Thursday, 15 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 12 (Burning Bush)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 12: Sinai (9)
SAINT CATHERINE (St. Catherine's Monastery)

HARI KELIMA (2)

Part 33: St Catherine's Monastery
(Jejak Nabi Musa)

St Catherine's Monastery ialah sebuah biara Kristian mazhab Greek Othodox yang dibina di kaki Gunung Tursina. Walaupun ia sebuah biara Kristian, ia menjadi tumpuan lawatan pengunjung dari berbagai agama kerana di dalamnya terdapat beberapa kesan sejarah yang dikaitkan dengan Nabi Musa AS. Nama rasmi yang lengkap bagi biara ini adalah Sacred and Imperial Monastery of the God-Trodden Mount of Sinai. Namun ia lebih dikenali sebagai Saint Catherine's Monastery sempena seorang Christian Saint bernama Catherine of Alexandria yang dikatakan disemadikan di sini.

St Catherine's Monastery
Pintu masuk ke St Catherine's Monastery
Binaan seperti rumah-rumah kayu yang tergantung pada dinding St Catherine's Monastery ini adalah pintu-pintu asal untuk masuk ke biara ini.
Biarawan yang tinggal di sini pada zaman dulu menggunakan tali untuk keluar-masuk ke biara melalui pintu ini. Pintu-pintu ini sengaja dibina tinggi begini untuk tujuan keselamatan.
Kena betulkan niat sewaktu masuk ke biara ini. Kita datang ke sini adalah semata-mata untuk melihat peninggalan sejarah Nabi Musa AS di dalamnya dan bukan dengan tujuan ibadat.

Jom masuk ke dalam...
Pemandangan di dalam St Catherine's Monastery
Telaga lama
Tangga turun ke bawah tanah
Pengunjung hanya dibenarkan melawat ke sebelah sini biara sahaja. Kawasan di belakang pintu kayu di sebelah sana adalah kawasan larangan kerana Christian Monks yang bertapa di biara ini tinggal di sana.

BURNING BUSH
(Tempat Nabi Musa AS Dilantik Menjadi Rasul)

Tarikan utama pengunjung ke biara ini ialah sebuah semak berduri ajaib yang dinamakan Burning Bush.

Berjalan menuju ke Burning Bush
Suasana di dalam biara
Pemandangan pintu masuk lama dari sebelah dalam biara
Paderi Kristian Greek Orthodox
Pengunjung-pengunjung ke St Catherine's Monastery
Menara putih di belakang sana adalah bekas sebuah masjid
Mengikut kepercayaan Kristian, sewaktu Nabi Musa dipanggil Tuhan untuk mendapat wahyu, dia telah melihat semak berduri yang berapi. Walaupun api menyala dari semak berduri ini, pohon tersebut tidak terbakar. Semak berduri ini kini dinamakan sebagai Burning Bush.

Burning Bush
Burning Bush tak boleh didekati. Kita hanya boleh melihat semak ini dari belakang pagar sahaja.
Burning Bush ini hanya boleh dilihat dari sebalik pagar. Dulu-dulu, ia boleh didekati. Namun disebabkan ramai yang memetik pohon ini untuk dijadikan cenderamata, ia telah dipagar dan hanya boleh dilihat dari luar.

Kisah Nabi Musa dilantik menjadi Rasul yang dikaitkan dengan Burning Bush ini ada diceritakan di dalam Al Quran. Ketika itu Nabi Musa dan keluarganya sedang dalam perjalanan pulang ke Mesir dari Madyan. Ketika singgah di Lembah Tuwa ini, dia cuba menyalakan api tetapi api tetap tak mahu menyala.

Bila Nabi Musa ternampak api yang menyala (yang dikatakan dari semak berduri ini), dia meninggalkan keluarganya sebentar untuk mendapatkan api tersebut. Maka terjadilah dialog di antara Nabi Musa AS dengan Allah SWT seperti yang diceritakan di dalam Al Quran Surah Al Qasas (28): Ayat 29-32: 

[29] Maka ketika Musa telah menyelesaikan waktu yang ditentukan itu dan dia berangkat dengan keluarganya, dia melihat api di lereng gunung, dia berkata kepada keluarganya, “Tunggulah (di sini), sesungguhnya aku melihat api, mudah-mudahan aku dapat membawa suatu berita kepadamu dari (tempat) api itu atau (membawa) sepercik api, agar kamu dapat menghangatkan badan.”

[30] Maka ketika dia (Musa) sampai ke (tempat) api itu, dia diseru dari (arah) pinggir sebelah kanan lembah, dari sebatang pohon, di sebidang tanah yang diberkati, “Wahai Musa! Sungguh, Aku adalah Allah, Tuhan seluruh alam!

[31] Dan lemparkanlah tongkatmu.” Maka ketika dia (Musa) melihatnya bergerak-gerak seakan-akan seekor ular (kecil), dia lari berbalik ke belakang tanpa menoleh. (Allah berfirman), “Wahai Musa! Kemarilah dan jangan takut. Sesungguhnya engkau termasuk orang yang aman.

[32] Masukkanlah tanganmu ke dalam leher bajumu, dia akan keluar putih (bercahaya) tanpa cacat, dan dakaplah kedua tanganmu ke dadamu apabila ketakutan. Itulah dua mukjizat dari Tuhanmu (yang akan engkau pertunjukkan) kepada Firaun dan para pembesarnya. Sungguh, mereka adalah orang-orang yang fasik”.


Pemandangan semak berduri dari dekat. Ada sebuah lukisan Kristian menceritakan tentang peristiwa Nabi Musa menerima wahyu di sini.
Nabi Musa AS digelar ‘Kalimullah' ~ orang yang diajak berbicara secara langsung oleh Allah di dunia ini. Ini merupakan keistimewaan dan kelebihan yang diberikan Allah hanya kepada Nabi Musa AS. Ketika nabi-nabi lain mendapat wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril, beliau mendapat wahyu langsung dari Allah SWT. Allah berfirman di dalam Al Quran Surah An-Nisa' (4): Ayat 164: 

[164] Dan ada beberapa rasul yang telah Kami kisahkan mereka kepadamu sebelumnya dan ada beberapa rasul (lain) yang tidak Kami kisahkan kepadamu. Dan kepada Musa, Allah berfirman langsung.

MOSES WELL (TELAGA MUSA)
(Tempat Nabi Musa Bertemu Anak Nabi Syuaib)

Kemudian kami dibawa melawat ke Telaga Nabi Musa. Dari telaga inilah dikatakan Nabi Musa AS menceduk air untuk membantu anak-anak perempuan Nabi Syuaib AS memberikan minuman kepada ternakan mereka. Nabi Musa AS kemudiannya berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib AS ini yang bernama Safura dengan maskahwin bekerja sebagai penggembala kambing untuk ayahnya selama 8 tahun.

Menuju ke Telaga Nabi Musa
Pemandangan di kawasan Telaga Nabi Musa
Kisah Nabi Musa AS membantu anak-anak Nabi Syuaib AS ini diceritakan di dalam Al Quran Surah Al Qasas (28): Ayat 22-28: 

[22] Dan ketika dia (Musa) menuju ke arah negeri Madyan dia berdoa lagi, "Mudah-mudahan Tuhanku memimpin aku ke jalan yang benar".

[23] Dan ketika sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang perempuan sedang menghambat (ternaknya). Dia (Musa) berkata, "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua (perempuan) itu menjawab, "Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami) sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang ayah kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya".

[24] Maka dia (Musa) memberi minum (ternak) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku.

[25] Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbal balas (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami." Ketika (Musa) mendatangi ayahnya dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang zalim itu." 

[26] Dan salah seorang dari kedua (perempuan) itu berkata, "Wahai ayahku! Jadikanlah dia sebagai pekerja (pada kita), sesungguhnya orang yang paling baik yang engkau ambil sebagai pekerja (pada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya."

[27] Dia (Nabi Syuaib) berkata, "Sesungguhnya aku bermaksud ingin menikahkan engkau dengan salah seorang dari kedua anak perempuanku ini, dengan ketentuan bahawa engkau bekerja padaku selama lapan tahun dan jika engkau sempurnakan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) darimu, dan aku tidak bermaksud memberatkan engkau. Insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang baik."

[28] Dia (Musa) berkata, "Itu perjanjian antara aku dan engkau. Yang mana saja dari kedua waktu yang ditentukan itu yang aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan (tambahan) atas diriku (lagi). Dan Allah menjadi saksi atas apa yang kita ucapkan."

Pemandangan lebih dekat Telaga Nabi Musa
Telaga ini masih mempunyai air di dalamnya dan ditutup dengan kaca untuk keselamatan.
Lukisan-lukisan Kristian di sekeliling telaga ini menunjukkan kisah Nabi Musa AS membantu anak-anak Nabi Syuaib AS dan kisah beliau menerima wahyu Kitab Taurat.

CHURCH OF TRANSFIGURATION

Mazhab Kristian Greek Orthodox yang dianut oleh paderi-paderi di biara ini sangat berbeza dengan mazhab-mazhab Kristian lain seperti Roman Katholik dan Protestant yang banyak dianuti oleh orang-orang Barat. Penganut-penganut mazhab Kristian inilah yang sebenarnya dirujuk oleh Al Quran sebagai Orang-orang Nasrani. Antara kelainan mazhab ini dengan mazhab-mazhab Kristian yang lain adalah mereka menyambut Hari Krismas pada 7 Januari dan bukan 25 Disember seperti yang lain.

Disebabkan nak melihat kelainan mereka, Myself dan Husband masuk melawat ke gereja mereka di sini. Gereja ini dipanggil Church of Transfiguration. Tak seperti gereja-gereja Kristian yang lain, tak ada kerusi disediakan untuk bersembahyang di dalamnya. Ini adalah kerana secara tradisi, penganut Kristian Orthodox akan bersembahyang sambil berdiri. Sayangnya fotografi tak dibenarkan di dalam gereja ini. Jadi kita gunakan gambar dari internet untuk menunjukkan suasana di dalamnya.

Pintu masuk ke Gereja di dalam Saint Catherine's Monastery
Lorong kecil di sebalik pintu menuju ke gereja.
Pemandangan di dalam gereja.

KELUAR DARI MONASTERY

Selepas itu, kami keluar dari Saint Catherine's Monastery. Kami tetap memilih untuk berjalan kaki sehingga ke tempat bas. 

Berjalan keluar dari Saint Catherine's Monastery
Teksi buruk yang menanti pelanggan di luar Saint Catherine's Monastery
Kena tolak beramai-ramai barulah enjin teksi boleh dihidupkan.
Pemandangan sewaktu berjalan kaki ke tempat bas
Ada ramai pengunjung yang baru tiba ke Monastery ketika ini.
Penziarah-penziarah dari Afrika yang berpakaian serba ceria.
Kenangan di tengah jalan
Pekerja-pekerja pembinaan jalan berhampiran Saint Catherine's Monastery
Selepas meninggalkan Saint Catherine's Monastery, tibalah masa untuk meninggalkan bumi Sinai. Memang sayu rasanya nak meninggalkan bumi yang penuh keberkatan ini.

Pemandangan di Saint Catherine
Gunung-gunung batu di kawasan Saint Catherine
Makam Nabi Salleh AS di Saint Catherine
Aqueduct lama di Saint Catherine
Meninggalkan Saint Catherine


Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018