Sunday, 11 November 2018

2018 EGYPT (2nd VISIT) BHG. 08 (Glass Boat)

Oktober 2018

EGYPT (2nd VISIT)
Cairo, Sinai, Giza, Alexandria & Fayoum

Bahagian 8: Sinai (5)
DAHAB (Keindahan Laut Merah)

HARI KEEMPAT (1)

Part 21: Selamat Pagi, Dahab

Pada Hari Keempat, kami berada di Dahab, Sinai. Program pagi ini adalah menikmati keindahan Laut Merah di Dahab dan bertolak ke destinasi kedua kami di Sinai, Saint Catherine.

Berposing di awal pagi di depan bilik hotel
Sarapan pagi ini disediakan di Octopus Hotel. Sarapan yang disediakan sangat simple ~ roti, yogurt, telur, mentega, jem dan cheese. Walaupun simple, kita makan dengan sangat berselera.

Mengambil sarapan dari dapur di Hotel Octopus
Kita duduk bersarapan di sini.
Sarapan pagi ini
Selepas bersarapan, kita terus berkunjung ke Public Beach di Dahab. Walaupun belum meninggalkan Dahab, perjalanan kami masih mendapat escort dari dua orang pegawai polis yang sama seperti semalam. Kedua mereka juga menginap di Octopus Hotel bersama kami.

Ustaz Faiz berbincang dengan Local Guide kami, Thoha dan Pemandu Bas tentang program perjalanan hari ini.
Pemandangan Dahab di awal pagi
Oh ya, sebelum kita memulakan perjalanan lebih jauh, mari kita bercerita tentang matawang Egypt. Nama rasmi matawang Egypt adalah Egyptian Pound yang sering ditulis sebagai LE. Namun di kalangan orang Egyptian sendiri, matawang ini dipanggil Geneh.

Nilai Egyptian Pound lebih rendah dari Ringgit Malaysia. Sewaktu kami di sana, RM1=LE4. Walaupun ada, matawang Egyptian Pound agak sukar diperolehi di Malaysia. Kena berusaha sikit nak mendapatkannya. Di Kuala Lumpur, antara tempat yang menjual matawang ini adalah di KL Sentral.

Muka belakang matawang Egyptian Pound yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Muka depan Egyptian Pound yang ditulis dalam Bahasa Arab.

Part 22: Naik Glass Boat Di Dahab

Public Beach di Dahab terletak agak jauh dari pekan Dahab.

 Suhu pagi ini adalah 28'C
Pemandangan di pinggir bandar Dahab
Satu lagi pemandangan di pinggir bandar Dahab
Pemandangan gunung berwarna emas yang memberikan nama Dahab (Emas).
Lagi pemandangan gunung yang berwarna keemasan di Dahab
Laluan menuju ke Public Beach
Hotel Dahabeya, sebuah hotel mewah yang terletak berhampiran Public Beach
Dahabeya
Pemandangan sewaktu menghampiri Public Beach
Public Beach di Dahab
Public Beach di Dahab kelihatan sunyi pagi itu. Mungkin sebab kedudukannya yang jauh dari bandar Dahab menyebabkan ia tak ramai pengunjung.

Pintu pagar masuk ke Public Beach
Berjalan menuju ke laut
Bot-bot yang berlabuh dekat Public Beach
Kerusi santai yang disediakan di Public Beach
Kerusi-kerusi santai
Pondok rehat untuk keluarga
Kat sini jarang hujan, bolehlah nak letak kusyen-kusyen begini di sini. Tak risau langsung kalau kebasahan terkena hujan.
Tujuan kami ke Public Beach ini adalah nak naik Glass Boat di sana.
Glass Boat berlabuh di tengah laut
Bergambar kenangan di Public Beach
Menaiki Glass Boat untuk menikmati keindahan Laut Merah di Dahab adalah sebenarnya aktiviti optional yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Oleh kerana ia tak termasuk dalam pakej perjalanan, kami terpaksa membayar LE90 (RM23) seorang. Tapi memang berbaloi sebab pengalaman ini sangat istimewa.

Menuju ke tempat Glass Boat
Oleh kerana kita terpaksa meranduk sedikit air laut untuk masuk ke Glass Boat terpaksalah kita meninggalkan kasut di tepi pantai. Tak perlu risau meninggalkan kasut di sini sebab kawasan ini berpagar dan hanya boleh dimasuki pelanggan Glass Boat seperti kami.

Kasut-kasut ditinggalkan di sini
Glass Boat berlabuh sedikit jauh ke tengah laut. Untuk mendapatkannya, kita perlu naik sebuah bot kecil yang ditarik oleh pekerja-pekerja sehingga sampai kepadanya.

Meranduk sedikit air laut untuk naik ke bot kecil
Bot kecil yang membawa kami ke Glass Boat
Seronok mereka dapat naik bot kecil ini
Setiap bot kecil dapat dinaiki 10 orang pada satu perjalanan. Oleh kerana kami berjumlah 20 orang, terpaksalah bot kecil ini membuat dua trip untuk mengangkut kami semua ke Glass Boat.

Bergambar dulu dalam air sementara menanti giliran trip kita naik ke Glass Boat.
Husband pun nak bergambar juga.
Ini Thoha, Local Guide kami berbangsa Mesir yang pandai bercakap dalam Bahasa Melayu.
Ini pula adalah Ustaz Toyyib, student Malaysia di Universiti Al Azhar yang menjadi pembantu Ustaz Faiz menguruskan perjalanan kami di Mesir.
Bergambar ramai sewaktu menunggu giliran trip ke Glass Boat.
Polis yang escort kami tak naik bersama ke Glass Boat. Mereka hanya menunggu di tepi pantai sahaja.

Selfie bersama Pemandu Glass Boat. Pandai dia beraksi di belakang.
Pemandangan pantai dari dalam bot
Menghampiri Glass Boat
Bergaya macam pemandu bot
Glass Boat yang berlabuh di tengah laut
Pemandangan pantai resort dari Glass Boat
Dua bulan lepas, Myself dan Husband juga menaiki glass boat menikmati keindahan Laut Bunaken sewaktu bercuti ke Manado di Sulawesi, Indonesia. Pengalaman menaiki Glass Boat di Dahab ini walau bagaimanapun lebih hebat berbanding pengalaman itu.

Pemandangan di dalam Glass Boat
Pemandangan di dasar Laut Merah sangat jelas dilihat di dalam Glass Boat ini.
Lagi pemandangan di dalam Glass Boat
Air Laut Merah di Dahab memang sangat jernih. Lantai bot kaca ini juga dijaga cantik sehingga kita dapat menikmati sepenuhnya pemandangan indah di dasar laut. Rasa macam buat snorkeling, tapi dari atas bot sajalah...

Tak seperti di Manado dulu, air Laut Merah di sini memang dalam sampai kita tak nampak batu karang di dasar laut dengan mata kasar. Lantai kaca dalam bot ini jelas menggunakan Magnifying Glass untuk membolehkan kita menikmati keindahan batu karang yang sebenarnya terletak jauh di dasar laut.

Perairan Laut Merah di Dahab yang dipenuhi dengan batu-batu karang yang indah.
Tak seperti di Manado dulu, batu karang di sekitar laut ini tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Semakin jauh Glass Boat berlayar ke tengah laut, pemandangan batu karang menjadi semakin indah.

Batu karangnya memang cantik dan berbagai bentuk. Di sesetengah tempat, batu karangnya berwarna-warni. Berbagai jenis ikan dapat dilihat bermain di celah batu karang.

Dah puas menikmati keindahan batu karang dari lantai kaca bot, kita juga boleh naik ke tingkat atas untuk menikmati pemandangan laut dari sana pula.

Naik ke tingkat atas bot
Bersantai-santai di tingkat atas
Resort penginapan mewah berhampiran Public Beach
Bot laju
Bersiar-siar dengan bot laju
Bermandi-manda di tepi pantai
Selepas kira-kira sejam, bot kembali ke tepi pantai. Kita pun turunlah ke bawah untuk menikmati pemandangan indah batu karang di dasar laut buat kali terakhir.

Pemandangan karang di dasar laut Dahab ini memang mengkagumkan
Ikan yang ini cukup gemar berenang dekat-dekat lantai bot
Memang tak sangka yang kawasan padang pasir pun ada keindahan begini di dasar lautnya.
Kembali ke daratan
Tengah nak turun dari bot, datang pulak Ikan Buntal ni memunculkan diri.
Memang puas hati naik Glass Boat di Dahab ni. Kami pernah naik Glass Boat di beberapa tempat sebelum ini tapi tak ada yang dapat memberikan pemandangan dasar laut secantik di sini. Kami memang tak pandai berenang dan tak pernah buat snorkeling. Kalau pergi snorkeling, tentu lebih kagum melihat keindahan batu karang ini.

Dalam bot kecil untuk kembali ke pantai
Pemandangan sebuah Glass Boat yang lain
Pantai resort
Menunggu Husband di tepi pantai
Husband balik ke pantai dengan trip boat kecil yang kedua
Bot kecil kembali ke Glass Boat untuk membuat trip kedua.
Bot-bot lain yang berlabuh dekat Public Beach di Dahab
Kasut-kasut yang menunggu tuan masing-masing di tepi pantai
Bot trip kedua tiba di pantai
Turun dari bot
Meranduk air laut
Sewaktu berjalan keluar dari Public Beach, kami singgah di Tandas Awam nak mencuci kasut yang penuh dengan pasir. Masa masuk tu tak nampak pulak yang tandas ini ada penjaganya. Bila waktu keluar, ada pulak penjaga tandas ini datang meminta bayaran LE2 seorang. 

Alamak, kita tak ada duit kecil nak bayar kepada penjaga tandas ini. Dia pulak tak ada duit pecah nak bayar baki kalau diberi duit yang besar. Mulalah kita mencari-cari duit syiling dalam purse. Yang ada cuma baki duit Forint sewaktu melawat Hungary dulu. Tiba-tiba duit Forint ini terus diambil oleh Thoha dan dimasukkan ke dalam kotak bayaran. Kononnya membayar LE2 tu dalam bentuk syiling. Sambil itu, Thoha membuat isyarat kepada Myself untuk pergi dari situ. Rasa bersalah juga bersekongkol dengan si Thoha ni di situ. Tapi apa kan daya, memang darurat...


 Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN EGYPT (2nd VISIT) 2018