WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(SWITZERLAND: Zurich, Mount Titlis & Lucerne)
Bahagian 19: Switzerland (1)
ZURICH (Rheinfalls & Zurich)
HARI KETUJUH (3)
Part 60: Switzerland
Seperti France, Belgium, Netherlands dan Germany, Switzerland juga adalah sebuah negara pakatan Schengen. Pemeriksaan passport tidak diperlukan ketika kami memasuki Switzerland. Namun begitu, semua pengunjung ke Switzerland perlu membayar cukai lawatan mengikut bilangan hari kita menginap di negara tersebut. Bagi kami, semuanya diuruskan oleh Travel Agent.
Kami memasuki Switzerland menerusi sempadan di Schaffhausen (disebut Skafhauzen). Ada sebuah pos kawalan sempadan di sini tapi nampaknya tak ada sesiapa pun yang bertugas di sana. Jenuh juga pemandu bas kami Ulrich mencari pegawai yang bertugas. Selepas beliau menghubungi pihak kastam Swiss menggunakan telefon yang disediakan, barulah kami dimaklumkan yang pos ini tidak dibuka pada hari itu. Kami diarahkan untuk melaporkan diri dan membayar cukai lawatan di sebuah pos lain.
Pos sempadan Germany-Switzerland yang terletak di Schaffhausen, Switzerland. (Ihsan dari Google) |
Kami dinasihatkan supaya tidak mengambil gambar di pos sempadan. Jadi macam biasa, Myself menggunakan Google untuk mencari gambar pos sempadan ini untuk dijadikan kenangan.
Peta negara Switzerland. |
Switzerland ialah sebuah negara yang bergunung-ganang di Eropah. Ia adalah sebuah landlocked country yang tidak bersempadan dengan laut. Ibu negara Switzerland adalah Bern dan kota terbesar di negara ini ialah Zurich (disebut Zurik). Ia adalah salah sebuah negara terkaya di dunia dan sangat terkenal dengan pembuatan jam.
Switzerland tidak mempunyai bahasa rasmi. Penduduknya bertutur dalam salah satu bahasa utama di sini: Jerman, Perancis dan Itali. Sepanjang perjalanan kami di Switzerland ini, kami berkunjung ke daerah-daerah yang menggunakan Bahasa Jerman sebagai bahasa utama mereka.
Sejak dulu lagi, negara Switzerland mengamalkan dasar berkecuali. Ia tidak menyertai atau memihak kepada mana-mana negara dalam peperangan. Switzerland tidak pernah dijajah sewaktu Perang Dunia dahulu kerana dasarnya yang berkecuali membenarkan mana-mana tentera melalui negara tersebut semasa perang. Kalau di Asia Tenggara, negara yang mempunyai sejarah yang sama adalah Thailand.
Switzerland menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2002 tetapi tidak menganggotai European Union (EU) sehingga kini. Oleh kerana ia bukan anggota EU, Switzerland tidak menggunakan matawang Euro.
Matawang Swiss Francs yang juga dicetak menegak seperti matawang Sri Lanka. Nilai Swiss Francs agak setara dengan Euro. |
Matawang Switzerland dipanggil Swiss Francs dan nilainya agak setara dengan Euro. Kalau dulu kami pelik melihat duit kertas Sri Lanka yang dicetak menegak, rupa-rupanya duit Swiss pun dicetak begitu.
Part 61: Rheinfalls
Dari Schaffhausen, kami terus dibawa ke Rheinfalls yang merupakan air terjun yang terbesar di Eropah. Dalam perjalanan ke sana, kami disajikan dengan pemandangan banjaran pergunungan Alps yang indah di negara Switzerland ini.
Pemandangan pergunungan Alps yang indah di Switzerland. |
Tidak seperti di Germany yang banyak hutan dilihat di situ, pemandangan di Switzerland lebih merupakan padang rumput yang terbentang luas. |
Sebuah bandar di kaki gunung. |
Sedikit salji dah kelihatan di pergunungan sana. |
Perkampungan Swiss yang dilalui dalam perjalanan ke Rheinfalls |
Disebabkan masalah yang dihadapi di pos sempadan di Schaffhausen tadi, kami hanya tiba di Rheinfalls selepas matahari terbenam.
Perkhidmatan keretapi di Eropah sangat cekap dan maju. |
Pemandangan di bandar Neuhausen am Rheinfall yang terletak berhampiran air terjun Rheinfalls. |
Air Terjun Rheinfalls terletak di Neuhausen am Rheinfall. Ia adalah air terjun yang cantik dan terbesar di Eropah. Walaupun ia tidak sebesar Niagara Falls di Amerika Utara dan Iguazu Falls di Amerika Selatan, saiz air terjun ini masih mengkagumkan.
Rheinfalls |
Seperti yang tertera pada namanya, Rheinfalls terletak di Sungai Rhine yang merupakan sungai yang kedua terpanjang di Eropah selepas Sungai Danube. Sungai ini mempunyai kepanjangan 1,230 km dan dibahagi kepada 4 bahagian: High Rhine, Upper Rhine, Middle Rhine dan Lower Rhine.
Kawasan tarikan pelancong yang terkenal di sepanjang Sungai Rhine ini terletak di Middle Rhine dan High Rhine. Trip yang kami ikuti bermula dari Germany sehinggalah ke Switzerland ini berada di kawasan High Rhine.
Kawasan tarikan pelancong yang terkenal di sepanjang Sungai Rhine ini terletak di Middle Rhine dan High Rhine. Trip yang kami ikuti bermula dari Germany sehinggalah ke Switzerland ini berada di kawasan High Rhine.
Anak tangga menuju ke Rheinfalls |
Ada laluan dan anak tangga yang disediakan untuk pengunjung yang ingin melihat Rheinfalls dari dekat. Bagi Myself dan Husband, kami hanya melihat Rheinfalls dari bahagian atas sahaja sebab nampak macam anak tangganya terlalu banyak untuk turun ke bawah. Memanglah seronok berjalan turun ke bawah sana, part yang tak seronoknya nanti adalah bila terpaksa mendaki balik naik ke atas.
Bangunan lama di tengah Sungai Rhine ini adalah Schloss Worth (Water Castle). |
Tarikan di Rheinfalls bukan sekadar air terjunnya. Di kiri kanan tebingnya juga terdapat istana lama (Schloss Worth dan Schloss Laufen) yang boleh dilawati. Namun disebabkan kami tiba agak lewat ke sini, kedua-dua istana telahpun ditutup.
Schloss Worth (Water Castle) yang terletak di tebing di mana kami berada dibina pada tahun 1348 sebagai sebuah rumah kutipan cukai bagi kapal-kapal yang berlayar di Sungai Rhine. Ia tidak lagi digunakan bila perkhidmatan keretapi diperkenalkan di seberang sana sungai. Schloss Worth kini telah diubahsuai menjadi sebuah restoran dan kedai cenderamata.
Pemandangan lebih dekat Schloss Worth dan Rheinfalls |
Air Terjun Rheinfalls ini mempunyai kelebaran 150 meter dan ketinggiannya 23 meter. Kadar aliran airnya di musim panas adalah 230 meter padu/saat manakala kadar alirannya dalam musim dingin seperti sekarang adalah 700 meter padu/saat. Disebabkan ketinggiannya, ikan tak dapat berenang merentasi air terjun ini sehingga ke seberang sana. Hanya belut saja yang dikatakan boleh melepasinya dengan cara memanjat batu-batan di air terjun.
Air Terjun kebanggaan Eropah ini tidaklah sebesar Niagara Falls mahupun Iguazu Falls. |
Kalau
di dalam musim panas, kita boleh menaiki boat cruise dari Schloss Worth
sehingga ke batu besar yang terletak di kaki air terjun di tengah
sungai. Asyik itulah yang kami dengar dalam trip ini ~ boat cruise hanya di musim panas.
Walaupun tak dinafikan memang lebih banyak aktiviti boleh dibuat di musim panas, kami tak menyesal datang ke Eropah pada musim winter. Winter juga ada keistimewaannya. Dengan maklumat yang diperolehi, nampaknya kenalah repeat trip ke Europe ini lagi dalam musim panas pulak!
Batu besar di tengah Rheinfalls ini membelah aliran air terjun menjadi dua bahagian. |
Air Terjun ini dianggarkan berusia 15,000 tahun. Aliran airnya terpecah dua oleh sebongkah batu besar di tengahnya. Boat Cruise dalam musim panas akan membawa anda ke sana di mana pengunjung boleh melihat dengan dekat aliran air di kedua-dua belah dari sana.
Bangunan yang disiram dengan lampu biru di atas sana adalah Schloss Laufen. |
Schloss Laufen yang terletak di seberang sungai pula dibina pada tahun 850 Masehi. Ia merupakan kediaman pembesar tempatan yang digelar Barons of Laufen. Istana ini kini telah menjadi sebuah muzium yang boleh dilawati.
Schloss Laufen yang dibina pada tahun 850M adalah pada asalnya kediaman Barons of Laufen. |
Pemandangan lebih dekat Schloss Laufen |
Part 62: Zurich
Selepas meninggalkan Rheinfalls, perjalanan kami seterusnya adalah seharusnya ke kota Zurich untuk makan malam dan bermalam di sana. Namun disebabkan kami masih belum membayar cukai lawatan yang diwajibkan kepada semua pelancong yang masuk ke Switzerland, pemandu bas kami Ulrich terpaksa membuat lencongan ke pos sempadan di Basel terlebih dahulu.
Myself juga tidak mengambil gambar pos kawalan sempadan ini. Jadi terpaksalah sekali lagi menggunakan gambar dari Google untuk kenangan. Tapi berbeza dengan gambar yang ditunjukkan di sini, kami sebenarnya tiba di pos sempadan di Basel ini di tengah kegelapan malam.
Pos sempadan Germany-Switzerland di Basel. |
Bila dah selesai urusan membayar cukai lawatan kepada Kastam Switzerland, barulah kami meneruskan perjalanan ke Zurich. Perjalanan dari Basel ke Zurich ini memakan masa kira-kira sejam.
Terowong menuju ke bandaraya Zurich. |
Zurich adalah kota terbesar di Switzerland. Ia juga adalah sebuah pusat kewangan dunia. Myself perhatikan walaupun Zurich kota terbesar di Switzerland, bandarayanya tidaklah sehebat dan sebesar Frankfurt yang menjadi pusat kewangan Germany.
Hanya kereta dengan plat Swiss sahaja yang diperhatikan di jalan raya. Kenderaan dari negara-negara EU tidak bebas memasuki Switzerland kerana Switzerland tidak menganggotai EU. |
Pemandangan malam di kota Zurich. |
Satu lagi pemandangan malam di kota Zurich. |
Part 63: Taj Palace Restaurant
Makan malam disediakan di sebuah restoran India yang bernama Taj Palace di Zurich. Perjalanan bas kami untuk mendapatkan restoran ini agak mencabar kerana ada pembinaan yang besar sedang dilaksanakan di jalan di hadapan restoran ini.
Kerja-kerja pembinaan di hadapan Taj Palace Restaurant di Zurich. |
Pintu masuk ke Taj Palace Restaurant |
Mari kita masuk ke dalam. |
Teringat kat percutian kami ke Kashmir di India dulu bila terlihat permaidani yang menghiasi siling restoran ini. |
Oleh kerana ini adalah sebuah restoran India, perhiasan dalamannya memang bercirikan India. |
Secara umumnya, Myself dan Husband memang sangat-sangat berpuas hati dengan makanan yang disediakan oleh Kowamas Holidays sepanjang perjalanan kami. Dari sejak di London sehinggalah ke Zurich, makan malam yang disediakan di restoran-restoran terpilih memang sangat sedap. Seperti juga di kebanyakan restoran lain yang kami kunjungi sebelum ini, makanan disediakan secara buffet.
Makanan disediakan secara buffet. |
Hidangan makanan malam kami. |
Husband bergambar dengan pengurus restoran Taj Palace. Pemilik restoran ini adalah isteri beliau. |
Part 64: Ramada Zurich City
Selepas makan malam, tibalah saat yang dinantikan oleh Myself ~ check-in ke hotel penginapan. Myself akui memang merasa sedikit letih pada hari ini kerana perjalanan hari ini agak panjang berbanding dengan perjalanan-perjalanan lain pada hari sebelumnya.
Di Zurich, kami menginap di Hotel Ramada Zurich City. Hotel ini adalah yang paling besar dan selesa sepanjang penginapan kami di Eropah.
Hotel Ramada Zurich City |
Membawa bagasi masuk ke dalam hotel. |
Pendiang api yang moden di lobi Hotel Ramada Zurich City. |
Pemandangan di lobi dari tingkat satu hotel. |
Bilik penginapan kami di Ramada Zurich City. |
Bersambung ke Bhg. 20...
CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):
- Bhg 1 [Hari 1] : Kembara Eropah (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg 2 [Hari 2] : England 1 (Heathrow Airport & Bicester Village)
- Bhg 3 [Hari 3] : England 2 (London City Tour Part 1)
- Bhg 4 [Hari 3] : England 3 (London City Tour Part 2)
- Bhg 5 [Hari 4] : France 1 (Eurostar & Eiffel Tower)
- Bhg 6 [Hari 4] : France 2 (Paris City Tour)
- Bhg 7 [Hari 4] : France 3 (Suasana Malam di Paris)
- Bhg 8 [Hari 5] : Belgium (Atomium)
- Bhg 9 [Hari 6] : Netherlands 1 (Perjalanan Ke Amsterdam)
- Bhg 10 [Hari 6] : Netherlands 2 (Zaanse Schans)
- Bhg 11 [Hari 6] : Netherlands 3 (Amsterdam City Tour Part 1)
- Bhg 12 [Hari 6] : Netherlands 4 (Amsterdam City Tour Part 2)
- Bhg 13 [Hari 6] : Netherlands 5 (Amsterdam City Tour Part 3)
- Bhg 14 [Hari 7] : Germany 1 (Perjalanan ke Cologne)
- Bhg 15 [Hari 7] : Germany 2 (Cologne Cathedral)
- Bhg 16 [Hari 7] : Germany 3 (Cologne & Frankfurt)
- Bhg 17 [Hari 8] : Germany 4 (Black Forest & Titisee-Neustadt Part 1)
- Bhg 18 [Hari 8] : Germany 5 (Black Forest & Titisee-Neustadt Part 2)
- Bhg 19 [Hari 8] : Switzerland 1 (Rheinfalls & Zurich)
- Bhg 20 [Hari 9] : Switzerland 2 (Perjalanan Ke Mount Titlis)
- Bhg 21 [Hari 9] : Switzerland 3 (Mount Titlis Part 1)
- Bhg 22 [Hari 9] : Switzerland 4 (Mount Titlis Part 2)
- Bhg 23 [Hari 9] : Switzerland 5 (Dari Titlis Menuju Ke Lucerne)
- Bhg 24 [Hari 9] : Switzerland 6 (Lucerne Part 1)
- Bhg 25 [Hari 9] : Switzerland 7 (Lucerne Part 2)
- Bhg 26 [Hari 9] : Switzerland 8 (Lucerne Part 3)
- Bhg 27 [Hari 10] : Perjalanan Pulang (Zurich - Doha - Kuala Lumpur)