Disember 2024
SINGAPORE (3rd VISIT)
Sentosa Island & Singapore City
Bahagian 2: Sentosa
SENTOSA (Universal Studios Singapore & Palawan Beach)
Part 6: Pulau Sentosa
Destinasi kami yang seterusnya adalah Pulau Sentosa. Sebaik tiba di sini, Kak Jun bercerita tentang sejarah Pulau Sentosa. Sebelum diberi nama Sentosa, nama asal pulau ini adalah Pulau Belakang Mati. Ia dinamakan demikian kerana pulau ini adalah benteng pertahanan British sewaktu Perang Dunia Kedua dengan Tentera Jepun. Sesiapa yang dihantar ke sini pada ketika itu, hampir pasti akan mati di medan perang. Kerana itulah pulau ini dinamakan sebagai Pulau Belakang Mati.
![]() |
Menuju ke Pulau Sentosa |
Pulau Sentosa kini dihubungkan dengan Pulau Singapura oleh sebuah jambatan. Ia juga boleh dikunjungi dengan menaiki monorail dari Vivo City ataupun cable car yang menyeberang laut dari Mount Faber.
![]() |
Pemandangan Pelabuhan Singapura dari jambatan menuju ke Pulau Sentosa |
![]() |
Pulau Sentosa |
Setibanya di Pulau Sentosa, bas terus membawa kami menuju ke basement parking untuk menurunkan kami di sana.
![]() |
Basement parking di Pulau Sentosa |
![]() |
Perhentian bas di basement parking |
![]() |
Suasana di basement parking |
![]() |
Turun dari bas |
![]() |
Tempat menunggu bas |
![]() |
Pintu masuk ke Pulau Sentosa |
![]() |
Escalator |
![]() |
Jom kita naik ke atas... |
Part 7: Universal Studios Singapore (USS) @ Sentosa
Sebaik muncul dari Basement Parking, kita terus sampai ke pintu masuk Universal Studios Singapore. Kalau muda-muda dulu memang excited nak masuk ke dalam Universal Studios ini. Dah berumur begini, cukuplah sekadar melihat dari luar sahaja. Lagipun Myself dan Husband dah pernah masuk ke dalam USS sebelum ini.
![]() |
Pemandangan sebaik muncul dari Basement Parking |
![]() |
Suasana di sekitar USS |
![]() |
Cable car dari Mount Faber di Pulau Singapura turut melalui sebahagian USS dalam perjalanan ke stesen cable car di Sentosa |
![]() |
Pemandangan cable car dengan lebih dekat |
Kami hanya sekadar bergambar di depan globe Universal Studios yang terkenal itu. Ramai juga pengunjung yang masuk ke Universal Studios kerana kami diberitahu sekarang adalah musim cuti sekolah di Singapore.
![]() |
Globe yang berputar di depan pintu masuk ke USS |
![]() |
Bergambar kenangan dengan globe USS |
![]() |
Kemeriahan suasana di depan pintu masuk ke USS |
![]() |
Posing di depan pintu masuk ke USS |
![]() |
Pintu masuk ke USS |
![]() |
Ada ramai pengunjung ke USS hari ini kerana cuti hujung minggu dan juga musim cuti sekolah di Singapore |
![]() |
Kedai cokelat Hershey's dekat pintu masuk ke USS |
![]() |
Mesin pembelian tiket masuk ke USS |
![]() |
Kami diminta berkumpul di depan kedai ais kerim Carnival ini untuk ke destinasi yang seterusnya |
![]() |
Ais kerim yang menghias siling di depan kedai Carnival |
Part 8: Palawan Beach @ Sentosa
Selepas bergambar dengan globe di Universal Studios, kami dibawa menaiki monorail Sentosa Express menuju ke Beach Station untuk melawat ke Palawan Beach.
![]() |
Berjalan ke stesen monorail Sentosa Express |
![]() |
Berjalan beramai-ramai ke Resorts World Station |
![]() |
Tangga naik ke Resorts World Station |
![]() |
Perjalanan kami adalah menuju ke Beach Station |
![]() |
Sentosa Express |
Tiada tiket dikenakan sewaktu menggunakan monorail ini dari Stesen Resorts World ke Beach Station. Tiket cuma dikenakan kalau kita menggunakan monorail dalam laluan Vivo City (di pulau besar Singapura) ke Pulau Sentosa sahaja. Perkhidmatan di dalam Pulau Sentosa sendiri dan juga dari Pulau Sentosa kembali ke Vivo City adalah percuma.
![]() |
Pemandangan dari monorail |
![]() |
Hotel Resorts World Sentosa |
![]() |
Stesen Cable Car di Pulau Sentosa |
![]() |
Gallery of Sentosa Sensoryscape |
![]() |
Beach Station |
Dari Beach Station, kami dibawa berjalan menuju ke Palawan Beach.
![]() |
Berjalan ke Palawan Beach |
![]() |
Bunga Raya palsu |
![]() |
Terus berjalan ke Palawan Beach |
![]() |
Palawan Green |
![]() |
Pemandangan Palawan Green |
![]() |
Pintu masuk ke Palawan Green |
![]() |
Explore Sentosa |
![]() |
Peta Pulau Sentosa |
![]() |
Palawan Kidz City |
![]() |
Tram |
![]() |
The Palawan @ Sentosa |
Palawan Beach adalah salah sebuah dari beberapa buah pantai yang terdapat di Pulau Sentosa. Disebabkan pantai ini berada di Singapore, dah pasti ia bersih dan kemas. Pantainya juga tidak besar dan mungkin disebabkan cuaca yang sangat-sangat panas, macam tak ada orang bermandi-manda di situ.
![]() |
Palawan Beach |
![]() |
Pantainya putih dan bersih, namun mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas, tiada orang berenang di sini |
![]() |
Cuaca sangat panas pada ketika ini : 32'C |
Ada sebuah jambatan gantung yang dibina di Palawan Beach menuju ke sebuah pulau kecil. Pulau kecil ini dinyatakan sebagai The Southernmost Point in Continental Asia. Namun begitu, fakta ini sering dipertikaikan kerana Singapura adalah sebuah pulau dan tidak membentuk sebahagian dari Tanah Besar Benua Asia. Titik sebenar The Southernmost Point in Continental Asia sebaliknya adalah di Tanjung Piai, Johor.
![]() |
Jambatan gantung yang dibina menuju ke pulau kecil di Palawan Beach |
![]() |
Menara di pulau di sana didakwa sebagai The Southernmost Point of Continental Asia |
Cuaca di Singapore sangat panas sewaktu kami melawat ke sana (32'C), jauh lebih panas dari Kuala Lumpur yang berada pada sekitar 28'C. Memang tak terdaya nak berjalan-jalan di tepi pantai dengan cuaca panas begitu. Jadi Myself dan Husband duduk-duduk minum sahaja di Food Court Palawan Beach sambil makan Fish n' Chips. Kami turut disertai oleh Kanesh dan Teo.
![]() |
Food Court di Palawan Beach |
![]() |
Pembayaran untuk makan di Food Court ini hanya menggunakan kad sahaja. Bayaran cash tidak diterima. |
![]() |
Kenangan di Food Court. Muka memang nampak lesu sebab cuaca yang sangat panas ketika itu. |
![]() |
Fish n' Chips |
Tempat berkumpul semula yang ditetapkan bagi semua ahli rombongan adalah di Palawan Kidz City. Bas menunggu di tempat parking di dalam bangunan ini. Di dalam bangunan ini ada Kidzania yang model pesawat di dalamnya ditaja oleh Malaysia Airlines.
![]() |
Palawan Kidz City berhampiran Palawan Beach |
![]() |
Berjalan ke Palawan Kidz City kerana bas menanti di sana |
![]() |
Pesawat Kidzania yang ditaja oleh Malaysia Airlines |
![]() |
Naik escalator menuju ke tempat parking Palawan Kidz City |
![]() |
Kaunter tiket Kidzania Singapore |
![]() |
Kempen Recycling |
![]() |
Pemandangan pesawat Malaysia Airlines di Kidzania |
![]() |
Bas kami menunggu di sini |
Part 9: Meninggalkan Sentosa
Selepas semua ahli rombongan kembali ke bas, kami meninggalkan Pulau Sentosa untuk meneruskan perjalanan. Destinasi kami seterusnya adalah Arab Street untuk makan tengahari dan bersolat di Masjid Sultan.
![]() |
Hotel Resorts World Sentosa |
![]() |
Pulau Sentosa |
![]() |
Kembali ke Pulau Singapura |
![]() |
Pemandangan sewaktu kembali ke Pulau Singapura |
![]() |
Vivo City |
![]() |
Hotel Travelodge Harbourfront |
Dalam perjalanan menuju ke Arab Street, kami ditunjukkan sebuah masjid bernama Masjid Temenggong Daeng Ibrahim yang dimiliki oleh Sultan Johor. Walaupun dibuka kepada orang awam, masjid ini masih ditadbir oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).
![]() |
Masjid Temenggong Daeng Ibrahim |
![]() |
Masjid ini dimiliki oleh Sultan Johor |
Masjid Temenggong Daeng Ibrahim juga memiliki sebuah kawasan perkuburan. Perkuburan ini adalah Makam Diraja Johor. Sewaktu menunjukkan kawasan perkuburan ini, Kak Jun bercerita tentang tanah perkuburan Islam awam di Singapura. Ada 2 buah tanah perkuburan Islam yang digunakan di Singapura sekarang yang bernama Pusara Aman dan Pusara Abadi. Menurut Kak Jun, disebabkan kekurangan tanah, semua tanah perkuburan di Singapura tanpa mengira milik agama mana sekalipun akan diguna semula selepas 15 tahun. Oleh itu, setiap lot tanah perkuburan di Pusara Aman dan Pusara Abadi akan dikongsi oleh 8 jenazah.
![]() |
Tanah perkuburan di Masjid Temenggong Daeng Ibrahim |
Kami juga ditunjukkan tapak bekas Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang pernah dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Tanah ini telah diambilalih oleh Kerajaan Singapura pada tahun 2011 dan stesen ini dipindahkan ke Woodlands. Sebuah stesen MRT baru sedang dibangunkan di tapak stesen keretapi lama ini.
![]() |
Bekas tapak Stesen KTM Tanjong Pagar |
![]() |
Sebuah Stesen MRT baru sedang dibangunkan di tapak bekas Stesen KTM Tanjong Pagar ini |
![]() |
Pemandangan bekas tapak Stesen KTM Tanjong Pagar |
![]() |
Sebahagian bangunan Stesen KTM Tanjong Pagar yang masih belum dirobohkan |
![]() |
Stesen ini telah diganti dengan sebuah stesen baru di Woodlands |
![]() |
Pemandangan facade hadapan Stesen KTM Tanjong Pagar |
Kak Jun turut bercerita tentang rumah-rumah pangsa yang banyak dilihat di Singapura. Disebabkan harga hartanah yang mahal di Singapura, ramai rakyatnya yang membeli rumah pangsa ini melalui agensi kerajaan yang dinamakan Housing Development Board (HDB). Rumah ini boleh dijual selepas diduduki selama 5 tahun. Walau bagaimanapun, harga rumah pangsa baru dah pasti jauh lebih mahal berbanding harga rumah pangsa yang dijual.
![]() |
Rumah-rumah pangsa di Singapura banyak yang dibina oleh Housing and Development Board (HDB) |
Terdapat juga peraturan supaya rumah-rumah pangsa di Singapura tidak boleh didiami oleh sesuatu kaum sahaja. Oleh yang demikian, setiap blok rumah pangsa akan disusun supaya didiami oleh berbagai-bagai kaum di dalamnya. Caj penyelenggaraan akan juga dikenakan kepada pemilik mengikut kategori rumah yang didiami. Semua rumah pangsa di Singapura kelihatan cantik kerana Kerajaan Singapura mempunyai program untuk mengecat semula rumah-rumah ini setiap 5 tahun menggunakan caj penyelenggaraan yang dikenakan.
![]() |
Pusat bandar Singapura |
![]() |
Collier Quay |
![]() |
Bangunan Fullerton Hotel yang bersejarah ini pernah berfungsi sebagai Singapore General Post Office, The Exchange, Chamber of Commerce dan Singapore Club |
![]() |
Bangunan Fullerton Hotel dari sisi. Hotel ini terletak dekat Merlion Park yang kami lawati tadi. |
![]() |
Swissotel Singapore |
![]() |
Pandangan Swissotel Singapore dengan lebih dekat |
![]() |
Kawasan hijau yang lapang dekat Swissotel Singapore ini dinamakan Padang. Di sinilah sambutan Hari Kebangsaan Singapura sering diadakan setiap tahun. |
![]() |
Hotel JW Mariott |
![]() |
Bangunan hijau yang menarik di pusat bandar Singapura |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN SINGAPORE (3rd VISIT) 2024:
- Bahagian 01 : Singapore City (Merlion Park & Joe's Outlet)
- Bahagian 02 : Sentosa (Universal Studios Singapore & Palawan Beach)
- Bahagian 03 : Arab Street (Arab Street & Masjid Sultan)
- Bahagian 04 : Afternoon In Singapore (Bugis Street & Jewel @ Changi Airport)
- Bahagian 05 : Evening In Singapore (Garden By The Bay & Marina Bay Sands)
No comments:
New comments are not allowed.