Oktober 2018
EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum
Bahagian 19: Alexandria (3)
ALEXANDRIA (Makam Imam Al Busiri & Masjid Mursi Al Abbas)
HARI KETUJUH (3)
Part 54: Restoran Al Kalea
Selepas melawat Kota Qaitbay, kumpulan kami berjalan keluar menuju ke Restoran Al Kalea yang terletak berhampiran. Perjalanan ke sana melalui gerai-gerai menjual cenderamata. Sambil berjalan, kita jamu-jamu mata.
|
Restoran Al Kalea |
Disebabkan Alexandria terletak di tepi laut, makanan istimewa di sini memanglah seafood. Kami diberi pilihan hidangan Ayam ataupun Ikan. Disebabkan sejak datang ke Egypt ini kami asyik makan Ayam dan Daging, kami semua memilih Ikan.
|
Al Kalea Cafe & Restaurant |
|
Ruang makan di luar restoran |
|
Lobi restoran |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Lega bila air minuman turut termasuk dalam pakej makan tengahari sebab di negara-negara Arab macam Egypt ini, jarang sekali air minuman termasuk dalam pakej makanan. |
|
Chandelier |
|
Sajian makan tengahari |
Part 55: Makam Imam Al Busiri
Lawatan seterusnya adalah ke Masjid Mursi Al Abbas. Di dalam kompleks masjid ini terdapat beberapa tempat di dalamnya yang menjadi tumpuan pengunjung.
|
Masjid Mursi Al Abbas di Alexandria. Bangunan rendah di sebelah kiri adalah Makam Imam Al Busiri |
Persinggahan pertama kami di kompleks Masjid Mursi Al Abbas adalah Makam Imam Al Busiri yang terletak di dalam bangunan masjidnya yang tersendiri di depan Masjid Mursi Al Abbas.
|
Makam Imam Al Busiri |
Imam Sharifuddin Al-Busiri adalah
seorang penyair yang terkenal dengan Qasidah Al-Burdah Busiri. Diriwayatkan Imam Al-Busiri adalah seorang yang lumpuh dan buta.
Pada suatu malam beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan
memberitahu Rasulullah SAW bahawa beliau banyak menulis syair tentang
baginda. Rasulullah SAW menyuruh beliau membaca syair-syair tersebut.
Bila dibaca kepadanya, Rasullullah SAW amat teruja lalu Baginda mencium kening Al Busiri. Setelah
tersedar dari tidur, Al-Busiri tidak lagi buta dan lumpuh.
|
Mihrab di Masjid Al Busiri |
|
Chandelier |
|
Pemandangan di dalam masjid |
|
Kerusi-kerusi yang disediakan di dalam masjid |
|
Mendengar penerangan Ustaz Faiz mengenai Imam Al Busiri |
|
Makam Imam Al Busiri |
Part 56: Makam Mursi Al Abbas
Seterusnya kami melawat ke Makam Mursi Al Abbas. Tak seperti kebanyakan makam lain yang ditempatkan di dalam sebuah bilik khas di dalam masjid, makam ini terletak di bahagian bawah Masjid Mursi Al Abbas.
|
Masjid Mursi Al Abbas |
|
Satu lagi pemandangan Masjid Mursi Al Abbas |
|
Pokok-pokok kurma berhampiran masjid |
Untuk
ke sana, kami terpaksa melalui sebuah terowong yang penuh dengan
kedai-kedai. Namun mungkin disebabkan keadaan ekonomi kini yang tidak
memberangsangkan, banyak kedai-kedai ini ditutup dan tidak beroperasi.
|
Terowong menuju ke Makam Mursi Al Abbas |
|
Banyak kedai di dalam terowong ini telah ditutup dan tidak beroperasi |
nilah makam wali Allah,
Abu al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al
Mursi.Beliau dilahirkan di Murcia,Spain pada tahun 1219 Masihi dalam
keluarga pedagang yang kaya.Selepas Andalusia termasuk Murcia jatuh ke
tangan Kristian pada tahun 1242 Masihi,beliau dan keluarganya berpindah
ke Tunisia.Hanya beliau seorang sempat sampai ke Tunisia.Di Tunisia
beliau bertemu dengan As Syeikh Abu Al Hassan As Syazili pengasas
Tarikat As Syaziliah.Beliau bersama gurunya berpindah pula ke Alexandria
dan mengajar di situ.Beliau telah berkahwin dengan anak gurunya dan
mendapat seorang putra dan dua orang putri.Selepas bapa mertuanya
meniggal,beliau menggantikannya sebagai pemimpin Tarikat As
Syaziliah.Beliau meninggal dunia pada tahun 1286 Masihi.
Make Google view image button visible again:
https://goo.gl/DYGbub
Wali Allah,
Abu Al Abbas Syihabuddin Ahmad bin Omar bin Muhammad Al Ansari Al
Mursi dilahirkan di Murcia, Spain pada tahun 1219 M dalam
keluarga pedagang yang kaya. Selepas Andalusia termasuk Murcia jatuh ke
tangan Kristian pada tahun 1242 M, beliau dan keluarganya berpindah
ke Tunisia namun hanya beliau seorang yang sempat sampai ke Tunisia.
Di Tunisia
Mursi Al Abbas bertemu dengan As Syeikh Abu Al Hassan As Syazili pengasas
Tarikat As Syaziliah. Beliau bersama gurunya berpindah pula ke Alexandria
dan mengajar di situ. Mursi Al Abbas telah berkahwin dengan anak gurunya dan
mendapat seorang putera dan dua orang puteri. Selepas bapa mertuanya
meniggal, beliau menggantikannya sebagai pemimpin Tarikat As
Syaziliah. Beliau meninggal dunia pada tahun 1286 Masihi.
|
Pintu masuk ke Makam Mursi Al Abbas |
|
Ruang solat di kawasan makam |
|
Pemandangan Makam Mursi Al Abbas |
|
Mursi Al Abbas dikebumikan di sini bersama dengan anak lelakinya. |
Berdekatan kawasan Kompleks Masjid Mursi Al Abbas juga terdapat
sebuah bangunan yang menempatkan 12 makam wali-wali Allah, termasuk seorang cicit Rasullullah SAW.
|
Pemandangan Masjid Mursi Al Abbas dari bahagian belakang. Bangunan di sebelah kanan inilah yang menempatkan makam 12 orang wali Allah. |
|
Nama para wali yang dikebumikan di dalam bangunan ini ditulis pada tingkap di bahagian luar dekat makam mereka. |
|
Pintu masuk ke kawasan makam |
|
Penjaga Makam |
|
Pemandangan makam-makam yang terdapat di dalam bangunan |
|
Makam wali yang juga merupakan cicit Rasullullah SAW |
|
Pemandangan makam wali cicit Rasullullah SAW dari sudut lain |
|
Penjual cenderamata di dalam kawasan makam |
|
Meninggalkan Masjid Mursi Al Abbas |
Part 57: Menuju ke Masjid Nabi Daniel
Dari Masjid Mursi Al Abbas, lawatan kami diteruskan lagi ke Masjid Nabi Daniel. Perjalanan ke sana menarik kerana kita seakan-akan merentas kota Alexandria.
|
Tram di luar Masjid Mursi Al Abbas |
|
Pagar di Masjid Mursi Al Abbas ini sentiasa ditutup. Ia hanya dibuka kepada bas-bas pelancong. |
|
Kereta kuda |
|
Traffic Jam di Alexandria |
Satu rusuhan rakyat secara besar-besaran telah berlaku pada tahun 2011 untuk menyingkirkan Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah Mesir selama hampir 30 tahun ketika itu. Revolusi ini berlaku di seluruh negara Mesir, termasuk di Cairo dan Alexandria. Sewaktu di dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabi Daniel, kami ditunjukkan sebuah bangunan mahkamah yang dibakar oleh penunjuk perasaan sewaktu rusuhan ini berlaku. Walau dah hampir 8 tahun ia berlalu, kesan kebakaran pada bangunan ini masih dapat dilihat sekarang.
|
Mahkamah yang terbakar sewaktu rusuhan pada tahun 2011 |
|
Pemandangan bangunan mahkamah yang dibakar dari depan. |
Kemudian kami ditunjukkan pula sebuah bangunan tugu yang menarik yang dinamakan Tomb of The Unknown Soldier. Tugu yang dikawal oleh tentera Mesir ini dibina untuk memperingati para tentera Mesir yang terbunuh dalam peperangan dengan Israel pada tahun 1967 dan 1973 dulu.
|
Tomb of the Unknown Soldier |
|
Tugu ini dikawal oleh Tentera Mesir pada sepanjang masa |
Kemudian kami melalui kawasan perniagaan Alexandria. Mungkin disebabkan kedudukannya yang dekat dengan Itali, suasana bandar ini sangat mirip dengan suasana di bandar Rome. Penduduk yang berasal dari Alexandria juga dikatakan ramai yang berdarah Itali kerana mereka terdiri dari keturunan Cleopatra dan pengikutnya yang menjalinkan hubungan dengan Maharaja Rome, Julius Caesar pada zaman dahulu.
|
Kawasan perniagaan Alexandria |
|
Suasana di Alexandria |
|
Kesibukan di kawasan perniagaan Alexandria |
|
Suasana di Alexandria sangat mirip dengan suasana di Rome. |
|
Penjaja buah-buahan |
Bersambung ke Bahagian 20...
CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018