipta Samiri boleh bersuara.
Kemudian Samiri menyeru orang ramai: "Wahai kawan-kawanku! Musa sudah tidak ada lagi dan tak ada gunanya kita menyembah tuhan Musa itu! Sekarang mari kita sembah anak lembu emas ini. Ia boleh bersuara dan inilah tuhan kita yang patut disembah".
Ukiran pada gunung yang dikatakan patung Lembu Samiri |
Pemandangan patung Lembu Samiri dengan lebih dekat. |
Sekembali Nabi Musa, dia amat marah melihat perlakuan kaumnya menyembah patung anak lembu. Peristiwa ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Thaha (20), Ayat 85-91 yang bermaksud:
[85] Dia (Allah) berfirman, “Sungguh,
Kami telah menguji kaummu setelah engkau tinggalkan, dan mereka telah
disesatkan oleh Samiri.”
[86] Kemudian Musa kembali kepada
kaumnya dengan marah dan bersedih hati. Dia (Musa) berkata, “Wahai kaumku!
Bukankah Tuhanmu telah menjanjikan kepadamu suatu janji yang baik? Apakah
terlalu lama masa perjanjian itu bagimu atau kamu menghendaki agar kemurkaan
Tuhan menimpamu, mengapa kamu melanggar perjanjianmu dengan aku?”
[87] Mereka berkata, “Kami tidak
melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami wajib membawa
beban berat dari perhiasan kaum (Firaun) itu, kemudian kami melemparkannya (ke
dalam api), dan demikian pula Samiri melemparkannya.
[88] Kemudian (dari lubang api itu)
dia (Samiri) mengeluarkan (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara untuk
mereka, maka mereka berkata, “Inilah Tuhanmu dan Tuhannya Musa, tetapi dia
(Musa) telah lupa.”
[89] Maka tidakkah mereka memerhatikan
bahawa (patung anak lembu itu) tidak dapat memberi jawaban kepada mereka, dan
tidak kuasa menolak mudarat maupun mendatangkan manfaat kepada mereka?
[90] Dan sungguh, sebelumnya Harun
telah berkata kepada mereka, “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu hanya sekadar
diberi cubaan (dengan patung anak lembu) itu dan sungguh, Tuhanmu ialah (Allah)
Yang Maha Pengasih, maka ikutilah aku dan taatlah perintahku.”
[91] Mereka menjawab, “Kami tidak akan
meninggalkannya (dan) tetap menyembahnya (patung anak lembu) sampai Musa
kembali kepada kami.”
Kambing gembalaan berdekatan Lembu Samiri |
Menikmati suasana di sekitar kawasan Lembu Samiri |
Mengikut Al Quran, patung yang dibuat oleh Samiri telah dimusnahkan oleh Nabi Musa seperti yang diceritakan di dalam Al Quran Surah Thaha (20), Ayat 97-98:
[97] Dia (Musa) berkata, "Pergilah kau (Samiri)! Maka sesungguhnya di dalam kehidupan (di dunia) engkau (hanya) dapat mengatakan, 'Janganlah menyentuh (aku)'. Dan engkau pasti akan mendapat (hukuman) yang telah dijanjikan (di akhirat) yang tidak dapat engkau hindari, dan lihatlah tuhanmu itu yang engkau tetap menyembahnya. Kami pasti akan membakarnya, kemudian sungguh kami akan menghamburkannya (abunya) ke dalam laut (berserakan).
[98] Sungguh, Tuhanmu hanyalah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu".
Ukiran patung ini dikatakan acuan kepada patung yang dibuat oleh Samiri. Namun bak kata Ustaz Faiz, itu hanyalah cerita yang disampaikan turun-temurun secara lisan. Tak ada seorang pun umat Nabi Musa ketika itu yang hidup pada zaman ini untuk mengesahkan kebenarannya. Namun apa yang dapat kita lakukan ialah mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang telah berlaku di sini.
Kenangan bersama Lembu Samiri |
Kami dihampiri sekumpulan anak-anak Badwi yang meminta-minta wang dari kami. Di sinilah polis yang menjadi escort kami memainkan peranan menghalang kanak-kanak Badwi ini dari mengganggu kami.
"Satu... Dua... Tiga!" Jerit anak-anak Badwi ini beramai-ramai dalam Bahasa Melayu sewaktu Ustaz nak mengambil gambar kami beramai-ramai. |
Sebenarnya ada cara mudah nak menghalang anak-anak Badwi ini supaya tidak mengganggu. Kanak-kanak tetap kanak-kanak walau di mana jua. Bila diberi coklat dan biskut, mereka terus gembira dan tak lagi meminta-minta wang. Mungkin ini cuma makanan biasa bagi kanak-kanak lain, tapi bagi anak-anak Badwi ini yang hidup serba kemiskinan, coklat dan biskut adalah barangan mewah yang sukar didapati.
Anak-anak Badwi yang seronok mendapat coklat dan gula-gula dari kami. |
Di sebelah Lembu Samiri ini pula ada sebuah tempat yang dinamakan Megalo Manna Garden. Tak ada apa-apa keterangan pun mengenai tempat ini di mana-mana. Tapi berdasarkan namanya, Myself mengagak mungkin di sinilah turunnya Mann dan Salwa kepada Bani Israel pada ketika itu.
Peristiwa ini diceritakan di dalam Al Quran, Surah Thaha (20): Ayat 80-82:
[80] Wahai Bani Israel! Sungguh, kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu (untuk bermunajat) di sebelah kanan gunung itu (Gunung Sinai) dan kami telah menurunkan kepada kamu mann dan salwa.
[81] Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Barang siapa ditimpa kemurkaan-Ku, maka sungguh binasalah dia.
[82] Dan sungguh, Aku Maha Pengampun bagi yang bertaubat, beriman dan berbuat kebajikan, kemudian tetap dalam petunjuk.
Megalo Manna Garden |
Mungkin di sinilah berlakunya peristiwa di mana Mann dan Salwa diturunkan kepada Bani Israel. |
Part 29: Makam Nabi Harun
Makam Nabi Harun terletak di seberang jalan dari Lembu Samiri. Mengikut perancangan asal, kami akan berjalan kaki ke sana selepas melawat Lembu Samiri. Namun kita merancang, Allah jua yang menentukan.
Sedang kami berada di kawasan Lembu Samiri, kami didatangi seorang Ketua Polis di situ. Dia memberitahu, semenjak kejadian seorang pegawai keselamatan ditembak mati di kawasan St Catherine pada bulan April 2017 dulu, pelancong tak lagi dibenarkan berkunjung ke kawasan Lembu Samiri kerana kawasan ini tidak dianggap selamat. Oleh yang demikian, kami diminta beredar dari situ.
Akur dengan arahan polis, kami pun beredar meninggalkan kawasan itu. Syukurlah kami dah puas juga melawat Lembu Samiri. Walau bagaimanapun, kami hanya dapat melihat Makam Nabi Harun dari luar sahaja.
Makam Nabi Harun |
Nabi Harun AS adalah saudara kepada Nabi Musa AS. Bila diangkat menjadi Rasul untuk berdakwah kepada Firaun, Nabi Musa AS telah memohon supaya Nabi Harun AS dibenarkan menjadi pembantunya kerana beliau lebih jelas dan fasih berbicara berbanding dirinya.
Menurut sebuah kisah, keadaan Nabi Musa AS seperti itu adalah disebabkan di waktu kecilnya beliau telah menarik janggut Firaun sampai dia murka. Firaun curiga mungkin dialah bayi yang setelah dewasa kelak akan menghancurkan kekuasaannya. Oleh yang demikian, dia ingin membunuh Nabi Musa AS.
Atas saranan isteri Firaun, Nabi Musa AS yang masih kecil itu diuji dengan roti dan bara api. Jika dia memilih roti bererti dia bayi yang cerdas, yang akan menghancurkan kerajaan Firaun, tetapi bila dia memilih bara api bererti dia seorang bayi biasa yang tidak mengerti apa-apa. Atas izin Allah, Nabi Musa kecil memilih bara api dan memakannya hingga lidahnya melepuh terbakar, yang mengakibatkan dia tidak dapat berbicara dengan jelas sehingga dewasa.
Kisah Nabi Musa AS memohon Nabi Harun AS menjadi pembantunya ini diceritakan di dalam Al Quran, Surah Thaha (20): Ayat 24-36:
[24] “Pergilah kepada Firaun; dia benar-benar telah melampaui batas.”
[25] Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku.
[26] Dan mudahkanlah untukku urusanku.
[27] Dan lepaskanlah kekeluanku dari lidahku.
[28] Agar mereka mengerti perkataanku.
[29] Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku.
[30] (Iaitu) Harun, saudaraku.
[31] Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia.
[32] Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku.
[33] Agar kami banyak bertasbih kepada-Mu.
[34] Dan banyak mengingat-Mu.
[35] Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami”.
[36] Dia (Allah) berfirman, "Sungguh, telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa!"
Menurut sebuah kisah, keadaan Nabi Musa AS seperti itu adalah disebabkan di waktu kecilnya beliau telah menarik janggut Firaun sampai dia murka. Firaun curiga mungkin dialah bayi yang setelah dewasa kelak akan menghancurkan kekuasaannya. Oleh yang demikian, dia ingin membunuh Nabi Musa AS.
Atas saranan isteri Firaun, Nabi Musa AS yang masih kecil itu diuji dengan roti dan bara api. Jika dia memilih roti bererti dia bayi yang cerdas, yang akan menghancurkan kerajaan Firaun, tetapi bila dia memilih bara api bererti dia seorang bayi biasa yang tidak mengerti apa-apa. Atas izin Allah, Nabi Musa kecil memilih bara api dan memakannya hingga lidahnya melepuh terbakar, yang mengakibatkan dia tidak dapat berbicara dengan jelas sehingga dewasa.
Kisah Nabi Musa AS memohon Nabi Harun AS menjadi pembantunya ini diceritakan di dalam Al Quran, Surah Thaha (20): Ayat 24-36:
[24] “Pergilah kepada Firaun; dia benar-benar telah melampaui batas.”
[25] Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku.
[26] Dan mudahkanlah untukku urusanku.
[27] Dan lepaskanlah kekeluanku dari lidahku.
[28] Agar mereka mengerti perkataanku.
[29] Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku.
[30] (Iaitu) Harun, saudaraku.
[31] Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia.
[32] Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku.
[33] Agar kami banyak bertasbih kepada-Mu.
[34] Dan banyak mengingat-Mu.
[35] Sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami”.
[36] Dia (Allah) berfirman, "Sungguh, telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa!"
Makam Nabi Harun adalah bangunan bulat di sebelah kiri. Bangunan putih di sebelah kanan adalah sebuah gereja Kristian. |
El Nabi Haroun |
Walau sedikit kecewa tak dapat melawat Makam Nabi Harun dari dekat, Ustaz Faiz memberitahu rezeki kami lebih baik berbanding sebuah kumpulan yang pernah dibawanya sebelum ini. Kumpulan tersebut memang ditakdirkan tiba ketika Sinai dikejutkan dengan kejadian kematian pegawai keselamatan Mesir yang ditembak pengganas itu. Oleh yang demikian, mereka tak dapat langsung melawat ke tempat-tempat sejarah Nabi di sini.
Kumpulan tersebut juga hampir tak dibenarkan masuk langsung ke Saint Catherine. Mereka hanya dapat masuk setelah wakil dari Hotel Morgenland datang berbincang dengan pihak keselamatan. Dengan itu, pengalaman kumpulan tersebut di Saint Catherine hanyalah setakat bermalam di Hotel Morgenland.
Sebenarnya kami juga pernah ditunjukkan sebuah tempat yang dikatakan sebagai Makam Nabi Harun sewaktu melawat ke Jordan dulu. Tak siapa tahu yang mana satu makam Nabi Harun yang sebenarnya. Cuma Allah SWT saja yang Maha Mengetahui. Yang pasti ada seseorang yang mulia dikebumikan di kedua-dua tempat ini.
Sebenarnya kami juga pernah ditunjukkan sebuah tempat yang dikatakan sebagai Makam Nabi Harun sewaktu melawat ke Jordan dulu. Tak siapa tahu yang mana satu makam Nabi Harun yang sebenarnya. Cuma Allah SWT saja yang Maha Mengetahui. Yang pasti ada seseorang yang mulia dikebumikan di kedua-dua tempat ini.
Part 30: Bermalam di Morgenland Hotel
Disebabkan dah tak boleh ke mana-mana, kami balik ke Morgenland Hotel untuk check-in. Selepas mendengar penerangan polis tadi, rasa lega dan selamat bila melihat ada tentera yang berkawal di pintu masuk ke Morgenland Hotel ini.
Perjalanan balik ke Morgenland Hotel |
Morgenland Hotel |
Kami duduk di lobi hotel sementara menunggu Ustaz Faiz menguruskan bilik penginapan kami. Sekeliling lobi ini ada banyak kedai menjual cenderamata. Seperti yang telah Myself ceritakan di awal tadi, banyak cenderamatanya berunsurkan agama Kristian. Nama-nama kedainya juga menggunakan tokoh-tokoh yang disebut dalam Bible.
Lobi Hotel Morgenland |
Moses |
Paulus |
Immanuel |
Dengan tak semena-mena ada pulak sebuah kedai yang bernama Mangga Dua.
Mangga Dua |
Kedai Mangga Dua ini penuh dengan tulisan dan penerangan dalam Bahasa Indonesia. Jelas sekali ia mensasarkan pengunjung-pengunjung dari Indonesia. Tapi barangannya juga banyak berunsurkan agama Kristian. Myself dapat merasakan yang pengunjung dari Indonesia ke sini pun lebih ramai terdiri dari golongan Kristian berbanding Islam.
Kedai Mangga Dua yang mensasarkan pelancong dari Indonesia |
Penerangan dalam Kedai Mangga Dua banyak menggunakan Bahasa Indonesia |
Kedai ini jelas mensasarkan pengunjung Indonesia yang beragama Kristian |
Kami diberitahu Hotel Morgenland adalah hotel yang terbesar di Saint Catherine. Ramai pengunjung yang menginap di sini adalah mereka yang nak memanjat ke Gunung Tursina yang merupakan tempat di mana Nabi Musa AS menerima Kitab Taurat.
Bilik penginapan kami terletak di blok yang di seberang sana. |
Pintu bilik kami |
Bilik penginapan kami |
Pemandangan dari balkoni bilik penginapan kami |
Makan malam disediakan di Hotel Morgenland sendiri. Ketika dinner di restoran kita dapat melihat yang pengunjung hotel ini memang datang dari seluruh dunia. Pelbagai bangsa dapat dilihat. Namun tak kira apa agama mereka sekalipun, mereka semua datang dengan satu tujuan ~ ingin melihat dengan lebih dekat sejarah Nabi Musa AS.
Pemandangan sewaktu dinner di restoran Hotel Morgenland. Pengunjungnya terdiri dari berbagai bangsa dan agama yang ingin melihat sejarah Nabi Musa. |
Hidangan makan malam disediakan secara buffet. |
Pintu masuk ke restoran |
Pemandangan di depan hotel |
Suasana malam di Morgenland Hotel |
Kolam renang |
Bangunan lobi hotel |
Malam itu selepas kami balik ke bilik untuk berehat, tiba-tiba suasana menjadi hitam pekat kerana blackout. Dua kali pulak tu! Disebabkan bilik kami terletak berdekatan dengan kuarters pekerja, kami dapat mendengar mereka berusaha untuk menghidupkan generator.
Bunyi generator ini pulak bukan main kuat, macam bunyi kapalterbang perang. Ketika itu Myself dah mula terfikir yang bukan-bukan ~ adakah kejadian blackout ini disengajakan? Bagaimana kalau tiba-tiba ada pengganas atau tentera kat luar bilik? Maklumlah kita kan sedang berada di Sinai... Bila dah banyak sangat tengok TV, begitulah pulak fikiran yang menerjah. Syukurlah, ia cuma kejadian blackout biasa dan tak ada apa-apa yang buruk berlaku malam itu... Alhamdulillah.
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018
- Bhg. 01 [Hari 1] - Kuala Lumpur --> Jeddah --> Cairo
- Bhg. 02 [Hari 2] - Cairo 1 ( Cairo City, Malaysia Hall Cairo & Bukit Mokattam)
- Bhg. 03 [Hari 2] - Cairo 2 (Citadel Of Saladin)
- Bhg. 04 [Hari 3] - Sinai 1 (Perjalanan Ke Sinai & Terusan Suez)
- Bhg. 05 [Hari 3] - Sinai 2 (Kubu Israel & Uyun Musa)
- Bhg. 06 [Hari 3] - Sinai 3 (Perjalanan Ke Dahab)
- Bhg. 07 [Hari 3] - Sinai 4 (Dahab)
- Bhg. 08 [Hari 4] - Sinai 5 (Keindahan Laut Merah di Dahab)
- Bhg. 09 [Hari 4] - Sinai 6 (Perjalanan Ke Saint Catherine & Makam Nabi Salleh)
- Bhg. 10 [Hari 4] - Sinai 7 (St Catherine 1 : Hotel Morgenland, Lembu Samiri & Makam Nabi Harun)
- Bhg. 11 [Hari 4] - Sinai 8 (St Catherine 2 : Gunung Tursina)
- Bhg. 12 [Hari 4] - Sinai 9 (St Catherine 3 : St Catherine's Monastery)
- Bhg. 13 [Hari 4] - Perjalanan Pulang Ke Cairo
- Bhg. 14 [Hari 5] - Cairo 3 (Sungai Nil & Masjid Amru Al-'As)
- Bhg. 15 [Hari 5] - Cairo 4 (Masjid Sayyidah Nafisah & Makam Imam Syafie)
- Bhg. 16 [Hari 5] - Cairo 5 (Masjid Ibnu Tulun & Makam Wali-Wali Allah)
- Bhg. 17 [Hari 6] - Alexandria 1 (Perjalanan ke Alexandria)
- Bhg. 18 [Hari 6] - Alexandria 2 (Corniche & Qaitbay Citadel)
- Bhg. 19 [Hari 6] - Alexandria 3 (Makam Imam Al Busiri & Masjid Mursi Al Abbas)
- Bhg. 20 [Hari 6] - Alexandria 4 (Masjid Nabi Daniel & Perjalanan Pulang Ke Cairo)
- Bhg. 21 [Hari 7] - Giza (Great Pyramids Of Giza & The Great Sphinx)
- Bhg. 22 [Hari 7] - Cairo 6 (Masjid Al Azhar, Masjid Hussein & Khan Al Khalili)
- Bhg. 23 [Hari 8] - Fayoum 1 (Perjalanan ke Fayoum & Tasik Qarun)
- Bhg. 24 [Hari 8] - Fayoum 2 (Wadi Al Rayan)
- Bhg. 25 [Hari 8] - Fayoum 3 (Istana Qarun & Pulang Ke Cairo)
- Bhg. 26 [Hari 9] - Cairo 7 (Egyptian Museum)
- Bhg. 27 [Hari 9] - Cairo 8 (Ruwaq Jawi & Perjalanan Pulang Ke Malaysia)